Tuesday 20 October 2015

Pakatan Harapan akan cuba menjadi hero akan berjanji lagi jika menang.

Heboh diperkatakan ketika ini perihal tol lebuh raya sini dan tol lebuh raya sana. Semua pihak umpama mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya kenaikan tol diturunkan semula selepas diumumkan kenaikan yang berkuatkuasa pada 15 Oktober lepas.

Pembangkang juga mendesak kerajaan untuk memansuhkan bayaran tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) demi untuk kepentingan rakyat.

Hari ini, Pakatan Harapan membuat janji kononnya akan memansuhkan bayaran di tol berkenaan sekiranya berjaya menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Soalnya, mampukah pakatan DAP, PKR dan AMANAH itu melaksanakan janji itu.

Kita ambil contoh parti AMANAH yang merupakan serpihan PAS dalam kes lebuh raya rakyat yang pernah dijanjikan di Kelantan tetapi sehingga hari ini hanya tinggal batu asas sahaja.

Projek itu dikenali dengan nama Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dan ia mahu dibina dengan menggunakan kutipan derma dan sumbangan.

Ketika itu, ada beberapa pemimpin PAS yang kini sudah menjadi ahli AMANAH seakan yakin dapat meneruskan projek lebuh raya berkenaan selepas mendapat kutipan RM3 juta melalui sumbangan NGO dan RM1 juta melalui sumbangan online.

Kos untuk bila lebuh raya itu dianggarkan RM350 juta pada ketika itu sekitar tahun 2012 dan pastinya masa kini ianya lebih mahal.

Selepas pengumuman kutipan RM4 juta itu, sehingga hari ini tiada lagi maklumat berkaitan berapa banyakkah derma yang sudah dikutip untuk membina lebuh raya berkenaan.

Jadi, pada masa kini dengan RM4 juta lebuh raya seperti mana kah yang mampu dibina di laluan yang pada asalnya ditetapkan untuk Lebuh Raya Rakyat KBKK itu.

Janji itupun masih belum dilunaskan lagi oleh PAS dan kebanyakan dari mereka yang sudah keluar dari PAS kini memasuki AMANAH jugalah yang gagal melaksanakan janji berkenaan.

Inikan pula janji besar mahu memansuhkan tol lebuh raya PLUS jika berjaya menawan Putrajaya. Janji pembangkang dibuat mengikut peredaran semasa, apa sahaja isu yang ketika itu sedang hangat diperkatakan, mereka akan cuba menjadi hero dengan berjanji akan menyelesaikannya jika menang.

1 comment:

  1. WAHID KASIM MASTURBATE ON CAM
    https://www.youtube.com/watch?v=6ZzVJsi4cTs

    ReplyDelete