Tuesday 27 October 2015

Datuk Seri Abdul Hadi mengeluarkan auranya sehingga mendiamkan seluruh Dewan Rakyat.

Sesuatu yang menarik berlaku di Parlimen kelmarin apabila semua Ahli Parlimen telah “dibasuh” oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Jika sebelum ini kebanyakan Ahli Parlimen Pembangkang dilihat teramat suka mencelah di setiap usul perbahasan, namun kelmarin Datuk Seri Abdul Hadi mengeluarkan auranya sehingga mendiamkan seluruh Dewan Rakyat.

Ucapan beliau selama 43 minit di Dewan kelmarin nyata berjaya meredakan beberapa suasana yang agak sedikit tegang apabila Parlimen sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016.

Dalam ucapan beliau, beliau menegur semua Ahli Parlimen supaya bersikap lebih matang dan tidak berperangai kebudak-budakkan. Beliau juga menegur sikap rakan pembankangnya sendiri yang dilihat kurang beradab apabila memperlihatkan ketidak matangan mereka dalam bersidang.

Beliau juga dilaporkan mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya bersikap matang dalam menghadapi krisi keyakinan yang melanda negara sejak akhir-akhir ini. Beliau menegaskan, bukan Malaysia sahaja yang berhadapan krisis sebegini, malah hampir seluruh dunia masalah yang sama tetap berlaku.

Ramai yang melihat, sepanjang 43 minit ucapan beliau ini dilihat bersifat teguran, peringatan dan nasihat. Malah beliau juga dilihat berdakwah didalam Parlimen apabila turut menyentuh pelbagai kisah teladan ketika zaman kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau juga dilihat begitu begitu bersahaja apabila menyentuh tentang prihal politik yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dengan secara sinis menempelak Ahli Parlimen mewakili PAN dengan kenyataan, Islam tidak pernah mengajar umatnya mengkhianati perjuangan sesama saudara seagama.

Tindakan beliau kelmarin nyata berjaya meredakan sidang Dewan dan menariknya, semua Ahli Parlimen hanya mendengar sahaja ucapan beliau tanpa ada seorang pun AHli Parlimen dari kedua-dua belah pihak berani menyampuk ucapan bahas beliau.

No comments:

Post a Comment