Tuesday 20 October 2015

(PAS) merupakan satu-satunya parti politik yang mewajibkan setiap calon pilihanrayanya melafazkan sumpah taklik sebelum dibenarkan untuk menjadi calon pilihanraya.

Semua maklum bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik yang mewajibkan setiap calon pilihanrayanya melafazkan sumpah taklik sebelum dibenarkan untuk menjadi calon pilihanraya. Di laporkan, lafaz taklik ini dilakukan terhadap semua calonnya di seluruh negara namun ada perbezaan sedikit dari segi lafaz sumpah berkenaan di Terengganu dan Kelantan.

Di negeri lain selain Terengganu dan Kelantan, bakal calon pilihanraya PAS melafazkan sumpah bersedia dilaknati oleh Allah dan Rasul andai berpaling tadah daripada perjuangan asal PAS. Manakala di negeri Terengganu dan Kelantan, para calonnya bersumpah akan menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga andai mengkhianati parti.

Ini yang berlaku pada setiap kali pilihanraya yang ditandingi oleh PAS. Malangnya, ramai diantara ADUN dan Ahli Parlimen PAS yang telah bertindak meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat kerana tidak lagi yakin terhadap perjuangan PAS.

Dalam dua kes berasingan, dua Ahli Parlimen PAS Kelantan bertindak meninggalkan PAS dan menyertai PAN. Ini sekaligus menurut Hakim Syarie Kelantan, lafaz sumpah taklik yang dilafazkan oleh dua Ahli Parlimen berkenaan telah diguna pakai. Dalam erti kata lain, kedua-dua Ahli Parlimen PAS berkenaan sah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Dalam hal ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan kelmarin, akan menggugurkan syarat lafaz taklik berkenaan kepada semua calon PAS di seluruh negara pada Pilihanraya Umum yang akan datang kerana menurut beliau, ianya adalah satu penginayaan kepada wanita di Kelantan dan Terengganu khususnya.

Beliau dilaporkan berkata, antara punca PAS mengenakan syarat lafaz taklik berkenaan adalah kerana mahu mengelakkan mana-mana calon parti berkenaan berpaling tadah dan seterusnya mengkhianati parti berkenaan. Namun melihat senario hari ini, ada diantara ADUN dan Ahli Parlimen PAS tidak lagi memperdulikan syarat lafaz taklik ini dan sekaligus seolah-olah mempersendakan agama.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dilaorkan berkata PAS sedia menimbangkan pelbagai cadangan berhubung cadangan yang diutarakan Datuk Seri Abdul Hadi ini. Ini berikutan terdapat cadangan yang menyokong syarat berkenaan digugurkan demi menjaga maruah Islam dan untuk mengelakkan kaum wanita diinaya suami mereka yang jelas menjadi pengkhianat parti.

No comments:

Post a Comment