Thursday 22 October 2015

PAS dapat juga membalas penghinaan yang diterima mereka sewaktu kemelut politik PAS – DAP sehingga membawa berkuburnya Pakatan Rakyat penghujung Ogos lalu.

Penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada menghadiri sidang Parlimen selama 6 bulan hari telah menimbulkan satu polemik yang cukup menarik untuk kita saksikan. Perkara ini turut menjadi perbualan ramai pihak samada di Parlimen mahupun di media-media sosial hari ini.

Lim Kit Siang di gantung setelah Parlimen mengadakan pengundian dengan 107 menyokong manakala 77 lagi menentang. Hanya 1 undi sahaja berkecuali. Menerusi tinjauan yang dilakukan, pada waktu pengundian berkenaan, hanya 97 daripada 134 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional hadir pada pengundian berkenaan manakala 78 ahli Parlimen pembangkang turut hadir.

Apa yang menariknya di sini, daripada 107 undi yang menyokong penggantungan Kit Siang, 10 daripadanya datang dari Ahli Parlimen PAS dan 1 undi berkecuali juga turut daripada Ahli Parlimen PAS. Ini menjadikan hanya Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN sahaja yang mengundi untuk tidak menyokong penggantungan berkenaan.

Semua ini menunjukkan, akhirnya PAS dapat juga membalas penghinaan yang diterima mereka sewaktu kemelut politik PAS – DAP sehingga membawa berkuburnya Pakatan Rakyat penghujung Ogos lalu. Dalam hal ini, Kit Siang harus mengakui bahawa sikap ego dan berlagak tanpa mengira tempat akhirnya memakan diri sendiri.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen PAS yang akhirnya berani menyingkirkan Lim Kit Siang daripada Parlimen sebagai membalas semula semua penghinaan yang mereka terima sebelum ini.

No comments:

Post a Comment