Saturday 29 August 2015

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ketibaan Yab Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tiba di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berserta isteri, To’ Puan Halina Zakaria;  Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan isteri serta  Dato’  Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato’ Mohd Zubir Embong .

Turut hadir Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Adun, Ketua-Ketua Bahagian, ketua-ketua pemuda dan puteri, pemimpin parti komponen BN, pegawai-pegawai kerajaan serta kepemimpinan masyarakat seluruh negeri.

5000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat turut sama menyambut ketibaan Yab Perdana Menteri pagi ini di Lapangan Terbang Sultan Mahmud LTSM Kuala Nerus ini.

Friday 28 August 2015

Hari ini bakal menyaksikan satu lagi himpunan besar-besaran anjuran BERSIH yang dijadual bakal diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Hari ini bakal menyaksikan satu lagi himpunan besar-besaran anjuran BERSIH yang dijadual bakal diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Himpunan bermotifkan politik ini telah diwar-warkan sejak hampir sebulan yang lalu antara lain menuntut kerajaan yang bersih dan hak kebebasan bersuara.

Sempena dengan penganjuran himpunan ini, pelbagai jenis “cenderahati” dijual kepada bakal-bakal peserta seperti baju T, badana, kain rentang dan macam-macam lagi. Semuanya diwajibkan dibawa pada hari perhimpunan berkenaan oleh setiap peserta.

Menjelang perhimpunan ini, Kementerian Dalam Negeri telah menyediakan “hadiah teristimewa” untuk para peserta. Lewat petang semalam, satu akta telah dikeluarkan oleh KDN yang jelas menggariskan sebarang pemakaian, membawa dan memiliki item berunsurkan dan secara terang-terangan tertera perkataan BERSIH mahupun BERSIH 4.0 akan ditangkap dan didakwa.

Malah mereka yang memakai baju berwarna kuning dan menyertai perhimpunan ini juga akan bakal didakwa. Langkah ini bukan dilihat sebagai langkah terdesak kerajaan dalam membendung himpunan haram seperti ini. Ianya disifatkan sebagai langkah pencegahan dan larangan terhadap rakyat Malaysia yang jelas tidak bersyukur dan memilih untuk menjadi penderhaka.

Jadi secara tidak langsung, kerajaan dengan bermurah hati menyediakan “penginapan” secara percuma kepada para peserta yang ditangkap dan didakwa di atas akta yang baru diluluskan ini. Secara tidak langsung kepada mana-mana peserta yang ditangkap, bersedialah untuk bergelar bekas banduan hanya kerana membodohkan diri menyertai perhimpunan haram seperti ini.

Tuesday 25 August 2015

Mencapai Bintang Suntikan Sanubari Pelajar UPSR.

PAKA - Mencapai Bintang  Suntikan Sanubari Pelajar UPSR dibeberapa buah sekolah didun Paka sek kerteh1, Sk Sri Paka ,Sek Keb Paka dan Sk Sura terus diberi suntikan semangat untuk kecermelangan dalam ujian pencapaian sekolah rendah UPSR oleh Dato Hj Din Bin Adam Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun.

Menurutnya,Pengemblengan tenaga dalam kalangan guru-guru disekolah bolrh membantu pelajar-pelajar yang kurang menyerlah dapat memperbaiki prestasi pendidikan kepada tahap yang lebih baik.

Dengan harapan penuh beliau berharap lebih banyakkan aktiviti fan program yang menekan kedua-dua aspek akademik dan peningkatan jatidiri sahsiah serta integriti pelajar dianjurakan bagi menghasilkab kejayaan menyeluruh yang berimpak besar.

Dengan cara ini beliau yakin boleh menaikan nama disetiap SK didun khususnya Parlimen Dungun sebagai sebuah daerah kecik dikawasan luar bandar yang melahirkan modal insan cermelang dan aser penting kepada pembangunan Dungun membangun.

Monday 24 August 2015

GHB mengambil alih Kita dan merancang untuk menamakan semula parti itu kepada Parti Islam Demokratik (DIP) atau Amanah.

Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan dakwaan membayar sebanyak RM140,000 untuk mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin berkata dakwaan di laman media sosial yang mengatakan beliau menguruskan pembelian tersebut adalah tidak berasas.

“Saya menafikan sebarang penglibatan. Banyak mesej lucu dan cadangan yang besar menjelang pelancaran parti baharu.

“Namun semua itu tidak akan menggagalkan rancangan kami untuk melancarkannya,” kata Ishak yang mengetuai jawatankuasa GHB kawasan Batu.

Ishak berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa GHB mengambil alih Kita dan merancang untuk menamakan semula parti itu kepada Parti Islam Demokratik (DIP) atau Amanah.

GHB dijangka mengumumkan penubuhannya sebagai sebuah parti baharu pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini manakala majlis pelancarannya pada Hari Malaysia, 16 September depan.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak dapat mengesahkan atau menafikan mengenai penamaan semula GHB.

“Selagi tidak ada kenyataan rasmi, permainan teka-teki ini masih berterusan,” katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Rosliza Mahidi berkata GHB masih belum menghantar permohonan untuk membentuk sebuah parti baharu.

Darul Ehsan Investment Group yang membabitkan penggunaan dana RM 30 billion wang rakyat Negeri Selangor terus diperkatakan ramai pihak.

Kemelut yang melanda Darul Ehsan Investment Group yang membabitkan penggunaan dana RM 30 billion wang rakyat Negeri Selangor terus diperkatakan ramai pihak. Manakan tidak, sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan dengan bermodalkan RM 2 diamanahkan untuk menguruskan dana sebanyak itu kononnya pelaburan jangka panjang oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sehingga hari ini Azmin Ali dilihat gagal menjawab dengan jelas kemana wang itu dibelanjakan. Malah sikap diam mmbisu Azmin terhadap pertikaian yang wujud juga menimbulkan tandatanya tentang kesahihan syarikat berkenaan.

Walaupun beliau pernah memberitahu tujuan utama penubuhan DEIG adalah mengumpulkan seluruh dana daripada 74 anak syarikat milik Menteri Besar Inc dalam satu entiti tunggal, tetapi syarat-syarat yang tidak logik yang diberikan Azmin menimbulkan tandatanya.

Hasil laporan daripada DEIG dan bentuk pelaburan yang tibuat tidak perlu dibentangkan didalam DUN Selangor pastinya akan sentiasa disalah anggap oleh ramai pihak. Satu persatu permasalahan Azmin yang menjadi Menteri Besar Selangor kini jelas mendapat reaksi bercampur baur dikalangan rakan Pakatan itu sendiri.

Seperti biasa,ahli DUN yang mewakili Barisan Nasiona secara kosisten mempertikaikan kesahihan DEIG. Malah jika dilihat DAP sendiri pun tidak berminat untuk mempertahankan Azmin. Hanya tinggal beberapa orang dari Parti Keadilan Rakyat yang masih menyebelahi beliau.

Ini secara tidak langsung kuasa Azmin selaku Menter Besar kian merosot dan semakin dipinggirkan. Satu-satunya jalan bagi Azmin bagi mengekalkan kuasa beliau adalah meraih sokongan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam hal ini, Paduka Sultan pastinya enggan bersekongkol dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Azmin dan ini memungkinkan beliau tidak lagi mempunyai sokongan yang kuat dari dalam DUNnya sendiri. Persoalan paling besar, masih relevankah Azmin kekal selaku Menteri Besar andai semua persoalan tentang DEIG masih kekal gagal dijawab oleh beliau.

kemelut yang melanda di Pulau Pinang berhubung tema Hari Kemerdekaan yang bertentetangan dengan apa yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat.

Berikutan kemelut yang melanda di Pulau Pinang berhubung tema Hari Kemerdekaan yang bertentetangan dengan apa yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan DAP Pulau Pinang akhirnya mengalah dan akur dengan keputusan kerajaan Pusat.

Sebelum ini, Lim Guan Eng berkeras mahu membawa slogan mereka sendiri, berlainan dengan apa apa yang sudah diputuskan sebelum ini. Untuk rekod, tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sehati Sejiwa manakala tema yang dipilih oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah Bersih, Cekap dan Amanah.

Dipercayai, tema yang dipilih oleh barisan exco kerajaan negeri ada berunsurkan politik dan hiimpunan BERSIH yang bakal diadakan pada hujung bulan ini. Ini jelas bertentangan dengan tujuan sambutan Merdeka itu sendiri yang bebas dari unsur politik dan menggambarkan rakyat yang bersatu padu tanpa mengira apapun fahaman politik.

Dalam kenyataan Guan Eng susulan menyuarat mengejut exco Pulau Pinang di Komtar petang tadi, nada Guan Eng jelas masih mengandungi perasaan terkilan dan angkuh apabila ayat “dengan berat hati” diguna pakai. Beliau dilihat seolah-olah masih bertegas mahu menggunakan tema berkenaan disebalik banyak desakan yang mahu beliau akur dengan keputusan pusat.

Jelas dalam hal ini, Guan Eng bukanlah sekebal bagai disangka. Kerajaan beliau masih bergantung harap dengan kerajaan. Beliau pasti sedar sebarang kesilapan percaturan beliau andai kekal bertegas bakal merugikan kerajaan beliau.

Sikap oputunis dan keras kepala Guan Eng dan barisan kepimpinan negeri jelas banyak memporak perandakan pemerintahan tanah kelahiran Mantan Perdana Menteri Malaysia kelima ini. Beliau jelas masih belum dapat meredakan kemarahan penduduk Melayu di Pulau Pinang berhubung sikap rakus beliau yang mahu mengusir penduduk Melayu disana.

Sebarang kesilapan beliau lakukan, pasti akan menyebabkan beliau akan kehilangan Pulau Pinang pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Sunday 23 August 2015

Mereka nak hambat (halau) kami macam anjing untuk keluar dari rumah tanpa memberikan sebarang pampasan.

Batu Ferringhi – Penduduk Kampung Mutiara merayu mana-mana pihak untuk tampil membela nasib para setinggan yang bakal kehilangan tempat tinggal apabila pemilik tanah mengambil keputusan untuk merobohkan rumah mereka.

Salah seorang penduduk kampung tersebut Latipah Din, 56 ketika ditemui SuaraTV merayu agar pihak yang berkenaan bersimpati dengan nasib mereka yang bakal kehilangan tempat berteduh sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.

“Kami penduduk kampung Mutiara berasal dari penempatan dari kawasan tanah di Hotel Park Royal (kemudian di halau) untuk tinggal di atas bukit. Kemudian mereka nak hambat (halau) kami macam anjing untuk keluar dari rumah tanpa memberikan sebarang pampasan pun pada kami.

“Dimanakah kami, anak-anak dan ibu bapa kami akan duduk sekiranya rumah kami dirobohkan. Tolonglah bantu kami. Wahai tuan tanah bukalah hati dan mata kamu, kasihanilah kami penduduk kampung Batu Ferringhi. ” katanya kepada SuaraTV dengan nada yang penuh sebak, lewat malam tadi.

Menurut Latipah mereka telah mengambil keputusan untuk tetap mempertahankan kampung warisan tersebut sehingga ke titisan darah yang terakhir.

“Seandainya kampung ini dirobohkan (esok) kami akan lawan sehabis-habisan sehingga ke darah yang terakhir (kerana) kami tidak akan berganjak walau setapak sekalipun.

“Kami tetap akan berjuang dan pertahankan Kampung Batu Ferringhi kepada para dermawan bantulah kami dan anak-anak kecil ini, kemanakah mereka akan bersekolah sekiranya rumah mereka dirobohkan inilah permintaan dari kaum wanita di kampung Batu Ferringhi” ujarnya lagi dengan nada yang tersekat-sekat menahan kesedihan.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48 buah keluarga.

Sementara itu seorang lagi wakil penduduk, Ishamudin Saaid ketika ditemui menyelar tindakan pemilik tanah yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusian.

“Malam ini kami (penduduk kampung) mengadakan perhimpunan bagi menyatakan rasa tidak puas hati kami terhadap tuan tanah yang tidak berperikemanusian dan kami akan berhimpun untuk mempertahankan kampung kampung kami.

“Walau apapun yang terjadi kami tidak akan berundur dan akan berjuang sehabis-habisan. Hidup (kampung Melayu) Batu Ferringhi biar putih mata jangan putih tulang, lawan tetap lawan” jeritnya sambil diikuti dengan para penduduk kampung yang lain.

Para penduduk kampung yang berkumpul sejak petang tadi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti sambil menyifatkan kawasan itu bukan perkampungan haram kerana ia pernah mendapat pengitirafan dari kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini.

Mereka turut mempersoalkan mengapa tiada usaha daripada kerajaan negeri untuk mewartakan perkampungan itu sebagai kampung warisan.  – SuaraTV

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan ahli Umno akan turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4.0.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan ahli Umno akan turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4.0 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini.

“Ada dakwaan mengatakan ada penyokong akar umbi Umno akan terlibat dengan perhimpunan ini. Jawapan saya, mana ada, ini semua cerita dakyah BERSIH yang kotor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah program EkspresiSeni @ Kuala Lumpur Lake Garden Festival (KLLGF) 2015 di ibunegara semalam.

Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian bagi mengulas laporan berita portal bahawa ahli Umno akan turut serta dalam perhimpunan itu.

Beliau berharap orang ramai tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah penganjur perhimpunan itu.

Wakil Low Taek Jho akan menghubungi SPRM untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu

Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low akan membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berkaitan SRC International Sdn. Bhd, menurut jurucakap ahli perniagaan itu, malam tadi.

Jurucakap itu dalam satu kenyataan berkata bahawa wakil Low akan menghubungi SPRM untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu.

Dalam kenyataan satu perenggan, jurucakap itu berkata: “Low telah melihat laporan akhbar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuannya.

Ini kali pertama Low menyedari wujudnya permintaan seperti itu. Beliau belum menerima atau diberikan sebarang notis.

“Wakil Low akan menghubungi SPRM untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu,” kata kenyataan itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, Pengarahnya Datuk Suboh Md Yassin dan Low perlu menghubungi SPRM dengan segera untuk membantu siasatan berkaitan SRC International.

Beliau juga berkata mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya dan juga dikehendaki menghubungi para pegawai SPRM.

Saturday 22 August 2015

MB Azmin Ali terkapai-kapai, tersekat-sekat dan merah kemerah-merahan wajahnya kerana gagal menjawab soalan TS Khalid Ibrahim

Sebelum ini ramai orang menjadi gila-gila kerana tetiba menjadi penyiasat tidak bertauliah, pakar kewangan, pakar bank, pakar polis kepada polis dan sebagainya.

Perdana Menteri dikoreksi, dimalukan,diaibkan luar dan dalam, sehingga ada sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang. Akhirnya ada yang hilang jawatan gara-gara termakan hasutan.

Tetapi, keghairahan menyerang Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini terpelanting kepada syarikat kontrovesi yang baru ditubuhkan DEIG di bawah Menteri Besar Selangor.

Di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor minggu ini, MB Azmin Ali terkapai-kapai, tersekat-sekat dan merah kemerah-merahan wajahnya kerana gagal menjawab soalan TS Khalid Ibrahim dengan yakin. Soalannya sangat-sangat mudah! Di mana wang RM7.65 Bilion? Sehingga ke hari ini Azmin gagal menjawab dengan betul.

Pertanyaan Rakyat

1. Di pihak rakyat pula, mereka bertanya kenapa tidak ada siasatan ke atas kes-kes berProfil Tinggi melibatkan RM7.65Bilion Dan RM30Bilion?

2. Kenapa tidak ditubuhkan Pasukan Petugas Khas? Kenapa pihak berkuasa kelihatan senyap dan berdiam diri dalam kes Azmin tetapi berkejar-kejar siang dan malam menyiasat 1MDB dan derma RM2.6 Billion?

Rakyat melihat perkara ini tidak adil. Jika terus berdiam diri, rakyat akan mempersoalkan integriti dan kredebeliti pihak berkuasa dalam negara kita. Siasatan sangat perlu untuk mencari kebenaran.

3. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994?

4. Apa tujuan DEIG yang kelihatan seumpama bisnes rahsia?

5. Apa yang dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat?

6. Adakah MB Azmin sekaligus sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan Pengerusi DEIG mempunyai kuasa veto?

7. Adakah DEIG anak syarikat MBI atau syarikat yang berasingan?

8. Apakah kaitan dengan nama dua individu yang dikaitkan dengan syarikat berstatus RM2 DEIG? Siapakah mereka?

9. Adakah MB Azmin menubuhkan DEIG kerana ragu kepada MBI?

10. Adakah kerana MBI pernah diketuai oleh Faekah bekas Pegawai TS Khalid Ibrahim ?

11. Bagaimana pula peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC)? Nampaknya bisnes kerajaan Selangor bertindan-tindan antara MBI, DEIG, SSIC dan Perbadanan ikhtisas yang lain.

12. Paling menarik sekali ialah kenapa wakil rakyat DAP Selangor dan kumpulkan GHB turut mempersoalkan DEIG? Apakah yang mereka tahu dan apakah yang mereka sembunyikan?

Najib mengingatkan anggota Umno agar kekal berjuang dalam Umno walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang melanda.

KUALA NERUS – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui majlis persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus sebagai sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain.

Perdana Menteri berkata beliau menganggap sambutan yang diberikan itu sebagai satu “pakej” lengkap dan sangat istimewa baginya dan jarang dibuat pada persidangan perwakilan Umno bahagian di tempat lain.

“Mengapa luar biasa, antaranya jarang-jarang perasmian dalam stadium, biasa dalam dewan sekolah majlis bandaran, tapi teristimewa Umno Kuala Nerus dalam dewan tertutup yang sangat selesa,” katanya ketika memulakan ucapan pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu yang dihadiri 5,000 anggota Umno termasuk dari sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kuala Nerus.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Umno negeri, timbalannya Datuk Jailani Johari yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta barisan exco kerajaan negeri.

Menurutnya sambutan itu menggambarkan semangat gelombang biru yang bermula di Terengganu masih lagi kuat walau apapun cabaran yang dihadapi Umno hari ini.

Sebelum itu, Najib dan Razif serta barisan exco kerajaan negeri diarak menaiki beca lebih setengah kilometer sebelum tiba di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Najib mengingatkan anggota Umno agar kekal berjuang dalam Umno walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang melanda.

“Zaman gerhana di Terengganu pernah kita lalui dan masih segar dalam ingatan, sebab itu bila kita berhimpun dalam dewan ini, amat penting untuk kita kuatkan iltizam kita, semangat kita bahawa dalam apa jua keadaan, yang penting perjuangan Umno pasti kita pertahankan.

“Kalau langit tidak sentiasa biru, lepas badai ada pelangi, tapi untuk sampai pelangi itu, kita mesti pegang kepada budaya dan nilai, perjuangan bukan pada nombor bilangan sahaja,” katanya.

Sebelum berangkat ke Rantau Panjang, Kelantan, Najib turut menghadiri majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak di sini bersama ribuan rakyat jelata.

Friday 21 August 2015

Majlis Ramah Mesra J3K Terengganu bersama Yb Dato'Sri Ismail Sabri Bin Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

21 Ogos 2015 - Majlis Ramah Mesra Yb Dato'Sri Ismail Sabri Bin Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bersama-sama kepimpinan J3K Negeri Terengganu.

Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sedang melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memperkasakan peranan J3K diperingkat akar umbi.

Inisiatif memperkasakan J3K sebagai Ejen Tranfomasi Luar Bandar dibawah Strategi LAUTAN BIRU kebangsaan
( National Blue Ocean Strategi ).

Kerajaan telag memutuskan bahàwa J3K mampu memainkan peranan sebagai Ejen penggerak masyarakat kearah Tranfomasikan Luar Bandar.

Thursday 20 August 2015

Menteri Besar seharusnya membentangkan kertas putih.

BN Selangor menzahirkan kembimbangan yang sama seperti parti politik yang lain mengenai penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Setiausaha BN Selangor Budiman Mohd Zohdi berkata, Menteri Besar Selangor seharusnya membentangkan kertas putih mengenai pengurusan pelan perancangan DEIG sekaligus menyokong saranan ADUN (PAS) Hulu Kelang Saari Sungib yang menggesa Azmin Ali berbuat demikian.

“Kalau awak tengok semua ADUN menzahirkan kebimbangan yang sama, yang saya nyatakan tadi daripada PAS pun bimbang, daripada DAP pun bimbang, dari BN pun bimbang.

“Saya mahu Menteri Besar membentangkan kertas putih seperti yang disarankan ADUN Hulu Kelang,” katanya dalam sidang media selepas sesi penerangan khas isu DEIG di Shah Alam, malam tadi.

Sebelum ini dalam laporan FreeMalaysiaToday, ADUN Damansara Utama Yoe Bee Yin turut melahirkan kebimbangan mengenai kebolehan DEIG untuk mengawal 72 syarikat GLC di Selangor dan juga kekurangan pengalaman pihak atasan syarikat itu dalam menguruskan aset kerajaan negeri.

Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang berkata seharusnya Menteri Besar Inc (MBI) perlu dibuat penambahbaikkan tanpa perlu mewujuddkan DEIG sebagai entiti baru.

“Kenapa MBI tidak dibuat penambahbaikkan. Kenapa perlu ada entiti (DEIG) yang baru.

“MBI tidak distruktur dengan baik. Kenapa kita tidak hanya memperkukuhkan yang sedia ada,” katanya kepada kira-kira 50 orang yang hadir di sesi itu.

Budiman berkata, beliau khuatir jika perkara ini didiamkan dan tidak didedahkan, akan berlaku pembaziran yang akhirnya akan merugikan rakyat Selangor sendiri.

Beliau menegaskan, tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus membuat siri penerangan berterusan sekiranya Azmin terus membisu.

DAP dan PKR sedang menikmati kejayaan menjahanamkan PAS.

Ramai sedia maklum, PAS kini berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup serius di Selangor. Pengunduran beramai-ramai ahli PAS dari pelbagai bahagian di Selangor seolah-olah menunjukkan PAS kini semakin lama semakin tiba kepenghujung perjuangan mereka.

Pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan permasalahan ini dan antara paling utama, pengaruuh GHB yang semakin kuat didalam arus politik semasa. Golongan serpihan yang kecewa didalam PAS kini dilihat sedang sedaya upaya mahu melihat PAS hancur dan sekaligus bakal menemui jalan penamat mereka.

Jika dilihat, faktor sokongan kuat DAP terhadap pengasas GHB, Mohamed Sabu antara sebab kenapa mereka beralih arah. Jika sebelum ini ramai ahli PAS yang dilihat begitu setia terhadap parti, tetapi setelah Majlis Syura PAS mengambil ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, belang mereka semakin terserlah.

Persoalannya disini, apakah reaksi PAS berhubung permasalahan ini? Adakah mereka kekal dengan sikap membisu dan hanya sekadar berani mengugut tanpa ada langkah konkrit dalam menghalang masalah ini semakin melarat?

Propaganda DAP dan PKR juga antara penyumbang kepada masalah ini. Kedua-dua parti ini dilihat menyebarkan dakyah yang kononnya PAS sedang dalam pertimbangan untuk bersatu dengan UMNO dan sekaligus menyaksikan penggabungan semula setelah hampir 37 tahun terpisah.

Faktor Anwarinas juga memainkan peranan. Seperti sedia maklum, didalam PAS sendiri terpecah kepada 2 kumpulan dimana satu kumpulan dilihat pro ulamak dan satu lagi dilihat pro profesional dan liberal. Pertembungan 2 idealogi ini jelas memecahkan PAS dari dalam dan ini dibuktikan semasa Muktamar PAS pada bulan Jun yang lalu.

Jika PAS kekal dengan sikap tunggu dan lihat tanpa ada sebarang tindakan tegas terhadap ahli yang meninggalkan parti, tidak mustahil parti PAS bakal tinggal sejarah.

Terdapat desas desus mengatakan sikap PAS hari ini sebenarnya adalah untuk membersihkan parti itu sendiri dari golongan yang bukan pro ulama. Ianya seolah-olah pembersihan dalaman tanpa sebarang pemecatan mahupun penyingkiran. Sehingga kini, tiada siapa yang tahu apa yang sedang bermain di fikiran para pemimpin PAS berhubung isu ini.

Dari satu segi, tindakan ahli “penderhaka” PAS ini dilihat dapat mengukuhkan semula parti dengan hanya tinggal mereka yang setia terhadap ulama sahaja kekal menerajui parti. Tetapi dari satu segi, PAS bakal kehilangan intergriti pada mata rakyat hari ini. Jesteru ianya bakal melemahkan PAS sedikit demi sedikit.

Biar apapun, hanya kepimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura sahaja yang mampu menjawab dan menentukan hala tuju parti disaat mereka diserang dari tiga penjuru iaitu serangan dari DAP, serangan dari PKR dan juga serangan dari GHB.

Setidak-tidaknya, DAP dan PKR sedang menikmati kejayaan menjahanamkan PAS dari dalam. Islam dokongan parti ini nyata telah dilacurkan oleh mereka-mereka yang jelas mahu melihat PAS berpecah dan seterusnya berkubur.

Wednesday 19 August 2015

183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang yang akan menyertai GHB.

Gerakan Harapan Baru (GHB) ibarat kerajaan Rom yang pernah ‘mendalangi’ musuh Islam dengan menaja penubuhan sebuah masjid di Madinah menerusi golongan munafik bagi memecah-belahkan kesatuan umat Islam waktu itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah penting umat Islam itu sewajarnya menjadi pengajaran bagi mereka yang bersedia untuk bersekongkol dengan pihak bagi melemahkan Islam di negara ini.

“Tidak mungkin musuh Islam sudi membantu jika tiada agenda muslihat dan kepentingan tersirat,” tegas beliau dalam satu kenyataan rasmi media di sini pada Khamis.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini mengumumkan sebuah parti Islam baharu iaitu GHB yang akan ditubuhkan sebagai pengganti kepada PAS dalam gabungan parti-parti pembangkang untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Sementara itu, kata Mohd. Khairuddin, kehilangan beberapa pimpinan dan ahli PAS sebenarnya memperingatkan parti tersebut dengan prosedur tapisan yang pernah dilakukan oleh Allah S.W.T terhadap tentera Talut yang mahu memerangi Jalut.

Menurutnya, dalam perjalanan perang, tentera Talut bagaimanapun diuji dengan sebatang sungai kerana mereka tidak dibenarkan minum air sungai itu melainkan sekadar secebuk tangan.

Kata beliau, majoriti tentera tersebut langsung gagal dalam ujian berkenaan lalu digugurkan dari barisan tentera sehinggakan hanya tinggal sekumpulan kecil sahaja kalangan mereka.

“Menurut pakar dikenali nama al-Sudi, golongan lemah iman itu berjumlah 3,680 orang. Manakala golongan kuat iman hanyalah 310 orang sebagaimana bilangan tentera Badar. Namun, kesabaran menjadi sebab untuk mereka menang akhirnya mengalahkan Jalut,” katanya.

Beliau turut memberi contoh peristiwa perang Uhud apabila Nabi Muhammad SAW keluar dengan tentera Islam seramai seribu orang tetapi di pertengahan jalan, suku daripada jumlah tentera itu mengundurkan diri secara tiba-tiba dengan pelbagai alasan diketuai `kepala’ munafik, Abdullah Ubai Salul.

“Tujuannya untuk melemahkan semangat baki tentera Islam. Namun, baginda meneruskan juga perjuangan dan hasilnya kemenangan pada pusingan pertama perang telah memihak kepada baginda,” katanya.

Semalam, kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dipercayai golongan pro-Anwar Ibrahim dari tiga kawasan Parlimen PAS di Selangor mengumumkan peletakan jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang kini.

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang yang akan menyertai GHB.

Ribut Petir melanda Felda.

19/8/2015 jam 4 petang ribut petir melanda Felda Kerteh 2/3  melibatkan beberapa tempat termasuk Sekolah Agama Rakyat Felda Kerteh 2.

Menurut sumber kerosakan yang dialami tiang letrik,pokok tumbang dan atap yang ditiup angin kencang.

Penghulu Mukim Rasau,Pengerusi J3K dan JawatanKuasa meninjau dibeberapa tempat kejadian.

Setakat ini dimaklum oleh DUNGUNTIMES tiada kemalangan jiwa dan tidak melibatkan rumah-rumah Felda.

Tuesday 18 August 2015

Pemimpin PAS mula kepanasan dan gelisah kerana pembangunan yang akan di bawa oleh Dato’ Seri Ahmad Razif.

Dato’ Seri Ahmad Razif mula mengumumkan bahawa pembangunan industri berkonsepkan Minyak dan Gas yang akan di buat kajian melalui anak syarikat kerajaan negeri Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) di dua lokasi iaitu Pulau Duyong dan Seberang Takir.

Menurut Terengganu Times, beberapa pemimpin PAS mula kepanasan dan gelisah kerana pembangunan yang akan di bawa oleh Dato’ Seri Ahmad Razif ini akan memberi satu perubahan dan keuntungan yang besar kepada rakyat di sekitarnya seperti :

1. Peluang Pekerjaan kepada penduduk setempat dan rakyat Terengganu.

2. Menjana lebih banyak hasil daripada kepelbagaian perniagaan dan pembekalan kepada syarikat-syarikat pelabur daripada peniaga tempatan.

3. Taraf ekonomi dan pendapatan penduduk sekitar akan meningkat.

4. Mengurangkan kadar penganguran dan masalah sosial di sebabkan sumber pendapatan dan peluang pekerjaan yang ada.

5. Menjana pendapatan dan ekonomi negeri.

6. Lebih ramai anak-anak pulau duyong dan seberang takir balik bekerja dalam bidang professional minyak dan gas.

Dan banyak lagi perubahan akan berlaku yang akhirnya memberi keuntungan kepada rakyat Terengganu keseluruhannya.

Antara YB dan kepimpinan PAS yang berfikiran kolot dan bodoh sombong dengan menolak cadangan ini walaupun masih dalam kajian untuk mengenal pasti potensi pembangunan yang di lakukan tetapi ada juga yang pendek akal seperti :

Pertama YB Nor Hamzah, Adun Bukit Payong, seorang yang suka menolak apa-apa kebaikan yang di lakukan kerajaan negeri di sebabkan takut akan sokongan kepada Kerajaan Negeri dan MB meningkat, sedangkan DUN sendiri pun tidak terjaga dan selalu mengabaikan rakyat di kawasannya.

Kedua, Ya Dagang bekas calon PAS Seberang Takir yang sentiasa suka menabur fitnah dan memburuk-buruk Dato’ Seri Ahmad Razif kerana tergilakan untuk menjadi calon di kawasan Seberang Takir walaupun di tolak rakyat kerana sikapnya yang suka membuat cerita dan fitnah di kawasan Menteri Besar Tersebut.

Mereka ini pernah diberikan peluang bersama kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif melalui Majlis Perundingan Rakyat untuk bersama-sama memberi idea dan sumbangan kepada Pembangunan Negeri Terengganu tetapi di tolak secara mentah-mentah kerana tidak boleh terima perbezaan fahaman politik dan tidak memberi keuntungan kepada PAS.

Di sini boleh di lihat sikap mereka yang suka mendiskriminasi dan apa yang cuba di bawa oleh mereka dengan menakutkan rakyat dengan pembangunan yang akan di laksankan dengan rekaan cerita dan fitnah seperti sudah makanan harian mereka bukan untuk membantu rakyat atau melihat dari sudut positif untuk kebaikan rakyat.

Lim Guan Eng dan Azmin Ali dah bersetuju, tiba-tiba Rafizi hari ini mula mencipta alasan.

PKR mengajak usaha menggubal undang-undang bagi mengawal pembiayaan politikdipulaukan  dengan alasan selagi perdana menteri dan kabinetnya tidak mengisytiharkan harta.

Sebelum ini Lim Guan Eng dan Azmin Ali dah bersetuju, tiba-tiba Rafizi hari ini mula mencipta alasan:

“Hanya selepas pengisytiharan perincian harta, pendapatan dan perbelanjaan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dan anggota jemaah menteri, barulah rakyat boleh membincangkan satu kerangka pembiayaan politik yang telus.

“dengan harapan mana-mana menteri yang terbukti mempunyai harta dan berbelanja melebihi pendapatan didakwa dan dihukum terlebih dahulu,” kata Rafizi Ramli.

Kenapa tiba-tiba Rafizi dilihat cuba memberi alasan yang tidaka munasabah dan melawan pemimpin pakatan haram yang lain?

Sebuah majlis kebangsaan mengenai dana politik mungkin dibentuk dalam tempoh dua minggu lagi, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Paul Low berkata surat jemputan untuk mengisi kerusi di dalam majlis ini akan dihantar pada akhir minggu ini.

“Ia (pembentukan majlis ini) akan dilakukan segera, dalam tempoh dua minggu kerana ia bergantung kepada tempoh mereka (yang dijemput) memberikan maklum balas,” katanya kepada pemberita di Hotel Royal Chulan.

Beliau merujuk kepada idea yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lalu yang mencadangkan kerajaan akan mengkaji dana politik dan mengawal selia perkara itu.

Low berkata surat jemputan akan dihantar kepada wakil politik dari parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang selain orang ramai dan beberapa kumpulan seperti Majlis Peguam.

Monday 17 August 2015

Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa beliau bukan “orang tua” yang disyaki oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa beliau bukan “orang tua” yang disyaki oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan.

Tengku Razaleigh berkata demikian kepadaSin Chew Daily melalui seorang pembantu malam tadi.

Pembantunya itu berkata Tengku Razaleigh berada di rumah pada malam Ahad dan tidak bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pada hari Sabtu, Zahid mendakwa seorang ahli Parlimen dari Umno terlibat dalam komplot untuk “menggulingkan” kerajaan persekutuan.

Beliau mendakwa ahli Parlimen tersebut berusaha mendapatkan akuan berkanun dari ahli Parlimen BN dan pembangkang untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat.

Tindak tanduk KJ yang agak mencurigakan kebelakangan ini .

Tindak tanduk yang agak mencurigakan kebelakangan ini Khairy dilihat bersedia untuk beralih wadah politik.

Adakah PKR akan menjadi tempat selesa buat KJ mulakan kembali rentak politik?Beliau kelihatan tidak selari dengan Presiden Umno dan mungkin memilih jalan lain.

Apakah laungan menyokong Dato Sri Najib hanya mainan dibibir Kj? Atau Kj mula mencongak kerusi naib presiden untuk terus kekal dalam arus perdana UMNO.

Kenyataan bahawa beliau sanggup hilang jawatan begitu ketara.Mungkin inilah masa dia mahu menguji setiakawan dalam Pemuda dan lupa bahawa dia dibawah Presiden yang sepatutnya dia sokong dan menjadi benteng.

Salah seorang exco iaitu Armand Azha telah menzahirkan kenyataan menyokong Presiden dan meminta ahli Umno khususnya Pemuda bersama pertahankan Presiden dari serangan.Lain nada dari ketuanya yang masih membisu dalam isu ini.

Sementara itu Khairy masih membisu dan tidak mahu
menyatakan pendiriannya
Apakah Khairy akan mencari tapak baru untuk kariernya? Mungkin tempat paling sesuai adalah PKR.

27 Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menjatuhkan Perdana Menteri

Pendedahan mengejutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung cubaan 27 Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini sedang hangat diperkatakan.

Pada masa yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dilaporkan mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri untuk mendedahkan senarai nama mereka yang terlibat berhubung skandal terbesar dalam sejarah Malaysia.

Ujar beliau, beliau tidak mahu perkara ini menjadi polemik berterusan dan identiti mereka yang terlibt harus didedahkan agar rakyat tahu kedudukan perkara yang sebenar.

Sebenarnya, pendedahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengenai komplot untuk menggulingkan kerajaan bukanlah sesuatu perkara yang baru. Mengikut sumber yang boleh dipercayai usaha terancang sudah bermula semasa Tan Sri Muhyiddin Yasin masih lagi menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi.

Siri pertemuan di belakang tabir bersama Tun M serta pemimpin pembangkang telah berlaku sebelum ini yang turut melibatkan Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal.

Dengan isu-isu semasa IMDB, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin telah berusaha menyerang secara terbuka terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mempertikaikan banyak perkara, diluar dari lingkup tugas beliau selaku Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Perkara ini semakin jelas sebelum pengumuman rombakan kabinet pada 28 Julai 2015 yang lalu. Terdapat desas desus yang mengatakan telah ada usaha gerakan ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri melalui Dewan Rakyat pada bulan Oktober 2015.

Selain daripada itu, terdapat satu cara lagi iaitu dengan mengumpulkan tandangan Ahli Parlimen yang terlibat untuk akuan bersumpah lalu dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agung.

Menurut sumber ini lagi, melalui seorang Pengerusi Parti Keadilan Rakyat di sebuah negeri, pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal menunjukkan perkembangan positif hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan.

Menurut sumber terdapat 20 orang Ahli Parlimen yang dikenal pasti menyertai komplot ini termasuk Datuk Nurjazlan Mohamed yang sebelum ini adalah Pengerusi PAC sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri.

Antara 20 nama yang disebut oleh sumber berkenaan dan telah dikenal pasti ialah ;
1) Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
2) Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna)
3) Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong)
4) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim)
5) Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan)
6) Khairy Jamaluddin (Rembau)
7) Hasbullah Osman (Temenggor)
8) Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highland)
9) Datuk Razali Ibrahim (Muar)
10) Hajjah Normala Abd Samad (Pasir Gudang)
11) Datuk Othman Aziz (Jerlun)
12) Datuk Haji Abdul Rahim Bakri (Kudat)
13) Datuk Jumat Idris (Sepanggar)
14) Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau)
15) Datuk Dr Marcus Mojigoh (Putatan)
16) Datuk Dr Ewon Ebin (Ranau)
17) Datuk Raime Unggi (Tenom)
18) Datuk Nurjazlan Mohamed (Bekas ketua PAC)
19) Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
20) Datuk Wira Othman Abdul (Pendang)

Menurut sumber ini lagi, sehingga maklumat ini diterima, senarai 20 nama ini memang diakui telah ada dihubungi oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan komplot berkenaan. Walau bagaimanapun, nama 7 lagi Ahli Parlimen masih belum didedahkan dan ianya mungkin akan didedahkan sedikit masa lagi.

Dalam hal ini, andai berita ini tidak benar dan tidak tepat, nama-nama yang disebutkan oleh sumber berkenaan atau yang terbabit dan mengenali Ahli-Ahli Parlimen ini diminta untuk tampil membuat penafian dan memberi penjelasan terhadap dakwaaan bahawa mereka terlibat sama dalam komplot ini.

Tiada hukuman dijatuhkan buat sementara waktu ini dan mereka-mereka yang berkenaan masih ada waktu untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar bagi menyangkal dakwaan sumber berkenaa. Andai tiada penafian dilakukan, pastinya ianya akan merosakkan kredibiliti mereka selaku Ahli Parlimen yang telah diberi kepercayaan oleh parti dan juga rakyat yang mereka wakili.

Saturday 15 August 2015

Calon Perwakilan Yang Dipilih Oleh Para Perwakilan

Mesyuarat UMNO bahagian Dungun kali ini, perjalanan mesyuarat telah diserikan dengan ketibaan YAB Dato' Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abd Kadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Merangkap Menteri Besar Perak.

Barisan AJK UMNO Bahagian, barisan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO, pemimpin masyarakat serta pemerhati luar yang hadir bersama melihat mesyuarat ini berlangsung.

Dalam usaha memastikan halatuju UMNO Dungun, Ketua UMNO Bahagian Datuk Din Bin Adam turut menekankan usaha perpaduan dalam parti dan juga parti komponen yang lain. Dasar perjuangan yang digariskan dalam UMNO bahagian adalah Iman, Ilmu dan Ekonomi. Kepentingan 3 asas ini diharapkan dapat mencetus satu paradigma dalam masyarakat Daerah Dungun ke arah kecemerlangan dalam masyarakat. 
Seramai 20 calon telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Perwakilan 7 (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia yang akan berlangsung pada bulan akan datang. Dalam keputusan proses pengundian yang dibuat, calon-calon yang berjaya dalam G7 ini adalah:

Nama Perwakilan 7 (G7) yang dipilih:-
1. Hafizu Bin Din
2. Wan ini Bt Wan Sulong
3. Dato Wira Rosli Mat Hassan
4. Azahar Bin Jambol
5. Mohd Haniffa B Kunyalan
6. Dato Razak Bin Endut
7. Mahusin Bin Taib

Dunguntimes juga merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada mereka yang berjaya.

Tindakan biadab Zuan Azmi atau lebih dikenali Zuan Bikin Panas

Tindakan biadab Zuan Azmi atau lebih dikenali Zuan Bikin Panas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memasuki episod baru.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, nama Zuan telah digugurkan dari sidang produksi Melodi. Menurut sumber itu lagi, sidang produksi Melodi tidak dapat memaafkan Zuan untuk kali kedua berikutan kesalahan yang dilakukan oleh beliau kali ini begitu serius.

Malah menurut sumber, Media Prima Berhad, syarikat yang menaungi Zuan Azmi selama ini juga sedang mempertimbangkan untuk menggantung kerjaya Zuan berikutan kesalahan yang dilakukan baru-baru ini.

Tegas Media Prima, apa yang dilakukan oleh Zuan jelas mendatangkan aib kepada mereka dan sekaligus mencalar imej Media Prima selaku penerajui industri media di Malaysia.

Jelas benar seperti kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tindakan tidak profesional beliau dengan memuat naik gambar mengaibkan Perdana Menteri sukar dimaafkan dan beliau seharusnya berfikir dengan matang sebelum melakukan kesalahan sebegini.

Friday 14 August 2015

Persidangan UMNO Bahagian Dungun

15 Ogos 2015 hari ini bermulalah persidangan Agung UMNO Dungun 2015 yang berlangsung di Dewan Dagang Politeknik Suktan Mizan Zainal Abidin .Bermula pagi ini dewan dagang akan bertukar menjadi lautan manusia yang berpakaian putih merah yang berkumpul dari seluruh daerah Dungun.di rasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abd Kadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Merangkap Menteri Besar Perak.

Kepada semua Perwakilan Dunguntimes ucapkan selamat bersidang dan pemilihan G7 dengan penuh hemah supaya dapat membawa perubahan dalam memperkasakan UMNO khususnya Parlimen Dungun.

Wednesday 12 August 2015

gabungan pembangkang yang dibernama Pakatan Rakyat telah berkubur pertengahan tahun ini.

Heboh diperkatakan tentang penganjuran himpunan BERSIH 4.0 yang dikatakan bakal di adakan pada 29 dan 30 Ogos ini. Walaupun pihak Polis Di Raja Malaysia telah memberi amaran bahawa pihak polis akan mengambil tindakan keras terhadap penganjur dan peserta perhimpunan, tetapi menerusi beberapa portal dan pages pro pembangkang, ianya kekal menjadi viral di laman-laman sosial.

Menurut penganjurnya, Datuk S. Ambiga, himpunan ini perlu kerana ianya menunjukkan solidariti rakyat menentang korupsi didalam kerajaan dan menentang sebarang salah laku yang didakwa beliau berlaku didalam kerajaan.

Jika di imbau, perhimpunan BERSIH ini pada awalnya adalah untuk menunjukkan penentangan oleh pembangkang berhubung keputusan Pilihanraya Umum yang ke13 lalu. Mereka mendakwa, meraka memenangi pilihanraya berkenaan dan UMNO dan Barisan Nasional memanipulasikan keputusan berkenaan.

Kini himpunan ini jelas mempunyai agendanya yang tersendiri. Ianya dilihat seolah-olah ingin menutup beberapa kegagalan pembangkang dalam menguruskan parti mereka sendiri setelah gabungan pembangkang yang dibernama Pakatan Rakyat telah berkubur pertengahan tahun ini.

Di samping itu mereka membawa beberapa fitnah yang dilemparkan oleh beberapa laporan berita dari luar negara antaranya Sarawak Report berhubung 1MDB serta dakwaan rasuah RM 2.6 billion yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Walaupun isu-isu berkenaan telahpun dijawab oleh Perdana Menteri, 1MDB dan beberapa laporan akhbar, namun ianya tidak pernah diterima oleh mereka dan mereka menganggap jawapan berkenaan adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali.

Jika dilihat, mereka sebenarnya ingin memastikan pentadbiran Malaysia dimalukan dan dilemahkan dari dalam. Dalam beberapa laporan media sebelum ini, Ambiga mengesahkan ada menerima dana dari luar negara untuk menganjurkan himpunan ini.

Memandangkan himpunan ini begitu hampir dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara kali ke 58, mereka mengambil kesempatan memburuk dan menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Jelas, mereka yang menyertai himpunan ini sebenarnya bukan menyayangi negara seperti didakwa. Mereka jelas bersubahat untuk menjahanamkan negara menerusi tindakan yang dilabelkan sebagai tidak bertamadun dan tidak beradab.

Sepanjang mengemukakan pelbagai dakwaan dan salah laku, mereka tidak pernah menunjukkan bukti yang mereka ada kepada SPRM mahupun PDRM untuk siasatan lanjut dijalankan. Jelas disini, kewajaran mereka menganjurkan himpunan sebegini pastinya akan menyusahkan rakyat dan paling utama imej dan maruah negara akan tercalar akibat himpunan sebegini.

Tuesday 11 August 2015

Pn Azlina ingin memperkenalkan ATRA kepada pemimpin setempat khususnya Dun Paka.

Puan Azlina Bt Abdullah Pemangku Ketua Penyelia ATRA Dun Paka berpuas hati melaksanakan majlis jamuan raya ATRA Dun Paka buat kali pertama sejak beliau memangku Ketua Penyelia Dun Paka.

Beliau mengucapkan syukur kerana program ini berjalan dengan lancar dan meriah selain itu dapat memperkenalkan ATRA kepada pemimpin setempat khususnya Dun Paka.ini menunjukan ATRA boleh berkerjasama dengan Ahli Politik Dun Paka.

Beliau juga berterima kasih kepada Penyelaras UMNO Dun Paka dan penyumbang dengan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan Majlis jamuan raya ATRA pada tahun 2015.

Akhir kata beliau berharap hubungan  erat silatulrahim sesama masyarakat dan pemimpin setempat ini akan berterusan.

Lim Guan Eng seakan-akan begitu berani mahu mendedahkan punca dana kewangan yang diterima oleh DAP.

Menerusi kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seakan-akan begitu berani mahu mendedahkan punca dana kewangan yang diterima oleh DAP untuk digunakan dalam urusan politik mereka. Beliau didakwa kononnya akan mendedahkan sumber dana berkenaan dalam minggu ini dan sekaligus mendesak Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO mendedahkan dana yang diterima oleh UMNO sebelum ini.

Terbaru, Setiausaha Kerja DAP, Anthony Loke seperti bermain tarik tali berhubung isu ini. Anthony Loke dilaporkan berkata, DAP hanya akan bersedia mendedahkan sumber dana mereka selepas ianya dibahaskan di Parlimen dan diluluskan oleh Parlimen.

Beliau berkata, tiada undang-undang khusus untuk mendesak mereka mendedahkan sumber kewangan parti kepada umum seperti yang disiarkan didalam beberapa portal berita sebelum ini.

Beliau menegaskan, UMNO harus mendedahkan dana politik mereka terlebih dahulu bagi membuktikan ketelusan dan kebenaran jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Jelas dalam hal ini, DAP menerusi Pakatan Rakyat jelas bertindak pengecut serta berdolak dalik berhubung isu dana berkenaan. Pada satu ketika DAP dilihat seolah-olah berani tetapi apabila keberanian mereka di provok, mereka pantas berdolak dalik berhubung kenyataan mereka.

Adalah amat menghairankan, bagaimana parti ini boleh menjadi dokongan kepada beberapa orang Melayu sedangkan pendirian mereka boleh berubah sekelip mata bergantung kepada keadaan semasa. Dalam isu ini, UMNO dilihat tidak perlu melayan sebarang desakan dari pembangkang kerana mereka sendiri tidak berani mendedahkan maklumat sulit mereka kepada umum.

Monday 10 August 2015

Program ‘Selamat Tinggal PAS’ diperkenalkan oleh bekas ahli dan penyokong PAS

Seramai 367 penyokong PAS di Terengganu bakal mendaftar sebagai ahli UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu yang dianggap tiada hala tuju dan bercakaran sesama sendiri sehingga mahu membawa kepada penubuhan parti baru.

Mereka merupakan penyokong PAS yang dikumpul dari seluruh Terengganu, kata Penyelaras program ‘Selamat Tinggal PAS’, Ustaz Wan Mohamad Wan Ahmad. 

Program ‘Selamat Tinggal PAS’ diperkenalkan oleh bekas ahli dan penyokong PAS yang menyertai UMNO setelah kecewa dengan pemerintahan PAS di Terengganu pimpinan Presiden parti itu sendiri, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1999 hingga 2004.  

Wan Mohamad yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut berkata, perpecahan yang dihadapi oleh PAS menyebabkan kumpulan itu bertukar ke UMNO. 

“Dulu kita dengar PAS duk kata macam-macam ke UMNO. Gila kuasa, gila jawatan, gila nak nak jadi calon, macam-macam jenis gila dia kata ke UMNO. 

“Tapi, hari ini kita dapat tengok sendiri gaya pemimpin PAS. Dulu kita mengharapkan kepimpinan ulama, tapi dia tipu kita dan berpecah kepada Pakatan Baru. Mat Sabu kita tahulah, bukan setakat dia tipu kita tapi jual sekali kita,” katanya. 

Beliau ditemui pada Majlis Jalinan Mesra antara pemimpin UMNO dan peserta program ‘Selamat Tinggal PAS’ di Gong Kemuntong, Jerteh, malam tadi. 

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir meraikan bekas penyokong-penyokong PAS yang menyertai program ‘Selamat Tinggal PAS’ sebelum ini. 

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; ADUN Hulu Besut merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad; ADUN Jertih yang juga Setiausaha UMNO Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof; ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa; ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar. 

Tambah Wan Mohamad, satu majlis ‘Selamat Tinggal PAS’ akan dibuat di Parlimen Marang bagi ‘menyambut’ kedatangan ahli baru UMNO itu.  

“Kita kumpul bekas penyokong PAS yang akan sertai UMNO dari seluruh negeri. Mereka tidak perlu pening kepala sama ada untuk kekal dalam PAS atau sertai Gerakan Harapan Baru, masuk saja UMNO,” ujarnya.

Friday 7 August 2015

iltizam dan kerjasama dan semangat parti orang muda akan bersatu berkhitmat untuk parti keramat UMNO

Sdr Jamawi Jaafar Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memaklum kepada Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Dungun orang muda sekarang semakin hilang rasa semangat perjuangan bersama UMNO.

Anak muda semakin lama semakin luntur semangat kepada kerajaan UMNO,kerana dengan terlalu banyak isu-isu yang dilontar oleh parti pembangkang dan isu- isu dalaman parti yg boleh membuatkan orang muda semakin benci kepada kerajaan.

Beliau memaklum kepimpinan muda diperinkat Bahagian seharusnya turun padang disetiap Cawangan untuk mendengar keluhan dan masalah diperingkat bawahan supaya pemuda diperingkat bahagian tahu apa dan masalah keluhan org muda disetiap cawangan.

Akhir kata sekiranya iltizam dan kerjasama dan semangat parti orang muda akan bersatu berkhitmat untuk parti keramat UMNO diperingkat dungun pasti akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Seterusnya merasmikan mesyuarat pergerakan pemuda umno bahagian dungun tahun 2015.

Amaran oleh Hj Hadi kepada semua ahli dan wakil rakyat PAS bakal berdepan tindakan disiplin.

Jumlah penimpin PAS diperingkat Negeri yang menyertai harapan baru,termasuk ahli PAS yang mengistiharkan keluar parti akan diketahui secara terperinci pada hari ini.

Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang Berkata,pihaknya bakal mengadakan saru perjumpaan dikuala lumpur bagi membincangkan mengenai perkembangan parti.

Hadi turut memberi amaran kepada semua wakil rakyat PAS dan pemimpin parti itu agar tidak menyertai sebarang program anjuran Harapan Baru yang sedang digerakan sebagai parti alternatif mengantikan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sambil mengigatkan mereka yang ingkar bakal berdepan tindakan oleh jawatan kuasa disiplin parti.

Haron Din tampil dengan dakwaan bahawa MH370 berada di alam ghaib!!

DAP,PKR dan GHB bersyukur dan berterima kasih kerana pada saat MH370 diketemukan, PAS sudah tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.  Jika tidak, adalah satu malu yang amat besar untuk Pakatan Rakyat kalau PAS masih bersama.

Kenapa, ini sebabnya.

Semua masih ingat, ketika MH370 hilang dari radar dan kekal hilang selama 515 hari (sehingga sebahagian komponennya dijumpai di Pulau Reunion), banyak teori dibangkitkan lanjutan dari kehilangan itu.  Paling banyak sudah tentulah teori konspirasi, CIA dan sebagainya.

Ini semua logik dan masuk akal, barat pun banyak menghasilkan filem-filem seperti itu. Yang tak boleh diterima akal ini ialah bila Haron Din tampil dengan dakwaan bahawa MH370 berada di alam ghaib!!  Kenyataan itu pula dikeluarkan tidak beberapa selepas raja bomoh mengadakan upacara tikar terbangnya di KLIA.

Sehingga menjadi jenaka di seluruh dunia.

Tak pasal-pasal Pakatan Rakyat mendapat malu.  Banyak desakan pada waktu itu agar Haron Din dipecat dari jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS tapi tidak mendapat sambutan sehinggalah PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat oleh DAP dan PKR.

Haji Mohamad Sabu yang bakal menubuhkan New Hope Party (Parti Harapan Baru) sekitar bulan depan, tidak mengulangi karut marut yang memenuhi PAS sebelum ini.  Jika nak ada jawatan Mursyidul Am (untuk disesuaikan dengan taraf sebagai parti Islam progresif), tidak mengapa tapi jangan ambil orang berlatar belakang seperti Haron Din.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang secara terbuka menghantar surat permohonan maaf kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed diatas dakwaan mereka berkenaan kematian Teoh Beng Hock.

Kematian Teoh Beng Hock di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi suatu isu besar bagi Pakatan Rakyat dengan mendakwa kematian Teoh Beng Hock merupakan satu pembunuhan terancang yang dilakukan oleh SPRM, bukannya bunuh diri seperti yang didakwa.

Dalam hal ini, DAP paling lantang bersuara sehingga memkasa kerajaan menjalan inkues bagi kes berkenaan. Dua kali kubur Teoh Beng Hock digali semata-mata mencari bukti terhadap punca kematian mediang dan hasil dari 2 perbicaraan ini menunjukkan Teoh Beng Hock benar-benar membunuh diri.

Impak daripada dakwaan palsu Pakatan Rakyat menerusi DAP dan disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bukan sedikit. Kredibiliti SPRM pada masa itu jelas tercemar sehingga memaksa SPRM menggubal beberapa prosidur siasatan yang dikendalikan oleh mereka.

Hari ini, menyaksikan apa yang dipanggil menjilat ludah mereka sendiri. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang secara terbuka menghantar surat permohonan maaf kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed diatas dakwaan mereka berkenaan kematian Teoh Beng Hock.

Tindakan ini berikutan penahanan untuk tujuan soal siasat oleh pihak Polis Di Raja Malaysia keatas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik SPRM, IG Chandran.

Penahanan ini adalah tindakan susulan PDRM keatas laporan polis yang dibuat SPRM berkenaan kebocoran hasil siasatan SPRM kepada pihak media sebelum pihak yang berwajib didalam SPRM mengumumkan secara rasmi pada 3hb Ogos yang lepas.

Jelas pihak Pakatan Rakyat mensensasikan isu ini dengan mendakwa pihak PDRM menjadi orang suruhan UMNO sehingga sanggup merosakkan intergriti SPRM.

Mungkin mereka tidak sedar bahawa pihak mereka sendiri yang mula-mula melakukan kerosakan maksima terhadap institusi pencagahan rasuah berkenaan.

Mungkin ramai yang terlupa bahawa setiap pegawi penyiasat SPRM yang diberikan sesuatu tugas terikat dengan aku janji SPRM iaitu fasal 7.15.1 yang jelas mengatakan :

“Setiap warga SPRM tidak boleh membuat, menghebah atau menerbitkan apa-apa penyataan awam berhubung dengan apa-apa dasar, program dan keputusan Kerajaan tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya.”

Dalam fasal 7.15.2 menjelaskan :

“Setiap warga SPRM tidak boleh untuk menerbit apa-apa buku,majalah atau maklumat terperingkat secara bertulis atau lisan sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Ketua Pesuruhjaya.”

Fasal 7.15.3 pula menyatakan :

“Setiap warga SPRM tidak boleh sama sekali menulis surat samaada secara terang-terangan atau menerusi surat layang teruskepada pihak lain dan melalui media cetak atau elektronikmeluahkan rasa tidak puas hati mengenai perkara yang berkaitandengan Suruhanjaya dan Kerajaan”.

Dan fasal 7.15.4 menerangkan :

“Setiap warga SPRM tidak boleh mengakses, menyampai, menyalin atau menyebarkan sebarang bentuk bahan bercetak atau dalam bentuk digital melalui media cetak atau elektronik yang menyentuh sensitiviti agama, fahaman, politik, kaum atau peribadi”.

(rujukan : http://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/Kod_Etika_dan_Tatakelakuan/HTML/files/assets/basic-html/page21.html)

Jelas 4 fasal ini telah menerangkan kod tata etika perilaku seorang anggota SPRM dan dalam hal ini, pegawai-pegarai yang ditahan telah melanggar salah satu daripada kod etika berkenaan.

Mungkin SPRM terlupa bahawa intergiriti mereka selalu dipertahankan oleh kerajaan dan setiap dakwaan terhadap mereka selalu dilindungi oleh kerajaan. Kini setelah kemasukan ahli-ahli penyokong pro Pakatan Rakyat kedalam SPRM, mereka mengambil peluang untuk bersama-sama dengan beberapa pihak menjatuhkan kredibilti kerajaan pula.

Paling menjadi mangsa adalah keluarga Teoh Beng Hock. Sudahlah kubur anak mereka di korek sebanyak 2 kali, kini Pakatan Rakyat menggunakan mayat kaku Teoh Beng Hock untuk meraih “political millage” mereka dalam usaha menjatuhkan kerajaan. Lebih malang lagi, ada dikalangan rakyat Malaysia memilih mempercayai kata-kata Pakatan Rakyat yang jelas selama ini banyak menipu rakyat Malaysia dari mencari kebenaran di sebalik insiden ini.

Wednesday 5 August 2015

Sarawak Report membuat pendedahan berani mengenai pembalakan haram

Apabila menyebut tentang Sarawak Report, pastinya akan terbayang seorang wanita yang berumur 55 tahun dan berambut perang. Membawa nama Clare Rewcastle, beliau dilahirkan di Sarawak pada tahun 1960.

Pada zaman kanak-kanak, beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di negeri Sarawak dan mengikut kedua ibu bapanya kembali berpindah ke United Kingdom pada usia 8 tahun.

Dengan kelulusan Ijazah Sarjana Hubungan Antarabangsa dari London School of Economics, beliau menyertai BBC World Sevice sebagai wartawan pada tahun 1983. Beliau bertemu jodoh dengan Andrew Brown yang merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brownn kira-kira 3 tahun kemudian.

Dikalangan teman sekerja, beliau selalu mengatakan bahawa beliau amat merindui Sarawak dan terdorong dari perasaan kononnya ingi berbakti kepada negeri Sarawak, beliau menerbitkan Sarawak Report pada Februari 2010 dan menubuhkan Free Sarawak Radio pada Disember 2010.

Pada peringkat awal penubuhannya, Free Sarawak Radio dan penerbitan Sarawak Report membuat pendedahan berani mengenai pembalakan haram yang berlaku di Negeri Sarawak. Beliau dilaporkan berulang alik dari London ke Kuching untuk meninjau sendiri permasalahan pembalakan haram ini.

Walau bagaimanapun, penulisan beliau mengenai pembalakan sedikit demi sedikit telah berubah apabila semakin berani menghentam pemerintahan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Pehin Abdul Taib Mahmud sehingga berani mendakwa Pehin mempunyai kira-kira 10 akaun pesisir di Switzerland.

Akibatnya, pada tahun 2013, beliau disekat dari memasuki Sarawak dan pernah diusir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan terpaksa berpatah balik ke Singapura. Bermula dari sinilah serangan beliau terhadap Pehin Abdul Taib Mahmud tidak pernah padam dan masih berlaku sehingga hari ini.

Di arena politik tempatan, beliau adalah individu pertama yang melaporkan kononnya terdapat penglibatan kira-kira 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu. Dakwaan ini timbul kira-kira jam 4 petang pada hari pengundian sedangkan semua pusat mengundi masih belum lagi ditutup sepenuhnya.

Dakwaan mengarut ini begitu pantas disambut oleh Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjadikan Stadium Kelana Jaya sebagai medan dakwaan beliau.

Perkara ini tidak pernah dibuktikan oleh Clare sehingga saat artikel ini ditulis. Bagi Clare, beliau mendapati rakyat Malaysia begitu mudah terpengaruh dengan persepsi dak dakyah yang tidak diketahui benar atau tidak. Terdorong diatas rasa inilah, Clare begitu berani mencipta pelbagai persepsi dan andaian dalam usaha beliau menjatuhkan Perdana Menteri.

Benar, Clare dilahirkan di Sarawak dan itu bukanlah lesen bagi Clare untuk mendakwa dirinya sebagai pembela nasib rakyat negeri Sarawak. Usaha terkini beliau dengan kerjasama beberapa orang pemimpin pembangkang termasuk Tun M dalam menjatuhkan pemerintahan Datuk Seri Najib jelas merupakan satu tindakan biadab bagi seorang yang diluar politik dan rakyat negara ini.

Beliau jelas mencabul kedaulatan negara ini dengan mencampur adukkan persepsi dan fitnah sehingga mampu mencetuskan polemik berpanjangan didalam negara. Lebih menyedihkan, ada dikalangan rakyat negara ini terutamanya Melayu begitu mudah “menghadam” berita yang dilemparkan oleh beliau sehingga seolah-olah menjadi “kitab” wajib bagi mereka yang berniat menjatuhkan kerajaan.

Mahathir seorang yang ‘licik’

Mahathir seorang yang ‘licik’ kerana menafikan tuduhan bahawa beliau pernah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Dr Mahathir tidak boleh membersihkan nama beliau dengan membuat penafian kerana ketika pentadbiranya politik wang bermula.

“Tun Mahathir tak boleh bersihkan dirinya bahawa beliau tidak pernah guna akaun peribadi untuk wang biaya politik. Itu licik, bukan bersih namanya.

“Pada zamannyalah politik wang bermula dan begitu berleluasa,” tulisnya di akaun Facebooknya.

Tuesday 4 August 2015

Dato Seri Zahid Hamidi bukanlah nama asing dalam kancah politik.

Telah teruji kehebatan beliau dalam arena politik Malaysia dari dua dekad lampau.Dato Seri Zahid Hamidi bukanlah nama asing dalam kancah politik.Pernah memegang tampuk Ketua Pemuda Umno dan melalui zaman kontroversi yang penuh warna warni.

Siapa sangka hari ini beliau berdiri selaku Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang dilakukan oleh Dato Sri Najib Razak.Sungguh berliku perjalanan politik beliau.

Apa yang rakyat harapkan dari Zahid Hamidi adalah ketegasan beliau selari dengan kedudukannya dalam Kementerian Dalam Negeri.Janji mesti ditepati dan beliau menunjukkan kesungguhan itu.

Disamping ketegasan itu adalah diharap DsZH selaku Timbalan Perdana Menteri membantu Dato Sri Najib Razak dalam pentadbiran negara tercinta.Kesetiaan kepada Presiden parti juga dituntut agar beliau teguh berdiri disamping Dato Sri Najib.

Diharap Dato Seri Zahid Hamidi akan terus mengembleng tenaga dan fikiran untuk mencapai agenda Negara dan seterusnya membantu Umno memenangi Pru akan datang.Moga impak dari perlantikan beliau akan merubah suhu politik Malaysia dan membuktikan kepada Presiden yang beliau boleh dipercayai dalam menaikkan kembali imej parti dan kerajaan.

Moga Dato Seri Zahid Hamidi akan terus maju dan menabur bakti buat Umno.

Calon Perwakilan G7 UMNO Bahagian Dungun

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun yang akan diadakan pada 15/8/2015 yang telah menawarkan diri untuk bertanding seramai 28 org calon perwakilan  G7 ke perhimpunan Agung UMNO Malaysia di PWTC.

Dikenal pasti calon yang bertanding hanya 21 org yg akan meneruskan G7 pada tahun ini.

Selamat bersidang kepada para perwakilan dan selamat membuat pemilihan kepada para perwakilan.supaya pemilihan kali ini mempunyai ciri-ciri komited kepada parti UMNO keramat.

Janganlah bertanding barulah hendak menagih ehsan undian dari Cawangan2.

SELAMAT BERSIDANG!

Parti GHb menyifatkannya Pas sebagai Parti ‘kluk-klek’

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Tindakan Pas Kuala Terengganu yang memutuskan kerjasama dengan Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Raja Bahrin selepas beliau dikatakan sebagai pengerusi Gerakan Harapan Baru (GBH) kawasan itu, dilihat sebagai politik yang cukup pelik di abad ini.

Bekas aktivis Pas Ustaz Mohd Riza Kamarudin berkata situasi dalam Pas ketika ini sungguh pun pelik, namun tindakan tersebut sekurang-kurangnya boleh dipuji kerana Pas Kuala Terengganu lebih berani malah lebih agresif berbanding dengan pucuk pimpinan mereka.

Menurut beliau sebenarnya tindakan dan sikap berpeluk tubuh oleh pucuk pimpinan Pas dengan membiarkan kumpulan GHB bermaharajela sedangkan mereka masih ahli parti berkenaan adalah satu tindakan yang kurang bijak.

“Kita nak cakap lebih-lebih pun satu perkara yang tidak sepatutnya kerana itu melibatkan soal dalaman. Namun dalam soal ini sepertimana yang dikatakan tadi tindakan Pas Kuala Terengganu itu satu perkara yang ajaib kerana statusnya Ahli Parlimen terbabit masih lagi ahli Pas.

“Bukankah sepatutnya Pas Kuala Terengganu boleh mengusulkan kepada pucuk pimpinan untuk mengambil tindakan displin dan sebagainya.

“Putus di peringkat bahagian tetapi pucuk pimpinan Pas masih tidak ada apa-apa jawapan. Jadi apa statusnya Raja Bahrin?,” katanya kepada hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Pas kawasan Kuala Terengganu secara rasmi memutuskan sebarang kerjasama dengan ahli Parlimen kawasan itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad selepas beliau mengisytiharkan diri sebagai pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri.

Setiausaha Pas kawasan itu Mohd Soud Mat Ali berkata, mereka membuat keputusan itu susulan pengisytiharan Kamarul Bahrin di Jerteh Jumaat lalu

Sambil menyifatkannya Pas sebagai ‘kluk-klek’ berhubung isu terbabit, Ustaz Riza seterusnya mencadangkan agar pucuk pimpinan parti itu untuk mengambil contoh keberanian yang ditunjukkan oleh Pas Kuala Terengganu.

Kata beliau lagi sekiranya Pas Pusat ada maruah mereka sepatutnya menjadikan Pas Kuala Terengganu sebagai contoh teladan dalam berdepan dengan mereka yang menyertai GHB.

“Begitu juga dengan Pas kawasan lain. Jadikanlah contoh apa yang dilakukan oleh Pas Kuala Terengganu. Mereka cukup berani untuk berdepan dengan mereka yang dikatakan bersama dengan GHB.

Monday 3 August 2015

, Tengku Seri Paduka Raja Ibrahim Ismail mengambil tindakan meninggalkan parti PAS 

Berikutan tindakan PAS Kuala Terengganu menamatkan hubungan dengan Ahli Parlimennya Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, seorang kerabat diraja negeri itu, Tengku Seri Paduka Raja Ibrahim Ismail mengambil tindakan meninggalkan parti itu hari ini. 

Pengumuman keluar PAS oleh Tengku Seri Paduka Raja yang juga bekas Pengerusi Semangat 46 Terengganu itu dibuat pada satu sidang media khas di kediamannya pagi tadi. 

Ia merupakan satu tamparan hebat kepada PAS yang selama ini berbangga dengan penyertaan bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu ke dalam PAS menjelang pilihan raya umum 2013 lalu. 

Usaha PAS Kuala Terengganu melalui Yang Dipertuanya, Wan Sukairi Wan Abdullah yang datang memujuk beliau agar tidak keluar, sebelum pengumuman itu dibuat, gagal. 

“Saya rasa pucuk pimpinan PAS tidak mempunyai hala tuju yang jitu dan keazaman untuk memperkuatkan parti selepas muktamar lalu,” kata Raja Ibrahim pada sidang medianya merujuk muktamar tahunan PAS ke-61 awal Jun lalu. 

Raja Kamarul Bahrin, adalah juga salah seorang dari keluarga diraja Terengganu yang bertanding atas tiket PAS buat pertama kalinya dalam pilihan raya umum lalu. 

Menurutnya, tulisan seorang pemimpin PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, melalui laman Facebook yang memberi amaran agar jangan diadakan program Gerakan Harapan Baru (GHB) di Besut 31 Julai lepas, juga menjadi antara punca kenapa Raja Ibrahim bertindak sedemikian hari ini ini. 

Dalam posting Facebook itu, Dr Azman menulis, Besut adalah negeri “republik” dan meminta semua pihak berhati-hari apabila membuat program di sana kerana dikhuatiri akan “bertelur di atas dahi.” 

Ia dipercayai menimbulkan rasa tidak puas hati kerabat diraja Terengganu itu dan Raja Kamarul Baharin itu sendiri. 

Raja Kamarul Bahrin memaklumkan, budaya politik PAS di Terengganu yang tidak pandai berkawan dan “keras dalam perhubungan” akan menyebabkan PAS tidak akan berkembang. 

Beliau yang masih sedih dengan tindakan PAS Kuala Terengganu memutuskan hubungan dengannya berkata, beliau belum lagi menerima pelantikan sebagai penyelaras GHB Terengganu, namun tindakan sudah diambil. 

“Namun dengan tindakan ini, ia memaksa saya untuk bersama mereka dan saya akan membuat yang terbaik untuk GHB.  

“Walaupun berat hati untuk menerimanya kerana ada orang lain yang lebih baik, saya akan berbuat dengan sepenuh hati,” katanya yang kini diboikot PAS ekoran pengumuman yang dibuat GHB dalam majlis di Besut hujung bulan lalu itu. 

Raja Kamarul Bahrin berkata, antara majlis yang cuba diboikot PAS adalah majlis sambutan Hari Raya beliau bersama ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok baru-baru ini. 

“Namun, Alhamdulillah sambutan sangat memuaskan dari orang ramai.  

“Kami sedia makanan untuk 4,000 orang namun majlis yang bermula jam 11 pagi kehabisan makanan pada jam 12.15 tengahari dan terpaksa ditambah kerana orang yang sangat ramai hadir,” kata beliau

DAP & PKRtampil menyahut cabaran Perdana Menteri?

Sejak cabaran dilontarkan semalam, penulis tidak mendengar lagi (setakat artikel ini ditulis mana-mana pemimpin pembangkang dari DAP & PKR tampil menyahut cabaran Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak untuk mendedahkan sumber dana politik yang diterima mereka.

Tidak seperti cabaran-cabaran lain sebelumnya, pemimpin pembangkang cepat saja menyambut tapi tidak dalam soal sumber kewangan untuk tujuan politik ini, dimana DAP dan PKR katanya begitu kuat menentang.  PAS tidak pulak begitu kerana kita tahu dana politik mereka datang dari tin-tin milo.

Persoalannya, apa yang susah sangat?  Kita (UMNO) dah menjual dah ni, mereka (DAP & PKR) bila nak membeli?

Bung bang bung bang dalam media sosial pasal dana politik ini bukan main, tapi bila cabaran dah dilontar, takut pulak nak menyambut, apa ada yang tidak kena ke?

Apakah ada perkara yang cuba nak diselindungkan?    Ada sumbangan dari yahudi ke atau apa, rakyat mesti nak tahu.  Dah PKR dan DAP juga yang lantang cakap pasal ketelusan apa segala.  Perdana Menteri dan UMNO nak telus ni, mereka bila lagi?

Penyokong PKR dan DAP dari buang masa berdemo desak Najib turun (tak dapat sambutan pun), lebih baik desak parti masing-masing dedah sumber dana politik ni.

Sebetulnya kalau PKR dan DAP tak dedah pun, kerajaan boleh tahu kalau mahu.  Tinggal lagi sebab terikat kepada peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu, maka maklumat ini tidak dapat didedahkan kepada umum atau akan ada kesan negatif kepada negara dari beberapa segi.

Tapi kalau ada persetujuan bersama, ada persefahaman dari semua pihak terlibat dalam hal dana politik ini, tidak ada masalah.  Sebelah kaki dah ke arah itu, cuma tunggu PKR dan DAP saja sekarang ni.

Ada berani ke?

Pengamal Perubatan Ayah Chik Alur Tembesu

DUNGUN – Penangan aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook membuatkan seorang pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Ayah Chik dari Alur Tembesu, di sini, menjadi buruan pesakit kronik dari seluruh negara.

Bermula dari kiriman mesej salah seorang pesakitnya yang berjaya sembuh daripada menghidap penyakit kronik, ia menjadi viral dan menyebabkan lelaki berusia 63 tahun itu semakin dikenali.

Sinar Harian cuba merungkai apa sebenarnya keistimewaan lelaki yang sudah tergolong sebagai warga emas itu sehingga membuatkan pelanggan tidak putus mengejarnya.

Apabila tiba di pekarangan rumah Ayah Chik atau nama sebenarnya Syed Shaikh Syed Mansur, didapati banyak kereta tersusun di tepi jalan menandakan beliau sedang menerima ramai tetamu.

Melangkah masuk ke ruang tamu rumahnya kelihatan ramai pelanggan yang sedang menunggu di kerusi dan tidak kurang yang berdiri menanti nombor giliran serta membuat pendaftaran di kaunter disediakan.

Ni no. telefon dan alamat Ayah Chik yang boleh berubat cancer, strok dan sakit jantung sampai sembuh (InsyaAllah).

AYAH CHIK, 9262 KAMPUNG ALOR TEMBESU, 23000, DUNGUN TERENGGANU.

HP : 012 938 3776

Harap simpan info ini agar boleh bagitau mereka2 yang sakit dan amat memerlukan rawatan segera. Insya Allah.

Profil:

Nama penuh: Syed Shaikh Syed Mansor
Umur: 63
Isteri: Rozaimah Abd Aziz, 55
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Universiti Sains Malaysia (USM).
Diploma pentadbiran awam UITM Dungun.
Latar belakang pekerjaan:
Berkhidmat sebagai pegawai penerangan selama 10 tahun.
Berkhidmat sebagai penghulu bermula 1998 hingga 2011 (14 tahun).
Wallahua'lam.. dr kwn2 gp ganu & area dungun.

Sunday 2 August 2015

Calon PKR Masuk DAP

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman menyifatkan tindakan Pakar Undang-Undang yang juga merupakan calon PKR semasa pilihan raya, Dr Abdul Aziz Bari menyertai Dap adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.

Jelas beliau sebagai individu yang diberi ruang oleh PKR untuk bertapak dalam dunia politik, sudah pasti tindakan Aziz ini memberikan mesej yang cukup jelas bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga kepada rakyat untuk berfikir.

Tambahnya lagi, dua maksud tersirat dan tersurat yang boleh dirangkumkan adalah PKR adalah sebuah parti yang lemah dan Dap pula memang sebuah parti yang kejam dan melampau sehingga sanggup menikam belakang rakan sendiri.

“Walaupun Dap bersikap kejam dengan ‘mencuri’ ahli PKR yang berpotensi tinggi namun saya pasti PKR tidak akan berani untuk menempelak Dap.

“Aziz pula mungkin sedar kariernya tidak akan ke mana sekiranya masih terus bersama PKR maka dia mula beralih arah untuk naik ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia politik.

“Disebabkan wujudknya budaya cantas mencatas yang teruk dalam PKR maka Aziz terlebih dahulu angkat kaki,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Rahimi, orang sehebat Tan Sri Khalid Ibrahim juga boleh tumbang dalam permainan politik dalaman PKR, apatahlagi Aziz Bari. Dek kerana inilah, mungkin menyebabkan Aziz menyertai dan mengkhianati PKR.

Dap pula kata beliau memang ternanti-nanti penyertaan daripada orang Melayu demi mendapatkan sokongan Melayu maka Dap sedikitpun tidak kisah sekiranya terpaksa menggigit rakan sendiri untuk kepentingan parti mereka.

“Ini semua adalah untuk mengaburi mata orang Melayu daripada sifat chauvinist Dap. Malah tindakan Aziz ini juga secara langsung membuktikan perjuangan parti itu jauh berbeza walaupun mempunyai matlamat yang sama.

“Apa yang pasti, PKR akan terus menikus walau teruk dipijak Dap kerana mereka bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Pas sekiranya melawan cakap ‘bos’,” katanya lagi.

Oleh itu ujar Rahimi, rakyat harus sedar dan memikirkan kembali adakah parti Dap mahupun PKR layak untuk diberi mandat menerajui negara.