Saturday 31 October 2015

Tony begitu gentar untuk berhadapan dengan Arul?

Isu debat diantara Pengerusi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap Ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua kian hangat di perkatakan. Jika sebelum ini Arul dilaporkan mengenakan syarat, Tony harus meletakkan jawatannya daripada PAC, kelmarin, Arul secara jelas menyatakan beliau bersedia berdebat tanpa syarat keatas Tony.

Namun, seperti ada yang tidak kena, Tony dilihat mencari alasan-alasan terkini bagi mengelak debat berkenaan berlaku dengan terkini beliau dilaporkan hanya akan bersetuju jika beliau yang menanyakan soalan terhadap Arul, bukan melalui moderator. Persoalannya, kenapa Tony begitu gentar untuk berhadapan dengan Arul?

Tony Pua yang memang dikenali sebagai seorang yang amat lantang mengkritik kewujudan 1MDB malah beliau juga merupakan seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang kini sedang menyiasat sebarang salah laku didalam 1MDB. Namun jika dilihat kemahuan Tony, beliau kini dilihat sedang kalut dan teramat gentar untuk berhadapan dengan Tony.

Adakah dipanggil debat andai ahli panel debat bertindak menanyakan soalan kepada lawannya tanpa perlu memerlukan moderator? Mungkin Tony terlalu naif untuk menilai apakah maksud debat dan apakah maksud soal siasat. Jika itu yang Tony Pua mahu, ini bermakna beliau membawa sesi soal jawab PAC secara umum dan ini yang sebenarnya dihajatkan Tony.

Berbicara tentang hal ini, jelas hari ini tiada seorangpun daripada pembangkang mempunyai keberanian membawa dakwaan dan fitnah mereka kepada umum. Dalam erti kata lain, mereka sememangnya tiada keberanian langsung berhadapan dengan mana-mana pihak yang mereka dakwa dan tuduh secara umum kerana amat bimbangkan tembelang mereka pecah.

Mereka hanya berani mendakwa dan menuduh macam-macam perkara dan berselindung di sebalik Majlis Peguam (Bar Councel) dan para penyokong mereka. Apabila pihak yang dituduh mengambil tindakan mahkamah, pada awalnya mereka kelihatan berani melawan, namun setelah melihat mereka tiada potensi untuk menang, akhirnya mereka mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka.

Dimanakah keberanian mereka? Apa yang pasti, sehingga hari ini tiada walau seorangpun pembangkang di Malaysia ini benar-benar berani. Lihat sahaja tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Rafizi Ramli dan beberapa orang lagi pembangkang. Kesemua mereka akhirnya memohon maaf kepada orang mereka fitnah kerana sedar mereka tidak akan mampu menjunjung fitnah mereka selamanya.

No comments:

Post a Comment