Thursday 14 July 2016

Yayasan Perdana Jadi Markaz Utama Parti Baru Pembangkang? ..Sebarkan @ kongsi aje

Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa terdapat perbincangan bagi membentuk sebuah parti baru yang akan menjadi sebahagian daripada pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan mengetuai parti berkenaan.

“Saya akan menjadi yang pertama menyertai… tetapi tidak semestinya sebagai presiden,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu, mempengerusikan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Mesyurat yang bermula pada jam 4 petang hari ini, bagaimanapun tidak dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Antara yang hadir adalah bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Wednesday 13 July 2016

PAS terus jadi pembangkang, tak sertai Pakatan Harapan . Sebarkan @ kongsi aje

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan terus menjadi pembangkang tetapi tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

Menurut Abdul Hadi, PAS akan mengambil pendekatan 'menerang' bukannya 'menyerang' antara satu sama lain.

"Hujah yang menerang tidak menyerang. Ini pendekatan yang kita ambil," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, sebarang perubahan yang hendak dilakukan mestilah berteraskan Islam yang menjadi dasar, konsep dan matlamat PAS.

Bahkan katanya, PAS tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan kepada Islam kerana PAS tidak mungkin menaiki 'bas ekspress' yang tidak pasti sampai ke destinasi yang dituju.

Abdul Hadi juga menegaskan PAS mahukan proses demokrasi yang beradab dan berakhlak dalam masa yang sama tidak melupai konsep Raja Berpelembagaan dan mesti memelihara hubungan dengan masyarakat majmuk.

Justeru, ujar beliau, PAS sedia bertemu dengan kerajaan dan bersemuka dengan sesiapa sahaja di kementerian termasuk Perdana Menteri untuk kemukakan cadangan-cadangan terhadap perkara yang tidak dipersetujui PAS.

"Misalnya GST. PAS tidak setuju dengan GST dan PAS ingin mencadangkan apakah inisiatif untuk menampung hasil kerajaan selain GST.

"Kita ada cadangan cuma tak cukup masa hendak bentang di Parlimen. Termasuk penurunan nilai mata wang. Kita ada pendekatan bagaimana meningkatkan dan mempertahankan nilai mata wang kita. Kita ada cadangan," kata beliau.

Tegasnya, pendekatan inilah yang diketengahkan PAS dalam menerangkan isu-isu kerana PAS lebih mahu memelihara hubungan dengan rakyat bukan dengan Ahli Parlimen sahaja.

Turut bersama dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary.

DAP, PKR Bakal Untung Besar Bila PAS Tunduk Kepada Mereka.sebarkan @ share aje

DAP dan PKR menyambut baik tawaran gencatan senjata sesama pembangkang yang diusulkan oleh PAS dan bersatu bagi menggembleng tenaga untuk menumbangkan BN.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya sedia membuat rundingan baru dengan PAS bagi menjernihkan hubungan sesama pembangkang dalam menjatuhkan ‘musuh yang sebenar’.

Katanya HARAPAN sendiri sentiasa terbuka untuk berbincang kerana perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat presiden sebelum ini.

“Kita sentiasa bersedia memulakan siri rundingan baru. Pakatan Harapan terbuka buat rundingan dengan PAS, PSM, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kita semua sentiasa terbuka,” katanya kepada media.

Justeru katanya, pihaknya mengalu-alukan cadangan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man itu.

PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

Setuju dengan saranan Tuan Ibrahim, Saifuddin berkata perjumpaan secara tertutup dengan PAS akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Biasa perkara ini kita tak buat secara terbuka dan Tuan Ibrahim tahu siapa yang pergi untuk berunding.

“Kita dah tahu siapa dan tak perlu umum. Saya sudah tahu siapa yang perlu dihubungi dan kami sama-sama tahu,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menyambut positif kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS.

Menurutnya pihaknya melihat parti Islam itu sedar perpecahan dalam pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada BN.

“Saya belum lagi melihat kenyataan itu secara langsung tapi kita ambil ia secara positif. Mungkin PAS sedar bahawa perpecahan di kalangan pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada Umno.

“Mereka melihat bahawa pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sahaja memberi manfaat kepada Umno,” katanya.

Loke berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkembangan itu dalam HARAPAN itu dan akan melihat tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) pula mencadangkan supaya PAS mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata perkara itu penting supaya PAS akan lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat ‘pusingan U’.

“Kami sentiasa bersatu menentang BN. Tapi PAS sendiri yang sebaliknya.

“Saya mencadangkan PAS mempunyai mesyuarat di kalangan pucuk pimpinan dan membuat keputusan (untuk buat gencatan senjata) supaya selepas ini mereka konsisten dan istiqamah,” katanya.

PAS jenis tidak malu. Terludah muka sendiri pun mereka masih sanggup merangkak ke arah DAP dan PKR. Beruntunglah Mat Sabu.

Sunday 10 July 2016

Ulama PAN Lebih Dari Ulama PAS?....Sebarkan @ Share aje

Parti Amanah Negara (PAN) menegaskan bahawa kepimpinan ulama yang diperkenalkan oleh PAS kurang berintegriti berbanding kepimpinan bertaqwa yang ditonjolkan PAN.

Naib Ketua Pemuda PAN, Mohd. Fakhrul Razi Mohd. Mokhtar berkata, kepimpinan bertaqwa PAN memiliki ciri yang bukan sekadar tahu dan faham tetapi melaksanakan tuntutan Allah S.W.T.

Jelasnya, kepimpinan ulama pula sekadar tahu bercakap tetapi tidak berbuat sesuatu serta tidak tahu untuk menyesuaikan suruhan Allah S.W.T dengan kerangka masyarakat pelbagai agama di Malaysia.

“Sistem nilai sosio-budaya masyarakat di Malaysia tentunya berlainan dengan cara hidup mereka di Tanah Arab,” katanya menyindir kepimpinan ulama PAS baru-baru ini.

Mohd. Fakhrurazi turut mendakwa kejatuhan kerajaan Islam zaman dahulu disebabkan oleh golongan-golongan agamawan yang berkepentingan seperti para ulama PAS.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti selepas tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu.

Mereka ditolak oleh para perwakilan PAS kerana dilihat terlalu taksub kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusaha mengetengahkan fahaman liberal yang bakal menjejaskan agama Islam di negara ini.

PAN seterusnya menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagi menggantikan PAS yang telah disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang.

Friday 1 July 2016

SEHARI PROGRAM DDA BERSAMA RAKYAT #P39 DUNGUN


Dalam kesibukan dibulan Ramadhan Dato Hj Din Bin Adam ( DDA ) Ketua UMNO Bahagian Dungun Merangkap Pegawai Pembangunan Dungun meluangkan masa sehari bersama masyarakat Dungun dari jam 9:00 pagi hingga ke program sahur kemarin.

9.00   : ziarah org susah di
             Kg Burung Baru




10.00 : Sampai bantuan 'ihya
             Ramadhan masjid/
             surau daerah Dungun
            (dewan mpd)



11.00   Rasmi tadarus
             wanita masjid biru




2.00     Melawat pesakit wad
             hospital Dungun




3.30     Melawat org sakit
            Tmn Rakyat




5.30     Melawat/belanja kuih
             muih utk pengunjung
             dipasar Ramadhan
             (Sura Gate)




6.30     Buka puasa DUN
            Rantau Abang dan
             bantuan anak yatim




12mlm Sahur santai di KEN
              Kuala Abang