Saturday 10 September 2016

Persidangan Perwakilan UMNO Dungun.

Dungun 10 Sept. - Persidangan perwakilan UMNO bahagian adalah medan terbaik kepada para pemimpin dan ahli parti terutama di peringkat akar umbi berkumpul untuk mengukuh dan memperkasakan perjuangan terutamanya dalam tempoh yang begitu mencabar ketika ini.

Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato Haji' Din Bin Adam berkata, persidangan ini sangat penting bagi membolehkan mereka menilai semula apa yang telah dilakukan sejak persidangan yang lalu sebelum merangka pelan tindakan ke arah memantapkan perjuangan UMNO.

"Persidangan perwakilan bahagian adalah simbol yang menyemarakkan perjuangan UMNO dan sepatutnya menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh semua pemimpin parti.

Persidangan  dirasmikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Yb Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakub dan juga Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Seramai  741 perwakilan dari 102 cawangan menghadiri persidangan kali ini.

Dato Sri Ismail Sabri menarik perhatian, UMNO Dungun telah menunjukkan solidariti yang tinggi apabila mengambil pendekatan baharu tahun ini dengan kehadiran yang merangsangkan.

"UMNO bahagian Dungun telah memasuki fasa baharu dengan menjadikan solidariti keluarga besar UMNO sebagai keutamaan dengan slogan 1Padu.

Dato Sri turut mengajak pemimpin di semua peringkat terutamanya akar umbi supaya yakin terhadap dasar dan usaha yang dilakukan oleh pemimpin negara.

"Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan pemimpin berdasarkan kepada rekod prestasi yang ditunjukkan.

"Dalam tempoh 70 tahun sejak UMNO ditubuhkan, kita dapat melihat negara ini dibangunkan dengan pesat dan pantas hasil daripada usaha para pemimpin kita sejak dulu," katanya.

Thursday 8 September 2016

Majlis Penyampaian Sumbangan (TAMK).

Bukit Besi menjadi lokasi bagi pelaksanaan acara tahunan KETENGAH Majlis Penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Bagi tahun 2016, melibatkan 1041 orang penerima telah dikenalpasti bagi menerima sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub , Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLM) bertempat di Dewan RTC, Bukit Besi pada 08 Seprember 2016. Seramai 1041 orang yang terdiri daripada penduduk miskin telah menerima sumbangan wang tunai. Manakala penerima yang lain, yang terdiri daripada pesakit melarat dan juga golongan Orang Kelainan Upaya akan menerima sumbangan di rumah masing-masing.

Sumbangan yang diberikan ini diharapkan dapat membantu golongan yang memerlukan ini memenuhi keperluan masing-masing terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi. Hadir sama ke majlis Yang Berbahagia Dato Haji Din Bin Adam Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Tuan Haji Omar Bin Ismail ,Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)serta pegawai-pegawai KETENGAH.

Wednesday 7 September 2016

PAS Tidak Akan Serahkan Kerusi Selangor Kepada PAN.sebarkan @ share aje

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman menafikan parti itu berunding dengan PKR untuk menentukan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Katanya PAS dan PKR kekal dengan kerusi masing-masing dan kini terserah kepada DAP untuk memberi kerusi kepada Parti Amanah Negara (PAN).

“Setakat yang kita (PAS) dan PKR setuju, semua kerusi kita kekal sebagaimana yang sedia ada mengikut PRU13.

“Kita tak akan bagi kerusi, tumpuan PKR adalah kerusi PKR dan tumpuan PAS adalah kerusi PAS. Sekarang terpulang pada DAP lah kalau dia nak bagi kerusi pada PAN,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan akar umbi PAN yang mendakwa PAS kini menggunakan PKR untuk membuat rundingan bagi pihaknya dalam menentukan kerusi untuk ditandingi pada PRU14.

Semalam Naib Ketua PAN Sepang, Abdul Halim Mohd Sharif turut memberi amaran kepada PAS supaya jangan sekali-kali mencampuri dan memperkudakan PKR dalam rundingan kerusi yang melibatkan parti-parti dalam Pakatan Harapan.

Pada masa sama, Abdul Halim turut menggesa PKR menyatakan pendirian mereka sama ada mahu terus ‘bersekongkol’ dengan PAS atau meninggalkan PAN bersama DAP dalam gabungan itu.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata beliau tidak tahu mengapa PAN  mengeluarkan kenyataan sedemikian, namun PAS tidak akan melayan perkara tersebut.

“Dia boleh cakap apa dia nak cakap sebab dia tak ada kerusi. Kita tak akan layan kata-kata macam tu sebab kita tak ada kepentingan dengan PAN.

“(Dan) kita tak perlu berunding sebab kita dah ada kerusi,” tegasnya.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat- gabungan parti PAS, PKR dan DAP memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

PKR memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi.