Tuesday 20 October 2015

Tindakan kali keduanya yang seolah-olah menentang kepimpinan Perdana Menteri pada masa itu jelas amat sukar di maafkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Sepanjang penyertaan Tun Dr Mahathir didalam UMNO, bukan sekali beliau bertindak meninggalkan UMNO angkara perselisihan politik. Beliau telah menempuh jalan yang cukup berliku sebelum beliau akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri ke empat dalam sejarah negara.

Mengulas mengenai hubungan Tun M dan UMNO, kali pertama beliau bukan lagi ahli UMNO apabila beliau dipecat oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 26 September 1969 selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku hingga membawa kepada pmecatannya daripada keahliannya didalam UMNO.

Ini bukan kali pertama beliau mengguris perasaan Tunku apabila pada Pilihanraya Umum 1959, beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihanraya umum. Tindakan kali keduanya yang seolah-olah menentang kepimpinan Perdana Menteri pada masa itu jelas amat sukar di maafkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Karier politiknya diselamatkan oleh Tun Abdul Razak apabila diterima semula menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan seterusnya kekal didalam UMNO sehingga UMNO diharamkan penubuhannya pada tahun 1988. Krisis yang membawa kepada pemerintahan Perdana Menteri kaum Cina yang mewakili MCA pertama di Malaysia ini (selama 4 hari) membawa kepada penubuhan UMNO yang baru dan beliau merupakan ahli UMNO Baru yang mempunyai kad keahlian 0000001.

Namun, sekali lagi beliau bertindak meninggalkan UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Tun M menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan dimana Tun M kembali menyertai UMNO dan mengekalkan nombor keahliannya, 0000001.

Ironinya, sewaktu beliau meninggalkan UMNO, beliau dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Tun Abdullah menerusi desakan kuat beliau dan para pendokongnya. Namun beliau sekali lagi “terhutang budi” kepada keluarga Tun Abdul Razak dimana kali ini anaknya, Datuk Seri Mohd Najib memujuknya untuk kembali kepangkuan UMNO.

Hari ini, seolah-olah melupakan sejarah dan banyak bantuan yang dihulurkan Datuk Seri Mohd Najib dalam usaha beliau untuk kekal berkuasa selama 22 tahun di Malaysia, beliau bertindak menentang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib dengan pelbagai andaian dan fitnah. Namun sehingga hari ini beliau dilihat enggan lagi meninggalkan UMNO.

Memetik kata-kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mereka yang suka keluar masuk sesebuah parti politik ini bolehlah diumpamakan seperti monyet mengejar pisang. Begitulah apa yang bakal berlaku kepada Tun M andai beliau memilih untuk keluar sekali lagi daripada UMNO.

Jika Datuk Seri Mohd Najib tidak mengenang segala jasa-jasa beliau di Malaysia ini, tentu sahaja beliau boleh memecat Tun M daripada UMNO. Datuk Seri Mohd Najib sendiri yang memujuk Tun M kembali kepada UMNO untuk memberi tunjuk ajar yang berguna kepada beliau. Tetapi kenapa hari ini Tun M bertindak mahu menjatuhkan dan menggulingkan Datuk Seri Mohd Najib seperti apa yang beliau lakukan kepada Tun Abdullah satu ketika dahulu?

Adakah Tun M berani mengmbil risiko sekali lagi dengan bertindak keluar daripada UMNO seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini? Andai itulah tindakannya, maka apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada benarnya.

No comments:

Post a Comment