Wednesday 16 November 2016

#BARISANPFOGRESIF Calon-calon Belia Teganu pilihan. Share aje

TEGANU – Peranan belia dalam menentukan halatuju dan masa depan negara merupakan wawasan yang perlu dilaksanakan demi memastikan negara mencapai pembangunan holistik.

Sebagai aset terpenting negara, kepimpinan belia perlu dibentuk mengikut acuan yang betul, bukan semata-mata dilihat dari sudut luaran sahaja, sebaliknya mestilah memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang bijaksana dalam semua aspek.

Tugas ini amat penting dan sebagai ahli parlimen yang dipilih kami seharusnya memperjuangkan isu-isu belia agar dapat didengari bukan sahaja oleh pihak kerajaan malah komuniti secara menyeluruh

Maka berilah undi pada
Calon-Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia(Terengganu) dari #BARISANPROGRESIF

#TRG003 Putera Shafiq Alif
#TRG009 Nur Atiqqa Natasha
#TRG011  Hazirul Tuan Mat
#TRG012 AzwAn Nazzul

SENARAI CALON-CALON PARLIMEN BELIA N.TERENGGANU PILIHAN ANAK MUDA , WAJIB UNDI.. Share aje

BARISANPROGRESIF akan terus mara untuk menjadi obor menyuluh denai perubahan untuk generasi muda. Cuma gaya mungkin berbeza, bergantung dengan keadaan dan trend semasa.

Secara ringkas, antara manifesto utama kami adalah :

1. Memperbanyakkan aktiviti belia di pelbagai peringkat menerusi kemahiran dan perkhidmatan mereka.

2. Memperkasakan aktiviti luar (outdoor) kepada belia seperti aktiviti kesukarelawan dan program berimpak.

3. Membawa suara belia ke peringkat tertinggi dalam isu kos sara hidup, Perumahan & pekerjaan.

4. Menjadikan sukan dan persatuan belia sebagai elemen untuk memupuk semangat perpaduan dan kesatuan.

Cara2x mengundi :
1. Masuk dlm epbm.parlimenbelia.gov.my
2. Masukkan no ic & kata laluan
3. Jika terlupa kata laluan, boleh klik di "LUPA KATA LALUAN"
4. Kata Laluan akan dihntr melalui emel
5. Masuk no ic & kata laluan
6. Klik UNDI
7. Tanda(✔)calon pilihan anda
8. Teruskan dan selesai

Calon-Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia(Terengganu) dari #BARISANPROGRESIF

#TRG003 Putera Shafiq Alif
#TRG009 Nur Atiqqa Natasha
#TRG011  Hazirul Tuan Mat
#TRG012 AzwAn Nazzul

Pohon sokongan & undian dr kalian semua..
Semoga Allah permudahkan urusan dan usaha kita semua..Aamiin

Monday 31 October 2016

PAS TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG BEKEJASAMA DENGAN DAP... Sebarkan @ Share aje

Kalau kita lihat dari satu sudut, puak Pakatan Haprak tu cuba memberikan gambaran seolah – olah ianya merupakan satu dosa besar bagi mana – mana pihak, termasuk PAS sekiranga mereka mengadakan sebarang rundingan dengan Kerajaan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, hari ini Presiden PAS sekali lagi tampil dengan persoalan yang penuh dengan kontroversi mempertikaikan gambaran yang cuba diberikan oleh puak Pakatan Haprak tu supaya rakyat membenci PAS.

Presiden PAS, Hadi Awang mempersoalkan tindakan puak Pakatan yang cuba memberikan bayangan kepada rakyat bahawa PAS sudah menyimpang terlalu jauh dari agenda asal mereka apabila dilihat cuba mendekati Kerajaan Barisan Nasional.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang, ianya adalah tidak salah dari sudut mana sekali pun untuk PAS mengadakan sebarang ‘rundingan politik’ dengan pihak lain yang bertujuan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

“Tidak salah jika rundingan diadakan di antara ahli-ahli masyarakat Islam. Justeru tidak salah bagi kita untuk mengadakan rundingan politik di peringkat kerajaan,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2017 di Parlimen, Rabu.

Malah kata Hadi Awang, rundingan seperti yang dibuat oleh PAS itu adalah perkara yang biasa, sama seperti mana yang telah dilakukan diantara pegawai – pegawai Rejim PAS dan pihak Kerajaan Persekutuan di Kelantan selama hari ini.

“Jika kerajaan negeri Pulau Pinang boleh mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan berhubung projek lebuh raya dan jambatan, adakah salah bagi kita untuk berunding dengan pihak berkuasa persekutuan?” soal beliau.

Sebelum itu, Abdul Hadi juga turut menjelaskan bahawa dia juga tidak mempunyai sebarang hak tersendiri terhadap undian Rang Undang – Undang Persendirian (RUU) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baru), yang dibenarkan bercakap oleh Hadi mengingatkan ahli Parlimen bahawa Akta tersebut pernah dibentangkan untuk pindaan pada tahun 1965 dan 1984 dan diluluskan tanpa sebarang perbahasan.

Malah PAS juga turut memberikan jaminan kepada penggubal undang – undang bahawa pindaan yang dicadangkan tidak bertujuan untuk melaksanakan hudud tetapi hanya sekadar untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Apa yang jelas, kekeliruan yang ditimbulkan oleh puak DAPigs dan dijaja oleh parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu kepada rakyat selama hari ini yang membuatkan pembentangan RUU 355 itu sebagai langkah untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Dalam erti kata lainnya, pihak yang memusuhi PAS seperti DAPigs dan PAN telah menjadikan isu cadangan pindaan RUU 355 itu sebagai bahan modal Politik mereka untuk menghasut rakyat agar membenci PAS yang didakwa berdosa besar kerana cuba bersekongkol dengan Kerajaan Barisan Nasional!!!

Tindakan Haji Hadi juga perlu dipuji kerana sebelum ini dia telah menolak pelawaan Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti bunga raya yang cuba memujuk Pas dalam pertemuan sulit yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu Muhyiddin digagalkan kerana Haji Hadi berpegang kepada prinsip Pas yang telah dilaungkannya selama ini iaitu..

PAS TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG BEKEJASAMA DENGAN DAP

Parti Pribumi sudah jelas dan secara terang terangan bekerjasama dengan DAP dalam Deklarasi Rakyat dan bergabung dalam Pakatan Harapan dalam usaha mahu menumbangkan Umno/BN pada PRU14 akan datang.

Keputusan Haji Hadi adalah muktamad dan sekarang Pas bebas untuk bekerjasama dan berbincang dengan Umno/BN untuk merancang sesuatu perkara yang berfaedah untuk kebaikan dan kesejahteraan ummah pada keseluruhannya.

Tuesday 25 October 2016

Program Sederap Melangkah Bersama.

Bagi menggalakkan rakyat Dungun khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Agensi Transfomasi Rakyat Terengganu ATRA Dun Paka telah merangcang Program Sederap Melangkah Bersama pada 28 October 2016 Jam 7.00 pg Jumaat bertempat di rimba bandar bukit bauk Kempen ini disasarkan kepada semua golongan untuk menyertai Program yang sihat yang dianjurkan ini khususnya penduduk didaerah Dungun.secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.

Tujuan utama program Sedarap Melangkah Bersama ialah untuk mempromosikan Kempen Berjalan 10,000 langkah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga merupakan satu bentuk intervensi yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif dan seterusnya menjadikan amalan berjalan kaki sebagai satu rutin harian. Usaha untuk melahirkan program sebegini merupakan satu usaha yang murni kerana ianya secara langsung dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa menjaga kesihatan itu sebenarnya adalah hak dan tanggungjawab bersama.

Saturday 22 October 2016

Dungun Bantahan Perhimpunan Bersih5.


Dungun - UMNO Bahagian Dungun dan Pemuda UMNO Dungun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun hari ini, terhadap penganjur yang merancang mengadakan perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

Ketuanya, Dato Aziz Bin Ismail berkata, perhimpunan itu boleh menggugat keamanan dan keharmonian di negara ini selain membawa kesan negatif.

“Kami suarakan bantahan ini kerana berpendapat perhimpunan ini akan menyebabkan kerugian dari segi harta benda awam, mengganggu ketenteraman selain menyebabkan aktiviti ekonomi sekitar kawasan perhimpunan akan terjejas.

“Pihak berkuasa perlu ambil iktibar siri perhimpunan Bersih terdahulu yang banyak memberi mudarat terhadap kehidupan rakyat,” katanya kepada DungunTimes.

Menurutnya, perhimpunan itu juga akan menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia, semata-mata untuk mencapai objektif politik peribadi sesetengah individu selain tidak menghormati sistem demokrasi di negara ini.

Katanya, proses demokrasi seharusnya dijalankan dengan cara betul iaitu melalui proses PRU dan bukannya mensabotaj ekonomi serta nama baik negara melalui perhimpunan jalanan seperti ini.

“Kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin agar budaya demonstrasi seperti ini tidak lagi berterusan dan menjadi budaya politik di Malaysia,” katanya.




Saturday 10 September 2016

Persidangan Perwakilan UMNO Dungun.

Dungun 10 Sept. - Persidangan perwakilan UMNO bahagian adalah medan terbaik kepada para pemimpin dan ahli parti terutama di peringkat akar umbi berkumpul untuk mengukuh dan memperkasakan perjuangan terutamanya dalam tempoh yang begitu mencabar ketika ini.

Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato Haji' Din Bin Adam berkata, persidangan ini sangat penting bagi membolehkan mereka menilai semula apa yang telah dilakukan sejak persidangan yang lalu sebelum merangka pelan tindakan ke arah memantapkan perjuangan UMNO.

"Persidangan perwakilan bahagian adalah simbol yang menyemarakkan perjuangan UMNO dan sepatutnya menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh semua pemimpin parti.

Persidangan  dirasmikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Yb Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakub dan juga Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Seramai  741 perwakilan dari 102 cawangan menghadiri persidangan kali ini.

Dato Sri Ismail Sabri menarik perhatian, UMNO Dungun telah menunjukkan solidariti yang tinggi apabila mengambil pendekatan baharu tahun ini dengan kehadiran yang merangsangkan.

"UMNO bahagian Dungun telah memasuki fasa baharu dengan menjadikan solidariti keluarga besar UMNO sebagai keutamaan dengan slogan 1Padu.

Dato Sri turut mengajak pemimpin di semua peringkat terutamanya akar umbi supaya yakin terhadap dasar dan usaha yang dilakukan oleh pemimpin negara.

"Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan pemimpin berdasarkan kepada rekod prestasi yang ditunjukkan.

"Dalam tempoh 70 tahun sejak UMNO ditubuhkan, kita dapat melihat negara ini dibangunkan dengan pesat dan pantas hasil daripada usaha para pemimpin kita sejak dulu," katanya.

Thursday 8 September 2016

Majlis Penyampaian Sumbangan (TAMK).

Bukit Besi menjadi lokasi bagi pelaksanaan acara tahunan KETENGAH Majlis Penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Bagi tahun 2016, melibatkan 1041 orang penerima telah dikenalpasti bagi menerima sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub , Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLM) bertempat di Dewan RTC, Bukit Besi pada 08 Seprember 2016. Seramai 1041 orang yang terdiri daripada penduduk miskin telah menerima sumbangan wang tunai. Manakala penerima yang lain, yang terdiri daripada pesakit melarat dan juga golongan Orang Kelainan Upaya akan menerima sumbangan di rumah masing-masing.

Sumbangan yang diberikan ini diharapkan dapat membantu golongan yang memerlukan ini memenuhi keperluan masing-masing terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi. Hadir sama ke majlis Yang Berbahagia Dato Haji Din Bin Adam Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Tuan Haji Omar Bin Ismail ,Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)serta pegawai-pegawai KETENGAH.