Saturday 24 October 2015

Tun M sedang mendominasi tuduhan berkaitan 1MDB yang terbukti fitnah sebagai usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ramai diantara kita sangat mudah terpengaruh dengan mainan persepsi negatif dan sanggup mengenepikan sebarang fakta yang di terangkan. Malah ada yang sanggup menjadi petualang demi memastikan kononnya apa yang mereka percaya itu benar walhal segala fakta telah dibentangkan dihadapan mereka. Situasi ini telah menjadi peluang keemasan kepada pihak pembangkang bagi menyebar benih kebencian dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan.

Sebagai contoh, apabila 1MDB difitnah dan digambarkan sebagai anak syarikat yang mempunyai banyak kesalahan jenayah komersil disebar, kita menerima fitnah ini sebagai fakta dan mengenepikan fakta yang diberi oleh pihak kerajaan. Lebih menyedihkan apabila Tun M sendiri kini sedang mendominasi tuduhan berkaitan 1MDB yang terbukti fitnah sebagai usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Usaha Tun M ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai antara kita yang tidak mendapat maklumat sebenar telah terpengaruh dan mula membenci Datuk Seri Mohd Najib. Ini dibuktikan melalui kajian Merdeka Centre yang menyatakan tidak lebih 35% rakyat kaum Melayu masih percayakan beliau. Selebihnya telah terpengaruh dengan fitnah yang berleluasa kebelakangan ini.

Semasa pentadbiran Tun M, Malaysia mengamal dan mementingkan Dasar Penswastaan atas nama pembangunan. Dalam dasar ini TNB telah dinafikan hak untuk membina loji janakuasa mereka sendiri. Oleh yang demikian, maka IPP telah dibina dibawah dasar ini.

Melalui perjanjian yang dimerterai, TNB wajib membeli setiap unit tenaga yang dihasilkan oleh pihak IPP pada harga 16 sen dan TNB akan jual kepada rakyat pada harga 30 sen. Walaupun pada awalnya TNB mampu mengurangkan kos kepada 8 sen seunit dan dijual kepada rakyat sebanyak 17 sen, situasi ini tidak berlaku oleh kerana perlaksanaan dasar penswastaan yang merugikan kita semua.

Akibat dari perjanjian ini, TNB sentiasa mengalami kerugian kerana setiap tahun, hampir 45% tenaga yang dibeli dari IPP tidak dapat dijual kerana tiada permintaan. Bagi PETRONAS pula, mereka dipaksa memberikan subsidi gas kepada pemilik IPP. Situasi ini menyebabkan kesemua pemilik IPP memperoleh keuntungan berganda. (Untuk rekod, pada 2011 sahaja Petronas telah berikan RM 19 bilion subsidi gas, jumlah yang amat besar untuk pemilik IPP).

Malah, ramai di antara kita tidak menyedari, pada 31 Ogos 2011, TNB telah kerugian sebanyak RM 453 juta dan sekali lagi merekodkan kerugian pada 30 November 2011 berjumlah RM 224.7 juta. Antara sebab kerugian yang dilapor adalah kerana TNB terpaksa menanggung pembelian tenaga dari IPP. Disebabkan masalah ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM 2 Bilion bagi mengelakkan TNB menaikkan tarif elektrik untuk menampung kos pembelian tenaga dari IPP.

Dalam hal ini, Datuk Seri Mohd Najib telah mengorak langkah dan memulakan usaha perundingan semula berkaitan IPP untuk mencari keseimbangan perjanjian. Usaha ini talah berhasil apabila pada Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan bahawa setiap konsesi baru IPP hanya melalui TNB dan anak syarikat milik kerajaan iaitu 1MDB.
Tindakan ini dibuat bagi memastikan tiada lagi syarikat persendirian atau swasta yang mendapat manfaat subsidi dari kerajaan. Untuk pengetahuan kita semua, akibat kesilapan perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1990-an, anggaran sebanyak RM 100 bilion telah hilang dari PETRONAS dan TNB bagi memenuhi perjanjian berat sebelah yang menyebelahi pemilik IPP.

Melalui perjanjian yang diusahakan oleh Perdana Menteri juga, PETRONAS tidak perlu lagi memberikan subsidi gas kepada pemilik IPP. Pujian wajar diberi kepada beliau dan kita patut bersyukur kepada ilahi kerana diatas keperihatinan beliau, kadar tarif bagi pengguna di Semenanjung yang sepatutnya naik pada Julai 2014 dan Januari 2015 mengikut Kos Bahan Api Pas Melalui (FCPT) tidak berlaku. Malah pada Mac 2015, kadar tarif elektrik dapat diturunkan.

Melalui perjanjian baru ini juga, TNB telah memperoleh keuntungan bagi tahun 2013, 2014 dan sebanyak RM 2.3 bilion pada 3 bulan pertama 2015. Ini yang dikatakan Datuk Seri Mohd Najib boros?

Walaupun kita semua dari golongan rakyat, TNB dan PETRONAS mendapat manfaat besar disebalik usaha beliau ini namun wujud golongan yang amat membenci kejayaan ini. Jika sebelum ini, golongan ini boleh dikategorikan sebagai “Untouchable” namun keadaan ini berubah apabila perjanjian baru berkenaan IPP yang seimbang telah dimerterai.

Mereka ini sudah tidak mendapat nikmat keuntungan berganda sepertimana yang mereka peroleh sebelum ini. Golongan ini merupakan pemilik IPP yang juga merupakan kroni rapat kepada Tun M. Untuk rekod, pendapatan YTL pada tahun 2012 sehingga Julai, direkod sebanyak RM 11.2 bilion hasil jualan IPP, keuntungan minima adalah 20%.

Para pemilik IPP tidak boleh dan tidak akan mampu menyerang Datuk Seri Mohd Najib secara terbuka. Oleh kerana pemilik IPP merupakan kroni rapat Tun M, mereka telah menggunakan Tun M untuk menyerang Datuk Seri Mohd Najib. Melalui Tun M, beliau dan 1MDB telah diserang dengan fitnah begitu teruk sekali.

Provokasi melalui fitnah dan pertanyaan yang tidak boleh diterima akal telah dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan kredebiliti dan menyebar kebencian terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Tujuan utama tindakan ini agar beliau membatalkan perjanjian baru atau beliau digulingkan. Akhirnya individu yang akan dilantik ke jawatan PM Malaysia dapat dijadikan boneka untuk merubah perjanjian IPP yang boleh mengembalikan keuntungan berganda kepada pemilik IPP.

Siapa yang tidak mengenali Tun M yang sememangnya pakar dan mahir dalam membangkitkan persepsi negatif. Sebenarnya, bukan perkara yang mengejutkan apabila ramai diantara kita mempercayai kenyataan awal beliau bahawa RM 42 bilion hilang dan walaupun kemudiannya diubah kepada nilai RM 27 bilion pula yang hilang.

Segala pertanyaan dan fitnah yang dibangkitkan seperti pembelian tanah di TRX oleh Tabung Haji sebagai “bail out”, pembabitan Jho Low, pelaburan bersama Petrosaudi, pelaburan di Cayman Island, dakwaan 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority dan mencagar Telaga Minyak Terengganu dan banyak lagi telah dijawab sepenuhnya oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanzalah dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Malah soalan dan jawapan mereka berdua telah dibukukan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk memudahkan rakyat mendapat maklumat. Walau pun Tun M memfitnah beliau dengan pelbagai tuduhan, beliau masih tidak mampu untuk melaporkan fitnah tersebut kepada pihak berkuasa.

Melalui temubual secara santai baru baru ini, beliau telah memberi jawapan bahawa beliau tidak akan membuat laporan kerana ketiadaan bukti yang kukuh. Jawapan ini menunjukkan segala tuduhan yang dibuat oleh beliau dan dilemparkan kepada beliau hanyalah fitnah dan bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif semata mata. Persoalannya, kenapa masih ada yang dungu untuk mempercayai fitnah seumpama ini?

Biarpun beliau berulang kali dikecam, dihina, difitnah dan dikeji oleh Tun M dan pentaksubnya, beliau tetap bersabar hadapi kerenah mereka semua dan tidak mengambil tindakan terburu buru. Apa yang menarik, disebalik fitnah yang dibuat oleh Tun M, beliau tidak mampu mengatakan bahawa IPP yang dibeli oleh 1MDB itu berasal dari kroni rapat beliau.

Beliau juga tidak mampu memuji Datuk Seri Mohd Najib kerana mampu bertindak sehingga mengakibatkan TNB peroleh keuntungan  yang tidak pernah dicapai walau ketika beliau berkuasa. Malah kejayaan beliau melalui TNB menurunkan tarif elektrik juga dipandang sepi oleh Tun M.

Tun M juga seperti terkunci mulutnya dari menghebahkan kebaikkan 1MDB dan mungkin teramat malu untuk mengakui bahawa keuntungan dari 1MDB, anak syarikat kerajaan yang amat dibenci oleh beliau, mampu menaja beribu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji ke Mekah setiap tahun berbanding kroni rapat beliau yang lebih suka membuat harta dari berkongsi keuntungan bersama rakyat bawahan.

Iktibar yang kita boleh ambil dari fitnah ini adalah bagaimana beliau bersikap matang dalam berhadapan dengan fitnah yang dilemparkan oleh Tun M. Benarlah kata Imam Syafie, seperti diriwayatkan “Jika hendak lihat pemimpin diatas landasan kebenaran, lihatlah betapa banyak fitnah yang dilemparkan kepadanya”. Dan ianya berlaku dizaman ini.

Ironinya, sepanjang pemerintahan Tun M, pembangkang adalah orang yang sangat vokal apabila pemilik IPP diberi layanan istimewa. Kini Tun M dan pembangkang pula bersama-sama bersuara untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB yang telah menyelamatkan negara daripada menanggung subsidi yang terlalu besar setiap tahun.

Satu perkara yang pasti, agenda utama pembangkang adalah untuk mencari “touch point” dari pihak kerajaan atau GLC yang boleh di tukar menjadi satu isu yang amat-amat besar untuk mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan dan boleh memberi manfaat dengan menarik sentimen rakyat kepada mereka.

No comments:

Post a Comment