Wednesday 14 October 2015

Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan pada awal tahun hadapan.

Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan pada awal tahun hadapan, akan menyaksikan pertambahan 11 kawasan baru yang baru sahaja diluluskan oleh Mahkamah sebentar tadi.

Kawasan berkenaan adalah di Batu Kitang, Stakan, Serembu, Triboh, Gedong, Kanbong, Tellian, Selirik, Murum, Samalaju dan Long Lama. Penambahan ini bagi membolehkan penumpuan lebih khusus diberikan kepada nasib rakyat yang tinggal dikawasan berkenaan kerana sebelum ini kawasan berkenaan berada didalam kawasan DUN yang lebih besar.

Dengan penambahan 11 lagi kerusi DUN ini, Pilihanraya Negeri pada kali ini akan menyaksikan pertambahan kerusi daripada 71 kerusi DUN sebelum ini kepada 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan kelak.

Parti pemerintah Sarawak, Parti Bangsa Bersatu Sarawak (PBB) yang diketuai oleh Tan Sri Haji Adenan Satem yang menjadi parti komponen Barisan Nasional di Sarawak dijangka akan menempatkan sebahagian besar calon mereka di semua kawasan DUN yang diperuntukkan kepada mereka disamping parti-parti komponen yang lain.

Manakala bagi parti pembangkang, penambahan DUN ini dikhabarkan akan memberi sedikit kesulitan bagi mereka memandangkan kos dan kempen calon mereka akan terpecah dan sekaligus menuntut kempen yang lebih berkesan dilaksanakan bagi meikat hati pengundi rakyat Sarawak.

Setakat ini, DAP telah mengumumkan akan meletakkan calon mereka bagi kerusi DUN Batu Kitang pada pilihanraya negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, ramai pemerhati politik melihat, penambahan kerusi DUN ini pastinya tidak memberi kesan langsung terhadap PBB dan parti komponen Barisan Nasional yang lain untuk memenangi Pilihanraya Negeri pada kali ini berikutan momentum dan prestasi yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Sarawak sekarang, Tan Sri Haji Adenan Satem.

No comments:

Post a Comment