Monday 30 May 2016

Tolak Hudud Kelantan, RUU Tidak Jatuh Kafir – Ustaz PKR. Sebarkan...

Pihak yang menolak usaha PAS meminda Akta 355 tidak boleh dituduh kafir, murtad, munafik atau sesat, kata seorang ustaz muda PKR Wan Ji Wan Hussin.

Ketua biro agama Pemuda PKR itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membentangkan pindaan sebuah akta dan bukan membentangkan hukum syariah.

Wan Ji juga berkata, gelaran sama (kafir) tidak boleh diberikan terhadap pihak yang menolak enakmen hudud di Kelantan.

“Ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah.

“Sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah,” kata Wan Ji di laman sosial Facebook beliau.

Beliau berkata, pindaan dibuat pada enakmen itu sebelum ini kerana ia hanya pandangan golongan itu

“Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda.

“Justeru, jika ada menganggap murtad kepada orang yang tidak menerima enakmen itu, sudah pasti ulama-ulama PAS yang pinda itu lebih murtad.

“Kerana meminda lebih teruk dari tidak terima. Ini sudah pasti mustahil,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kecenderungan mengafirkan di Internet oleh pihak yang menolak usaha Hadi itu.

Kerajaan pada minggu lalu mengusulkan supaya rang undang-undang persendirian Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di parlimen dipercepat.

Hadi bagaimanapun meminta ia ditangguhkan ke sidang depan kerana kesuntukan masa.

Sunday 29 May 2016

PRK Sg Besar-Kuala Kangsar: DAP Sokong PAN. Sebarkan..

Pemuda DAP menyokong penuh calon daripada Parti Amanah Negara (PAN) mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.

Ketuanya, Wong Kah Woh berkata, PAN perlu dibenarkan bertanding bagi menujukkan satu barisan pembangkang yang bersepakat dan bersepadu bagi meyakinkan rakyat ke atas Pakatan Harapan.

“Perlu diingatkan bahawa calon PAS untuk kerusi Kuala Kangsar pada tahun 1999 adalah Asmuni Awi dan 2004 adalah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 2008 adalah Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malim.

“Kesemuanya mereka pada hari ini telah meninggalkan PAS serta bersama-sama dengan PAN dan Pakatan Harapan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kah Woh berkata, PAN perlu ditampilkan sebagai sebuah parti yang menggantikan calon pembangkang yang ditinggalkan oleh PAS selepas era Pakatan Rakyat berakhir.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 dibubarkan tahun lalu.

Pakatan baharu itu dibubarkan bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana beberapa isu membabitkan akidah Islam yang ditentang oleh PKR dan DAP.

PAN dianggotai bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti kerana taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara kerana meliwat pembantu peribadinya.

Saturday 28 May 2016

hukum hudud tidak pratikal. Sebarkan...

DAP mengulangi pendirian parti itu tidak bersetuju undang-undang Islam hudud dilaksanakan di mana-mana negeri di Malaysia.

Ketua Whip DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook berkata, hukum hudud tidak pratikal untuk dilaksanakan ke atas masyarakat negara ini.

“Pendirian DAP terhadap isu berkenaan dengan pelaksanaan hukum hudud adalah konsisten selama ini iaitu DAP tidak bersetuju di atas prinsip ia tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak pratikal dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

“Pendirian inilah yang kami pegang selama kami bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dari tahun 2008 sehingga 2015,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendedahkan bahawa DAP merupakan sebuah parti yang tidak beradab dan memusuhi agama Islam.

Perkara itu terbukti dengan tindakan Ahli Parlimen DAP mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Siew Fook bagaimanapun mendakwa meskipun DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu Hudud selama ini tetapi pemimpin DAP kononnya tidak pernah memusuhi masyarakat Islam.

Beliau sebaliknya mendakwa, tindakan Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 bermotifkan politik.

“Tuduhan liar ini untuk memburuk-burukkan imej DAP dalam kalangan masyarakat Islam dan nampaknya kini PAS bersekongkol dengan UMNO,” dakwanya.

Friday 27 May 2016

Melantik Si Dungu Untuk Menguruskan Sejuta Tanda Tangan. Sebarkan...

Nampaknya de facto Ketua Pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad, benar-benar marah dengan pakar strategi politik beliau, Syed Akbar Ali, yang menguruskan satu juta tandatangan ‘Deklarasi  Rakyat’. Syed Akbar baru sahaja membuktikan bahawa dia layak untuk diberi penghormatan dalam “hall of fame” sebagai orang paling dungu.

Menurut Raja Petra, Syed Akbar adalah orang yang sama memberi idea agar menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Syed Akbar memaklumkan Mahathir bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah hilang ke udara nipis dan Mahathir percaya. Oleh itu, Mahathir menggunakan mantra “RM42 bilion telah hilang ke udara nipis” dan menyanyikan lagu tersebut ke seluruh Malaysia.

Malahan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut percaya perkara ini dan apabila dia mendapat tahu bahawa perkara itu adalah tidak benar maka beliau menarik balik dan cuba untuk menyelamatkan air muka dengan mengatakan bahawa apa sahaja yang dia tahu adalah melalui pembacaan beliau dari The Edge, walaupun perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, dimana salah satu mesyuarat itu telah dipengerusikan sendiri oleh Muhyiddin.

Bolehkah anda bayangkan Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri dan dia perlu membaca surat khabar untuk mengetahui apa yang berlaku di negara ini dan beliau tidak sedar bahawa semua perkara-perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang mana beliau bukan sahaja menghadirinya malah turut mempengerusikannya.

Kesilapan utama dalam perkiraan yang dibuat oleh Syed Akbar adalah dia berjanji dengan Mahathir yang dia boleh mendapatkan satu juta tandatangan maka orang tua itu pun mengumumkan perkara ini. Mereka sepatutnya hanya mengatakan yang mereka akan mendapatkan rakyat Malaysia untuk menandatangani ‘Deklarasi Rakyat ‘dan tidak meletakkan sasaran atau angka dengan petisyen itu.

Tetapi Syed Akbar berjanji satu juta tandatangan kepada Mahathir  dan Mahathir mempercayainya, maka beliau mengumumkan angka itu, sama seperti kebodohan beliau mengumumkan bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah hilang ke udara nipis berdasarkan apa yang Syed Akbar memberitahunya.

Sebenarnya satu juta tandatangan adalah sasaran yang tidak realistik dan satu pencapaian yang mustahil untuk dicapai. Ia adalah sama seperti pengurus Manchester United yang baru dilantik semalam mengumumkan bahawa mereka akan memenangi perlawanan hujung minggu ini dengan 50 gol. Ia sememangnya mustahil dan adalah lebih baik hanya mengumumkan bahawa mereka menjangkakan untuk memenangi perlawanan dan tidak menyatakan jumlah gol.

Mereka telah mengumumkan satu juta tandatangan jadi apabila mereka tidak boleh mendapatkan satu juta tandatangan seperti yang diumumkan mereka perlu mencari jalan keluar dengan penipuan bagi menampung perbezaan besar tersebut.

Mahathir mempunyai banyak wang. Beliau memegang RM100 bilion wang Umno dan telah memperuntukkan bajet sebanyak RM2 bilion bagi (Kempen Anti-Najib) ANC untuk menggulingkan Najib. Dalam 22 tahun sebagai Perdana Menteri, beliau telah membina rangkaian yang hebat.

Dengan kelebihan yang mereka ada, sepatutnya langkah ini mudah sahaja atau  “a walk in the park”. Walau bagaimanapun, segala-galanya gagal kerana Mahathir membuat kesilapan dengan melantik si dungu untuk menguruskannya. Dan si dungu ini melakukan kesilapan paling besar. Akuan Bersumpah dan semua lampiran (yang anda boleh lihat di bawah) adalah bukti pepatah lama: “never ask a boy to do a man’s job” atau “put a moron in charge and the result becomes moronic”.

Thursday 26 May 2016

Dakwaan Rasuah PKR Terhadap Kerajaan Selangor Hanya ‘Auta’ – Dr Salleh Said Keruak..sebarkan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan dakwaan PKR mengenai perbuatan rasuah dalam kerajaan Selangor hanya suatu ‘auta’ oleh orang yang tiada kerja lain untuk dilakukan.

Beliau berkata, tidak sampai dua tahun, tuduhan mengenai rasuah baharu pula disuarakan setiausaha agung baharu PKR Rafizi Ramli terhadap kerajaan Selangor atau pemimpin dalam kerajaan negeri itu.

“Kita tengoklah nanti sama ada kali ini terdapat sebarang bukti dan sama ada bukti itu akhirnya membawa kepada pemimpin tertentu ditangkap dan dihantar ke penjara.

“Jika tidak, maka ini hanyalah satu lagi dakwaan palsu yang dibuat PKR dalam tempoh hampir 20 tahun terhadap musuh politiknya dan terhadap pemimpin sendiri yang ingin disingkirkannya.

“Kini sudah sampai ke satu peringkat iaitu sekiranya PKR atau mana-mana pemimpinnya membuat tuduhan rasuah terhadap seseorang, maka secara lebih kurang bolehlah kita ketepikan saja tuduhan itu kerana ia hanyalah satu lagi daripada sekian banyak auta yang dibuat oleh mereka yang tidak ada kerja lain yang lebih bermanfaat untuk mereka lakukan,” kata Salleh dalam catatan melalui blognya hari ini.

Beliau berkata tuduhan begitu heboh dalam PKR, termasuk tindakan bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor mencabar bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan enam kotak dokumen yang didakwa berisi bukti amalan rasuah oleh pegawai tinggi kerajaan seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 18 Ogos 2008.

Menurutnya, pada 1998, Anwar mengumumkan beliau mempunyai enam kotak bukti mengenai perbuatan rasuah yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan tokoh penting lain dalam kerajaan pimpinan Dr Mahathir.

“Selepas 10 tahun hingga 2008, tiada sehelai kertas pun pernah dikeluarkan, jauh sekalilah enam kotak atau malah satu kotak pun,” katanya.

Salleh berkata, lima tahun kemudian, PKR membuat dakwaan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, melalui setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail, yang menunjukkan kepada orang ramai satu fail tebal yang kononnya mengandungi bukti terhadap Khalid.

Katanya, Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar dan menyaman Saifuddin, yang kemudian menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf kepadanya.

Bagaimanapun, Khalid tidak dikembalikan kedudukannya sebagai Menteri Besar