Thursday 15 October 2015

Kemasukan Datuk Saifuddin Abdullah kedalam PKR hari ini dilihat sebagai salah satu usaha beliau untuk kekal relevan didalam arena politik Malaysia.

Kemasukan Datuk Saifuddin Abdullah kedalam PKR hari ini dilihat sebagai salah satu usaha beliau untuk kekal relevan didalam arena politik Malaysia. Beliau dilihat bukan orang asing didalam PKR memandangkan penglibatan awal beliau dalam penubuhan parti ini kira-kira 13 tahun lalu.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya beliau muncul untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh menerusi tiket Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang lalu. Lawan yang ditentang oleh beliau bukan calang-calang, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Namun demikian, walaupun bertanding di kampung halaman beliau sendiri, semua itu tidak membantu beliau untuk memenangi kerusi berkenaan. Beliau tewas ditangan Nasrudin dengan keputusan majoriti 1,070 undi. Ini menjadikan usaha beliau untuk kembali kedalam UMNO Pusat menemui kegagalan dan tertewasnya beliau di Temerloh telah menimbulkan sedikit rasa kurang senang beeliau terhadap Nasrudin.

Beliau sedar, keputusan pilihanraya berkenaan jelas menyekat kemaraan beliau didalam UMNO kerana tidak mungkin Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengizinkan semula beliau bertanding dikawasan berkenaan dalam usaha beliau merampas semula kerusi Parlimen berkenaan.

Atas perkiraan politik, beliau memilih untuk menyertai PKR berbanding PAN kerana ppada perkiraan beliau, PKR mampu menyumbangkan sesuatu dalam misinya untuk merampas semula kerusi berkenaan dari Nasrudin. Perkiraan ini nyata tidak menyenangkan PAS apatah lagi Nasrudin memandangkan PKR sejak akhir-akhir ini begitu beriya-iya mahu PAS bersekutu dengan mereka.

Saifuddin sudah tentu enggan mengalah andai PAS memintanya untuk bertanding ditempat lain andai gabungan PAS dan PKR ini berjaya. Begitu juga dengan Nasrudin yang dilihat kini begitu selesa di Temerloh. Satu-satunya jalan bagi PKR terutamanya Datuk Seri Anwar membalas jasa rakan karibnya ini adalah dengan meletakkan beliau di kerusi bandar.

Apa yang diharapkan Saifudin sebenarnya adalah kembali menguasai salah satu kerusi Parlimen yang akan ditandingi PKR pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Beliau telah lama berada didalam UMNO dan pastinya beliau akan mengolah cerita bagi menggambarkan keburukan UMNO andai diberi peluang bertanding kelak.

No comments:

Post a Comment