Monday 29 February 2016

UMNO Terengganu Teguh Bersama Najib.

Tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar daripada parti Umno adalah hak dan pilihan beliau malah ia bukanlah pertama kali, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata apa yang lebih penting pada masa ini ialah sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita pertahankan institusi kepimpinan negara selaras dengan ajaran agama Islam bahawa kita perlu taat kepada pemimpin dan pemerintah,” katanya ketika mengulas keputusan Dr Mahathir keluar dari parti itu semalam.

“Saya yakin Umno dan BN tetap seperti mana biasa untuk meneruskan agenda bagi kepentingan ahli parti dan rakyat,” katanya, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganua, dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata Terengganu teguh menyokong kepimpinan Najib, yang juga presiden Umno.

Saturday 27 February 2016

Pemuda Penyelaras Umno Dun Paka beramah mesra dengan penduduk.

Paka - Pengerusi Penyelaras Pemuda Umno Dun Paka Sdr Jasmin Bin Jaffar bersama jawatankuasa hari ini turun padang menerusi program ziarah mesra Pemuda menyampaikan sedikit sumbangan kepada lebih 5 keluarga miskin di kawasan sura tengah dan sura hujung.

Sdr Jasmin berkata program ini antara lain bertujuan membantu meringankan beban dan memberi keceriaan kepada keluarga miskin.

"Cakna Pemuda merupakan sebuah program kebajikan yang memberi bantuan kepada enam golongan iaitu ibu tunggal, warga emas, anak yatim, pesakit, orang kurang upaya dan golongan miskin di Dun Paka.

Setiap keluarga yang kita lawati akan menerima barangan asas makanan seperti beras, tepung, minyak masak dan gula serta sedikit wang tunai selain memberi peluang kepada kepimpinan Pemuda Penyelaras Umno Dun Paka beramah mesra dengan penduduk kampung berhampiran," katanya kepada DungunTimes hari ini. 

Program itu sebahagian daripada aktiviti khidmat sosial Pemuda Penyelaras UMNO Dun Paka dalam usaha mendekati golongan termiskin dan keluarga yang kurang bernasib baik agar mereka tidak berasa terpinggir khususnya dari Pemuda Umno itu sendiri.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Pengerusi J3K Sura Tengah Sdr Aswadi Bin Abdullah serta jawatankuasa J3K Sura Tengah.

Friday 26 February 2016

Ahli PAN Tidak Anggap Nik Aziz Sebagai Wali... Sebarkan..

Ahli Parti Amanah Malaysia (PAN) tidak menganggap Bekas Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘wali’ yang harus dipuja dan mereka juga bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS.

Arwah Nik Aziz yang dikatakan gagal mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun dan mereka tidak mahu lagi menangisi janji-janji palsu arwah Nik Aziz dalam pilihan raya sebelum ini.

Paling ketara arwah dikatakan gagal untuk membina masjid dan dikatakan hanya mampu menyiapkan suku buah sahaja, Itu pun kerajaan Barisan Nasional yang selesaikan. Begitu juga dengan lebuh raya rakyat yang dicanang setiap kali adanya pilihanraya. Gagal sepenuhnya dan ianya pembohongan yang tidak mampu ditutup oleh PAS Kelantan terutamanya Nik Aziz sendiri. Kemana perginya duit kutipan orang ramai yang jumlahnya dikatakan hampir RM5 juta.

Peluang pekerjaan juga gagal diwujudkan oleh arwah sehingga kedengaran keluh-kesah ibu bapa di Kelantan yang merindukan anak mereka yang mencari rezeki di perantauan kerana kerajaan negeri gagal mewujudkan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat Kelantan.

PAN YAKIN TAWAN KELANTAN

Ahli PAN juga sudah mula tersedar dengan ‘fatwa’ karut dari arwah yang menjadi kontroversi sebelum ini, seperti antaranya yang popular yang pernah dilontarkan oleh arwah, ialah memberi jaminan undi PAS masuk Syurga dan undi UMNO masuk Neraka, daripada berkawan dengan UMNO lebih baik berkawan dengan syaitan dan isytihar Lim Guan Eng seakan Khalifah Umar Abdul Aziz?

Presiden PAN Mat Sabu berkata, kerajaan di negeri Kelantan mempunyai paling ramai golongan ‘harumanis’ di kalangan rakyatnya. Istilah itu diambil sempena sejenis buah mangga, digunakan bagi menggambarkan ahli PAS yang menyokong PAN, yang ditubuhkan selepas puak progresif meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu.

Mangga harumanis hijau di luar tetapi oren di dalam, mencerminkan warna rasmi PAS, hijau, dan PAN oren.

“Saya diberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat, PAS akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan kerana pelbagai sebab.

“Generasi kami dulu antara yang memenangkan PAS di Kelantan. Kami tidak akan izinkan ia jatuh ke tangan BN kembali,” kata Mat Sabu.

Monday 22 February 2016

UMNO Bukan Parti Sesat – Ketua Pusat Penyelidikan PAS . Sebarkan...

PAS Pusat mengingatkan ahli dan para penyokongnya bahawa UMNO bukan sebuah parti ‘sesat’ seperti yang didakwa ahli dan penyokong parti pembangkang lain.

Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, PAS tidak pernah melihat Umno sebagai sebuah parti yang sesat, sebaliknya melihat UMNO sebagai sasaran dakwah parti itu.

Beliau mengingatkan tentang sejarah pembentukan kumpulan serpihan PAS dikenali sebagai Islah pada tahun 1989 kerana membantah strategi politik PAS membentuk kerjasama dengan parti serpihan UMNO.

“Mereka (Islah) menolak kerjasama ini kerana menganggap UMNO adalah sebuah parti yang sesat, sedangkan PAS melihat Umno sebagai sasaran dakwah mereka,” katanya dalam satu kenyataan berhubung sejarah PAS hari ini.

Mohd. Fadli menerangkan, kumpulan Islah itu menimbulkan masalah kepada PAS sejak ditubuhkan sehingga diberi amaran oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau, sewaktu pemilihan Ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan Sesi 1989-1991, pemimpin PAS yang terlibat dengan kumpulan itu telah digugurkan.

Katanya, mereka yang digugurkan itu bertindak balas terhadap dengan mengadakan beberapa perhimpunan dan program atas nama PAS, tetapi untuk menyerang dan mengkritik PAS secara terbuka.

Justeru, katanya, PAS pada 22 Februari 1990 berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penggunaan nama PAS oleh kumpulan Islah dalam semua kegiatannya.

“Setelah itu, Kumpulan Islah tidak dapat lagi menyalahgunakan nama PAS walaupun pada ketika tertentu mereka dikenali juga sebagai PAS 51,” katanya.

PAS waktu ini sedang berhadapan situasi serupa apabila beberapa bekas pemimpinnya yang disingkirkan kerana pro-DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menubuhkan sebuah parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

PAN yang diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kemudian menyertai PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan untuk membantu DAP dan PKR mencapai cita-cita memerintah negara ini.

Thursday 18 February 2016

Gantung Atau Pecat Dari PAS, Hadi Arah Segerakan Siasatan Terhadap Husam . Sebarkan...

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berdepan tindakan digantung atau dipecat daripada parti itu berikutan tindakannya mencabar dan mengkritik PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti supaya memanggil Husam dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. Bentuk tindakannya kita serah kepada jawatankuasa disiplin, tetapi tidak lari daripada beri amaran, digantung atau dipecat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Penyelaras Parlimen Pas Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Husam bahawa usaha Abdul Hadi membawa usul Hudud di Kelantan tanpa merujuk parti terlebih dahulu sebagai satu tindakan pramatang, presiden PAS itu berkata beliau lebih berpengalaman daripada Husam dan telah lama menyertai parti berkenaan.

“Saya menyertai PAS sejak 1963. Isu hudud (timbul) sejak tahun kita mencapai kemerdekaan pada 1957 dan ia tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Saya bukannya main politik (mengenai isu hudud).

“Masa (pelaksanaannya) akan tiba. Dia (Husam) masuk parti sejak tahun 80-an dan ini (hudud) adalah isu lama,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS akan meletakkan calonnya bertanding bagi 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Calon telah ada dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya kita akan usahakan untuk menang satu kerusi di Sarawak,” katanya.

Tuesday 16 February 2016

PAS Sokong Tenaga Kerja Asing . sebarkan...

PAS mengakui kerajaan bukan sengaja mahu membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh ke negara ini, tetapi bagi memenuhi permintaan piham industri ke atas pekerja kategori sektor ‘3D’ – ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, industri pembinaan dan sektor pertanian amat memerlukan tenaga buruh maka kerajaan Malaysia mengambil tenaga buruh asing dari Bangladesh.

“Permintaan guna tenaga yang tinggi amat diperlukan dalam semua sektor ekonomi negara. Sarawak juga tidak terlepas dari masalah kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor pertanian dan juga industri pembinaan.

“Banyak projek-projek baharu yang memerlukan tenaga buruh yang mahir dan separa mahir dalam bidang tersebut. Walaupun ada juga penduduk tempatan yang bekerja dalam bidang tersebut tapi ianya amat sedikit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jofri menjelaskan, masalah tenaga buruh berlaku kerana kebanyakan warga tempatan terutama graduan lepasan pendidikan tinggi lebih suka bekerja ditempat yang berhawa dingin dibanding dengan bekerja dibawah terik matahari.

“Ini adalah antara masalah yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk bekerja sebagai tenaga buruh walaupun sekarang ini untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat swasta dalam bidang pentadbiran pun susah kerana kebanyakan syarikat memerlukan tenaga mahir dalam bidang industri,” katanya.

Beliau bagaimanapun melahirkan kebimbangan pengambilan tenaga buruh asing yang terlalu ramai boleh menjejaskan keselamatan negara.

Menurutnya, warga asing yang datang beramai-ramai dikhuatiri boleh menubuhkan kumpulan atau persatuan diantara mereka yang boleh menyebabkan mereka jadi berani bertindak sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi suatu hari nanti.

Justeru, katanya, PAS Sarawak mengesa kerajaan pusat mengkaji semula pengambilan buruh asing datang ke Malaysia dengan pengambilan yang terhad agar peluang rakyat Malaysia untuk bekerja tidak terjejas dengan kedatangan mereka yang terlalu ramai.

Thursday 11 February 2016

Transformasi Orang Muda (TOM)

Pelancarkan program Transformasi Orang Muda (TOM) yang bertujuan untuk mengubah pendekatan bagi mengangkat kedudukan golongan muda di Terengganu ke satu tahap yang lebih baik.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, TOM membawa aspirasi Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan membuat anjakan perubahan kepada Program Dana Bakti Remaja.

“TOM menghargai impian dan harapan orang muda. TOM meraikan bakat, minat dan bakti orang muda melalui pelbagai saluran yang akan kita sediakan,” katanya hari ini.

Majlis Pelancaran TOM  disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

TOM digerakkan bersama Kelab Generasi Baharu Terengganu (KGB) dan Persatuan Inspirasi Ikatan Wanita Muda Terengganu (INDAH) serta sokongan Skuad Sukarelawan TTB.

Program itu terbahagi kepada enam segmen iaituJelajah Orang Muda (JOM), Komuniti Orang Muda (KOM), Saf Orang Muda (SOM), Mukhayyam Orang Muda (MOM), Siber Orang Muda (.COM) dan Sukan Orang Muda (SukOM). 

Pengerusi KGB, Mohd Johari Abu Bakar berkata, sepanjang tahun 2016, program TOM mensasarkan penglibatan kira-kira 70,000 golongan muda bawah 40 tahun yang belum berkahwin termasuk pelajar institusi pengajian tinggi.

“Kita mahu mereka beraktiviti secara berkumpulan dengan cara yang sihat dan membina jati diri orang muda. Apa jua aktiviti matlamatnya untuk membentuk komuniti orang muda yang berdisiplin, prihatin dan peka kepada persekitaran,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Indah, Rozita Ismail memberitahu, semua aktiviti di bawah anjuran TOM dibimbing oleh fasilistator yang terlatih dan berpengalaman dalam kerja kemasyarakatan.

“Semua fasilistator akan diberi latihan dan kursus supaya harapan kita untuk memasyarakatkan golongan muda memdapat hasil yang positif.

“Kita akan bekerjasama dengan banyak agensi termasuklah Pejabat Daerah, pihak berkuasa tempatan, persatuan belia, komuniti setempat, agensi penguatkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta persatuan-persatuan sukan,”.

Siapa kafir siapa munafik. Sebarkan....

Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan membuang masa menyiasat dakwaan ahli parti itu menyertai PAS semula.

Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub berkata mengikut maklumat yang ada padanya, parti itu yakin ramai di kalangan individu yang ingin menyertai PAN adalah ahli PAS.

“Sebab itu ada istilah harum manis dan itu yang perlu dilihat setiausaha agung (PAS),” katanya di sidang media di Wisma PAN di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa beliau mempunyai bukti ada anggota PAN kini mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.

Takiyuddin meminta kepimpinan AMANAH untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

“Saya sebut (ada anggota PAN sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan PAN,” katanya.

Salahuddin yang pernah dipilih menjadi Naib Presiden PAS sebelum disingkirkan kumpulan konservatif tahun lalu berkata pihaknya tidak akan membuang masa melayan dakwaan seperti dibuat Takiyuddin itu.

“PAS sekarang ini dalam proses untuk membuat peraturan-peraturan, mengeluarkan surat-surat amaran termasuk tidak boleh pergi ceramah PAN dan mungkin minum kopi dengan kami juga akan diambil tindakan.

“Jadi itu sebenarnya gambaran yang berlaku,” katanya.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad berkata sebagai parti yang mengamalkan demokrasi parti itu menghormati pilihan setiap individu dan berharap PAS turut mengambil pendekatan begitu.

“Tak perlu nak ikat dengan tuduhan-tuduhan khianat, langgar baiah. Biar mereka pilih atas keyakinan masing-masing.

“Jika ada orang PAN nak kembali kepada PAS silakan. Buat apa yang kamu yakin adalah yang terbaik.

“Kalau ada orang PAS nak masuk PAN kita harap PAS mempunyai bersikap terbuka dan menerima kita semua ini sebagai bersaudara memperjuangkan dasar Islam untuk kebaikan negara dan umat.

“Tak kafir kalau PAN masuk PAS, tak munafik kalau PAS masuk PAN,” katanya.

Wednesday 10 February 2016

Ahli PAN Masuk PAS Kembali Hanya Sandiwara. Sebarkan.... 

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada ahli Parti Amanah Negara (PAN) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.

Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan PAN untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

“Saya sebut (ada ahli PAN sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan PAN.

“Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.

“PAN perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya,” katanya kepadaBernama hari ini.

Presiden PAN, Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal online berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian PAS semula, anggota Parlimen Kota Baharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keanggotaan mereka.

Semua jawapan Takiyuddin hanyalah penyedap perasaan sendiri. Hakikatnya PAS sudah gali kubur sendiri. Pas pada hakikatnya sedar siapa di belakang PAN terutama dari segi kewangan.

Tuesday 9 February 2016

"Sila letak jawatan sebagai wakil rakyat" sebarkan..

"Sila letak jawatan sebagai wakil rakyat Dun Paka jika tidak mampu menolong rakyat sendiri. Masih ada spesis mengampu biar pun bangsa sendiri kehilangan hak,".

Penduduk dari sebuah rumah kampung Pantai laut Paka berhubung rumah yang didiami dilanda bencana alam sejak beberapa hari yang lepas.

Pesanan yang disampaikan kepada DungunTimes minta disiarkan agar pemimpin yang dipilih rakyat di kawasan terbabit sedar diri dan kenang jasa penduduk yang telah memenangkan mereka sebagai wakik rakyat.

Penduduk kampung itu kesal apabila  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hanya datang meninjau permasalahan mereka, jauh sekali untuk menghulurkan bantuan sebaliknya salahkan Barisan Nasional.

Jika tidak mampu pikul masalah rakyat lebih baik undur diri dari wakil rakyat dan ganti pada yg boleh berkerja untuk rakyat.

Sunday 7 February 2016

Qong si fa chai.

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2016. Chinese New Year akan disambut bermula pada 8 Februari ini dan perayaan ni sangat penting bagi orang cina sebagai bermulanya tahun baru dalam kalendar Cina. Dikesempatan ini, semua saudara mara akan berkumpul untuk merayakan dalam sebuah keluarga yang besar.

Bagi mereka, tahun baru cina merupakan titik permulaan kehidupan dan azam semangat yang baru. Dalam perayaan Tahun Baru, ‘makan besar’ menjadi satu acara yang penting termasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti ikan (melambangkan ‘lebihan’), ‘fatt choy’ (kekayaan).

Tahun ni juga merupakan bermulanya tahun monyet seperti yang terdapat dalam kalendar Qamari Cina. DungunTimes ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua warga cina di Terengganu dan Malaysia yang meraikkannya.

Qong si fa chai.

Tuesday 2 February 2016

Reaksi Tun M Terhadap Pengunduran Mukhriz

Kemelut politik Kedah yang membawa kepada perletakkan jawatan Datuk Seri Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah nyata sedikit sebanyak meredakan ketegangan politik di Kedah yang membelenggu sejak dua minggu lalu. Nyata, pengunduran Mukriz ini dijangka merubah terus landskap politik di negeri Kedah dan dijangka bakal memberikan reaksi balas daripada ayahnya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Sebelum ini, Tun M pernah mengatakan menerusi blog beliau, chedet.cc, beliau akan menimbangkan untuk keluar daripada UMNO andai anaknya, Datuk Seri Mukhriz digugurkan dari jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah. Kenyataan ini dibuat beliau minggu lalu disaat ketegangan politik di Kedah sedang hangat diperkatakan.

Dapat difahami, keadaan semasa hari ini pastinya diberi perhatian dengan serius oleh beliau. Bukan lagi rahsia, Tun M mempergunakan siapa sahaja termasuk anaknya sendiri dalam usaha beliau menentang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib. Tidak cukup dengan itu, bekas orang dua negara, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan sahabat Datuk Seri Mohd Najib sendiri, Datuk Seri Shafie Apdal turut digunakan.

Apabila Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie digugurkan, semua mata tertumpu kepada Datuk Seri Mukhriz kerana ramai yang menjangkakan beliau akan mengalami nasib yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie, atas keceluparan beliau di satu majlis di Saloma Bistro, pertengahan Disember lalu.

Nyata, telahan ini berasas dan ianya telah dibuktikan awal pagi tadi dimana Mukhriz akhirnya akur dengan kehendak Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah yang mahu beliau berundur. Dalam sidang akhbar yang dilakukan beliau sebentar tadi, tidak mengejutkan apabila beliau menegaskan akan terus memperjuangkan isu 1MDB dan isu derma RM 2.6 bilion, sama seperti ayahnya.

Justeru itu, sudah dapat dijangka reaksi balas Tun M terhadap penyelesaian isu politik di Kedah. Pastinya, beliau akan mengeluarkan kenyataan yang jauh lebih pedas dan sekali lagi tidak berpijak kepada kenyataan sebenar. Malah, tidak mustahil andai Tun M sendiri melakukan hasutan kepada ahli UMNO untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib secara total.

Namun begitu, Tun M harus tahu seperkara. Sewaktu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung Jumaat lalu, apabila nama dan kedudukan Mukhriz dibawa kepada Majlis Tertinggi untuk digugurkan, sekutu rapat beliau, Tan Sri Muhyiddin Yasin langsung tidak mempertahankan kedudukan Mukhriz. Malah beliau menyerahkan sahaja sebarang keputusan yang mungkin di ambil oleh Majlis Tertinggi berhubung masa depan Mukhriz di Kedah.

Ini sekaligus menampakkan, beliau sendiri enggan terbabit dalam mana-mana kontroversi yang melibatkan Tun M mahupun Mukhriz. Jadi, andai Tun M masih mahu meneruskan serangan beliau berhubung banyak perkara yang sudah terang-terang diselesaikan, Tun M mungkin boleh berfikir semula.

Mainan persepsi dan propaganda yang beliau sentiasa lakukan untuk menarik perhatian pentaksubnya mungkin sedikit demi sedikit akan melemahkan beliau sendiri. Tiada lagi istilah demi negara atau demi UMNO jika perjuangan hanya berlandaskan kepada kehendak individu dem menyelamatkan karier politik individu.