Thursday 30 June 2016

Guan Eng Mula Didesak Letak Jawatan.sebarkan..

Umno Pulau Pinang mendesak Lim Guan Eng supaya segera melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan lain yang disandang selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Tinggi hari ini atas dua pertuduhan rasuah.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata tindakan itu adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan ketua menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan.

Katanya, belum pernah ada ketua menteri di negeri itu yang disiasat dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah.

“Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.

“Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Zainal, undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik.

“Tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah. Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di mahkamah nanti,” katanya.

Lim hari ini didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengambil pendirian yang lebih lembut dengan mencadangkan Lim supaya bercuti.

Menurutnya, kegagalan Lim untuk mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan akan membuktikan bahawa beliau ‘cakap tak serupa bikin’.

“Adakah DAP akan buat pengecualian untuk (Guan Eng) terus menjadi KM Pulau Pinang walaupun tuduhan rasuah di mahkamah? Dwi-standard?” soalnya di Twitter.

Beliau juga ‘tag’ bapa Guan Eng yang juga adalah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tweetnya.

Kit Siang sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil cuti sementara menunggu siasatan berhubung wang RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Kit Siang juga menggesa Najib supaya bercuti panjang sementara menunggu sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat 1MDB.

“Masa untuk melihat sama ada DAP akan amalkan apa yang mereka katakan,” kata Tan.

Bendahari MIC S Vell Paari juga bersetuju supaya Lim mengosongkan jawatannya sementara prosiding terhadapnya masih berjalan.

“Ini supaya tidak akan ada gangguan dari Pejabat Ketua Menteri dengan kes itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Vell Paari, juga mengucapkan tahniah kepada SPRM berhubung tangkapan itu dan berkata pendedahan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan ada kebenarannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai pendakwaan terhadap Guan Eng.

Monday 27 June 2016

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim.

PAKA : Hampir 200 anak yatim dan Pelajar Tahfiz Ulul Ulum Paye Beril menerima sumbangan duit raya termasuk penyerahan kunci rumah mampu milik kepada penerima yang layak dan disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato Hj Din Bin Adam dan juga Penyelaras UMNO Dun Paka, Ym Tn Hj Tengku Hamzah Bin Tengku Deraman di padang awam lama paka.

Dalam majlis itu, Penyelaras UMNO Dun Paka, Ym Tn Hj Tengku Hamzah berkata, kepincangan institusi masyarakat boleh dielak jika semua pihak tidak kira individu, organisasi atau persatuan mempunyai kesedaran dan kesanggupan untuk memberi sokongan moral kepada golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata, perkara itu perlu difahami dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Walau semaju manapun sesebuah negara itu, amalan kemasyarakatan seperti tolong menolong dalam melakukan sesuatu perlu terus dipupuk demi mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera,” katanya.

Menurut beliau , pelaksanaan kerja-kerja sosial bukan merupakan satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Sehubungan itu, beliau lebih ramai tampil membantu menjayakan tanggungjawab sosial itu.

Jelasnya, mereka, khasnya yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik dan warga emas, anak yatim memerlukan bimbingan, panduan dan peluang untuk meneruskan hidup mereka di masa depan.

Menurutnya, dengan pemberian duit raya dan makanan berkenaan serba sedikit dapat membantu anak yatim dan fakir miskin membeli keperluan untuk berbuka dalam bulan Ramadan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa Ramadhan sempena bulan Ramadhan anjuran Penyelaras UMNO Dun Paka.

Saturday 25 June 2016

Program Berbuka Puasa Bersama Anak Terengganu Diperantauan.

KUALA LUMPUR:  Dalam usaha merapatkan hubungan silatulrahim dengan anak Terengganu diperantauan, Menteri Besar Terengganu YAB Hj Ahmad Razif Bin Abd Rahman dan isterinya dalam majlis berbuka puasa bersama anak-anak Terengganu di ibu kota Kuala Lumpur Taman Tasik Titiwangsa.

YAB Hj Ahmad Razif Bin Abd Rahman dan isteri, Hajar Halina Binti Zakaria  kelihatan begitu ceria dan gembira dapat bergaul dengan anak-anak Terengganu yang duduk merantau sekitar lembah klang.

Sekitar 10,000 orang yang hadir dijamu dengan pelbagai juadah di majlis berkenaan, termasuk makanan khas dari Negeri Terengganu.

Ternyata, anak-anak Terengganu yang merantau begitu gembira bukan sahaja dapat bersua muka dengan Menteri Besar Terengganu, tetapi juga dapat bersua sesama rakan taulan lain.

Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerja sama NGO ( PESAT ) dan NGO-NGO lain.

Wednesday 22 June 2016

Agihan Dana Raya Berjalan Lancar Di Dun Paka.

PAKA : Kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak pernah mungkir menunaikan janjinya kepada rakyat Negeri Terengganu sejak 2001 dengan mengagihkan Dana Hari Raya pada setiap tahun. Di DUN Paka hari ini telah menjalankan pengagihan Dana Raya 2016 yang melibatkan lebih 3000 keluarga.

Menurut Pegawai Penyelaras Dun Paka Ym Tn Hj Tengku Hamzah Bin Tengku Deraman pengagihan dana hari ini hampir 1000 orang yg menuntut wang tunai di dewan sivik paka dan selebihnya boleh dituntut di Bank BSN seluruh malaysia dan tuntutan berakhir pada 16 october 2016.

Tuesday 21 June 2016

SAF Orang Muda Program Transfomasi Orang Muda (TOM).

Paka menjadi pusat sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Dungun 22 Jun 2016 (Sabtu) bersamaan 17 Ramadhan 1437 hijrah di Masjid Masjid Jamek Paka.

Lebih 299 peserta Program Transfomasi Orang Muda (TOM)  menyertai sambutan sempena Nuzul Al-Quran bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun Saudara Asri Bin Mohd dan Penghulu Mukim Paka En Shukri Hashim serta J3k kawasan-kawasan dalam dun paka.

Nuzul Al-Quran merupakan hari permulaan turunnya al-Quran pada siangnya 16 Ramadhan dan malamnya 17 Ramadhan dalam Islam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun Saudara Asri bin Mohd berkata sambutan bertemakan `Saf Orang Muda’ itu akan diisi dengan program ceramah, forum,bacaan yasin dan sebagainya.

“Sambutan Nuzul Al-Quran diadakan pada setiap tahun dan kali ini kami memilih untuk orang muda bersama kami dalam program seperti ini dan telah memilih salah satu masjid dipaka  sebagai pusat sambutan.ujarnya pada DungunTimes pada hari ini.

Katanya program itu juga untuk memperingati turunnya Al-Quran pada 17 Ramadan yang disebut Nuzul Al-Quran dengan ayat pertamanya Iqra’ (melalui wahyu pertama diturun kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Surah Al Alaq ayat 1-5).

Ahli panel jemputan pada Forum Nuzul Al-Quran itu ialah Ustaz Hj Ahmad Kamal Bin Abdullah Mantan Yang Berhormat Dun Sura.

Saturday 11 June 2016

Kakitangan ATRA kemalangan jalanraya.

Kuala Terengganu : Pengarah ATRA Tn Hj Omar Bin Adam meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat kakitangan ATRA En Daud Bin Deraman ATRA Dun Paka akibat kemalangan jalan raya yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam kesibukan Pengarah dapat juga beliau meluangkan sedikit masa untuk melawat kakitangan yg sakit terlantar.

Turut mengiringi Tuan Pengarah,kakitangan ibu pejabat serta kakitangan ATRA Dun Paka.

Daud yang ditemani isteri dan anak-nak,kelihatan gembira dan ceria menerima kehadiran Pengarah kira-kira pukul 1.30 petang.

Friday 10 June 2016

WARGA EMAS TERHARU TERIMA KUNJUNGAN PEMIMPIN DARI DUNGUN

Kuala Kangsar : Kepimpinan dari UMNO Bahagian Dungun masuk kampung menjejaki wargamas di PDM Taman Bunga Raya dalam Program Ziarah silatulrahim sepetang bersama Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato Hj Din Bin Adam selaku ketua kontigen UMNO Terengganu.Turut bersama Penerangan UMNO Bahagian Dungun,En Mahusin Bin Taib,AJK Bahagian Pn Hjh Wan Ini Wan Sulong,Pengerusi Media Umno Bahagian Pn Rokiah Bin Talib serta Jalinan Rakyat dari Bahagian Kuala Kangsar.

Skuad Jalinan Rakyat telah membawa rombongan UMNO Dungun singgah di rumah  Wargamas yang hanya tinggal bertiga di Taman Bunga Raya.Beliau amat gembira dengan kehadiran pemimpin-pemimpin dari Dungun Terengganu ke rumahnya.

Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban warga emas disitu.Beliau juga memberitahu kepada DungunTimes bahawa program ziarah silatulrahim seumpama ini telah dibuat berterusan dimana kebanyakannya diuruskan oleh skuad sayang Wanita UMNO Bahagian Dungun.

Ianya tidak akan berhenti selagi beliau masih menerajui kepimpinan bahagian.

Wednesday 8 June 2016

“Poster Mahathir Balaci PAS”: DAP Tuduh PAS. Sebarkan..

DAP hari ini mendakwa sebuah sepanduk yang dijumpai di Sekinchan yang tertera ‘Mahathir Balaci DAP’ adalah didalangi oleh bekas sekutunya, PAS yang kini menjadi seteru.

Susulan itu, pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang menggesa PAS agar menghentikan kempen politik kotor berkenaann.

“Kami menjumpai banner ini bergantung di Sekinchan semalam.

“Saya percaya ia kerja perbuatan PAS kerana Presiden PAS Hadi Awang pernah mendakwa AMANAH adalah alat DAP.

“Mungkin PAS rasa Mahathir akan datang (membantu calon Pakatan Harapan berkempen),” kata Lim pada dalam sidang medianya selepas melawat kawasan sekitar Sekinchan bersama calon AMANAH, Azhar Shukor pagi ini.

Lim juga mencabar Umno supaya menafikan bahawa mereka tidak terbabit dengan sepanduk itu.

Menurutnya, sepanduk itu dipercayai telah diturunkan.

Tuesday 7 June 2016

Parti Amanah Negara Marah Media Guna “PAN”. Sebarkan..

Nampaknya pengaruh jentera siber prokerajaan yang dipandang rendah selama ini kini benar-benar berubah memberi impak kepada komponen sekutu Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN).

Terkesan teruk dengan perang saraf secara maya itu, parti serpihan PAS tersebut hari ini terpaksa merayu semua media arus perdana yang sekian lama ‘dihina’ pembangkang agar merujuk mereka sebagai Amanah bukan PAN.

Permintaan yang agak kelakar itu disuarakan oleh Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi ketika sidang media di bilik gerakan pejabat parti tersebut sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini pada Selasa.

Beliau dilaporkan menegaskan kepada media tempatan supaya tidak lagi menulis nama singkatan PAN bagi lapor berita mengenai parti berkenaan yang dipercayai mungkin bimbang dengan konotasi penggunaan singkatan itu.

Namun beliau memberi alasan berlapik bahawa pihak parti itu tidak mahu panggilan akronim PAN kerana singkatan nama parti tersebut didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai Amanah.

“Kami didaftarkan atas nama Parti Amanah Negara, dan singkatan kepada kami adalah Amanah bukannya sebagai PAN. Saya melihat ada kecenderungan sesetengah pihak media masih lagi sering menggunakan nama PAN.

“Saya mahu membetulkan perkara itu. Saya telahpun menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti berhubung bantahan lembut meminta pembetulan daripada media supaya tolong merujuk kami selepas ini sebagai Amanah.

“Saya minta, perkara lalu (laporan berita dengan singkatan PAN) menjadi yang terakhir. Saya minta kerjasama daripada semua media supaya membetulkannya. Kerana ia (panggilan itu) amat mengelirukan para pengundi.

“Jika dibaca dalam media (arus perdana) adalah PAN dan tentu pengundi tempatan sendiri akan bertanya, parti mana pula yang bertanding ni?” kata Asmuni lagi sekali gus memberi mesej bahawa parti itu belum dikenali ramai.

Ironi, jika Amanah didaftarkan rasmi dengan RoS, bagaimana pun penggunaan Pakatan Harapan oleh pemimpin tiga parti pembangkang terbabit secara meluas, walhal nama itu pun tidak pernah didaftarkan dengan pihak RoS.

Setakat ini selain media yang diketahui memang totok anti-Barisan Nasional (BN) merujuk PAN sebagai singkatan Amanah, hanya agensi berita rasmiPertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengguna pakai Amanah.

Manakala pihak media prokerajaan BN merujuk parti itu dengan akronim PAN sebagai in-house-style atau gaya penulisan rasmi untuk pemberitaan atas pelbagai faktor termasuk lebih ringkas dan tidak ‘memakan’ banyak ruang.

Ini juga mengelak kekeliruan dengan pelbagai organisasi lain seperti Amanah Saham Nasional Berhad, Amanah Ikhtiar Malaysia dan badan bukan kerajaan yang diselia penulis blog ternama Raja Petra Kamaruddin, AMANAH.

Penggunaan akronim lazimnya ditentukan sendiri pihak pengurusan organisasi media tersebut seperti PAS, bukan PIS merujuk Parti Islam Se-Malaysia serta UMNO, bukan PKMB untuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Situasi ini turut dapat dilihat ketika Pilihan Raya Negeri ke-11 di Sarawak bulan lalu apabila Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, tunjang komponen BN di Bumi Kenyalang itu disebut PBB dan bukannya PPBB.

Wednesday 1 June 2016

Ceramah Isu-Isu Semasa Politik Peringkat Dun Paka.

Paka, PDM Sura, 01 Jun 2016. Biro Penerangan UMNO Bahagian telah mengadakan program Ceramah Isu-Isu Semasa Politik bertempat di Perkarangan depan SK Sura pada mlm ini.

Ceramah diberikan oleh Penceramah En Azhar Bin Embong Kuala Terengganu dan En Hasmadi Bin Ghaza AJK UMNO Bahagian Marang.

Ceramah berkisar tentang perlunya kita sebagai rakyat Malaysia mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara Malaysia serta sedar akan agenda jahat dari pihak luar yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan keamanan yang kita kecapi hari ini.

Program ini mendapat sokongan dan kerjasama yg padu dari Dato Hj Din Bin Adam Semerak merangkap Ketua Umno Bahagian Dungun dan Pegawai Penyelaras Dun Paka Ym Tn Hj Tengku Hamzah Bin Tengku Deraman.

Gerak kerja dalam menjayakan program ini juga dibantu sepenuhnya oleh Sayap 4 Peringkat UMNO Cawangan Sura Tengah dan Sura Hujung.

Kehadiran orang ramai melebihi dari yang dijangkakan dan amat membanggakan.