Saturday 31 October 2015

Tony begitu gentar untuk berhadapan dengan Arul?

Isu debat diantara Pengerusi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap Ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua kian hangat di perkatakan. Jika sebelum ini Arul dilaporkan mengenakan syarat, Tony harus meletakkan jawatannya daripada PAC, kelmarin, Arul secara jelas menyatakan beliau bersedia berdebat tanpa syarat keatas Tony.

Namun, seperti ada yang tidak kena, Tony dilihat mencari alasan-alasan terkini bagi mengelak debat berkenaan berlaku dengan terkini beliau dilaporkan hanya akan bersetuju jika beliau yang menanyakan soalan terhadap Arul, bukan melalui moderator. Persoalannya, kenapa Tony begitu gentar untuk berhadapan dengan Arul?

Tony Pua yang memang dikenali sebagai seorang yang amat lantang mengkritik kewujudan 1MDB malah beliau juga merupakan seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang kini sedang menyiasat sebarang salah laku didalam 1MDB. Namun jika dilihat kemahuan Tony, beliau kini dilihat sedang kalut dan teramat gentar untuk berhadapan dengan Tony.

Adakah dipanggil debat andai ahli panel debat bertindak menanyakan soalan kepada lawannya tanpa perlu memerlukan moderator? Mungkin Tony terlalu naif untuk menilai apakah maksud debat dan apakah maksud soal siasat. Jika itu yang Tony Pua mahu, ini bermakna beliau membawa sesi soal jawab PAC secara umum dan ini yang sebenarnya dihajatkan Tony.

Berbicara tentang hal ini, jelas hari ini tiada seorangpun daripada pembangkang mempunyai keberanian membawa dakwaan dan fitnah mereka kepada umum. Dalam erti kata lain, mereka sememangnya tiada keberanian langsung berhadapan dengan mana-mana pihak yang mereka dakwa dan tuduh secara umum kerana amat bimbangkan tembelang mereka pecah.

Mereka hanya berani mendakwa dan menuduh macam-macam perkara dan berselindung di sebalik Majlis Peguam (Bar Councel) dan para penyokong mereka. Apabila pihak yang dituduh mengambil tindakan mahkamah, pada awalnya mereka kelihatan berani melawan, namun setelah melihat mereka tiada potensi untuk menang, akhirnya mereka mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka.

Dimanakah keberanian mereka? Apa yang pasti, sehingga hari ini tiada walau seorangpun pembangkang di Malaysia ini benar-benar berani. Lihat sahaja tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Rafizi Ramli dan beberapa orang lagi pembangkang. Kesemua mereka akhirnya memohon maaf kepada orang mereka fitnah kerana sedar mereka tidak akan mampu menjunjung fitnah mereka selamanya.

Parti Amanah Negara (PAN) sebenarnya adalah suara parti DAP yang mahukan kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi dan dimenangi oleh PAS.

Parti Amanah Negara (PAN) sebenarnya adalah suara parti DAP yang mahukan kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi dan dimenangi oleh PAS. 

Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, perkara itu terbukti melalui kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mirip kenyataan PAN sebelum ini. 

“Kedua-duanya (PAN dan DAP) berminat untuk bertanding di beberapa kerusi yang telah dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya umum yang lalu. 

“Kita menghormati demokrasi dan kita akan mengekalkan kerusi kita yang kita tandingi dalam pilihan raya yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Justeru, kata, Mohd. Khairuddin, DAP dan PAN tidak sewajarnya menimbulkan soal PAS berundur atau memberi laluan kepada DAP dan PAN untuk bertanding di kawasan tertentu di Selangor. 

“Biar rakyat yang tentukan parti mana pilihan mereka kelak,” katanya. 

Mohd. Khairuddin turut mempersoalkan rasional DAP hendak bertanding di kerusi yang 70 peratus pengundinya merupakan kaum Melayu. 

“PAS Selangor adalah tetap mempertahankan kerusi yang ada walau apapun keputusan yang bakal diterima kelak,” katanya.

Friday 30 October 2015

Tony pua Perlu menolak…jadinya nampak sangat Pembohong BESAR…Berani kerana Benar Takut Kerana Salah.

Kalau betul berani sepatutnya Tony Pua sedia debat one to one tanpa jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan CEO 1MDB Arul kanda.

Sebaliknya nampaknya harapan untuk lihat mereka berdua berentap secara terbuka debat isu 1MDB mungkin tidak jadi.

Dalam reaksi segera Arul Kanda sahut cabarannya untuk debat secara live di televisyen,Ahli Parlimen DAP itu sudah bagi alasan dengan pertikai syarat dia kena letak jawatan ahli PAC dulu.

Tony Pua pula dakwa Arul Kanda takut berdepan dengannya sebagai ahli PAC.

Arul Kanda sebaliknya mahu Tony Pua letak jawatan ahli PAC dulu untuk elak konflik kepentingan untuk berdebat.
“Umum mengetahui Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC,” katanya.

Tony Pua juga nak tunjuk hebat dakwa dia tidak terkejut bila Arul kanda sahut cabarannya.

“Berhenti beri alasan bodoh (syarat letak jawatan ahli PAC) dan terima cabaran saya,” katanya pada wartawan di lobi Parlimen.

PM Najib sudah membuat keputusan untuk menyaman fitnah Ling Liong Sik.

Namun timbul persoalan, apakah Mahathir akan tampil memberi keterangan sebagai saksi utama dalam kes tersebut.

Apabila diajukan dengan soalan ini, peguam Ranjit Singh yang mewakili Ling berkata masih terlalu awal untuk membuat ulasan. Beliau memohon masa ungtuk mengkaji surat saman itu terlebih dahulu.
 
Ranjit juga mengesahkan bahawa writ saman Najib telah diterima oleh firma guamannya.

Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 26 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk John Louis O'Hara.

PM Najib memfailkan saman itu pada Selasa lalu melalui firma Hafarizam, Wan Aishah dan Mubarak.

PM Najib mendakwa bahawa kata-kata Ling memberi maksud beliau menyalahgunakan kuasanya, tidak layak menjadi pemimpin, terbabit dalam skandal kewangan dan tidak layak menjadi pengerusi BN.

Katanya, perkataan yang digunakan juga mendakwa beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menyalahgunakan dana kerajaan yang dimiliki 1MDB serta mengkhianati kepercayaan rakyat dengan menyalahgunakan kedudukannya.

PM Najib menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

Rakyat ingin tahu, apakah Mahathir atau rakan sekongkol beliau yang lain akan menjadi saksi terhadap proses perbicaraan nanti.

Tuesday 27 October 2015

Datuk Seri Abdul Hadi mengeluarkan auranya sehingga mendiamkan seluruh Dewan Rakyat.

Sesuatu yang menarik berlaku di Parlimen kelmarin apabila semua Ahli Parlimen telah “dibasuh” oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Jika sebelum ini kebanyakan Ahli Parlimen Pembangkang dilihat teramat suka mencelah di setiap usul perbahasan, namun kelmarin Datuk Seri Abdul Hadi mengeluarkan auranya sehingga mendiamkan seluruh Dewan Rakyat.

Ucapan beliau selama 43 minit di Dewan kelmarin nyata berjaya meredakan beberapa suasana yang agak sedikit tegang apabila Parlimen sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016.

Dalam ucapan beliau, beliau menegur semua Ahli Parlimen supaya bersikap lebih matang dan tidak berperangai kebudak-budakkan. Beliau juga menegur sikap rakan pembankangnya sendiri yang dilihat kurang beradab apabila memperlihatkan ketidak matangan mereka dalam bersidang.

Beliau juga dilaporkan mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya bersikap matang dalam menghadapi krisi keyakinan yang melanda negara sejak akhir-akhir ini. Beliau menegaskan, bukan Malaysia sahaja yang berhadapan krisis sebegini, malah hampir seluruh dunia masalah yang sama tetap berlaku.

Ramai yang melihat, sepanjang 43 minit ucapan beliau ini dilihat bersifat teguran, peringatan dan nasihat. Malah beliau juga dilihat berdakwah didalam Parlimen apabila turut menyentuh pelbagai kisah teladan ketika zaman kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau juga dilihat begitu begitu bersahaja apabila menyentuh tentang prihal politik yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dengan secara sinis menempelak Ahli Parlimen mewakili PAN dengan kenyataan, Islam tidak pernah mengajar umatnya mengkhianati perjuangan sesama saudara seagama.

Tindakan beliau kelmarin nyata berjaya meredakan sidang Dewan dan menariknya, semua Ahli Parlimen hanya mendengar sahaja ucapan beliau tanpa ada seorang pun AHli Parlimen dari kedua-dua belah pihak berani menyampuk ucapan bahas beliau.

Ucapan YAB Dato Seri Hj Ahmad Razif Bin Abd Rahman diperhimpunan Selendang Merah Wanita UMNO Bahagian Dungun.

YAB Dato Seri Hj Ahmad Razif Bin Abd Rahman Menteri Besar Terengganu juga merupakan Badan Perhubungan Negeri Terengganu telah melontarkan mesej yang jelas bahawa perpaduan, kesepakatan dan ikhlas dalam perjuangan akan menentukan kemenangan serta masa depan UMNO.

"Intipati ucapan Menteri Besar banyak berkisar kepada persedian dan kesiap-siagaan ahli-ahli UMNO untuk menghadapi parti lawan pada PRU ke-14," ujarnya.

"Ini telah menyuntik semangat juang UMNO, ucapan tadi amat meyakinkan sekali.

Sehubungan itu,YAB Dato Seri Hj Ahmad Razif Bin Abd Rahman yakin UMNO kini sudah berada di atas landasan yang tepat untuk kemenangan yang lebih cemerlang dan seterusnya merampas semula Dun-Dun yg kalah.

"Tidak ada apa isu yang dibawa pembangkang, hanya cerita bohong, fitnah dan memperalatkan agama untuk kepentingan politik," katanya.

"Lebih 20 tahun PAS menipu rakyat kononnya memperjuangkan Islam, tetapi dalam masa yang sama mengkafirkan sesama Islam dan bersubahat dengan DAP, parti perkauman yang menentang kepentingan orang Melayu,"tegasnya.

Menurutrnya, setiap kali datangnya pilihan raya, PAS akan dendangkan lagu-lagui pendustaan kononnya akan memperjuangkan dan menubuhkan negara Islam termasuk menjanjikan syurga tetapi ternyata cerita itu bohong dan karut semata-mata.

Beliau juga melahirkan rasa 'terkejut' melihat kebanjiran Wanita UMNO yang memenuhi Padang sekolah rendah pulau serai

Beliau menyifatkan sebagai satu kebangkitan semangat Wanita UMNO yang berkobar-kobar di kalangan ahli parti untuk menghadapi pembangkang pada PRU ke-14.

"Melihat kepada semangat dan pengorbanan itu, saya percaya UMNO dan BN tidak mempunyai halangan sukar untuk mencipta kemenangan yang lebih besar," ujarnya.

Himpunan Selendang Merah berkumpul untuk menyatakan semangat Wanita UMNO Bahagian Dungun.

Lautan merah memenuhi Padang Sekolah rendah Pulau Serai petang ini dengan kehadiran 1500   peserta Himpunan Selendang Merah berkumpul untuk menyatakan semangat Wanita UMNO Bahagian Dungun terhadap Parti UMNO demi  mempertahankan maruah Wanita Melayu.

Menurut wan hjh Zainon bt Abu Bakar ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun Perhimpunan ‘Selendang merah’ bertujuan mengumpul Wanita telah membukti Wanita sanggup membela pejuangan semangat kejituan kesepaduan untuk persiapan demi untuk kemenangan UMNO Parlimen Dungun diPRU 14.

Monday 26 October 2015

PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya. 

PAS menyifatkan Pakatan Harapan umpama bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya. Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan berakhlak berlandaskan Islam. 

"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya. 

"Apabila tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Rakyat di sini, pagi ini.

Makin lama makin celaru kenyataan dari pemimpin PAS. Hadi dan timbalannya Tuan Ibrahim tidak pernah selari apabila membuat kenyataan berhubung dengan pendirian PAS terhadap "Pakatan". Ibrahim dilihat lebih cenderung meletakkan komponen pembangkang di dalam satu pasukan walaupun dihina setiap masa oleh DAP, tetapi Hadi pula hanya ingin berpakat dengan PKR dan menolak kerjasama dengan DAP dan parti Mat Sabu.

Dendam Hadi dengan kumpulan Mat Sabu nampaknya dalam ruang lingkup pembangkang sahaja. UMNO usah terjerat dengan senario ini kerana bila tiba waktunya PAS akan tetap menjadi musuh UMNO BN.

Tak caya? tunggu sekiranya ada Pilihanraya Kecil!!

Keduannya, PAS dan PAN adalah bas ekspress yang buruk dan sesat!!

Kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR.

PAS patut melupakan nostalgia parti itu masih wujud dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana kerjasama pembangkang ketika ini adalah di dalam Pakatan Harapan.
Bagi membuktikan PR sudah berkubur, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mencadangkan satu mesyuarat majlis presiden PR diadakan.

“Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR dan lihat siapa yang akan hadir.

“Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia (PR) tidak wujudlah,” kata Pua kepada media selepas merakamkan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Ahad.

Sebelum ini, PAS dan PKR menyatakan kedua-dua parti itu masih kekal di dalam PR walaupun sudah ujud Pakatan Harapan membabitkan PKR, DAP dan Amanah.

Pua menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan PR masih hidup.

Ini memandangkan PAS dan PKR masih terikat dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan kerjasama parti itu di Kelantan.

“Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud.,” katanya.

Menegaskan semuanya kini berakhir, beliau berkata sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR sudah lama terkubur dan satu-satunya perikatan politik yang dianggotai PKR ialah Pakatan Harapan, yang turut dianggotai DAP dan Amanah.

Namun lebih 10 undi menjadi tanda tanya. 

Usul menggantung Ahli Parlimen Komunis, Lim Kit Siang dari Gelang Patah pada sidang Dewan Rakyat pagi ini telah dipersetujui oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Berikut keputusan undian yang dijalankan sebentar tadi terhadap 185 Ahli Dewan Rakyat. 

SETUJU - 107 undi 
TIDAK SETUJU - 77 undi 
BERKECUALI - 1 undi 
JUMLAH - 185 

Untuk rekod, kehadiran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seramai 97 orang saja. Secara confirmnya keputusan undian menjadi sejumlah tersebut saja disebabkan Ahli Parlimen BN memang takkan bagi untung langsung pada Pembangkang terutamanya kan. Namun lebih 10 undi menjadi tanda tanya. 

Adakah undian tersebut datang daripada YB dari Pembangkang juga? Atau ianya datang dari solidariti Ahli Parlimen BN & PAS? Atau kolaborasi Ahli Parlimen BN & PKR atau DAP? Nampaknya PAS sudah mula menggunakan undi mereka.

DS Nizar terlupa bahawa pengundi-pengundinya dahulu telah memangkah bulan sebagai lambang PAS di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dan bukannya PAN.

Polemik Parti Amanah Nasional (PAN) dan PAS semakin kronik. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gantang, ADUNnya, DS Nizar Jamaluddin telah mula menukarkan 'signboard' di Pusat Khidmat beliau. Lambang PAS diturunkan dan lambang PAN dinaikkan.

Mungkin DS Nizar terlupa bahawa pengundi-pengundinya dahulu telah memangkah bulan sebagai lambang PAS di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dan bukannya PAN.

Mungkin DS Nizar juga terlupa bahawa beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun dalam masa yang singkat adalah disebabkan perkenan Baginda Sultan Perak kerana DS Nizar mewakili PAS dan bukan PAN.

Masa begitu cepat berlalu. Dulu ada sembahyang hajat dilakukan di sebuah stadium di Kota Bharu mendoakan PAS mengantikan UMNO. Kuasa Allah menentukan segala. Kini 2015, bukan PAS mengantikan UMNO sebaliknya PAN mengantikan PAS.

Sunday 25 October 2015

Pakatan Harapan diumumkan tanpa PAS, parti itu hari ini tiba-tiba berkata Pakatan Rakyat, gabungan lama pembangkang, masih wujud.

Selepas sebulan Pakatan Harapan diumumkan tanpa PAS, parti itu hari ini tiba-tiba berkata Pakatan Rakyat, gabungan lama pembangkang, masih wujud.

Tanpa rasa malu dan dengan menebal muka, kata PAS, Pakatan Rakyat berjalan tanpa DAP, kawan yang kemudian bertukar seteru politik PAS Islam itu.

“PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat dengan penyusunan semula kekuatan antara parti PAS dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan.

“Pakatan Rakyat tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini,” kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September melibatkan DAP dan PKR serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Tuan Ibrahim dengan bangga menyata bukti betapa kewujudan Pakatan Rakyat adalah melalui kerjasama politik di Selangor dan Kelantan.

Beliau turut mendakwa keadaan itu menyebabkan ada pihak yang iri hati dan menimbulkan spekulasi seperti 'Langkah Rawang' sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor.

Sebelum ini ada sebuah blog mendakwa terdapat agenda menggantikan Azmin dengan anggota terbaru berprofil tinggi PKR, Datuk Saifuddin Abdullah, sebagai Menteri Besar Selangor.

Tuan Ibrahim juga menegaskan, realiti di Malaysia, paksi politik dan perubahan keseluruhan akan berlaku bila paksi politik Melayu dan Bumiputera membuat perubahan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan memutuskan hubungan PAS dengan DAP memberi anjakan besar kerana tidak lagi perlu memikul bebal dituduh alat parti yang dituduh chauvinis Cina itu

Saturday 24 October 2015

Tun M sedang mendominasi tuduhan berkaitan 1MDB yang terbukti fitnah sebagai usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ramai diantara kita sangat mudah terpengaruh dengan mainan persepsi negatif dan sanggup mengenepikan sebarang fakta yang di terangkan. Malah ada yang sanggup menjadi petualang demi memastikan kononnya apa yang mereka percaya itu benar walhal segala fakta telah dibentangkan dihadapan mereka. Situasi ini telah menjadi peluang keemasan kepada pihak pembangkang bagi menyebar benih kebencian dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan.

Sebagai contoh, apabila 1MDB difitnah dan digambarkan sebagai anak syarikat yang mempunyai banyak kesalahan jenayah komersil disebar, kita menerima fitnah ini sebagai fakta dan mengenepikan fakta yang diberi oleh pihak kerajaan. Lebih menyedihkan apabila Tun M sendiri kini sedang mendominasi tuduhan berkaitan 1MDB yang terbukti fitnah sebagai usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Usaha Tun M ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai antara kita yang tidak mendapat maklumat sebenar telah terpengaruh dan mula membenci Datuk Seri Mohd Najib. Ini dibuktikan melalui kajian Merdeka Centre yang menyatakan tidak lebih 35% rakyat kaum Melayu masih percayakan beliau. Selebihnya telah terpengaruh dengan fitnah yang berleluasa kebelakangan ini.

Semasa pentadbiran Tun M, Malaysia mengamal dan mementingkan Dasar Penswastaan atas nama pembangunan. Dalam dasar ini TNB telah dinafikan hak untuk membina loji janakuasa mereka sendiri. Oleh yang demikian, maka IPP telah dibina dibawah dasar ini.

Melalui perjanjian yang dimerterai, TNB wajib membeli setiap unit tenaga yang dihasilkan oleh pihak IPP pada harga 16 sen dan TNB akan jual kepada rakyat pada harga 30 sen. Walaupun pada awalnya TNB mampu mengurangkan kos kepada 8 sen seunit dan dijual kepada rakyat sebanyak 17 sen, situasi ini tidak berlaku oleh kerana perlaksanaan dasar penswastaan yang merugikan kita semua.

Akibat dari perjanjian ini, TNB sentiasa mengalami kerugian kerana setiap tahun, hampir 45% tenaga yang dibeli dari IPP tidak dapat dijual kerana tiada permintaan. Bagi PETRONAS pula, mereka dipaksa memberikan subsidi gas kepada pemilik IPP. Situasi ini menyebabkan kesemua pemilik IPP memperoleh keuntungan berganda. (Untuk rekod, pada 2011 sahaja Petronas telah berikan RM 19 bilion subsidi gas, jumlah yang amat besar untuk pemilik IPP).

Malah, ramai di antara kita tidak menyedari, pada 31 Ogos 2011, TNB telah kerugian sebanyak RM 453 juta dan sekali lagi merekodkan kerugian pada 30 November 2011 berjumlah RM 224.7 juta. Antara sebab kerugian yang dilapor adalah kerana TNB terpaksa menanggung pembelian tenaga dari IPP. Disebabkan masalah ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM 2 Bilion bagi mengelakkan TNB menaikkan tarif elektrik untuk menampung kos pembelian tenaga dari IPP.

Dalam hal ini, Datuk Seri Mohd Najib telah mengorak langkah dan memulakan usaha perundingan semula berkaitan IPP untuk mencari keseimbangan perjanjian. Usaha ini talah berhasil apabila pada Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan bahawa setiap konsesi baru IPP hanya melalui TNB dan anak syarikat milik kerajaan iaitu 1MDB.
Tindakan ini dibuat bagi memastikan tiada lagi syarikat persendirian atau swasta yang mendapat manfaat subsidi dari kerajaan. Untuk pengetahuan kita semua, akibat kesilapan perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1990-an, anggaran sebanyak RM 100 bilion telah hilang dari PETRONAS dan TNB bagi memenuhi perjanjian berat sebelah yang menyebelahi pemilik IPP.

Melalui perjanjian yang diusahakan oleh Perdana Menteri juga, PETRONAS tidak perlu lagi memberikan subsidi gas kepada pemilik IPP. Pujian wajar diberi kepada beliau dan kita patut bersyukur kepada ilahi kerana diatas keperihatinan beliau, kadar tarif bagi pengguna di Semenanjung yang sepatutnya naik pada Julai 2014 dan Januari 2015 mengikut Kos Bahan Api Pas Melalui (FCPT) tidak berlaku. Malah pada Mac 2015, kadar tarif elektrik dapat diturunkan.

Melalui perjanjian baru ini juga, TNB telah memperoleh keuntungan bagi tahun 2013, 2014 dan sebanyak RM 2.3 bilion pada 3 bulan pertama 2015. Ini yang dikatakan Datuk Seri Mohd Najib boros?

Walaupun kita semua dari golongan rakyat, TNB dan PETRONAS mendapat manfaat besar disebalik usaha beliau ini namun wujud golongan yang amat membenci kejayaan ini. Jika sebelum ini, golongan ini boleh dikategorikan sebagai “Untouchable” namun keadaan ini berubah apabila perjanjian baru berkenaan IPP yang seimbang telah dimerterai.

Mereka ini sudah tidak mendapat nikmat keuntungan berganda sepertimana yang mereka peroleh sebelum ini. Golongan ini merupakan pemilik IPP yang juga merupakan kroni rapat kepada Tun M. Untuk rekod, pendapatan YTL pada tahun 2012 sehingga Julai, direkod sebanyak RM 11.2 bilion hasil jualan IPP, keuntungan minima adalah 20%.

Para pemilik IPP tidak boleh dan tidak akan mampu menyerang Datuk Seri Mohd Najib secara terbuka. Oleh kerana pemilik IPP merupakan kroni rapat Tun M, mereka telah menggunakan Tun M untuk menyerang Datuk Seri Mohd Najib. Melalui Tun M, beliau dan 1MDB telah diserang dengan fitnah begitu teruk sekali.

Provokasi melalui fitnah dan pertanyaan yang tidak boleh diterima akal telah dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan kredebiliti dan menyebar kebencian terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Tujuan utama tindakan ini agar beliau membatalkan perjanjian baru atau beliau digulingkan. Akhirnya individu yang akan dilantik ke jawatan PM Malaysia dapat dijadikan boneka untuk merubah perjanjian IPP yang boleh mengembalikan keuntungan berganda kepada pemilik IPP.

Siapa yang tidak mengenali Tun M yang sememangnya pakar dan mahir dalam membangkitkan persepsi negatif. Sebenarnya, bukan perkara yang mengejutkan apabila ramai diantara kita mempercayai kenyataan awal beliau bahawa RM 42 bilion hilang dan walaupun kemudiannya diubah kepada nilai RM 27 bilion pula yang hilang.

Segala pertanyaan dan fitnah yang dibangkitkan seperti pembelian tanah di TRX oleh Tabung Haji sebagai “bail out”, pembabitan Jho Low, pelaburan bersama Petrosaudi, pelaburan di Cayman Island, dakwaan 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority dan mencagar Telaga Minyak Terengganu dan banyak lagi telah dijawab sepenuhnya oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanzalah dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Malah soalan dan jawapan mereka berdua telah dibukukan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk memudahkan rakyat mendapat maklumat. Walau pun Tun M memfitnah beliau dengan pelbagai tuduhan, beliau masih tidak mampu untuk melaporkan fitnah tersebut kepada pihak berkuasa.

Melalui temubual secara santai baru baru ini, beliau telah memberi jawapan bahawa beliau tidak akan membuat laporan kerana ketiadaan bukti yang kukuh. Jawapan ini menunjukkan segala tuduhan yang dibuat oleh beliau dan dilemparkan kepada beliau hanyalah fitnah dan bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif semata mata. Persoalannya, kenapa masih ada yang dungu untuk mempercayai fitnah seumpama ini?

Biarpun beliau berulang kali dikecam, dihina, difitnah dan dikeji oleh Tun M dan pentaksubnya, beliau tetap bersabar hadapi kerenah mereka semua dan tidak mengambil tindakan terburu buru. Apa yang menarik, disebalik fitnah yang dibuat oleh Tun M, beliau tidak mampu mengatakan bahawa IPP yang dibeli oleh 1MDB itu berasal dari kroni rapat beliau.

Beliau juga tidak mampu memuji Datuk Seri Mohd Najib kerana mampu bertindak sehingga mengakibatkan TNB peroleh keuntungan  yang tidak pernah dicapai walau ketika beliau berkuasa. Malah kejayaan beliau melalui TNB menurunkan tarif elektrik juga dipandang sepi oleh Tun M.

Tun M juga seperti terkunci mulutnya dari menghebahkan kebaikkan 1MDB dan mungkin teramat malu untuk mengakui bahawa keuntungan dari 1MDB, anak syarikat kerajaan yang amat dibenci oleh beliau, mampu menaja beribu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji ke Mekah setiap tahun berbanding kroni rapat beliau yang lebih suka membuat harta dari berkongsi keuntungan bersama rakyat bawahan.

Iktibar yang kita boleh ambil dari fitnah ini adalah bagaimana beliau bersikap matang dalam berhadapan dengan fitnah yang dilemparkan oleh Tun M. Benarlah kata Imam Syafie, seperti diriwayatkan “Jika hendak lihat pemimpin diatas landasan kebenaran, lihatlah betapa banyak fitnah yang dilemparkan kepadanya”. Dan ianya berlaku dizaman ini.

Ironinya, sepanjang pemerintahan Tun M, pembangkang adalah orang yang sangat vokal apabila pemilik IPP diberi layanan istimewa. Kini Tun M dan pembangkang pula bersama-sama bersuara untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB yang telah menyelamatkan negara daripada menanggung subsidi yang terlalu besar setiap tahun.

Satu perkara yang pasti, agenda utama pembangkang adalah untuk mencari “touch point” dari pihak kerajaan atau GLC yang boleh di tukar menjadi satu isu yang amat-amat besar untuk mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan dan boleh memberi manfaat dengan menarik sentimen rakyat kepada mereka.

Pembentangan bajet 2016 yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Sewaktu pembentangan bajet 2016 yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kelmarin, hampir semua Ahli Parlimen pembangkang sekali lagi menunjukkan perangai kurang ajar mereka terhadap Perdana Menteri dengan mengangkat sekeping kertas yang bertulis “Mana Wang 2.6 bilion kami”.

Semua ini dilakukan oleh Ahli Parlimen yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN. Masing-masing mahu menjadi hero rakyat dengan kononnya masih mempertikaikan prihal wang derma yang diterima oleh Perdana Menteri daripada salah satu keluarga Di Raja Arab Saudi berkenaan hampir dua bulan lalu.

Namun menariknya, Ahli Parlimen PAS yang kini sudah dipinggirkan oleh pakatan baru pembangkang, Pakatan Harapan, enggan melakukan perkara yang sama seperti rakan pembangkang mereka yang lain. Kesemua mereka dilihat tidak mengangkat kad berkenaan sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri apabila rakan pembangkang mereka yang lain bertindak begitu.

Ini kali kedua Ahli Parlimen PAS bertindak tidak bersependapat dengan rakan Pakatan Harapan mereka. Ianya seolah-olah satu tindakan membalas dendam dari mereka terhadap semua penghinaan dan pemulauan yang dilakukan oleh semua gabungan parti yang menganggotai Pakatan Harapan sebelum ini.

Tindakan PAS ini adalah ulangan terhadap penyingkiran bekas Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang baru-baru ini telah digantung untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan akibat perbuatan biadab dan tidak menghormati Speaker Dewan Rakyat.

Ramai pemerhati politik melihat tindakan PAS ini merupakan isyarat jelas bahawa PAS kini enggan lagi bersekongkol dengan Pakatan Harapan dalam banyak segi yang kadangkala merugikan PAS dalam banyak perkara. Ditambah pula dengan tindakan biadab PAN yang sedaya upaya “mencuri” ADUN dan Ahli Parlimen PAS di semua kawasan yang dikuasai PAS.

Sekalung tahniah untuk Ahli Parlimen PAS yang kali ini bertindak matang dan bijak dalam berpolitik walaupun mereka masih lagi duduk di penjuru kiri Parlimen.

Friday 23 October 2015

Konvoi bermotoran RIDE TO PASIR RAJA.

DUNGUN: Aktiviti Santai konvoi bermotor yang julung-julung kali di adakan  RIDE TO PASIR RAJA 2 hari 1 malam dianjurkan  Sdr Mohd Asri Bin Mohd,Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun.

Konvoi yang melibatkan 250 orang belia dan 250 buah motor berkuasa dibawah 135cc telah dilepaskan oleh Ridzuan Bin Ishak (Cikgu Duan),Timbalan Ketua Pemuda Penyelaras UMNO Dun Bukit Besi dan bergerak bermula diperkarangan Seri Bangun Bukit Besi melalui jalan Kg Kuala Jengai ,Jongok Batu,Kg Syukur dan destinasi akhir Pasir Raja.

Menurut Sdr Mohd Asri Bin Mohd,Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun memaklumkan program seumpama ini adalah sesuai dengan citarasa anak muda sekarang ini yang amat suka dengan aktiviti bermotor.Melalui aktiviti seumpama ini para belia dapat di bawa ke arah yang sihat dan kepada penambahan pengetahuan tentang Negara serta penghayatan tentang konsep keNegaraan yang diperkenalkan oleh PerdanaMenteri .

Thursday 22 October 2015

PAS dapat juga membalas penghinaan yang diterima mereka sewaktu kemelut politik PAS – DAP sehingga membawa berkuburnya Pakatan Rakyat penghujung Ogos lalu.

Penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada menghadiri sidang Parlimen selama 6 bulan hari telah menimbulkan satu polemik yang cukup menarik untuk kita saksikan. Perkara ini turut menjadi perbualan ramai pihak samada di Parlimen mahupun di media-media sosial hari ini.

Lim Kit Siang di gantung setelah Parlimen mengadakan pengundian dengan 107 menyokong manakala 77 lagi menentang. Hanya 1 undi sahaja berkecuali. Menerusi tinjauan yang dilakukan, pada waktu pengundian berkenaan, hanya 97 daripada 134 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional hadir pada pengundian berkenaan manakala 78 ahli Parlimen pembangkang turut hadir.

Apa yang menariknya di sini, daripada 107 undi yang menyokong penggantungan Kit Siang, 10 daripadanya datang dari Ahli Parlimen PAS dan 1 undi berkecuali juga turut daripada Ahli Parlimen PAS. Ini menjadikan hanya Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN sahaja yang mengundi untuk tidak menyokong penggantungan berkenaan.

Semua ini menunjukkan, akhirnya PAS dapat juga membalas penghinaan yang diterima mereka sewaktu kemelut politik PAS – DAP sehingga membawa berkuburnya Pakatan Rakyat penghujung Ogos lalu. Dalam hal ini, Kit Siang harus mengakui bahawa sikap ego dan berlagak tanpa mengira tempat akhirnya memakan diri sendiri.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen PAS yang akhirnya berani menyingkirkan Lim Kit Siang daripada Parlimen sebagai membalas semula semua penghinaan yang mereka terima sebelum ini.

Wednesday 21 October 2015

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal dibawa PKR pada persidangan Dewan Rakyat kali ini akan menjadi usul sia-sia kerana tiada kesepakatan antara parti pembangkang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal dibawa PKR pada persidangan Dewan Rakyat kali ini akan menjadi usul sia-sia kerana tiada kesepakatan antara parti pembangkang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, PAS langsung tidak dirujuk mahupun dimaklumkan oleh parti pembangkang lain berhubung rancangan membawa usul berkenaan ke Parlimen sebelum ini. "Kalau tak ada persediaan yang baik, tiada perbincangan, tiada kata sepakat, maka usul itu akan jadi usul biasa sahajalah. 

"Sebab itu usul ini tak boleh buat main-main macam tu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi. 

Semalam, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR dipetik sebagai berkata beliau akan menarik balik hasrat membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa usul sama. 

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan usul itu tidak mungkin dapat diterima untuk dibahas pada sesi kali ini kerana setiap usul harus dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula. 

Ditanya mengenai formula pembahagian kerusi yang dicadangkan DAP dalam kalangan parti pembangkang sebelum ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak lagi terikat dengan parti itu selepas masing-masing memutuskan hubungan politik dalam pakatan pembangkang sebelum ini. 

Malah, katanya PAS sedang mengkaji untuk meletakkan calon bukan Islam yang bernaung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk bertanding di kerusi DAP pada pilihan raya umum akan datang. 

"Kami akan bertanding (tambah kerusi) dan mungkin kerusi-kerusi DAP pun yang kami rasa ada potensi, kami akan letak calon DHPP untuk bertanding. "Kami sedang buat kajian dan kami sedang mengumpulkan maklumat kawasan mana yang berpotensi namun perkara itu masih belum dimuktamadkan lagi," katanya. 

Lim Kit Siang sebelum ini mencadangkan PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain. 

Tuesday 20 October 2015

(PAS) merupakan satu-satunya parti politik yang mewajibkan setiap calon pilihanrayanya melafazkan sumpah taklik sebelum dibenarkan untuk menjadi calon pilihanraya.

Semua maklum bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik yang mewajibkan setiap calon pilihanrayanya melafazkan sumpah taklik sebelum dibenarkan untuk menjadi calon pilihanraya. Di laporkan, lafaz taklik ini dilakukan terhadap semua calonnya di seluruh negara namun ada perbezaan sedikit dari segi lafaz sumpah berkenaan di Terengganu dan Kelantan.

Di negeri lain selain Terengganu dan Kelantan, bakal calon pilihanraya PAS melafazkan sumpah bersedia dilaknati oleh Allah dan Rasul andai berpaling tadah daripada perjuangan asal PAS. Manakala di negeri Terengganu dan Kelantan, para calonnya bersumpah akan menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga andai mengkhianati parti.

Ini yang berlaku pada setiap kali pilihanraya yang ditandingi oleh PAS. Malangnya, ramai diantara ADUN dan Ahli Parlimen PAS yang telah bertindak meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat kerana tidak lagi yakin terhadap perjuangan PAS.

Dalam dua kes berasingan, dua Ahli Parlimen PAS Kelantan bertindak meninggalkan PAS dan menyertai PAN. Ini sekaligus menurut Hakim Syarie Kelantan, lafaz sumpah taklik yang dilafazkan oleh dua Ahli Parlimen berkenaan telah diguna pakai. Dalam erti kata lain, kedua-dua Ahli Parlimen PAS berkenaan sah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Dalam hal ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan kelmarin, akan menggugurkan syarat lafaz taklik berkenaan kepada semua calon PAS di seluruh negara pada Pilihanraya Umum yang akan datang kerana menurut beliau, ianya adalah satu penginayaan kepada wanita di Kelantan dan Terengganu khususnya.

Beliau dilaporkan berkata, antara punca PAS mengenakan syarat lafaz taklik berkenaan adalah kerana mahu mengelakkan mana-mana calon parti berkenaan berpaling tadah dan seterusnya mengkhianati parti berkenaan. Namun melihat senario hari ini, ada diantara ADUN dan Ahli Parlimen PAS tidak lagi memperdulikan syarat lafaz taklik ini dan sekaligus seolah-olah mempersendakan agama.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dilaorkan berkata PAS sedia menimbangkan pelbagai cadangan berhubung cadangan yang diutarakan Datuk Seri Abdul Hadi ini. Ini berikutan terdapat cadangan yang menyokong syarat berkenaan digugurkan demi menjaga maruah Islam dan untuk mengelakkan kaum wanita diinaya suami mereka yang jelas menjadi pengkhianat parti.

Pakatan Harapan akan cuba menjadi hero akan berjanji lagi jika menang.

Heboh diperkatakan ketika ini perihal tol lebuh raya sini dan tol lebuh raya sana. Semua pihak umpama mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya kenaikan tol diturunkan semula selepas diumumkan kenaikan yang berkuatkuasa pada 15 Oktober lepas.

Pembangkang juga mendesak kerajaan untuk memansuhkan bayaran tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) demi untuk kepentingan rakyat.

Hari ini, Pakatan Harapan membuat janji kononnya akan memansuhkan bayaran di tol berkenaan sekiranya berjaya menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Soalnya, mampukah pakatan DAP, PKR dan AMANAH itu melaksanakan janji itu.

Kita ambil contoh parti AMANAH yang merupakan serpihan PAS dalam kes lebuh raya rakyat yang pernah dijanjikan di Kelantan tetapi sehingga hari ini hanya tinggal batu asas sahaja.

Projek itu dikenali dengan nama Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dan ia mahu dibina dengan menggunakan kutipan derma dan sumbangan.

Ketika itu, ada beberapa pemimpin PAS yang kini sudah menjadi ahli AMANAH seakan yakin dapat meneruskan projek lebuh raya berkenaan selepas mendapat kutipan RM3 juta melalui sumbangan NGO dan RM1 juta melalui sumbangan online.

Kos untuk bila lebuh raya itu dianggarkan RM350 juta pada ketika itu sekitar tahun 2012 dan pastinya masa kini ianya lebih mahal.

Selepas pengumuman kutipan RM4 juta itu, sehingga hari ini tiada lagi maklumat berkaitan berapa banyakkah derma yang sudah dikutip untuk membina lebuh raya berkenaan.

Jadi, pada masa kini dengan RM4 juta lebuh raya seperti mana kah yang mampu dibina di laluan yang pada asalnya ditetapkan untuk Lebuh Raya Rakyat KBKK itu.

Janji itupun masih belum dilunaskan lagi oleh PAS dan kebanyakan dari mereka yang sudah keluar dari PAS kini memasuki AMANAH jugalah yang gagal melaksanakan janji berkenaan.

Inikan pula janji besar mahu memansuhkan tol lebuh raya PLUS jika berjaya menawan Putrajaya. Janji pembangkang dibuat mengikut peredaran semasa, apa sahaja isu yang ketika itu sedang hangat diperkatakan, mereka akan cuba menjadi hero dengan berjanji akan menyelesaikannya jika menang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai haram dan tidak harus di ikuti oleh umat Islam di negara ini.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai haram dan tidak harus di ikuti oleh umat Islam di negara ini, hari ini, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub pantas memberikan reaksi balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi kelmarin.

Beliau menyifatkan, kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu mempunyai unsur fitnah yang berat terhadap parti itu dan beliau turut mempertikaikan adakah Dr Sheikh Yusuf Al Qadrawi berkata benar atau sebaliknya. Ini kerana menurut beliau, Qadrawi sendiri memahami keperluan untuk mewujudkan sebuah lagi parti baru berunsurkan Islam di negara ini selain PAS.

Bekas Naib Presiden PAS itu juga berkata, PAN berbincang dengan Qaradawi berkaitan “kejelasan fikrah Islam” kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal ISIS atau seumpamanya. Menurut beliau, Qadrawi amat memahami apa yang ingin disampaikan PAN malah tidak timbul sebarang perkataan HARAM mengenai penubuhan PAN di negara ini.

Jesteru beliau mempertikaikan kesahihan dakwaan Hadi berkenaan. Andai benar Qadrawi menyatakan demikian kepada Hadi menerusi satu panggilan telefon, ini bermakna Qadrawi berbohong dihadapan mereka dan sekaligus memfitnah mereka menerusi kenyataan yang dikeluarkan Hadi sebelum ini.

Menurut beliau, ini jelas akan merosakkan reputasi PAN yang kini di iktiraf antara parti politik paling progresif di Malaysia hari ini. Justeru, PAN bersedia dan terbuka untuk bertemu serta komited untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah bagi menerangkan duduk sebenar perkara yang kini menjadi bualan hangat antara dua buah parti berkenaan.

Tindakan kali keduanya yang seolah-olah menentang kepimpinan Perdana Menteri pada masa itu jelas amat sukar di maafkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Sepanjang penyertaan Tun Dr Mahathir didalam UMNO, bukan sekali beliau bertindak meninggalkan UMNO angkara perselisihan politik. Beliau telah menempuh jalan yang cukup berliku sebelum beliau akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri ke empat dalam sejarah negara.

Mengulas mengenai hubungan Tun M dan UMNO, kali pertama beliau bukan lagi ahli UMNO apabila beliau dipecat oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 26 September 1969 selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku hingga membawa kepada pmecatannya daripada keahliannya didalam UMNO.

Ini bukan kali pertama beliau mengguris perasaan Tunku apabila pada Pilihanraya Umum 1959, beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihanraya umum. Tindakan kali keduanya yang seolah-olah menentang kepimpinan Perdana Menteri pada masa itu jelas amat sukar di maafkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Karier politiknya diselamatkan oleh Tun Abdul Razak apabila diterima semula menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan seterusnya kekal didalam UMNO sehingga UMNO diharamkan penubuhannya pada tahun 1988. Krisis yang membawa kepada pemerintahan Perdana Menteri kaum Cina yang mewakili MCA pertama di Malaysia ini (selama 4 hari) membawa kepada penubuhan UMNO yang baru dan beliau merupakan ahli UMNO Baru yang mempunyai kad keahlian 0000001.

Namun, sekali lagi beliau bertindak meninggalkan UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Tun M menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan dimana Tun M kembali menyertai UMNO dan mengekalkan nombor keahliannya, 0000001.

Ironinya, sewaktu beliau meninggalkan UMNO, beliau dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Tun Abdullah menerusi desakan kuat beliau dan para pendokongnya. Namun beliau sekali lagi “terhutang budi” kepada keluarga Tun Abdul Razak dimana kali ini anaknya, Datuk Seri Mohd Najib memujuknya untuk kembali kepangkuan UMNO.

Hari ini, seolah-olah melupakan sejarah dan banyak bantuan yang dihulurkan Datuk Seri Mohd Najib dalam usaha beliau untuk kekal berkuasa selama 22 tahun di Malaysia, beliau bertindak menentang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib dengan pelbagai andaian dan fitnah. Namun sehingga hari ini beliau dilihat enggan lagi meninggalkan UMNO.

Memetik kata-kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mereka yang suka keluar masuk sesebuah parti politik ini bolehlah diumpamakan seperti monyet mengejar pisang. Begitulah apa yang bakal berlaku kepada Tun M andai beliau memilih untuk keluar sekali lagi daripada UMNO.

Jika Datuk Seri Mohd Najib tidak mengenang segala jasa-jasa beliau di Malaysia ini, tentu sahaja beliau boleh memecat Tun M daripada UMNO. Datuk Seri Mohd Najib sendiri yang memujuk Tun M kembali kepada UMNO untuk memberi tunjuk ajar yang berguna kepada beliau. Tetapi kenapa hari ini Tun M bertindak mahu menjatuhkan dan menggulingkan Datuk Seri Mohd Najib seperti apa yang beliau lakukan kepada Tun Abdullah satu ketika dahulu?

Adakah Tun M berani mengmbil risiko sekali lagi dengan bertindak keluar daripada UMNO seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini? Andai itulah tindakannya, maka apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada benarnya.

Monday 19 October 2015

Pergaduhan PAS-DAP terus berpanjangan walaupun mereka tidak lagi menjadi parti sekutu.

Pergaduhan PAS-DAP terus berpanjangan walaupun mereka tidak lagi menjadi parti sekutu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Mustafa Ali hari ini berkata serangan Lim Kit Siang terhadap PAS menggambarkan dendam DAP yang tidak pernah padam.
 

Kata Mustafa, PAS kini dianggap Lim sebagai musuh nombor satu DAP.

“Seorang pemimpin politik yang rasional betapa tinggi pun kemarahannya terhadap sesuatu mesti menyemak dulu fakta sebelum melontarkannya.

“Kalau tidak, ia akan mendedahkan kejahilan diri sendiri dan sikap suka memfitnah terhadap orang lain,” kata Mustafa.

Lim dalam kenyataannya sebelum ini membangkitkan beberapa mitos dalam politik yang perlu ditolak untuk menjadikan Malaysia model negara yang bersatu-padu, harmoni, sederhana dan majmuk.

Antara mitos itu, kata Lim, kenyataan “PAS itu Islam, Islam itu PAS”.

Mengulas perkara itu, Mustafa mempersoalkan dari mana sumber Lim.

“Apa yang dinyatakan oleh pimpinan PAS ialah PAS adalah satu-satunya wadah Islam yang memperjuangkan Islam yang syumul yang mencakupi politik dakwah, ekonomi tarbiah, pendidikan perundangan dan kemasyarakatan serta prinsip-prinsip keadilan yang menyeluruh,” katanya.

Beliau justeru menasihatkan Lim supaya lebih berhati-hati dalam kenyataannya yang berkait dengan Islam.

“Janganlah beliau merasakan beliau sudah memahami Islam sesudah menemui beberapa orang tokoh Islam dunia,” sindir Mustafa.

Beliau dilaporkan melabelkan PAN sebagai parti HARAM untuk diikuti oleh umat Islam di negara ini kerana beliau mendakwa ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Dunia politik tanahair hari ini tidak pernah sunyi daripada kemelut politik berpanjangan samada melibatkan parti kerajaan mahupun pembangkang. Salah satu parti berteraskan Islam yang sedang mengalami kemelut politik hari ini adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berhadapan dengan tindakan Parti Amanah Negara (PAN) yang begitu rakus mahu merosakkan keharmonian PAS.

PAN yang ditubuhkan oleh mereka-mereka yang kecewa tewas dalam pemilihan Muktamar PAS pada Jun lalu kini giat “mencuri dan merompak” ahli-ahli PAS samada melibatkan ahli biasa, Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Ahli Parlimen samada di Kelantan sendiri mahupun di seluruh negara.

Kerakusan PAN ini jelas menimbulkan rasa kurang senang PAS apabila melihat begitu mudahnya ahli-ahli parti mereka terutamanya ADUN mahupun Ahli Parlimen mereka berpaling tadah dengan menyertai parti baru ini. Berkongsepkan hampir sama, cuma membezakan mereka adalah ketaatan PAN kepada DAP dengan menolak usaha PAS mahu mewujudkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud di negara ini.

Dalam hal ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa Dr. Sheikh Yusuf Al Qardhawi ada menghubungi beliau dan bertanyakan tentang kewujudan parti politik baru yang mirip dengan PAS di negara ini. Dr Sheikh Yusuf mendakwa, ada beberapa orang wakil PAN bertemu dengan beliau bertujuan untuk meraih sokongan beliau terhadap penubuhan parti baru ini.

Memandangkan hubungan akrab antara Dr Sheikh Yusuf dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Timbalan beliau didalam Kesatuan Ulama Sedunia, beliau ada bertanyakan kepada Datuk Seri Abdul Hadi berhubung kewujudan parti ini samada ianya berlandaskan syarie dan membela nasib rakyat atau sebaliknya.

Selepas menerangkan hal yang sebenar, pandangan yang diberikan oleh Dr Sheikh Yusuf cukup mengejutkan Datuk Seri Abdul Hadi. Beliau dilaporkan melabelkan PAN sebagai parti HARAM untuk diikuti oleh umat Islam di negara ini kerana beliau mendakwa ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Hal ini didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi dalam sesi ceramah beliau malam tadi di Wisma Ibadur Rahman, Tumpat, Kelantan kelmarin. Pendedahan ini jelas menampakkan hala tuju yang jelas lari dari teras perjuangan asal PAS terhadap hasrat mereka mendirikan sebuah Kerajaan Islam dengan mengamalkan Undang-Undang Syarie yang nyata ditolak PAN dalam banyak ceramah mereka.

Tegas Datuk Seri Abdul Hadi, beliau tidak pernah memburukkan mana-mana parti politik saingan mereka. Apa yang beliau lakukan hanya menerangkan kedudukan sebenar kewujudan PAN dalam arus politik semasa tanpa perlu memburukkan kewujudan PAN pada mata Dr Sheikh Yusuf Al Qadrawi. Beliau juga dilaporkan mengajak ahli PAS untuk merenung sebentar perjuangan mana yang benar, samada PAN ataupun PAS.

Tambahan pula reputasi Dr Sheikh Yusuf Al Qadrawi yang diketahui ramai sebagai sekutu rapat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadikan PKR terlalu sukar untuk mendekati pengundi Melayu Islam berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Sheikh Yusuf ini berkenaan PAN.

Andai Dr Sheikh Yusuf sendiri melabelkan PAN sebagai parti haram, bagaimana PKR mahu meneruskan kerjasama dengan PAN? Adakah matlamat PAN hari ini menghalalkan cara dengan hanya mendapat sokongan penuh dari DAP dalam mendekati umat Islam di negara ini? Dalam beberapa segi, pendedahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini memberi dimensi baru terhadap kewujudan PAN dalam arus politik negara.

Sunday 18 October 2015

Lim Guan Eng bukan bos saya," kata Hee dalam mesej teks kepada mkini.

Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian menolak saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menarik balik usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Lim Guan Eng bukan bos saya," kata Hee dalam mesej teks kepada mkini.

Beliau mengulas saranan Lim bahawa usul penting seumpama itu sepatutnya dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail.

"Biar presiden parti memutuskannya," kata Hee sambil menegaskan beliau akan mengikut keputusan parti.

Sementara itu, ahli parlimen PKR Batu Tian Chua turut menolak saranan Lim supaya usul tersebut ditarik balik.

"Tidak ada perkara seperti itu - kecuali jika kita tidak mahu perdana menteri meletak jawatan," kata Chua.Beliau berkata setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk membentangkan apa juga usul.

Walaupun kita tahu bahawa strategi lapuk PAS apabila dilihat lemah di mata ahlinya sendiri dan juga rakyat negara ini amnya maka PAS akan mula mengumpulkan penyokong ataupun ahli tegarnya dari seluruh negara.

Menurut gebang juak-juak PAS bahawa himpunan yang berlabel Fastaqim di Stadium Kota Bharu semalam melebihi 60 ribu orang? 

Walaupun kita tahu bahawa strategi lapuk PAS apabila dilihat lemah di mata ahlinya sendiri dan juga rakyat negara ini amnya maka PAS akan mula mengumpulkan penyokong ataupun ahli tegarnya dari seluruh negara.

Sejak Mat Sabu bersama beberapa wakil rakyat PAS menubuhkan parti sendiri, PAN, pengaruh PAS susut mendadak. Tambah pula maruah PAS tercalar apabila parti Mat Sabu dah mula ada kerusi di Dewan Rakyat.

Isunya bukan berapa ramai yang hadir semalam tapi khabarnya jumlah kutipan mencecah RM 1juta? Bayangkan kalau purata setiap yang datang menghulurkan derma jihad politik atau bahasa mudahnya dana berpolitik RM10 atau RM20 seorang, berapa yang terkumpul di himpunan tersebut?

Tidakkah ahli PAS ingin tahu siapa yang pegang duit yang terkumpul itu? Ke akaun siapa? Parti atau ada kumpulan kecil yang uruskan atau ianya habis pada malam tersebut juga? Seusai majlis maka leburlah harta ghanimah?

Benarkah apa sahaja hasil kutipan dana politik PAS sebelum 'jumlah bersihnya', jumlah kasarnya dipawahkan kepada beberapa kumpulan atau tenaga kerja :
1. Penceramah2. Tukang Jaga Parking3. Tukang Usung Plastik Atau Tong Derma4. Unit Amal5. Sewa perkakas yang berkaitan tanpa siapa pun tahu berapa kadar sebenar6. Tukang kira duit7. Lain-lain pegawai yang tahu berhubung gerakerja Tabung Milo ini.
Kalau gebang ini salah maka pemimpin PAS wajib istiharkan berapa jumlah yang mereka perolehi semalam dan kemana mereka agihkan. 

Ianya melibatkan wang tunai yang besar jumlahnya!! 

Saturday 17 October 2015

Majlis penyerahan lattop tersebut diadakan sempana Program perjumpaan khas perjumpaan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun bersama J3K Dun Paka Parlimen Dungun.

Pengerusi J3K seluruh Dun Paka terletak dibawah pentadbiran Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun  telah menerima sumbangan set lengkap IT.Set tersebut terdiri daripada sebuah Laptop serta mesin pencetak yang dilengkapi mesin photocopy.

Peralatan tersebut diperolehi melalui peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu yang telah diluluskan oleh Yab Dato Hj Ahmad Razif Bin Abd Rahman Menteri Besar Terengganu.JKKK yang menerima perlatan tersebut diharapkan dapat meningkatkan produktivi kepada rakyat dengan meningkatnya kecekapan pentadbiran dan pengurusan JKKK.Seterusnya dapat menambahbaikan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan budaya TTB Tranfomasi Terengganu Baharu.

Majlis penyerahan tersebut diadakan sempana Program perjumpaan khas perjumpaan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun bersama J3K Dun Paka Parlimen Dungun.

Dato Hj Din Bin Adam sewaktu membuat ucapan aluan menyarankan agar J3K yang berada dibawah Dun Paka akan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat didalam kawasan masing-masing dan terus membantu rakyat dalam kawasan kampung.

Tugas dan tanggungjawab J3K yang memberi khidmat kepada rakyat adalah amat berat berbanding dengan elauan diperolehi J3K yang tidak seberapa.Namun begitu J3K tetap memikul juga amanah yang diberikan agar Kerajaan Negeri Terengganu terus dikuasai BN dapat terus memerintah.

Friday 16 October 2015

Pengumuman cukup bersejarah itu dinyatakan menerusi kenyataan media bersama antara wakil PKR, DAP dan PAN yang dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di Petaling Jaya.

MUKTAMAD akhirnya Pakatan Harapan menutup pintu kepada PAS sekali gus mengisytiharkan ‘perang’ terhadap parti Islam itu apabila mengumumkan bakal menentang calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak. 

Pengumuman cukup bersejarah itu dinyatakan menerusi kenyataan media bersama antara wakil PKR, DAP dan PAN yang dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Khamis. 

Mesyuarat kali pertama selepas Pakatan Harapan ditubuhkan akhir bulan lalu antara lain menyatakan PAN akan menggantikan PAS untuk menentang calon UMNO-BN pada PRU-14 khasnya di kawasan majoriti Melayu. 

Anehnya, kenyataan itu tidak menjelaskan adakah PAS perlu menarik diri daripada bertanding di kawasan sama dan ini bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN-PAS-PAN untuk kerusi berkenaan. 

Lucunya dalam masa sama, jumlah kerusi yang selama ini secara tradisi ditandingi oleh PAS akan dikurangkan dan ia bererti PAN bakal menerima peruntukan kerusi yang sedikit manakala bakinya akan diisi PKR atau DAP. 

Sekali lagi agak lawak juga kerana PKR dan DAP dijangka meletakkan calon Melayu bagi menentang UMNO-BN di kawasan yang sebelum ini diperuntukkan untuk PAS kononnya PAS secara ‘atas kertas’ tidak bertanding di situ. 

Persoalan cepumas, dalam kenyataan itu ada menyatakan PAS bukan ahli Pakatan Harapan, tetapi adakah ini bermakna PAS senang-senang sahaja boleh menyerahkan kerusi mereka kepada PAN, PKR atau DAP? 

Secara logik, tidak mungkin PAS mudah memberi kerusi mereka untuk ditandingi oleh PKR apatah lagi musuh ketat mereka, DAP dan parti serpihan terbaharu iaitu PAN semata-mata mahu melawan calon UMNO-BN. 

Jika kenyataan ini boleh diterima pakai, ini juga bermakna pada PRU-14 nanti, akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan majoriti pengundi Melayu apabila BN bakal ditentang PAS selain PAN, PKR atau DAP. 

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengulas keputusan mesyuarat pertama Majlis Setiausaha Pakatan Harapan dan ia menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penganalisis politik. 
 
KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN 

MESYUARAT PERTAMA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN 

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Setiausaha Agung daripada setiap parti – PKR, DAP dan PAN telah bermesyuarat buat pertama kali pada hari ini di ibu pejabat KEADILAN. 

Perkara ini menyambung tradisi dari amalan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa pentadbiran dan perjalanan harian Pakatan Harapan diuruskan melalui sebuah Majlis Setiausaha. 

Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan dan menetapkan perkara-perkara berikut: 

1. Mesyuarat Majlis Presiden yang pertama pada hari Isnin, 19 Oktober 2015 jam 11.30 pagi di Parlimen. Majlis Presiden Pakatan Harapan adalah badan tertinggi yang dianggotai oleh pimpinan tertinggi dari setiap parti yang menentukan dasar dan hala tuju Pakatan Harapan. Mesyuarat pada hari ini membincangkan perkara-perkara yang akan diangkat dalam mesyuarat Majlis Presiden pada hari Isnin 19 Oktober 2015. 

2. Penubuhan dan pelancaran Pakatan Harapan di setiap negeri. Jadual Jelajah Pakatan Harapan yang bertemakan #bebasrakyat #bebasAnwar akan dimuktamadkan dan diangkat untuk kelulusan Majlis Presiden minggu depan. 

3. Persediaan awal ke arah merangka satu Perjanjian Pakatan (Coalition Agreement) dan Dasar Bersama (Common Policy Framework) yang bakal ditandatangani ketiga-tiga parti juga perkara melibatkan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen.PAN akan bertanding menggantikan kerusi PAS untuk berhadapan dengan UMNO dan jumlah kerusi akan dikurangkan untuk diagih kepada DAP dan PKR yang akan meletakkan calon Melayu khasnya kerusi Parlimen. Rakyat juga harus diberitahu bahawa PAS bukan lagi bersama Pakatan Harapan. 

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yakin tanpa PAS akan menjadi sebuah pakatan yang lebih kukuh dan bergerak bersama akan meningkatkan tekanan terhadap Kerajaan BN.#grp 

MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN 

15 OKTOBER 2015 

YB Rafizi Ramli
Setiausaha Agung KEADILAN 

YB Anthony Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP 

Haji Mohd Anuar Tahir
Setiausaha Agung PAN

Thursday 15 October 2015

Kemasukan Datuk Saifuddin Abdullah kedalam PKR hari ini dilihat sebagai salah satu usaha beliau untuk kekal relevan didalam arena politik Malaysia.

Kemasukan Datuk Saifuddin Abdullah kedalam PKR hari ini dilihat sebagai salah satu usaha beliau untuk kekal relevan didalam arena politik Malaysia. Beliau dilihat bukan orang asing didalam PKR memandangkan penglibatan awal beliau dalam penubuhan parti ini kira-kira 13 tahun lalu.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya beliau muncul untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh menerusi tiket Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang lalu. Lawan yang ditentang oleh beliau bukan calang-calang, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Namun demikian, walaupun bertanding di kampung halaman beliau sendiri, semua itu tidak membantu beliau untuk memenangi kerusi berkenaan. Beliau tewas ditangan Nasrudin dengan keputusan majoriti 1,070 undi. Ini menjadikan usaha beliau untuk kembali kedalam UMNO Pusat menemui kegagalan dan tertewasnya beliau di Temerloh telah menimbulkan sedikit rasa kurang senang beeliau terhadap Nasrudin.

Beliau sedar, keputusan pilihanraya berkenaan jelas menyekat kemaraan beliau didalam UMNO kerana tidak mungkin Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengizinkan semula beliau bertanding dikawasan berkenaan dalam usaha beliau merampas semula kerusi Parlimen berkenaan.

Atas perkiraan politik, beliau memilih untuk menyertai PKR berbanding PAN kerana ppada perkiraan beliau, PKR mampu menyumbangkan sesuatu dalam misinya untuk merampas semula kerusi berkenaan dari Nasrudin. Perkiraan ini nyata tidak menyenangkan PAS apatah lagi Nasrudin memandangkan PKR sejak akhir-akhir ini begitu beriya-iya mahu PAS bersekutu dengan mereka.

Saifuddin sudah tentu enggan mengalah andai PAS memintanya untuk bertanding ditempat lain andai gabungan PAS dan PKR ini berjaya. Begitu juga dengan Nasrudin yang dilihat kini begitu selesa di Temerloh. Satu-satunya jalan bagi PKR terutamanya Datuk Seri Anwar membalas jasa rakan karibnya ini adalah dengan meletakkan beliau di kerusi bandar.

Apa yang diharapkan Saifudin sebenarnya adalah kembali menguasai salah satu kerusi Parlimen yang akan ditandingi PKR pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Beliau telah lama berada didalam UMNO dan pastinya beliau akan mengolah cerita bagi menggambarkan keburukan UMNO andai diberi peluang bertanding kelak.

Wednesday 14 October 2015

Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan pada awal tahun hadapan.

Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan pada awal tahun hadapan, akan menyaksikan pertambahan 11 kawasan baru yang baru sahaja diluluskan oleh Mahkamah sebentar tadi.

Kawasan berkenaan adalah di Batu Kitang, Stakan, Serembu, Triboh, Gedong, Kanbong, Tellian, Selirik, Murum, Samalaju dan Long Lama. Penambahan ini bagi membolehkan penumpuan lebih khusus diberikan kepada nasib rakyat yang tinggal dikawasan berkenaan kerana sebelum ini kawasan berkenaan berada didalam kawasan DUN yang lebih besar.

Dengan penambahan 11 lagi kerusi DUN ini, Pilihanraya Negeri pada kali ini akan menyaksikan pertambahan kerusi daripada 71 kerusi DUN sebelum ini kepada 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan kelak.

Parti pemerintah Sarawak, Parti Bangsa Bersatu Sarawak (PBB) yang diketuai oleh Tan Sri Haji Adenan Satem yang menjadi parti komponen Barisan Nasional di Sarawak dijangka akan menempatkan sebahagian besar calon mereka di semua kawasan DUN yang diperuntukkan kepada mereka disamping parti-parti komponen yang lain.

Manakala bagi parti pembangkang, penambahan DUN ini dikhabarkan akan memberi sedikit kesulitan bagi mereka memandangkan kos dan kempen calon mereka akan terpecah dan sekaligus menuntut kempen yang lebih berkesan dilaksanakan bagi meikat hati pengundi rakyat Sarawak.

Setakat ini, DAP telah mengumumkan akan meletakkan calon mereka bagi kerusi DUN Batu Kitang pada pilihanraya negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, ramai pemerhati politik melihat, penambahan kerusi DUN ini pastinya tidak memberi kesan langsung terhadap PBB dan parti komponen Barisan Nasional yang lain untuk memenangi Pilihanraya Negeri pada kali ini berikutan momentum dan prestasi yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Sarawak sekarang, Tan Sri Haji Adenan Satem.

PAS Selangor Tolak 'Adengan Peluk Hadi dan Ibrahim Ali'



Lupakah PAS pada pesanan Nik Aziz agar berhati-hati supaya tidak dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama dua kali?

Menurut portal Mykmu Ibrahim Ali pernah bertanding di Pasir Mas atas tiket PAS namun beliau bertindak keluar dari PAS dan menjadi ahli Parlimen bebas Pro BN. Sekaligus mengabaikan kepercayaan para pengundi yang memilih beliau bersandarkan kepada kekuatan parti PAS di Pasir Mas.

Kini kita melihat adengan berpelukan antara Ibrahim Ali dan Hadi Awang pula. Apa yang terdetik di fikiran anda bila melihat Ibrahim Ali dan Hadi Awang berpeluk di Pejabat PAS semalam?

Bagi Ibrahim Ali walau apa pun tanggapan umum, pertemuan di pejabat PAS semalam demi penyatuan ummah dan kesejahteraan ‘alif, ba, ta’.

“Apa pun persepsi dan ulasan, yang penting PERKASA membuktikan dan melaksanakan amalan suruhan Allah SWT agar jalinan silaturahim terus diperkasakan.

“Dan nescaya niat yang ikhlas akan mendapat barakah dari Allah SWT,” kata Datuk Ibrahim Ali lagi, ‘alif, ba, ta’ merujuk kepada agama, bangsa dan tanah air, berdasar akronim dalam tulisan Jawi.

Umum amat maklum bahawa PAS telah berulangkali menegaskan bahawa perjuangan mereka tidak selari dengan perjuangan ABATA. Bagi PAS perjuangan mereka kononnya berlandaskan Islam tanpa mengambil kira bangsa. Namun tindakan berulangkali tidak mencerminkan kenyataan yang mereka laungkan.

Persepakatan mereka selama ini dengan pakatan rakyat telah membuktikan bahawa perjuangan berdasarkan agama sememangnya retorik semata-mata. Keputusan PRU13 yang lalu menyaksikan kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap PAS apabila mereka bertolak ansur dalam isu yang melibatkan Islam. Akhirnya persepakatan tersebut hancur atas satu alasan mudah iaitu hudud.

PAS dan PERKASA semalam mencapai kata sepakat dalam agenda mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan menolak tangkapan terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Ibrahim Ali menjelaskan ketika bergambar, beliau turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.

Adakah ini merupakan antara agenda kumpulan penyokong Mahathir dalam mengetengahkan isu yang dicanangkan dalam usaha memburukkan kerajaan? Untuk makluman, Khairuddin dan Mathias tidak didakwa atas akta SOSMA. Mereka kini didakwa atasa tuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara dibawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Berbalik kita kepada adengan berpelukan Ibrahim Ali dan Hadi Awang, apa yang mengejutkan pula PAS Selangor menentang sebarang bentuk kerjasama PAS dengan Perkasa. PAS Selangor langsung tidak menunjukkan rasa hormatnya kepada Presiden Parti meskipun Hadi Awang telah dirakamkan berpelukan dengan Ibrahim Ali.

Hakikatnya semua pihak tahu bahawa Ibrahim Ali merupakan individu yang tidak boleh dipercayai. Walaupun selama ini beliau melaungkan perjuangan ABATA namun kita tahu bahawa beliau mempunyai agenda peribadi. Sebenarnya selama ini, Ibrahim Ali telah banyak merosakkan perjuangan Melayu dengan mengetengahkan perkara-perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Desas desus sedang bertiup kencang mengatakan Ibrahim Ali cuba melobi untuk menjadi calon PRU14 nanti. Mungkinkah ini benar? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Dato Hj Din Bin Adam Ketua UMNO Bahagian Dungun melawat Ketua Umno Cawangan Sura Lapangan Terbang Abd Latif Bin Anang yg sakit hampir sebulan terbaring

DUNGUN 14.10.2015 - Dato Hj Din Bin Adam Ketua UMNO Bahagian Dungun melawat Ketua Umno Cawangan Sura Lapangan Terbang Abd Latif Bin Anang yg sakit hampir sebulan terbaring serta menziarahi rakyat dari rumah ke rumah terus dilaksanakan dikampung sura hujung supaya dapat memberi peluang kepada rakyat di akar umbi menyampaikan masalah dihadapi mereka.

“Dalam setiap kunjungan,beliau menyampaikan bantuan keperluan harian.

“Pada masa yang sama juga beliau turut bantu jika ada sebarang masalah lain dihadapi mereka,” katanya selepas program ziarah di Dun Paka ,Cawangan Sura Lapangan terbang.

“Tanpa mengambil kira fahaman politik kita ke sini juga untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat serta untuk mengambil tahu hal ehwal mereka,” katanya kepada DungunTimes hari ini.

Sunday 11 October 2015

Mat Sabu berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

Mat Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru.

"Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.

Katanya, sejak Amanah dilancarkan pada 16 September, parti itu perlahan-lahan mendapat momentum dari segi keahlian di beberapa negeri.

Beliau berkata parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli menjelang Disember tahun ini, dengan mendapat sokongan paling ramai di Kelantan.

"Di Kelantan, kita sudah mempunyai kira-kira 11,000 orang ahli, terdiri daripada bekas kakitangan awam, yang percaya bahawa Amanah mampu menyediakan tadbir urus yang baik.

"Amanah juga menyasarkan 10,000 ahli di Johor dan 20,000 di Selangor tetapi kami juga bertapak di negeri-negeri pantai barat," katanya.

Beliau menambah, Johor akan menjadi titik tumpuan utama Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Friday 9 October 2015

Haji Alias Abdullah telah ditemui mati di bahagian dapur rumah beliau di Marang selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Marang dari Barisan Nasional, Haji Alias Abdullah telah ditemui mati di bahagian dapur rumah beliau di Marang selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Ketika kejadian, beliau dilihat sedang mengemas bahagian dapur beliau sebelum didatangi oleh suspek lalu menembak beliau tepat di kepala.

Ketika kejadian, hanya ahli keluarga beliau saja yang berada di rumah berkenaan sebelum mereka mendengar satu bunyi letupan di belakang rumah beliau. Berikutan kejadian berkenaan, Haji Alias menemui ajal ditempat kejadian akibat kecenderaan parah di kepala.

Haji Alias Abdullah merupakan bekas ADUN bagi kawasan berkenaan dan tewas dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu kepada calon PAS Ustaz Ariffin Deraman dalam pertandingan 3 penjuru.

Pihak polis masih menjalankan siasatan dilokasi kejadian dan kes ini disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati terhadap perlaku.

Wednesday 7 October 2015

PAS diketepikan dalam pakatan versi 2.0 itu gara-gara tekanan kuat oleh DAP.

BAHARU sahaja diwujudkan Pakatan Harapan pada 22 September lalu konon bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dikuburkan mereka sendiri ekoran ‘perang besar’ antara DAP dan PAS gara-gara isu Hudud awal tahun ini.

Lebih malang, PAS diketepikan dalam pakatan versi 2.0 itu gara-gara tekanan kuat oleh DAP walaupun sekutunya, PKR ‘bersandiwara’ konon parti Islam tersebut bakal menyertai gabungan pembangkang berkenaan akhirnya.

Aneh dan cukup pelik, Parti Amanah Negara (PAN), serpihan PAS ditubuhkan sekumpulan 18 pemimpin PAS yang tewas pada muktamar dan dilancarkan 16 September lalu itu boleh pula diterima memasuki Pakatan Harapan.

Uniknya, PAN yang dijenamakan semula daripada Parti Pekerja Malaysia itu dapat menganggotai pakatan baharu tersebut kerana disokong kuat DAP, konon bagi menggantikan PAS khasnya menarik undi masyarakat Melayu.

Malah pengumuman pengesahan secara rasmi parti berkenaan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) dibuat dalam sidang media 2 Oktober lalu di pejabat pemimpin DAP, Lim Guan Eng di Komtar, George Town, Pulau Pinang.

Itu cerita PAS dengan serpihannya, PAN. Sebelum itu banyak juga serpihan PAS muncul tetapi akhirnya ‘pupus’ langsung seperti Berjasa dan Hamim, waima PAS sendiri asalnya serpihan akibat perpecahan UMNO pada 1951.

Bagaimanapun portal AgendaDaily pada Rabu mendedahkan sesuatu yang jauh lebih besar apabila PKR turut dilaporkan bakal memiliki serpihan ala PAN dengan diwujudkan oleh ramai bekas atau pemimpin parti tersebut.

Lebih dahsyat, sumber RoS mengesahkan pembentukan parti serpihan PKR itu dan diakui sendiri bekas tokoh parti itu yang juga mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipetik oleh portal tersebut.

Bahkan ketika mengulas mengenai desas-desus mengenai pendaftaran parti baharu oleh beberapa pemimpin PKR, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Pelabuhan Klang itu mengatakan beliau langsung tidak terkejut.

Monday 5 October 2015

Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti peribadi hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik untuk memohon maaf

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti peribadi hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik untuk memohon maaf atas kenyataannya berhubung artikel `MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket” yang disiarkan oleh Malay Mail online pada 3 Oktober lalu.

Gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atas Liong Sik.

Bertindak bagi pihak Perdana Menteri ialah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Difahamkan surat peguam akan dihantar kepada Liong Sik hari ini.

Dalam surat tersebut, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili tetuan berkenaan menyatakan kenyataan Liong Sik yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu sekali gus membawa maksud bahawa Najib telah menyalahguna dana pelaburan kerajaan ke dalam akaun peribadi beliau untuk kepentingan sendiri.

“Kenyataan itu juga membawa maksud bahawa pelanggan kami menyalahguna amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi syarikat pelaburan negara (1MDB) dan sebagai pemimpin negara.

“Ia juga membawa maksud bahawa pelanggan kami tidak cekap, terlibat dalam skandal kewangan untuk menipu rakyat Malaysia dan tidak layak menjadi pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 13 parti politik termasuk MCA,” kata peguam tersebut.

Kenyataan itu, katanya adalah satu fitnah dan telah merosakkan reputasi Perdana Menteri, selain cenderung untuk merendahkan beliau dalam pemikiran masyarakat.

“Ia adalah arahan pelanggan kami bahawa anda dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan tidak benar dan fitnah, hingga mencemarkan reputasi pelanggan kami di dalam dan luar negara,” katanya.

Susulan itu, Hafarizam berkata, pihaknya telah diarahkan oleh anak guam mereka untuk mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik kenyataan, permohonan maaf tidak berbelah bagi dan pampasan yang munasabah terhadap apa yang dinyatakan di atas kenyataan fitnah terhadap pelanggannya.

Sunday 4 October 2015

Pas Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

JOHOR BAHRU – Pas Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada Pas sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.

“Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada Pas bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.

“Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar Pas akan ada orang yang menggantikan tugasnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan bagi memuktamadkan perkara berkenaan dan membawanya ke mahkamah jika perlu.

“Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk Pas walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak Pas.

“Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini ,tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika Pas mempunyai peluang untuk menang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan parti itu merampas aset milik Pas Johor sebaliknya mereka hanya mengambil alih bangunan yang diwakafkan semula kepada parti itu.

“Apa yang berlaku seperti di Pontian sebenarnya bangunan itu sebelum ini digunakan Pas sebagai markas tetapi pemiliknya telah mewakafkan semula kepada Amanah.

“Kita tidak berniat untuk merampas sebaliknya akan menjadikannya sebagai bangunan guna sama untuk Amanah dan Pas,” katanya.

Dzulkifli berkata, parti berkenaan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan aset sepencarian bersama Pas Johor.

“Pas perlu bersikap terbuka, tidak adil untuk tuduh kita perampas seolah-olah menggambarkan Amanah sebagai parti yang zalim.

“Malah kita hanya menerima dua bangunan sahaja iaitu di Pontian dan di Bakri yang diwakafkan semula oleh pemiliknya kepada Amanah,” katanya. – Sinar Harian Online