Sunday 25 October 2015

Pakatan Harapan diumumkan tanpa PAS, parti itu hari ini tiba-tiba berkata Pakatan Rakyat, gabungan lama pembangkang, masih wujud.

Selepas sebulan Pakatan Harapan diumumkan tanpa PAS, parti itu hari ini tiba-tiba berkata Pakatan Rakyat, gabungan lama pembangkang, masih wujud.

Tanpa rasa malu dan dengan menebal muka, kata PAS, Pakatan Rakyat berjalan tanpa DAP, kawan yang kemudian bertukar seteru politik PAS Islam itu.

“PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat dengan penyusunan semula kekuatan antara parti PAS dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan.

“Pakatan Rakyat tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini,” kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September melibatkan DAP dan PKR serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Tuan Ibrahim dengan bangga menyata bukti betapa kewujudan Pakatan Rakyat adalah melalui kerjasama politik di Selangor dan Kelantan.

Beliau turut mendakwa keadaan itu menyebabkan ada pihak yang iri hati dan menimbulkan spekulasi seperti 'Langkah Rawang' sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor.

Sebelum ini ada sebuah blog mendakwa terdapat agenda menggantikan Azmin dengan anggota terbaru berprofil tinggi PKR, Datuk Saifuddin Abdullah, sebagai Menteri Besar Selangor.

Tuan Ibrahim juga menegaskan, realiti di Malaysia, paksi politik dan perubahan keseluruhan akan berlaku bila paksi politik Melayu dan Bumiputera membuat perubahan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan memutuskan hubungan PAS dengan DAP memberi anjakan besar kerana tidak lagi perlu memikul bebal dituduh alat parti yang dituduh chauvinis Cina itu

No comments:

Post a Comment