Wednesday 30 December 2015

Selamatkan keluarga, Zulkifli dihadapkan hukuman tali gantung.

SEORANG lelaki bernama Zulkifli, 50, kini menjadi bualan hangat di laman sosial di Malaysia. 

Ini berikutan hukuman atas kesalahan ‘membunuh’ yang dilakukannya baru-baru ini.

Tiga minggu lalu, rumah Zulkifli yang terletak di Labuhan, Kerteh, Terengganu dipecah masuk dua perompak. 

Atas niat melindungi keluarga serta harta benda miliknya, dia bertindak menikam salah seorang daripada perompak tersebut sehingga mati. 

Lantaran peristiwa itu, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang kemudian ditukar kepada seksyen 304, kerana membunuh tanpa niat dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000. 

Zulkifli sekali lagi ditahan pada 27 November lalu atas dua pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati serta seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. 

Zulkifli juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Isu ini menjadi perbualan hangat netizen apabila ramai yang mempertikaikan, salahkah seseorang itu mempertahankan keluarga dan hartanya daripada dirompak? 

Salahkah seseorang itu membunuh sekiranya dia tidak mempunyai pilihan lain ketika itu? 

Apakah dia dianggap bersalah kerana ingin mempertahankan keluarga dan harta benda miliknya? 

Dan wajarkah dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati? Persoalan-persoalan inilah yang dibangkitkan sekaligus mencetus rasa simpati ramai terhadap nasib Zulkifli yang dianggap seorang hero namun terpaksa menerima nasib malang kerana undang-undang yang menyisih soal kemanusiaan. 

Disebabkan ramai yang simpati dan ingin membela nasibnya, muncul hashtag #selamatkanzulkifli selain sebuah akaun Facebook khas Selamatkan Zulkifli bagi tujuan membuka mata pihak yang dapat membantu nasibnya. 

Selain itu, kisah mengenai kesusahan dan kepayahan hidup yang dihadapi oleh keluarganya turut mencetuskan rasa prihatin dalam kalangan netizen. 

Salah seorang anak Zulkifli yang berumur 8 tahun adalah penghidap autisme dan masih dalam proses menerima rawatan. 

Zulkifli dan isterinya, Zaimah hanyalah golongan peniaga kecil yang berniaga untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. 

Ramai membayangkan apa akan berlaku sekiranya Zulkifli benar-benar disabitkan bersalah dalam kes ini seterusnya menjalani hukuman yang sedikit sebanyak pasti jejaskan keluarganya. 

Sama-sama kita berdoa agar Zulkifli diberikan pengadilan terbaik.

Friday 18 December 2015

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menaikan kemarahan DAP.

Seperti sedia maklum, DAP sememangnya mempunyai masalah dengan PAS sebaik sahaja Muktamar PAS sekitar Jun lalu memutuskan untuk memutuskan sebarang kerjasama politik dengan DAP berkuatkuasa serta merta. Sejak dari itu, kedua-dua buah parti ini saling berbalas kenyataan dimana DAP bertindak lebih angkuh dengan memecat semua ahli PAS yang berkhidmat didalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, tindakan DAP yang seolah-olah “menaja” penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai oleh Mat Sabu, menunjukkan DAP enggan lagi menerima PAS dalam pakatan yang ditubuhkan oleh DAP. Malah tindakan PAN yang menarik keluar ahli-ahli DUN dan Parlimen PAS bagi menyertai PAN, lebih mengeruhkan keadaan.

Kini, disaat Datuk Seri Mohd Najib telah mengeluarkan kenyataan terbuka untuk bekerjasama dengan PAS dan ditambah pula dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohd Najib, pastinya ia menaikkan lagi kemarahan DAP terhadap PAS.

Namun begitu, PAS dilihat masih lagi mahu mengekalkan hubungan baik mereka dengan PKR atas alasan tahaluf siyasi. Ini pastinya menambah kemarahan DAP terhadap PKR terutamanya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang sehingga kini masih belum memperakui kewujudan Pakatan Harapan di Selangor.

Menurut sumber, DAP telah memberi kata dua terhadap Azmin samada beliau masih mengharapkan PAS atau sebaliknya. Jika Azmin kekal mehukan PAS turut serata didalam kerajaan Negeri Selangor, maka DAP akan bertindak menarik semula sokongan mereka terhadap Azmin dan sekaligus membuka ruang untuk DAp meletakkan calon boneka mereka di Selangor.

Namun jika Azmin bertindak memutuskan hubungan dengan PAS, DAP akan memberi sokongan penuh kepada Azmin dan sekaligus menandakan pengiktirafan Azmin terhadap Pakatan Harapan. Sehingga kini, baik Azmin mahupun kerajaan negeri Selangor masih membisu tentang hala sokongan mereka.

Bagi pihak PKR pula, arahan terbaru DAP ini pastinya meletakkan PKR dalam dilema. Manakan tidak, PAS dilihat antara sekutu utama PKR dalam usaha mereka mengekalkan kuasa. Apa yang dibimbangi oleh PKR hari ini adalah kemungkinan kehilangan sokongan dikalangan ahli PKR sendiri yang lebih cenderong kearah PAS berbanding DAP.

Jesteru, satu keputusan konkrit perlu diputuskan oleh barisan kepimpinan PKR dalam menentukan hala tuju parti berkenaan. Bagi pihak DAP, mereka sudah jelas menyatakan mereka enggan lagi melihat kelibat PAS didalam kerajaan negeri Selangor. Kini terserah kepada Azmin untuk merungkai permasalahan yang membelenggu pentadbiran beliau hari ini. PAS atau DAP?

Tuesday 15 December 2015

PAN hari ini dikhabarkan sudah terbahagi kepada tiga kumpulan yang masing-masing berebut-rebut mahu menguasai PAN secara total.

Parti Amanah Negara (PAN), sebuah parti liberal yang ditubuhkan oleh Mat Sabu dengan bantuan penuh DAP, yang diwar-warkan sebagai pengganti PAS dalam arena politik tanah air. PAN bukan sahaja sebuah parti politik serpihan orang-orang yang kecewa didalam PAS, malah mereka juga disifatkan sebagai parti orang suruhan DAP dalam usaha melemah dan sekaligus menghancurkan PAS dari peta politik negara.

Namun perkhabaran dari dalam PAN sendiri menampakkan sesuatu yang begitu aneh dan ajaib. Parti yang baru beberapa bulan ditubuhkan ini nampaknya sudah mula menemui keretakkannya sendiri. PAN hari ini dikhabarkan sudah terbahagi kepada tiga kem utam yang masing-masing berebut-rebut mahu menguasai PAN secara total.

Disetiap kem, ianya diketuai oleh seorang ketua yang membawa fahaman dan idealogi yang berbeza. Bagi Mat Sabu, beliau dikatakan memimpin pengikut-pengikut syiah dan beberap aktivis radikal PAS yang sealiran dan sentiasa akur kepada kehendak DAP.

Salahuddin Ayub pula dikhabarkan mengetuai beberapa bekas aktivis PAS yang berfahaman sederhana serta mengetuai beberapa ahli UMNO yang bertindak menyertai PAN yang cenderong kearah PKR. Manakala Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus pula dikatakan mengetuai Ahli IKRAM dan juga beberapa aktivis PAS yang cenderong kearah PAS.

Persoalannya, bagaimana sebuah parti yang baru beberapa bulan sahaja ditubuhkan kini berhadapan dengan pergolakan dalaman seperti ini? Ajaibnya, terdapat tiga puak berlainan didalam PAN yang sama sekali tidak sealiran dan sebulu dalam idealogi politik mereka. Adakah ini yang dikatakan sebagai pengganti mutlak PAS dalam arena politik tanahair?

Perkembangan ini pastinya menarik perhatian DAP yang mana mereka pastinya enggan membiarkan “baby” mereka berpecah belah. DAP sedar, mereka sukar untuk mengarah sesuka hati PKR kerana sikap tegas beberapa pemimpinnya yang enggan akur kepada DAP seperti Datuk Seri Azmin Ali. Hanya PAN sahaja sebuah parti yang mereka boleh kudakan demi mencapai hasrat DAP memerintah negara.

Andai PAN sendiri berpecah belah, pastinya pelaburan puluhan juta Ringgit DAP akan menemui kegagalan sekali lagi seperti mana cubaan mereka mewujudkan 3 buah pakatan sebelum ini bagi memastikan Barisan Nasional dan UMNO tumbang pada 3 Pilihanraya Umum sebelum ini.

Saturday 12 December 2015

PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam.

Salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO merangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terus mendapat perhatian dan ulasan dari pentadbiran PAS dan kali ini giliran Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula mengeluarkan kenyataan.

Beliau jelas berlapang dada dan bersyukur, akhirnya pemimpin tertinggi UMNO berani menghulurkan tali silaturahim kepada mereka demi kesejahteraan ummah dan kesepaduan umat Islam dan Melayu hari ini. Ujar beliau, jika UMNO untung, PAS rugi. Jika PAS untung, UMNO rugi. Tapi jika Islam untung, PAS dan UMNO tidak akan rugi.

Ujar beliau, ada pihak yang menuduh UMNO akan mengambil keuntungan daripada kerjasama dengan PAS tetapi pada beliau UMNO akan tetap mengaut keuntungan tanpa PAS kerana melaksanakan syariat Islam. Beliau juga menegaskan, PAS tidak akan rugi apabila Islam semakin kukuh di Malaysia. Nik Mohamad Abduh seterusnya berkata, Islam bukan pada kata-kata dan janji tetapi keikhlasan, kesungguhan dan keberanian.

Justeru, katanya, UMNO dan PAS terikat dan tergadai pada ketiga-tiga itu dan bakal menjalani hukuman Allah S.W.T jika tidak melaksanakannya. Sehubungan itu, kata beliau, PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam. Menurutnya, PAS kekal membantu UMNO untuk melaksanakan Islam di negara ini.

Beliau mengulas atas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menjelaskan parti itu bersedia bekerjasama dengan PAS demi agama Islam dan kaum Melayu. tawaran kerjasama itu disambut baik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menegaskan kepentingan Islam menjadi agenda utama parti berkenaan sejak ditubuhkan.

Namun, kata Abdul Hadi, PAS masih perlu meneruskan kerjasama dengan PKR berdasarkan keputusan yang dibuat majlis syura parti itu sebelum ini. Pada masa yang sama, sebarang keputusan berhubung masa depan parti berkenaan bergantung kepada Majlis Syura dan sebarang keputusan dari majlis berkenaan pastinya akan diikut oleh PAS secara total tanpa ada sebarang dakwa dakwi lagi.

Mengulas tentang perkara berkenaan, Nik Abduh dilaporkan berkata, ia sememangnya amalan PAS sejak dari dahulu dan berhubung perkara ini, beliau tidak nampak dimana salahnya PAS dan UMNO kembali bergabung. Ini kerana, PAS dilahirkan dari dalam UMNO dan pernah bergabung dengan UMNO satu ketika dahulu.

Apa yang beliau harapkan, kesatuan ummah dan penyatuan semua umat Islam demi memastikan Malaysia kekal diperintah oleh umat Islam berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam. Namun begiitu, beliau enggan mengesahkan PAS menerima sepenuhnya perlawaan ini. Semuanya masih tertakluk kepada Majlis Syura PAS dan pentadbiran tertinggi PAS.

didominasi oleh suara-suara akar umbi.

Perbahasan para perwakilan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO kali ini didominasi oleh suara-suara akar umbi yang menyuarakan permasalahan rakyat yang dihadapi sejak akhir-akhir ini. Kebanyakan perbahasan menuntut pihak kerajaan melakukan sesuatu bagi meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.

Banyak perbahasan selama dua hari ini menyentuh tentang isu kenaikan harga barang yang dilihat sedikit sebanyak membebankan rakyat disaat kelembapan ekonomi yang melanda dunia hari ini. Samada ianya dirasai ataupun tidak, namun semua pembahas menuntut supaya kerajaan melakukan sesuatu bagi menangani permasalah ini.

Menurut risikan dari sumber dari Majlis Tertinggi, rungutan dan permintaan para perwakilan yang disuarakan pada Perhimpunan kali ini diberi perhatian serius oleh Presiden dan Majlis Tertinggi parti bagi mencari jalan penyelesaian bagi semua permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Dalam perkembangan yang sama, ada diantara perwakilan yang menuntut isu pendidikan harus di perkasakan sesuai dengan peredaran zaman. Menurut beberapa perwakilan, mereka mengharapkan pendidikan di negara ini diperkukuhkan sesuai dasar pendidikan negara. Ini bagi memastikan generasi akan datang akan lebih berilmu dan pengajaran yang lebih seragam sesuai dengan hala tuju negara maju yang ditetapkan pada tahun 2020.

Apa yang pasti, kesemua keluhan dan saranan mereka akan dijawab oleh Perdana Menteri dan Presiden parti pada sesi penggulungan persidangan UMNO yang dijangka akan dilakukan pada petang ini. Pastinya semua perwakilan dan rakyat Malaysia menantikan samada pihak kerajaan mempunyai pelan kontegensi terhadap semua keluhan yang disuarakan pada perhimpunan ini.

Corat Coret UMNO Dungun.

Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Ahli UMNO Bahagian Dungun bersama Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun Dato Hj Din Bin Adam yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun diiringi Ym Tn Hj Tengku Hamzah Bin Tengku Deraman Pegawai Penyelaras Dun Paka sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC Kuala Lumpur.






PAU 2015.

Wednesday 9 December 2015

Tan Sri Muhyiddin hanya kerana gagal berucap, adalah satu tindakan yang cukup mengaib dan memalukan bagi seseorang yang bergelar Timbalan Presiden UMNO dan berkecimpung dalam arena politik selama 45 tahun.

Bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) semalam, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bagi membincangkan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini. Di saat ramai yang menjangkakan UMNO akan mengambil tindakan tegas terhadap beberapa individu berikutan tindakan mereka yang jelas biadab, namun semuanya meleset sama sekali.

Hasil daripada mesyuarat berkenaan, tiada tindakan pemecatan dan penggantungan diambil oleh Majlis Tertinggi walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal bertindak menentang kepimpinan UMNO sebelum ini.

Disamping itu, keputusan mesyuarat berkenaan juga memutuskan memberi mandat penuh kepada Presiden parti untuk menyampaikan ucapan penggulungan PAU 2015 pada Sabtu ini. Perkara ini bukan dicadangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib sendiri, tetapi ianya diusulkan oleh Naib Presiden parti dan disokong sepenuhnya oleh semua ahli Majlis Tertinggi kecuali hanya dua orang sahaja yang menentang cadangan ini.

Dua orang tersebut adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang sememangnya diketahui ramai sebagai antara dua individu yang paling kerap menyerang kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib.

Usai mesyuarat berkenaan, Tan Sri Muhyiddin kelihatan amat berang sehingga menarik lengan Datuk Seri Hishamuddin dan meluahkkan ketidak puasan hati beliau terhadap keputusan Majlis Tertinggi ini. Maka disinilah terkkeluarnya ayat yang amat biadab dan kurang enak didengar oleh sesiapa sahaja dan paling malang sekali, ayat berkenaan dilafazkan dihadapan umum.

Adakah ini contoh pemimpin terbaik yang mahu dijulang sebagai pemimpin utama negara jika ayat pu**mak dilafazkkan dihadapan Datu Seri Hishamuddin Tun Hussien dan di hadapan beberapa petugas media hanya kerana tidak mendapat peluang menyampaikan ucapan?

Jika ini yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin hanya kerana gagal berucap, adalah satu tindakan yang cukup mengaib dan memalukan bagi seseorang yang bergelar Timbalan Presiden UMNO dan berkecimpung dalam arena politik selama 45 tahun.

Pemansuhkan GST Adalah Palsu.

KULAI - Setiausaha Kerajan negeri, Datuk Ismail Karim mengesahkan viral di laman sosial berhubung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negeri ini dimansuhkan adalah palsu.

"Ia adalah viral lama yang kembali tersebar. Sebelum ini ia menjadi viral di laman sosial selepas titah tuanku mengenai GST tidak masuk akal',"katanya.

Tuesday 8 December 2015

Antara intisari ucapan Presiden UMNO

Antara intisari ucapan Presiden UMNO:

1. Sy hormat Tun Mahathir tp jgn keterlaluan, org Kedah kata tibai, tp sy nk btulkan berasaskan pd fakta. Cth awak ini pencuri tp apa buktinya. Tun M kata jika Najib terus mentadbir negara kita akan jd pengemis di negara sendiri

2. Hendak kritik tidak mengapa (sorakan diterima meroyan ditujukan pd TSMY)

3 .Jika menyerang Presiden Parti seolah menyerang Parti Umno.

4. Cerita 2.6 billion, sy nk tanya mana KB KP KW KPU3 boleh hidup tanpa dana, parti pembangkang pun dia nak dana, jd jgn nk bangkitkan soal dana ini kerana sy cari dana ini utk pastikan parti kita ini berjaya.

5. Cerita tentang dana ini, ramai yg datang pd sy buat muka sedih, ada yg bawa pelan.

6. Sy bantu semua bhg, igtkan negeri kalah sj sy perlu bantu, negeri menang pun sy pun kena bantu

7. Dana ini jangan kita songlap duit rakyat. (Tepukan)

8. Jumpa penderma2 siasat, sbb penderma kata x boleh sebut, bgkitkan isu knp masukkan akaun peribadi, sbb dia suka dia bglah, jika dia bg 2.6 b dia tidak tuntut apa2. Sy bg surat itu pd bank negara. Jika sy nk songlap duit sy x bg pd bank negara

9. Semua ini dah tahu apa perlu 2.6 b jika dibanding parti yg berkuasa

10. Perhimpunan Agung ini byk belanja. Sumbgn bhg, wanita, pemuda, puteri tiap2 bulan

11. Friends of BN pun minta pd sy, bloggers pun nak, tak bg merajuk. Ini perlu pd ini (duit) tp jgn berjuang utk ini (duit) tp berjuang pd agama dan negara.

12. Cukuplah soal ini, biar sprm siasat biar mereka buat keputusan, kita fokus pd parti keramat kita

13. Isu 1MDB - org kpg tak kisah. Yg jd isu kerana kita juga. Ini busines model. Jika kata 1 MDB tak ada aset. Ceo TNB pun hendak EDRA, tp sy kata mcm mana nk bg TNB kerana harga dia lebih rendah. Kita ada tanah lg, TRX. Jika kena pelan rasionalisasi mungkin kita ada surplus atau keuntungan.

14. Byk lg bdn2 lain yg rugi cth Perwaja, MAS, dll tapi knp 1 MDB?

15. Patut Tun M bantu kita, sy cukup setia pd dia, waktu ada team A dan team B, sy sokong dia sbb sy pegang pd prinsip kesetiaan kpd pemimpin.

16. Antara PM dan TPM, kita perlu ada hubungan yg baik. Perlu trust each other. Jika berbeza pendapat tak pa.

17. Semalam TSMY suruh sy berehat. Tp nk berehat buat apa, sy kuat lg. Kita perlu pertahankan demi kepentingan parti. Sy syg tuan2 dan puan2. Penting sekali jaga parti. Inilah tempat pergantungan kita.

18. Ucpn diakhiri dengan Sorakan Hidup Melayu dan Hidup Umno Kempen:
Majlis penutupan dgn pelancaran pelan pwtc.

#PAU2015 #PAU69

Perhimpunan Agung UMNO 2015 Membuka Tirai.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 telah membuka tirainya semalam dengan menghimpunkan lebih 10 ribu perwakilan UMNO dari seluruh negara. Persidangan tahunan ini menghimpunkan kesemua sayap parti samada Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan Pergerakan Wanita UMNO. Berikut merupakan antara beberapa corat coret hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2015.

1. Kesemua gerai jualan yang kebiasaannya menghiasi pada setiap Perhimpunan Agung UMNO secara rasminya telah dibuka kepada semua pengunjung. Pelbagai agensi dan peniaga telah memulakan operasi dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung.

2. Restoran Riverside sentiasa penuh dengan pengunjung sejak dari pagi sehingga perniagaan ditutup. Nyata restoran ini sentiasa dikunjungi dengan ianya sentiasa menjadi tempat pertemuan untuk bertemu rakan lama ataupun untuk meluangkan masa sementara menunggu program-program yang telah diatur.

3. Jualan pertama cenderahati UMNO dilaporkan begitu laris pada kali ini. Dengan kadar harga yang berpatutan, masing-masing berebut-rebut mahu memiliki cenderahati UMNO seperti key chain, pin 1 Malaysia, magnet peti ais dan sebagainya.

4. Ramai yang tidak mengetahui, Majlis Amanat Presiden yang berlangsung malam semalam bertemakan baju merah. Pada masa yang sama, pergerakan menyokong Tan Sri Muhyiddin dilaporkan akan mengenakan baju biru. Untuk mengelakkan sebarang konflik, ada yang sanggup berpatah balik kebilik penginapan masing-masing untuk menukar baju merah, bersesuaian dengan tema yang ditetapkan.

5. Ratusan ahli UMNO nyata kecewa apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak muncul pada Majlis Amanat Presiden walaupun dikhabarkan akan muncul pada majlis berkenaan bersama-sama pengikutnya yang mengenakan baju biru. Sebaliknya, kemunculan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berjaya mencuri tumpuan sehingga mampu mendiamkan seluruh dewan pada kemunculannya.

6. Sebelum Majlis Amanat Presiden, rata-rata perwakilan mengharapkan Presiden parti menghuraikan semua permasalahan yang membelenggu UMNO sejak akhir-akhir ini. Harapan mereka akhirnya berbalas apabila Presiden parti membuat ucapan tanpa teks. Sebaliknya, beliau menyampaikan ucapan secara terus dan terbuka dan ianya nyata berjaya meraih perhatian para perwakilan.

7. Hampir semua pemimpin tertinggi UMNO hadir ke majlis berkenaan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilihat antara VIP yang terawal meninggalkan majlis berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu para pengikutnya mengenakan baju biru, berlainan dengan tema yang ditetapkan.

Majlis Taklimat Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO malam ini dilaporkan bakal dicemari oleh rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu para pengikutnya mengenakan baju biru, berlainan dengan tema yang ditetapkan, iaitu baju merah.

Rancangan ini sebenarnya dapat dihidu oleh beberapa agensi yang menguruskan Perhimpunan Agung ini namun dikhabarkan, tiada sebarang halangan dilakukan oleh mana-mana pihak terhadap rancangan ini. Cubaan para petugas media yang menanti dihadapan pintu masuk dewan untuk melihat gerombolan baju biru yang dirancang oleh Tan Sri Muhyiddin nyata menghampakan.

Lebih mengharukan, kelibat Tan Sri Muhyiddin juga tidak kelihatan sewaktu ketibaan semua tetamu kehormat yang hadir pada majlis taklimat ini. Namun, sekutu rapat beliau, Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga Naib Presiden UMNO dilihat hadir dalam majlis ini dan beliau mengenakan baju merah, tema yang sama ditetapkan oleh seketeriat UMNO yang bertugas.

Dalam perkembangan yang sama, kerusi yang dikhaskan untuk Tan Sri Muhyiddin pada majlis ini tidak diduduki oleh mana-mana pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Nyata tohmahan yang dilemparkan oleh Tan Sri Muhyiddin yang kononnya UMNO dan semua pemimpin parti tidak menghormati beliau selaku Timbalan Presiden parti adalah tidak tepat sama sekali.

Sekali lagi, semua dakwaan karut dan songsang yang dilemparkan terhadap pemimpin parti oleh beliau dan Tun Dr Mahathir adalah tidak tepat sama sekali.

Beliau hadir ke majlis berkenaan dengan langsung tidak mengenakan lis putih pada songkok.

Majlis bersama Timbalan Presiden UMNO yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman semalam menampakkan sesuatu yang amat janggal dan sikap kurang peduli seorang anak Johor yang menjadi Ahli Parlimen Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Masakan tidak, Almarhum Tengku Abdul Jalil Iskandar baru sahaja mangkat dan tempoh berkabung yang diumumkan oleh pihak Istana Johor selama tiga hari masih berlangsung, Tan Sri Muhyiddin menampakkan sikap kurang peduli tentang pengisytiharan berkabung berkenaan.

Beliau hadir ke majlis berkenaan dengan langsung tidak mengenakan lis putih pada songkok yang dikenakan beliau. Ini berlainan sekali dengan para hadirin yang berasal dari Johor dimana semua daripada mereka mengenakan lis putih berkenaan tanda berkabung.

Adakah ini sikap dan contoh yang ingin ditonjolkan Tan Sri Muhyiddin yang melambangkan beliau sebagai suara UMNO negeri Johor? Hari ini, kesemua perwakilan yang berasal dari negeri Johor, masih mengenakan lis putih berkenaan tanda berkabung. Adakah beliau terlalu istimewa sehingga berani melanggar pengisytiharan berkabung berkenaan?

Beliau seharusnya sedar, walaupun beliau berdiri diatas paksi politik dan bertindak menyerang barisan kepimpinan yang ada pada hari ini, ini tidak menjadikan beliau sebagai bebas melakukan apa sahaja sehingga menyerlahkan ketidak prihatinan beliau diatas kemangkatan Tengku Abdul Jalil.

Dalam pada masa yang sama, kebanyakan hadirin yang ditemui pada majlis berkenaan tertanya-tanya, kenapa beliau langsung tidak mengenakan lilitan putih di songkok beliau sebagai tanda berkabung. Masing-masing membuat andaian yang mengatakan kemungkinan Tan Sri Muhyiddin masih menyimpan perasaan kurang senang terhadap Almarhum Sultan Iskandar dimana beliau pernah berhadapan dengan kontroversi dengan Almarhum baginda Sultan.

Jesteru, sebagai menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, beliau sewajarnya mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Johor diatas ketidak prihatinan beliau pada majlis berkenaan. Ini penting supaya apa yang dilakukan oleh beliau sebelum ini tidak mendapat kemurkaan pihak Istana Johor terhadap beliau, lebih-lebih lagi UMNO.

Sunday 6 December 2015

Muhyiddin bersedia untuk tangguhkan khidmatnya dalam UMNO atau bersara terus?.

Persidangan Agung Umno (PAU2015) akan berlangsung pada 8 Disember 2015 hingga 12 Disember 2015. Menepati Tradisi Umno, Persidangan ini akan di rasmikan oleh Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Umno.

Namun demikian ada desas desus mengatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan ‘Perhimpunan Agung’ pada 7 Disember 2015, sehari lebih awal dari jadual yang di tetapkan. Kelab Sultan Sulaiman di pilih menjadi lokasi ‘perasmian’ majlis tesebut. Beliau di khabarkan akan menyampaikan ucapan ‘Amanat Timbalan Presiden’ kerana mendakwa di halang dari berucap semasa PAU2015.

Majlis Tertinggi Umno akan memaklumkan pada 9 Disember ini samada beliau di benarkan berucap pada PAU2015. Muhyiddin pula seperti tidak sabar menanti keputusan MT dan mula mengambil langkah songsang dan menetang arus. Apa sebenarnya yang ahli Parlimen Pagoh ini sembunyikan dan menganggap penting untuk beliau berucap dalam PAU2015 hingga sanggup meletakkan UKHWAH sebagai nombor 3 dalam mencari kesepakatan Parti.

Selaku orang nombor 2 dalam parti tindakan beliau ini memberi gambaran bahawa jalan politiknya sudah tamat akibat perbuatan sendiri.

Memilih untuk berucap dan mengkritik secara terbuka tanpa bukti atas setiap dakwaannya di luar dari parti memberi impak buruk terhadap karier serta parti sendiri.

Dalam perasmian Mesyuarat Agung Bahagian Kemaman, Muhyiddin secara jelas mendakwa beliau tidak di beri penerangan berkaitan isu 1MDB serta isu 2.6 billion oleh parti. Bagaimana pun kenyataan itu di sanggah oleh Dato Rahman Dahlan, yang menyatakan setiap Menteri dalam kabinet telah di beri taklimat dan penerangan berkenaan isu terbabit.

Beliau juga pernah meminta Najib agar memecat semua pegawai operasi 1MDB dalam ucapannya di dalam satu rakaman video pada Mei 2015 yang di muatnaik oleh Malaysiakini. Menjadikan The Edge, Wall Street Journal dan Sarawak Report sebagai sumber rujukan tidak membantu Muhyiddin memberi bukti atas setiap dakwaannya semasa mengkritik Najib. Malah bekas PM Mahathir sendiri mengakui beliau menyerang berdasarkan andaian sendiri.

Mengakui sebagai ‘Totok Umno’, segala tindak tanduk Muhyiddin tidak menjurus ke arah mencari penyelesaian tapi lebih kepada menjatuhkan kredibiliti Najib selaku orang nombor 1 dalam parti. Menjadi sekutu mantan PM dalam menyerang kepimpinan mengenai dakwaan tanpa bukti bukanlah sesuatu yang bijak untuk di lakukan oleh seorang Timbalan Presiden dan ini merupakan kesilapan terbesar Muhyiddin dalam mengejar cita cita menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga telah tidak menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru baru ini dengan alasan tiada dalam negara, namun turun untuk memberi sokongan terhadap ketua ketua cawangan yang di hadapkan ke Lembaga Displin Parti. Dalam ucapan semasa di temubual oleh wartawan, Muhyiddin juga telah mendakwa kini beliau hanya ‘Tunggul’ dalam parti kerana tidak di beri peluang berucap di luar dan di dalam parti. Ini jelas menujukkan beliau meletakkan kepentingan parti di tempat yang tidak sepatutnya.

Muhyiddin telah melupakan akujanjinya yang akan Setia kepada Presiden dan mempertahankan Parti dari serangan semasa PAU 2014, dan kini beliau sendiri yang menyerang Umno dari dalam.

Sebagai bekas Menteri Besar Johor dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah berkhidmat dalam kabinet sepatutnya beliau lebih bijak dalam membuat keputusan untuk sebarang perkara yang boleh menjejaskan reputasi Parti dan diri beliau sediri dalam arena politik.

Mungkin Majlis Tertinggi akan memberi ruang untuk Muhyiddin berucap dalam PAU nanti tetapi apakah intipati ucapannya akan teratur atau sekadar menambah kerosakan yang telah beliau lakukan di luar parti. Moga beliau akan sedar kerosakan yang telah di bawanya hanya akan memudaratkan Parti, dan berusaha membetulkannya semula walau agak terlewat.

Muhyiddin bersedia untuk tangguhkan khidmatnya dalam UMNO atau bersara terus?

HIDUP UMNO!

Saturday 5 December 2015

AMANAH tidak lebih dari proksi DAP.

Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah strategi DAP untuk terus memburukkan parti berkenaan.

Ini kerana, menurut bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berdasarkan sumber dalaman, kenyataan tersebut sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pimpinan utama AMANAH sekali gus tidak mendapat restu mereka.

“Ketika ini, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding AMANAH yang dia sendiri sudah sedar telah kehilangan steam dan momentum setelah hanya beberapa bulan ditubuhkan.

"Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian mereka yang masih menyokong PAS,” kata Mustafa dalam satu kenyataan petang ini.

Kata Mustafa, DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Justeru, Mustafa mendakwa Mohamad cuba mengaitkan PAS dengan IS untuk menakutkan pengundi Cina.

Keadaan itu, katanya, ditambah pula dengan khabar angin bahawa Mohamad sudah mendapat jaminan Lim untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, sama ada di bawah parti AMANAH atau DAP.

“Ini kerana Mat Sabu sedar bahawa kedudukannya sebagai Presiden AMANAH goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dan golongan ini tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latar belakang yang diketahui umum.

“Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi persepsi umum sudah melihat AMANAH tidak lebih dari proksi DAP,” tegas Mustafa.

Oleh itu, katanya, walaupun tuduhan itu berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS.

Sebaliknya, tegas Mustafa tuduhan Mohamad itu hanya akan mengesahkan pandangan rakyat bahawa AMANAH dan pemimpin mereka adalah proksi DAP sebagai satu realiti.

Tok guru tegur dan marah apabila Mustafa keluarkan kenyataan misi 16 September tidak akan berjaya.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Harian PAS Pusat dan menyatakan untuk 'meletak senjata' buat seketika Datuk Husam Musa tetap garang dalam ceramahnya malam tadi.

Mendakwa mahu "membayar hutang" yang belum sempat dilunaskan sebelum ini, Adun Salor itu menghalakan kritikannya kepada beberapa pemimpin kanan Kelantan.

Mereka ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Exco Pembangunan Islam, Datuk Nassuruddin Daud.

Dalam 'buah kilas' yang disampaikan ketika ceramah di Kota Bharu itu Husam membidas Nassuruddin yang meletakkan hukum haram atas perbuatannya membuka rahsia kerajaan negeri.

Namun Husam berkata, teguran bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali jauh lebih keras.

"Tok guru tegur dan marah apabila Mustafa keluarkan kenyataan misi 16 September tidak akan berjaya. Beliau buat teguran terbuka ketika berceramah di Taman Melewar pada 2008 atau 2009.

"Ramai orang terkejut, kenapa tok guru marah sangat kepada Mustafa?

"Dia juga marah kepada (Datuk) Nasaruddin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden PAS). Tok guru kata kalau nak berbaik dengan Umno, masuk Umno teruslah jangan heret PAS," kata Husam di depan lebih 500 hadirin di majlis pelancaran buku Peringatan Orang Terpedaya terjemahan Ustaz Rahimi Rashid.

Adun Salor itu menyifatkan, qias digunakan oleh Nassuruddin seperti iblis yang ingkar perintah Allah apabila disuruh tunduk kepada nabi Adam.

"Qias ustaz (Nassuruddin) antara bongkar rahsia Rasullulah dan saya tegur kerajaan negeri tidak sama. Tak boleh buat qias seperti itu. Setakat saya belajar dengan gemuloh ayoh ambo (arwah ayah saya) dulu, itu orang yang guna qias iblis, iaitu apabila Allah suruh malaikat tunduk kepada adam, iblis kata tak nak.

"Alasan iblis, sebab Adam diperbuat daripada tanah, manakala iblis rasa lebih mulia dia dibuat daripada api. Padahal itu perintah Allah," jelas Husam.

Terdahulu, Nassurrudin yang juga Adun Meranti mengeluarkan kenyataan ketika sambutan 60 tahun PAS dengan menyifatkan Husam mula "membuat perangai" selepas ketiadaan Nik Aziz.

Sementara itu, Husam turut membidas kenyataan Ahmad yang disifatkan 'takbur' dengan kekuatan PAS Kelantan berbanding Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru ditubuhkan.

"Kita di Kelantan dulu berjaya kerana kita ada sifat tawaduk walaupun pada waktu PAS di negeri lain berasa sangat kuat. Sekarang pun saya dengar ucapan pemimpin PAS kebelakangan ini tak lari daripada 'kuat' semata-mata.

"PAS kuat, PAS parti yang paling lama, tertua. Orang lain tak kuat, PAS berpengalaman, parti oren parti poly bag, tak kuat... Saya nak ingatkan diri saya dan kawan-kawan - kalau kita nak menang lagi pilihan raya, kita kena ingat apa yang Tok Guru Nik Aziz kata, PAS ini kuat tapi tak cukup kuat," kata bekas exco kanan Kelantan itu.

Tambahnya, Kelantan berjaya menguasai Kelantan selepas berpakat dengan parti Semangat 46 sekali gus memenangi pilihan raya umum 1990.

"Jadi kerana itu kita menang di Kelantan, tetapi di Kedah dan Terengganu kerana terlalu kuatlah sampai kita kena reject, tak boleh menang.

"Ini berkaitan dengan sifat dalaman manusia, kita tawaduk atau kita takbur," katanya.

Selain itu, Husam turut mengkritik Nik Abduh (gambar) dengan menyifatkan MP Pasir Mas itu seperti orang tidak bersekolah.

"Nik Abdul ketika berceramah di Terengganu, dia tanya orang mana elok menipu atau kena tipu? Kenapa tanya macam itu, mu (Nik Abduh) tak sekolahkah?

"Memperbodohkan orang atau diperbodohkan, menipu orang lain atau ditipu orang kedua-duanya salah. Tapi dia tanya orang mana elok menipu atau kena tipu," ujarnya ketika menyentuh isu pelaksaan hukum hudud di Kelantan yang didakwa PAS telah ditipu oleh BN.

Friday 4 December 2015

Pelan strategi 4P UMNO Bahagian Dungun.

4 Disember 2015 , Dewan Aspirasi UITM Dungun, Dato Hj Din Bin Adam UMNO Bahagian Dungun dibawah kelolaan Lanjah Politik & Organisasi telah mengadakan satu majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung sebagai menzahirkan rasa penghargaan terhadap bekas wakil rakyat Barisan nasional BN dan pengorbanan para veteran dalam organisasi UMNO Bahagian Dungun dan juga terhadap para exco dan penggerak jentera pilihanraya Bahagian Dungun.

Antara tetamu yang diraikan pada majlis tersebut seramai 500 orang dan penerima anugerah seramai 92 orang yang merupakan penggerak utama UMNO Bahagian Dungun.

Majlis ini direalisasikan sebagai salah satu pengzahiran kejayaan kepada pelan Strategi 4P (Pemulihan,Penyatuan,Pengukuhan dan Perang).dalam apa persepsi sekalipun,program ini diusahakan bersandarkan kepada "PENGUKUHAN" yang antara intipatinya memberi penghargaan dan penghormatan kepada mantan pimpinan Bahagian Dungun.Amat mengharapkan bimbingan dan nasihat daripada mereka untuk mencapai matlamat gerakerja dan parti diperingkat kawasan, khususnya dalam gerakerja mengekalkan mencapai kemenangan di DUN-DUN dalam PRU akan datang.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat,Dato'Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Merangkap Menteri Besar Terengganu.

UMNO.RAIKAN PERBEZAAN,UTUHKAN PERSAMAAN