Saturday 26 March 2016

PAS Perjelas Mengapa Tolak Usaha Guling Kerajaan, PM Najib. Sebarkan..




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjawab persoalan mengapa PAS tidak mengambil kesempatan untuk menumbangkan UMNO pada waktu parti Melayu itu sedang diserang hebat oleh Pakatan Harapan melalui kerjasama kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi turut memberi beberapa sebab mengapa PAS enggan bersengkongkol dengan konspirasi kumpulan Mahathir dan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak sah iaitu melalui demontrasi dan rusuhan jalanan.

“Ramai bertanya, mengapa PAS tidak mengambil peluang daripada krisis parti kawan dan lawan yang sedang dihadapi oleh masing–masing? Khususnya kerana PAS dikira selesai menghadapi masalah dalamannya, sehingga menyingkirkan masalahnya menjadi serpihan (Parti Amanah Negara).

“Perlu difahami bahawa politik perlu kepada perhitungan yang amat teliti dan mendalam. Kepada ahli dan penyokong setia PAS, saya tegaskan bahawa politik yang berlandaskan Islam wajib berakhlak bagi mencapai kemenangan, bersama hikmah yang berhidayah kerana politik kita ada perhitungan dosa dan pahala. Matlamatnya pula tidak menghalalkan cara dan bukan untuk berlumba menjadi pemimipin untuk mengambil kesempatan bagi diri dan kroni tetapi amanah menyelamatkan umat dunia dan akhirat,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi berkata, ramai bertanya mengapa PAS tidak bersungguh menyokong usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan kerajaan Pusat dan Terengganu serta tidak bersemangat menyertai himpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan.

Beliau meminta ahli dan penyokong PAS memahami walaupun langkah itu berpotensi menumbangkan UMNO tetapi Pakatan Harapan ibarat sekumpulan ikan yang bercampur dengan belut, ular dan buaya yang membahayakan.

“Nelayan yang bijak walaupun miskin, tidak boleh menangguk di air keruh yang ikannya bercampur belut, ular dan buaya kerana membahayakan diri dan merosakkan jala dan pukat, bahkan boleh menenggelamkan perahunya serta membahayakan diri,” katanya.

Justeru, katanya, lebih baik menangguk di air jernih yang nampak manfaat dan dilihat mudaratnya.

Beliau menyindir Pakatan Harapan dengan menyatakan: “PAS bukannya parti yang sifatnya angkut penyokong dan pengundi tanpa perhitungan. Makan diri kawan untuk naik. Angkut ahli sehingga menyusahkan diri. Nak cari setiap peluang tanpa perhitungan. Angkara dicipta sehingga menyusahkan rakyat. Hentam melulu tanpa tujuan yang betul. Ulama dan ilmuannya laksana terompah kayu yang digunakan sekadar untuk masuk ke tandas kemudian ditinggalkan”

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS supaya memilih politik jernih dan matang, bukan menangguk di air keruh yang mengelirukan dan menyusahkan semua.

Ku Li Lebih Matang Berbanding Mahathir. Sebarkan...




Sejarah UMNO pada tahun 1987, mungkin ramai yang ingat tentang bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhutang budi pada Dato’ Seri Najib Tun Razak.Najib ketika itu hanya memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, namun beliau dikatakan agak berpengaruh dalam menentukan undi bagi jawatan Presiden yang sedang direbut Mahathir dan seteru utama politik dalamannya, Tengku Razaliegh Hamzah.

Keputusan Najib yang memihak kepada Mahathir dikatakan telah menyelamatkan karier Mahathir ketika itu. Jika Najib memihak pada Ku Li pada peristiwa 1987 berkenaan, ramai orang lama UMNO yang setuju bahawa Mahathir akan jatuh terguling secara demokrasi ketika itu.Namun itu hanya kisah lama.

Kisah yang dikatakan ‘sudah lapuk dek zaman’. Biarpun tidak mengenang budi baik Najib dan sebaliknya berusaha gigih menjatuhkan individu yang menyelamatkan politiknya, tidak perlulah dikenang sangat sikap Mahathir itu. Mungkin itu sifat semulajadinya sejak lahir.

Walau bagaimanapun, sikap yang agak berbeza ada pada Ku Li. Kita semua tahu Najib memihak pada Mahathir pada 1987 dan tidak memihak pada Ku Li. Tindakan itu telah menyebabkan Ku Li tewas tipis dalam merebut jawatan Presiden UMNO pada siri pemilihan agung parti ketika itu.

Krisis kepimpinan yang berlaku ketika itu memang menghuru-harakan UMNO. UMNO terbelah dua kepada ‘team A’ dan ‘team B’. Kerana setia Najib kepada penyandang Presiden ketika itulah yang menyebabkan Ku Li ‘dibenam’ Mahathir dan ‘disejuk bekukan’ dari pucuk pimpinan.

Malah, akibat ‘clash of the titans’ ketika itu turut menyaksikan UMNO diisytihar sebagai pertubuhan haram oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Mungkin Najib hanya tukar Peguam Negara, namun Mahathir disifatkan lebih teruk lagi memecat Tun Salleh Abas kerana keputusan mengharamkan UMNO. ‘Paku dulang, paku serpih’.

Walaupun Najib menjadi punca Ku Li tewas, gagal menjadi Presiden UMNO dan seterusnya merampas kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri, semalam beliau dengan senang hati menandatangani deklarasi menyokong Najib sebagai Perdana Menteri.

Begitulah hebatnya Ku Li, salah seorang tokoh genius UMNO yang disia-siakan Mahathir sejak sekian lama berkuasa. Mungkin sebagai ahli politik veteran dan kaya dengan pengalaman, beliau yakin prinsip politik yang tulen dan bertindak bijak menyokong Perdana Menteri demi kestabilan politik negara.

Ku Li boleh saja duduk di kem Mahathir, namun beliau tidak berbuat demikian.Mungkin beliau pun tahu bahawa tindakan Mahathir itu ‘ada udang di sebalik batu’. Mungkin beliau yakin bahawa tindakan Mahathir itu mengkhianati sumpah keramat bangsa.

Mungkin juga Ku Li enggan bersekongkol dengan mereka-mereka yang pernah digelar ‘syaitan’ dan ‘rasis’ oleh Mahathir sendiri. Dan mungkin kerana tahu tindakan Mahathir itu menyalahi etika dan prinsip kepartian. Dan mungkin juga Ku Li enggan menyertai Mahathir kerana beliau tidak mahu memberi contoh buruk kepada generasi akan datang.

Apapun,saya mengucapkan tahniah kepada Ku Li.Kematangan beliau dalam tindakan politiknya kali ini amat saya kagumi.Mungkin itulah kualiti yang ada pada pengasas sebenar Petronas ini walaupun ada ‘orang tak malu’ yang mengaku kononnya Petronas itu idea otaknya

Wednesday 16 March 2016

ATRA sentiasa kuat dibelakang Menteri Besar Terengganu



YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman bersalaman dengan pegawai ATRA di majlis perjumpaan khas Perdana ATRA bersama Menteri Besar Terengganu di Dewan Wisma Darul Iman.

YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman hari ini berjanji di hadapan para pejuang  untuk menjaga UMNO supaya parti itu terus kuat dan berpengaruh sampai bila-bila di Negeri Terengganu.

Badan Perhubungan Negeri Terengganu berkata, sebagai peneraju parti keramat UMNO dan  Menteri Besar beliau tidak mahu mengecewakan para pejuang UMNO yang berjuang dengan penuh gigih demi memastikan UMNO terus meneraju Negeri ini.

“Inilah jaminan yang saya nak berikan supaya para pejuang tak rasa kecewa. Saya mahu tuan-puan menikmati kemajuan yang kita kecapi hasil perjuangan tuan-puan itu sendiri ,” kata beliau.

YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman berkata demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan Khas Perdana bersama ATRA Agensi Tramfomasi Rakyat Negeri Terengganu di sini hari ini.

Tuesday 15 March 2016

PKR dan DAP Amal Politik Gila Kuasa – PAS. Sebarkan



Ahmad Amzad Hashim

“Saya pun teringin sangat nak tengok setakat mana prestasi parti Rafizi Ramli dan parti Lim Kit Siang tanpa PAS”.

Itu sindiran pemimpin PAS Terengganu, Ahmad Amzad Hashim ke atas pemimpin Pakatan Harapan kerana sering memperlekehkan partinya.

Kata Ahmad Amzah, sebenarnya Rafizi (Parti Keadilan Rakyat) dan Guan Eng (DAP) sedang kelam kabut kerana mengamalkan politik gila mahu berkuasa.

“Orang-orang mereka ni galak sangat duk mengata konon PAS sudah lemahlah, akan tewas besarlah.

“Selama ini DAP perlekehkan PAS, tiba tiba pula kata blok ke tiga yang dipimpin PAS akan melemahkan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Amzah berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang banyak kali menegaskan bukan tujuan PAS memerintah sebagai satu parti sahaja.

Katanya, negara ini bukan milik parti politik sebaliknya ada banyak badan bukan kerajaan (NGO) mewakili pelbagai aspirasi rakyat.

“PAS tidak pernah menolak mentah mentah NGO dalam mana mana rundingan pembentukan usaha politik.

“Persepakatan politik boleh sebelum pilihan’raya. Selepas pilihan raya pun banyak ruang yang ada,” katanya.

PAS baru-baru ini mengumumkan akan membentuk satu blok politik baharu.

Pengumuman itu meresahkan sebilangan besar pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang khuatir akan memberi kesan kepada gabungan beberapa parti pembangkang tersebut.

Sunday 13 March 2016

Tidak Perlu Gusar Dengan Pakatan Baru PAS – Wan Azizah. Sebarkan...

Pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS tidak akan menggugat Pakatan Harapan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menambah pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya.

Ketika ditanya sama ada akan wujud kerjasama dengan pakatan pembangkang baharu itu, Dr Wan Azizah berkata: “Belum lagi…kita tunggulah (PAS umum) 16 Mac ini…sabar.”

Khamis lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PAS akan membentuk pakatan pembangkang yang baharu pada 16 Mac ini.

Parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti yang tidak dinamakan bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Saturday 12 March 2016

PAS Parti ‘Kurung’ Wanita – DAP. Sebarkan...



PAS sebuah parti politik yang akan mengurung kaum wanita Malaysia di rumah jika rakyat memilih parti itu memerintah negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, fahaman parti PAS mengenai wanita berbeza dengan DAP yang berpandangan golongan itu setaraf dengan lelaki dalam semua aspek.

“Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata wajar institusi keluarga dipulihkan dengan memberi ruang kepada golongan isteri melaksanakan fungsi sebenar mereka di rumah sebagai isteri dan ibu.

“Kenyataan itu sangat keterlaluan, seksis, feudal dan mengenepikan peranan wanita dengan menafikan hak asasi dan sama rata untuk mencapai potensi yang kehendaki mereka sebagai manusia,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.


Guan Eng berkata, golongan wanita tidak sepatutnya hanya menjadi suri rumah dan ibu semata-mata, sebaliknya berhak untuk menceburi bidang pekerjaan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Justeru, kata beliau, adalah penting untuk meningkatkan peratusan penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini bagi memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, adalah amat membantu sekiranya penglibatan wanita dalam sektor pekerja ditingkatkan kepada lebih 65 peratus,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan bagi menolak pandangan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat tersebut.

Beliau turut mendesak Abdul Hadi supaya mengesahkan bahawa peranan lelaki dan wanita sama penting untuk pembangunan negara ini.

Wujud Gerakan Pecat Hadi, Pemimpin PAS Terengganu Terlibat? sebarkan...



Muktakhir ini Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menerima serangan secara terbuka dari kalangan pemimpin PAS di peringakat pusat terutamanya Dato’ Husam Musa.

Terbaru sebaran video yang dibuat Parti Amanah Negara (PAN) menerusi laman facebook mereka juga memuat naik hentaman kepada presiden parti PAS itu.

Menurut sumber, kenapa dengan kelantangan Husam menghentam Abdul Hadi dan PAS tidak pernah mengambil tindakan tegas kepada beliau dan mana-mana pimpinan PAS yang berada di pentas pakatan harapan(PH) sedangkan PAS sudah istihar tidak lagi bersama PH.

PAS Terengganu yang diketuai Pesuruhjaya nya Sahtifu Bahri Mamat juga tidak pernah membuka mulut mempertahankan presiden parti itu yang mana setiap siri jelajah ceramah yang dibuat PAN seluruh Negara muktakhir ini kuat menghentam Abdul Hadi.

Hanya yang bersuara dari kalangan PAS pusat sahaja menerusi setiausaha agongnya  Dato’ Takiyuddin Hassan yang banyak mengeluarkan kenyataan mempertahankan presiden parti itu.


Sahtifu Bahri juga telah mengunakan nama Abdul Hadi dalam kenyataan menyokong mantan Menteri Besar Terengganu menerajui semula Terengganu jika undi tidak percaya yang dibawa Ahmad Said dalam sidang dewan undangan negeri (DUN) baru-baru ini.

Sedangkan dalam kenyataan media yang dibuat Abdul Hadi di parlimen menafikan bahawa beliau terlibat dalam gerakkan undi tidak percaya kepada Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Disini jelas Sahtifu Bahri juga adun Paka, telah menghina presiein parti itu dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat pada minggu lalu dengan menggunakan nama presiden PAS itu.

Abdul Hadi kini di lihat sebagai liabiliti kepada PAS kerana telah menyokong presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak  kebelakangan ini dan ia TIDAK digemari oleh kepimpinan PAS Terengganu yang diketuai Adun Paka itu.

Tubuh Pakatan Baru, DAP Kutuk PAS.sebarkan..

Pemimpin de facto Pakatan Harapan, Lim Guan Eng terus menghentam pengumuman PAS pada Rabu lalu yang mahu menubuhkan sebuah blok pembangkang baharu pada 16 Mac ini.

Dengan angkuh, Setiausaha Agung DAP itu membandingkan keupayaan parti Islam tersebut memerintah Kelantan sejak 1990 sehingga kini yang pada anggapannya langsung tidak membawa sebarang perubahan kepada rakyat.

Komen ‘panas’ beliau itu seperti memerah limau ke luka sudah pasti mengguris hati tokoh-tokoh PAS kecuali beberapa kerat pemimpin tertentu dalam parti tersebut sendiri yang diketahui amat pro-Pakatan Harapan.

Menurut Guan Eng, pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS yang bakal disertai beberapa parti kecil tidak akan membawa sebarang makna jika parti itu sendiri gagal dalam membawa perubahan kepada negara ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dengan nada sinis berkata, ia adalah hak mereka (PAS) untuk membentuk pakatan baharu pembangkang namun ingin tahu sama ada ia akan menjadi inklusif atau eksklusif.

Ahli Parlimen Bagan itu juga mempersoalkan sama ada kepimpinan PAS sekarang sudah mampu memberikan tadbir urus yang cekap dan kekal tegas dalam usaha membanteras masalah rasuah yang didakwa konon serius.

“Ia tidak akan menjadi bermakna jika mereka gagal untuk membawa perubahan kepada rakyat memandangkan apa yang mereka lakukan di Kelantan di mana mereka tidak dapat menyediakan tadbir urus yang baik, “katanya.

PAS mengakui tindakan untuk menubuhkan blok ketiga pembangkang selain Pakatan Harapan dan sebelum itu Pakatan Rakyat (kerjasama PAS dan PKR di Selangor) adalah kehendak kepimpinan serta ahli parti tersebut.

Untuk rekod, ketika desas-desus sebelum Pakatan Rakyat berkubur setelah dibubarkan oleh DAP sendiri, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan DAP jangan angkuh dan tunjuk pandai hendak mengajar PAS.

Ini kerana parti yang diasaskan pemerintah Singapura iaitu PAP selepas berpisah daripada Malaysia pada 1965 itu, baharu dua penggal memerintah Pulau Pinang sedangkan PAS pula sudah 26 tahun memerintah Kelantan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata kerjasama baharu yang akan diumumkan kelak adalah demi mengukuhkan kedudukan pada Pilihan Raya Umum serta dipersetujui peringkat parti dan akar umbi.

“Itu yang kita mahukan, dan kita bersetuju untuk bentuk satu blok pembangkang (dengan pelbagai parti politik selain tiga parti dalam Pakatan Harapan),” kata Idris yang dipetik oleh sebuah portal berita tempatan.

Ditanya mengenai penafian Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa ia akan menyertai PAS, jelas Idris segala keputusan berhubung kerjasama itu akan diumumkan PAS Pusat.

“Tak apalah, nanti kita dengar pengumuman daripada PAS Pusat minggu depan,” tambah Idris. Kerjasama politik itu katanya akan bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Abdul Kadir Sheikh Fadzir tampil menafikan bahawa parti itu akan menyertai PAS untuk menubuhkan satu gabungan baharu pembangkang seperti diuar-uarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Bekas menteri Kabinet juga menafikan berjumpa dengan pemimpin PAS untuk membentuk satu gabungan baru sejurus Takiyuddin Hassan dilaporkan di lobi Parlimen berkata PAS bakal membentuk pakatan baharu.

Thursday 10 March 2016

PAS Umum “Pakatan Baru”.

PAS akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baru yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.

Setiausaha agungnya berkata Datuk Takiyuddin Hassan berkata “Blok Politik Ketiga” diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah gabungan pembangkang. Kami adalah kuasa ketiga.

“Tunggu sehingga 16 Mac, kami akan jemput nanti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau enggan mendedahkan parti sekutu yang akan menandatangani memorandum persefahaman dengan PAS buat masa ini.

Takiyuddin, anggota parlimen Kota Bharu, juga menegaskan Umno atau parti disokong Umno tidak akan dilibatkan dalam blok baru itu.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pendirian PAS dalam Deklarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, antara Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang.

PAS tidak menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) selepas Pakatan Rakyat berkubur.

PAS bagaimanapun menegaskan masih meneruskan kerjasama politik dengan PKR.

Wednesday 9 March 2016

PAS Tidak Terlibat Usul Undi Tak Percaya MB Terengganu – Hadi. Sebarkan...

PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak terlibat dengan gerakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

“Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil bahagian. PAS hanya lihat isu-isu yang munasabah dan bukan isu untuk merebut jawatan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai cadangan usul dibawa Ahmad, yang juga bekas menteri besar Terengganu selama enam tahun bermula 2004, sebelum mengakhiri perbahasannya di DUN itu.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pendirian PAS mengenai ‘Deklarasi Mahathir’, Abdul Hadi berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan ‘gopoh’.

“Saya sebelum ini sudah beri kenyataan bahawa ada perkara yang kita setuju dan ada yang tidak setuju mengenai deklarasi itu. Yang kita setuju adalah perubahan. Yang kita tidak setuju adalah gopoh.

“Kita mahu perubahan secara demokratik sama ada pilihan raya atau undi tidak percaya. Undi tidak percaya mestilah undi di Parlimen, mestilah (melibatkan) orang UMNO sendiri.

“Kalau UMNO tak ubah dan kita (PAS) saja yang ada 14 kerusi nak buat apa, maka sia-sialah. Mesti ada kemunasabahannya,”katanya.

Jelasnya, PAS tidak akan bersetuju dengan perkara-perkara yang tidak mengikut proses demokrasi.

Beberapa anggota UMNO dan pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu menandatangani deklarasi yang antara lain mahu Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai perdana menteri.

Tuesday 8 March 2016

Hadi Awang Tolak Usul Undi Tidak Percaya Terhadap MB Razif . Sebarkan..

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari kecoh apabila mantan Menteri Besar Terengganu yang ke 13 Dato’ Seri Ahmad Said telah menbawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Usul yang dibawa pada sebelah pagi tadi dan keputusannya sebentar tadi diumumkan oleh Speaker Dewan Dato’ Mohd Zubir Embong telah di tolok oleh dewan dengan perkara-perkara 33 dan 35 undang-undang sidang dewan.

Pada sebelah petang ini, kelibat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan didalam Dewan yang bersambung sebentar tadi.

Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan diri dalam dewan.

Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun.

Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.

PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.

Monday 7 March 2016

Ahmad Said Kemuka Usul Undi Tidak Percaya Kepada MB Terengganu. Sebarkan..

Kuala Terengganu : Perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri 13 penggal ke 4 Negeri Terengganu 2016 yang dibahaskan oleh wakil dewan undangan negeri Dun Kijal Dato’ Seri Ahmad Said.

Ahmad Said membuat usul undi tidak percaya kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebentar tadi sebelum sidang dewan ditangguhkan.

Katanya, mengikut perlembagaan tubuh kerajaan negeri Terengganu yang mana telah memperuntukkan perkara-perkara berkenaan.

“Oleh itu saya memohon cadangan undi usul tidak percaya kepada YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di dalam dewan yang mulia ini”

Sehubungan dengan itu Dato’ Yang Dipertua Dewan(YDP) Mohd Zubir Embong, menangguh sidang dewan pada jam 1.15 tenghari dan akan di sambung jam 2.30 petang ini serta membuat keputusan usul berkenaan.

Menurut pemerhati politik, Ahmad Said masih tidak boleh menerima kenyataan atau mungkin masih berdendam di dalam isu penggantian beliau sebagai Menteri Besar Terengganu. Nampak beliau amat tidak matang dan berkepentingan politik peribadi.

Saturday 5 March 2016

UMNO Bukan Musuh Islam PAS – Hadi Awang. Sebarkan..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang gerakan yang bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadi berkata antara sebab parti itu menolak ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani pada Jumaat lalu kerana tidak mahu bermusuhan dengan orang Umno sambil menyifatkan mereka bukan musuh kepada parti Islam itu.

“Kita berbeza dengan Umno dari segi kefahaman tapi dengan orang Umno kita tidak mahu bermusuh.. ia merupakan dua perkara yang berbeza.

“Adakah kita boleh kita menang dengan undi ahli PAS sahaja? Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS semata-mata, kalau boleh kita mahu ada orang Umno yang mengundi kita dan biar orang Islam turut mengundi kita sebab itu pendekatan kita dalam isu ini (ahli dan penyokong) Pas kena ikut (apa kata) pemimpin parti” ujarnya melalui satu klip video yang dimuatnaik semalam.

Menurut Hadi lagi walaupun PAS memilih jalan damai namun itu tidak bermakna parti boleh dikecuali dalam isu politik negara.

“Walaupun ada beberapa pemimpin (PAS) yang menghadir (majlis tanda tangan Deklarasi Rakyat) – tapi ia bukan mewakili parti atau mana-mana pertubuhan sebab itu mereka tandatangan tapi parti ada keputusan sendiri kerana ada resolusi yang boleh kita ikut, ada yang tak boleh ikut malah ada resolusi yang kita fikir perlu ditambah.

“Sebab itu dalam hal ini kita memilih pendekatan secara damai kerana kita tidak mahu wujudkan ‘Arab Spring’ di negara ini (menjauhkan pemerintah,” tegasnya lagi.

Mahathir Keluar, ‘Muhyiddin’s Exodus’. Sebarkan..

Pada 29 Februari 2016, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media untuk mengumumkan peletakan jawatannya daripada Umno. Tarikh 29 Feb yang sungguh memalukan. Sekarang kita boleh meraikan hari malang tersebut hanya dalam tahun lompat, iaitu sekali setiap empat tahun.

Sebaik sahaja Dr Mahathir meletak jawatan daripada Umno, salah seorang jurucakap beliau, Anina Saadudin, berkata separuh daripada tiga juta ahli Umno akan meninggalkan parti. Jika itu berlaku, maka ia layak dipanggil sebagai penghijrahan.

Perkara ini mengingatkan saya tentang “Book of Exodus” yang menceritakan kisah Nabi Musa membawa 600,000 Israel keluar dari Mesir waktu tengah malam ketika Firaun tidur. Ketika mereka sampai ke Laut Merah, Allah membelah laut untuk Musa dan kaumnya menyeberang. Firaun dan tenteranya yang mengejar telah lemas apabila mereka cuba menyeberangi Laut Merah yang ditutup belahan laut di belakang Musa dan 600,000 Israel setelah mereka selamat di seberang laut.

Jika hanya Musa dan isterinya, tanpa 600.000 Israel, yang meninggalkan Mesir maka kita tidak akan ada “Book of Exodus”. Allah tidak perlu membelah Laut Merah. Allah hanya perlu menurunkan sampan untuk Musa dan isterinya menyeberangi laut dan “Book of Exodus” mungkin akan dipanggil “Book of Row, Row, Row Your Boat”.

Bagaimanapun, Musa sepatutnya pergi jauh sedikit lagi dari pantai bagi membolehkan Israel memiliki semua minyak di Timur Tengah. Malangnya, mereka mengambil keputusan untuk menetap di bahagian yang tidak berguna di Timur Tengah supaya orang-orang Arab akhirnya memiliki semua minyak. Tempat ini mereka panggil “the promised land”?

Bagi melayakkan ia dipanggil sebagai penghijrahan, kita memerlukan sekurang-kurangnya satu juta ahli Umno menyertai Dr Mahathir meninggalkan parti. Walaupun 100,000 pun bukan apa-apa dan tidak layak dianggap sebagai penghijrahan. (Menurut Bible, penanda aras adalah 600,000). Namun sebelum mereka boleh mendapatkan walaupun hanya 100,000 ahli yang meninggalkan Umno, perkara yang lebih penting adalah Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal perlu mengikuti Dr Mahathir duntuk keluar dari UMNO.

Malangnya, ketiga-tiga mereka tidak akan meninggalkan Umno. Sebaliknya, mereka akan kekal dalam Umno dan akan melancarkan roadshow ANC (Anti Najib-Kempen). Mereka mahu kekal dalam Umno supaya mereka boleh menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari dalam. Mereka tahu bahawa cubaan untuk menggulingkan Najib dari luar adalah mustahil.

“Ketiga-tiga kami akan menjadi sebahagian daripada siri jelajah itu. Perjuangan ini bukan hanya kerana saya, Shafie dan Mukhriz tetapi ia adalah untuk rakyat dan negara ini, “kata Muhyiddin. “Kita perlu perbetulkan negara ini sebelum ia menjadi negara yang gagal.”

Ya, itu adalah skrip politik yang biasa: kita lakukan semua ini untuk rakyat dan untuk menyelamatkan negara ini. Jika saya menerima RM1 setiap kali saya mendengar slogan itu, sekarang saya akan menjadi jutawan. Anwar Ibrahim sahaja akan perlu membayar saya RM500,000. Saya terlalu kerap mendengar perkataan tersebut keluar dari mulut Anwar.

Muhyiddin juga berkata beliau akan menyertai perhimpunan pada 27 Mac 2016  yang dianjurkan oleh Zaid Ibrahim. Belum jelas tujuan perhimpunan tersebut: objektifnya, format, dan sebagainya. Apa yang kita tahu ialah – ya, sekali lagi – ia adalah untuk kepentingan rakyat dan untuk menyelamatkan negara ini dan “… untuk membetulkan negara ini sebelum ia menjadi negara yang gagal,” berdasarkan kata-kata Muhyiddin.

Mereka perlu menjelaskan apa yang mereka maksudkan dengan semua retorik ini. Dalam apa cara yang Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal dan apa yang mereka merancang lakukan untuk membetulkan negara ini? Menurut mereka syaitan ada dalam butiran. Oleh itu, kita perlu tahu butirannya.

Kita juga perlu ingat bahawa jalan ke neraka diturap dengan niat yang baik. Dan niat yang baik di Libya, Iraq, dan negara-negara lain, berakhir dengan negara-negara tersebut bertukar menjadi neraka dunia. Jadi, jika kita tidak tahu butiran, adalah seperti meletakkan semua wang taruhan anda pada kuda yang seseorang berbisik ke telinga anda bahawa kemenangan adalah pasti. Kita perlu terlebih dahulu tahu rekod kuda tersebut dan jika ia tidak pernah menjadi pemenang tetapi, sebenarnya, telah kalah banyak kali dalam perlumbaan sebelum ini, maka mengapa ia harus menjadi seorang pemenang sekarang?

Kami telah mendengar lagu dan tarian ini, pada tahun 1998. Pada masa itu Anwar Ibrahim berkata “Saya melakukan ini untuk rakyat dan untuk menyelamatkan negara ini dan untuk membetulkan negara ini sebelum ia menjadi sebuah negara yang gagal” nada jualan. Ia seperti membeli kereta terpakai dari seorang jurujual kereta terpakai yang bersumpah bahawa pemilik sebelumnya adalah seorang wanita berusia 70 tahun yang tidak pernah memandu lebih laju daripada 30.

Kemudian, pada tahun 2006, Dr Mahathir berkata nada yang sama: Saya melakukan ini untuk rakyat dan untuk menyelamatkan negara ini dan untuk membetulkan negara ini sebelum ia menjadi negara yang gagal. Dia melakukan demikian ketika menewaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan melantik Najib untuk menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Jadi, apa yang berlaku?

Satu perkara yang kita boleh yakin tentang Dr Mahathir adalah beliau sangat konsisten. Dia tidak berpuas hati dengan semua  Perdana Menteri melainkan jika dia sendiri adalah Perdana Menteri. Beliau tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman. Tun Razak Hussein meninggal dunia sebelum Dr Mahathir sempat menjadi tidak berpuas hati dengan beliau. Beliau tidak berpuas hati dengan Tun Hussein Onn. Beliau tidak berpuas hati dengan Tun Abdullah. Dan kini dia tidak berpuas hati dengan Najib.

Walaupun Muhyiddin mengambil alih sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir tetap tidak akan berpuashati dengan dia – kecuali Dr Mahathir mati dalam tempoh tiga tahun Muhyiddin mengambil alih. Jika tidak, maka Muhyiddin perlu memberanikan diri untuk pelancaran Kempen Anti-Muhyiddin atau AMC. Itulah sifat kebinatangan manusia bernama Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Dr Mahathir dipecat daripada Umno pada tahun 1969 beliau bekerjasama dengan PAS untuk menyerang Umno dan cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri. Pada tahun 2006, apabila dia mahu menggulingkan Tun Abdullah, Dr Mahathir, sekali lagi, bekerjasama dengan PAS. Dan kini dia sedang bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mahu bekerjasama dengan beliau untuk menyerang Umno dan cuba untuk menggulingkan Najib.

Betapa konsistennya Mahathir

Ini adalah kali ketiga Dr Mahathir meninggalkan Umno. Setiap kali tinggalkan UMNO, dia bekerja dengan musuh-musuh Umno untuk mencapai apa sahaja yang dia mahu mencapai. Ia adalah tentang mencapai apa yang dia mahu untuk mencapai, yang tidak semestinya mempunyai kaitan dengan kebaikan rakyat. Sesiapa yang dia menyakiti sepanjang  proses itu tidak penting. Malahan dia juga akan merisikokan konflik perkauman selagi dia boleh mencapai apa sahaja yang dia mahu mencapai.

Lim Kit Siang dan semua dalam Pakatan Harapan, sudah tentu, sangat gembira ‘membantu’ Dr Mahathir untuk mencapai matlamat beliau. Apa-apa sahaja yang boleh merosakan Umno adalah amat adil bagi Kit Siang dan Pakatuns. Umno yang lemah dan berpecah-belah akan memberi kelebihan kepada pembangkang. Lebih-lebih lagi jika Dr Mahathir yang mengetuai serangan dan proses tersebut boleh mencetuskan penghijrahan dari Umno.

Sempadan tersebut kian kabur dan tidak lagi jelas. Sempadan sekarang adalah antara pro-Najib berbanding anti-Najib. Ia seperti Red Rusia dan White Russia berbanding Tsar 100 tahun yang lalu. Apabila Tsar akhirnya digulingkan, Red Rusia dan White Rusia kerat leher masing-masing. Rusia menjadi lautan darah selepas itu – Red Russian blood bercampur darah White Russian blood.

Pada dasarnya, Dr Mahathir dan ANC, berkerjasama dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP. Dan jika apa yang Anwar menawarkan pada kami tahun 1998 boleh diterima,maka ianya hanya seperti wain lama dalam botol baru, tidak lebih dari itu. Dr Mahathir dan ANC, dengan kerjasama Pakatan Harapan pimpinan DAP, akan bersetuju untuk tidak bersetuju, dalam usaha untuk menggulingkan Najib. Tetapi apabila Najib disingkirkan, maka ia akan menjadi seperti Afghanistan selepas Russia dikalahkan – darah orang Afghanistan membunuh rakyat Afghanistan merah mewarnai jalan-jalan.

Friday 4 March 2016

konsep ukhwah, bertanya khabar dan ziarah dari rumah ke rumah yang diamalkan menerusi program ini mampu merapatkan hubungan di antara kepimpinan orang muda dengan orang ramai.

5 Mac 2016 Dungun: program Ziarah telah diadakan bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan kepda masyarakat setempat yang memerlukan.

Program ini telah dilaksanakan oleh  Gerakan Belia 4B kawasan Telaga mas Paka dan Jawatankuasa Penyelaras Pemuda UMNO Dun Paka.

Seramai 5 penerima sumbangan terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) iaitu berupa barangan keperluan harian dan wang tunai.

Menurut pengerusi Belia 4B kawasan telaga emas Zulfadlie bin ali konsep ukhwah, bertanya khabar dan ziarah dari rumah ke rumah yang diamalkan menerusi program ini mampu merapatkan hubungan di antara kepimpinan orang muda dengan orang ramai.

Selain itu kita turut akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menganjurkan aktiviti sukan serta program-program berkaitan,” katanya.

Pemuda dekati masyarakat.


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun dan Jawatankuasa Pemuda Penyelaras UMNO menyertai gotong-royong di Kampung Durian Mentangau Paka Dungun hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Sdr Asri Bin Mohd berkata, ia sebahagian daripada program turun padang yang berterusan bagi merapatkan hubungan dengan penduduk setempat.

Sementara itu kami bersama-sama menganti dan memasang atap rumah seorang ibu tunggal 7 anak,Hasanah Binti Awang, 58,dan kami juga berkesempatan buat lawatan ziarah beberapa buah rumah miskin untuk memberi sedikit barangan dapur kepada yg memerlukan.

Menurut Ketua Pemuda Cawangan Kampung Durian Mentangau Mohd zairul azmi bin ya omar sambutan yang diberikan oleh orang kampung amat memuaskan sehingga kerja memasang atap rumah dapat disiapkan pada hari ini.

Jawatankuasa J3K Kampung Durian Mentangau turut sama menjayakan program pada hari ini.












PAS Selangor Cadang Bubarkan DUN Selangor?. Sebarkan...

PAS Selangor nampaknya cuba menonjolkan diri dalam isu ‘Mahathir keluar UMNO’. Umum sudah diketahui oleh umum terutama ahli PAS bahawa kepimpinan PAS Selangor sentiasa menongkah arus di dalam apa juga keputusan yang diputuskan oleh PAS pusat.

PAS Selangor berpendapat tiada guna mana-mana pihak memberikan “talian hayat” kepada kerajaan sekarang ketika ia dianggap sudah sampai ke penghujung dan kepentingan negara mesti diutamakan.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata apa yang diperlukan kini adalah perdana menteri dan anggota kerajaan dibentuknya, ditukar kerana kononnya skandal yang terpalit tanpa menyebut bahawa segala fitnah kepada Kerajaan BN dan Perdana Menteri terjawab dengan saluran undang-undang yang telus.

Iskandar lupa betapa kedudukan PAS Selangor hanya menjadi Badut Politik, angguk-angguk, geleng-geleng dan berada dalam situasi tertekan dengan kemunculan PAN di Selangor. Bagaimana PAS Selangor masih boleh kekal “tidur bersama dengan ‘isteri yang diceraikan, DAP”?

Iskandar terkenal dengan cukup licik mencelah untuk raih populariti dan perhatian Pakatan Harapan tetapi malangnya beliau sendiri tidak mampu untuk beri perhatian kepada pengundi dan rakyat DUNnya sendiri.

Iskandar mungkin sengaja ingin kelirukan ahli PAS apabila Presiden PAS Abdul Hadi mengumumkan PAS tidak akan menyertai mana-mana perhimpunan untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Nada Iskandar sejak tertubuhnya parti yang diasaskan oleh Mat Sabu, PAN nampaknya semakin ada persamaan.

Berbekalkan kononnya UMNO BN sudah buruk kerana fitnah skandal, Iskandar sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang skandal Kerajaan Selangor yang didedahkan ahli pakatan sendiri. Kenapa membisu? Kalau Iskandar berpegang kepada betapa mana-mana kerajaan gagal kerana skandal maka perlu bubarkan parlimen, kenapa tidak bubarkan di Selangor dahulu.

Beranikah Iskandar cadangkan kepada Azmin?

Cukup-cukuplah menjual ayat “rakyat itu dan rakyat ini”.

Kalau Nik Aziz Hidup Beliau Juga Akan Sertai PAN. Sebarkan...

Parti Amanah Negara (PAN) dilihat lebih dekat di hati ahli PAS berbanding parti PAS sendiri sejak kebelakangan ini. Keadaan ini disebabkan skandal yang semakin banyak menyelebungi PAS akhir-akhir ini.

Kebanyakan skandal-skandal ini didedahkan oleh PAN dengan bantuan dari pemimpin PAS sendiri seperti Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar yang merupakan ‘orang kuat’ arwah Nik Aziz semasa hidupnya.

Antara skandal mega yang menyelebungi PAS adalah:

1. Penjualan harta dan tanah rakyat seperti penjualan Hotel Perdana
2. Rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan
3. Skandal ‘dinar emas Kelantan’ yang hanya menguntungkan krooni-kroni PAS sahaja
4. Tunggakan RM14.6 juta potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK)
5. Penjualan tanah anak milik Perbadanan Menteri Kelantan Berhad
6. Status Rumah Sri Kelantan yang belum status pemilikannya
7. Lebuh raya rakyat yang sehingga sekarang masih belum siap
8. Sikap lepas tangan pemimpin PAS pada mangsa banjir semasa bah kuning lalu
9. Pelaksanaan parkir berbayar di Pasar Siti Aishah, Jelawat

Seandainya arwah Nik Aziz masih hidup pastinya arwah juga akan sertai PAN kerana kecewa dengan kelemahan PAS yang diselubungi pelbagai skandal. Dan jika dinilai kebanyakan pemimpin yang sertai PAN adalah pengikut tegar arwah dulu termasuk presidennya iaitu Mat Sabu.

Arwah pasti kecewa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kelihatan lemah untuk melawan DAP sehingga populariti PAS merosot teruk, tidak seperti diwaktu zamannya sebagai presiden.

Hadi juga seperti tidak pandai untuk mengambil hati ahli DAP dan PKR sehingga PAN nampak lebih relevan berbanding PAS.

Wednesday 2 March 2016

Bengang Giler Dibuatnnya....Rafizi dakwa diserang dalam kumpulan Whatsapp PAS. Sebarkan...

SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menasihati PAS menjaga 'akhlak' ahlinya setelah beliau mendakwa diserang oleh sebuah kumpulan Whatsapp.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kumpulan berkenaan memasukkan nama beliau tanpa persetujuannya lalu untuk memaki hamunnya.

Menurutnya kumpulan Whatsapp itu turut disertai ahli PAS termasuklah ketua pemuda parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.

Beliau bertindak meninggalkan kumpulan tersebut namun namanya dimasukkan semula - juga tanpa kebenarannya.

"Dalam Whatsapp yang maki hamun itu ada juga pimpinan PAS seperti @nikabduh (merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh), Razman PJ Perak dan lain-lain. Tolong nasihat akhlak ahli.

"Selepas diserang di media sosial oleh penyokong PAS, kini mereka sibuk add (masukkan) saya dalam Whatsapp untuk dimaki hamun. Bila keluar 'add' balik #getalife," tulis beliau dalam entri Twitternya.

"Dengan YB PH (Pakatan Harapan) lain boleh diorg buli macam ini. Saya akan kongsi akhlak penyokong PAS ini sambil diperhati pimpinan mereka," jelas Rafizi lagi.

Rafizi mengambil langkah itu ekoran nasihat rakan Twitternya yang mahu beliau mendedahkan kandungan mesej berkenaan kepada umum.

Antaranya Mamalia/Joni ‏@_joni_joni_joni  yang mahu Ahli Parlimen Pandan itu supaya berbuat demikian.

"Printscreen la sikit. Biar orang tengok akhlak orang parti (jaja) Islam," katanya.

Status berkenaan menerima komen daripada netizen.

Luqman Suharni ‏@mlms_0711 turut menulis "Maaf YB, saya pun tak bersetuju dengan kenyataan YB, tapi tindakan daiorg (mereka) itu tidak patut sebenarnya, agree to disagree,no maki hamun," katanya.

PAS Tidak Sertai ‘Perjuangan Mahathir’ Kerana Bersifat Kepentingan Peribadi. Sebarkan..

PAS menegaskan parti itu tidak berminat menyertai perjuangan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, Mahathir marahkan Najib kerana didakwa sedang mengukuhkan kepentingan peribadinya dalam UMNO walhal Mahathir sendiri berjuang menentang Najib demi kepentingan peribadinya.

“Dia (Mahathir) sendiri jelas kelihatan berjuang untuk peribadi. Persoalannya ialah, jika ini asas tindakan Mahathir maka apakah gerakannya wajar disokong?

“Suka saya sarankan kepada semua pihak agar tidak menjadikan agenda peribadi sebagai propaganda perjuangan dan mengorbankan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan media yang ditujukan kepada ahli dan penyokong PAS hari ini.

Nasrudin dalam pada itu mengingatkan ahli dan para penyokong PAS bahawa Mahathir mahu menjatuhkan Najib bagi menaikkan orang pilihannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Namun, katanya, beliau tidak tidak yakin Mahahtir akan bertahan lama menyokong Muhyidin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebab Mahathir mempunyai rekod menentang orang pilihannya sendiri.

Katanya, Mahathir pada tahun 1969 pernah dipecat dari UMNO kerana menentang bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan kembali kepada UMNO apabila era Tunku Abdul Rahman berakhir.

Tambahnya, pada tahun 2008 Mahathir umum keluar UMNO kerana tidak berpuas hati dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan kembali semula kepada UMNO selepas berjaya menjatuhkan Abdullah.

“Pada tahun 2016 beliau keluar lagi UMNO dan kali ini kerana tidak berpuas hati dengan Najib orang pilihannya sendiri sewaktu menggantikan Abdullah.

“Perjuangan kita bukan hanya untuk dunia kita bahkan kita perlu merancang untuk akhirat kita yang selamat dan bebas dari murka Allah S.W.T,” jelas Nasrudin.

Mahathir kelmarin mengumumkan keluar UMNO iaitu strategi yang sering digunakan beliau untuk menjatuhkan mana-mana Presiden UMNO yang enggan patuh pada kehendak dan permintaannya.

Beliau turut mengumumkan bersedia menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan politik masing-masing untuk menjatuhkan Najib.

PAS bersedia menjadi pendokong kuat kepada Barisan Nasional. Sebarkan...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Umno, lapor Utusan Malaysia. Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS bukanlah parti yang kemaruk kuasa kerana agenda sebenar mereka ialah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah. "Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira PAS atau Umno dan PAS tak tamak kuasa.
"Kalau Umno kembali pada Islam laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat kerana serta benar-benar ikhlas kerana Allah.

"Kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. Ini bukan pertama kali PAS menunjukkan sokongan terbuka kepada musuh tradisinya Umno.

November lalu Hadi mengeluarkan kenyataan mahu menjadi penasihat kepada kerajaan. Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara.

"Itu bukan masalah saya" Rafizi Ramli. Sebarkan...

Dengan pelbagai propaganda kosong dan penipuan yang ditabur olehnya, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kini semakin hari semakin ditolak oleh penyokong beliau sendiri. Kebanyakan mereka merasakan, Rafizi tidak ubah seperti bercakap kosong tanpa sebarang tindakan proaktif dilakukan olehnya.

Terbaru, tersebar perbualan Rafizi bersama-sama penyokong setia beliau yang berlaku di applikasi Whatsapp yang dikatakan disertai oleh Ahli Parlimen Pandan berkenaan. Pada mula, semuanya nampak seperti teratur sehinggalah Rafizi diajukan persoalan tentang harga semasa minyak di pasaran negara.

Tanpa rasa bersalah, beliau hanya memberikan komen “itu bukan masalah saya” terhadap soalan berkenaan dan kemudiannya, Rafizi bertindak meninggalkan kumpulan Whatsapp berkenaan. Reaksinya pantas mendapat perhatian ahli kumpulan berkenaan sehingga ada yang mengungkapkan perkataan kesat terhadapnya.

Untuk rekod, Rafizi pernah mengeluarkan satu formula kononnya, kenaikan harga barangan pada masa kini adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Namun sejak penghujung tahun lalu, kerajaan telah tiga kali menurunkan harga minyak petrol dan diesel di pasaran Malaysia. Namun harga barangan masih kekal sama dan tiada perubahan.

Malah, ada yang mendakwa, ada sesetengah barangan mulai naik walaupun harga minyak kini di paras terendah sejak 2 tahun lalu. Nyata, “formula” gila Rafizi ini jelas tidak menjadi sehingga ianya memakan diri beliau sendiri.

Tidak hairanlah, kelibat beliau di mana-mana laman internet, menjadi buah mulut dan troll semasa. Jika sudah terlalu banyak penipuan dan andaian yang jelas tidak menjadi dan tidak masuk akal, ianya menyumbang kepada kejatuhan PKR itu sendiri.

Beliau pastinya akan mendapat nama yang teruk dan kini langsung tidak dihormati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya para penyokong beliau sendiri. Mungkin, sedikit demi sedikit, pengaruhnya akan lenyap dalam penipuan yang beliau taburkan sendiri.

Tuesday 1 March 2016

Mahathir Keluar Kali Kedua, Pastikan Keutuhan UMNO – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bukan mengejutkan dan ia tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang diperjuangkan parti itu.

“Bagi UMNO, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.

“Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Presiden UMNO menjawab soalan pemberita mengenai perkara berkenaan di Jeddah pada Selasa malam. Beliau kini melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Dr Mahathir pada 29 Feb lepas mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO kerana dilaporkan tidak puas hati dengan parti.

Bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu sebelum ini keluar daripada parti berkenaan pada 19 Mei 2008 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.

Dr Mahathir menyertai semula UMNO pada 4 April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara dan parti.

Ditanya sama ada tindakan Dr Mahathir itu memberi kesan kepada UMNO, Najib berkata: “Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.

“Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan UMNO.”

Beliau turut ditanya sama ada UMNO bimbang akan ada pemimpin lain yang mengikut langkah Dr Mahathir.

“Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan UMNO ini akan kita pastikan. Maknanya pemimpin yang komited kepada UMNO dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan UMNO,” tegasnya.

Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata ia bukan perkara mudah.

“Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah UMNO.

“Iaitu 160,000 perwakilan UMNO memilih saya, bukan menggunakan perlembagaan lama, perlembagaan lama dulu banyak kekangannya misalnya kalau nak bertanding jawatan presiden, 56 bahagian kena calonkan seseorang itu.

“Tapi pada pemilihan UMNO (yang lepas) ia paling terbuka sekali dalam sejarah, maknanya apa yang saya dapat hari ini ialah mandat daripada perwakilan
UMNO yang begitu terbuka berasaskan kepada prinsip demokrasi.”

Najib berkata beliau beriltizam untuk meneruskan mandat yang diterimanya daripada anggota UMNO.

Kepada pertanyaan seterusnya berhubung kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang dilihat banyak menjejaskan imej negara, beliau berkata bekas perdana menteri itu bukanlah seorang yang mudah menghentikan sesuatu yang dilakukannya.

Menurut Najib, apa yang penting sekali ialah UMNO dan kerajaan mesti dipertahankan.

“Yang kedua ialah kita mesti tunjuk apa saja yang dilakukan oleh sesiapa termasuk Tun tidak akan mengalih pandangan kita daripada agenda utama iaitu untuk terus membangunkan negara termasuk ekonomi negara kita,” katanya.

Najib seterusnya berkata dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, kerajaan akan terus menentukan kesejahteraan rakyat tidak terabai.

Pas Bakal Gugurkan Husam dan Mahfuz. Sebarkan.....

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa secara terbuka menghadiri majlis Parti Amanah Negara (PAN) sedangkan semua orang tahu PAS tidak pernah bersetuju dengan parti yang diasaskan oleh pengkianat parti PAS itu sendiri, iaitu Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Husam mendakwa perbincangan hudud hanya membabitkan tiga individu dan tidak dimaklumkan kepada parti. Malah Husam mengambil kesempatan mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka sewaktu berucap pada majlis PAN itu.

“Dari segi politik ini salah, saya sebagai ahli PAS, adakah tidak boleh tegur? Parti ini boleh dikritik, kalau nabi, tuhan boleh perbetul, banyak kali bukan sekali (terkandung dalam al-Quran).

“Tegur ini tidak salah dalam agama. Jadi kalau PAS tidak membenarkan kritikan terbuka, tunjukkan mana dalilnya?” tegasnya.

“Takiyuddin telah membuat tindakan salah apabila menasihatkan Presiden PAS memfailkan undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 tanpa merujuk terlebih dahulu kepada parti. Saya suruh Datuk Takiyuddin meletak jawatan, sungguh, bukan bergurau,” katanya ketika menyampaikan ceramah berkenaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberitahu, PAS mungkin akan mengambil tindakan ke atas Husam.

“Tindakan diambil kerana didakwa mengkritik secara terbuka isu hudud. Apa yang didakwa oleh Husam adalah tidak benar. PAS tidak menolak kemungkinan akan mengenakan tindakan ke atas Husam,” katanya.

Manakala Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti supaya memanggil ADUN Salor itu dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. Bentuk tindakannya kita serah kepada jawatankuasa disiplin, tetapi tidak lari daripada beri amaran, digantung atau dipecat,” katanya.

Berbeza pula ceritanya apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Dewan Ulama PAS yang menggesa bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk keluar dari PAS.

Menurut Mahfuz, Dewan Ulama PAS yang menggesa Husam untuk segera keluar parti bagi memulihkan dasar parti yang cuba dipecah-belahkan Husam dilihat tidak rasional kerana tindakan yang dilakukan oleh Husam dengan mendedahkan langkah Hadi serta pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan hanya mahu mengetahui status tersebut.

Tambahnya lagi, jika Husam keluar dari parti, ia tidak memberi kesan baik kepada PAS malah memburukkan lagi imej PAS kerana telah menyingkirkan seorang pemimpin atau ahli yang mahukan kepastian mengenai persoalan yang ditimbulkan.

“Saya tak fikir dia akan keluar PAS. Saya lebih melihat, dia nak ketelusan dalam pengurusan negeri khususnya dan parti amnya. Itu apa yang saya dapat baca daripada kenyataan yang dilakukan. Tak lebih dari itu. “Saya tak nampak apa rasionalnya dia nak keluar dari Pas,” kata Mahfuz.

Amat hairan sekali apabila Mahfuz cuba untuk mempertahankan Husam yang lantang mengkritik PAS. Adakah Mahfuz juga berjiwa PAN seperti Husam?

Mahfuz juga kelihatan seperti pengkianat parti PAS yang masih berada dalam PAS berdasarkan sokongan yang diberikan di dalam Dewan Rakyat sering menyebelahi Pakatan Harapan (PH) yang disertai PKR, DAP dan PAN.

Malah sebelum ini pun Mahfuz pernah secara terbuka menyelar pimpinan PAS yang disifatkan tidak berbuat apa-apa bagi membendung kemerosotan undi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan (bagi menarik sokongan bukan Melayu). Malah, saya lihat beberapa tindakan dan kenyataan dibuat kepemimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam dan Melayu itu sendiri.

“Kenyataan PAS yang mengecam Gerakan Harapan Baru dan pimpinan mereka membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap gerakan itu. Ini menyebabkan berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu dalam kalangan pimpinan dan ahli PAS sendiri di pelbagai peringkat,” katanya.

Husam dan Mahfuz lantang mengkritik pimpinan PAS dan jiwa mereka seolah-olah berada dalam PAN dan Pakatan Harapan. Menurut sumber dalam bilik gerakan Pakatan Harapan, Husam dan Mahfuz sudah bersedia untuk menjadi calon PAN. Namun keduanya takut nak keluar dari PAS kerana takut dengan baiah talak tiga.

Skandal Rasuah Mega Kerajaan Pulau Pinang, Pengakuan Bekas Pemimpin DAP Terima Latihan Di Israel. Sebarkan......

SESUATU yang janggal apabila Ahli Parlimen Puchong, Gobind Deo mengkritik serta mendakwa kerajaan Pusat melakukan penyelewengan dan hanya mengagihkan projek kepada kroni yang tertentu. Beliau perlu melihat kelemahan parti DAP dan PKR dalam mentadbir Selangor dan Pulau Pinang dahulu sebelum menuding jari kepada kerajaan Persekutuan.

Pulau Pinang di bawah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri sendiri telah banyak membazirkan wang rakyat untuk projek yang tidak mendatangkan faedah. Pembaziran wang rakyat oleh Guan Eng selama hampir 9 tahun sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional terlalu banyak.

Malah kontroversi pengambilan secara tanah rakyat secara tidak adil turut mewarnai era DAP memerintah P.Pinang.  Azmin Ali pula melakukan perkara di luar pemikiran dalam membelanjakan wang rakyat di Selangor namun kepimpinan tertinggi parti tidak pula menegur perbuatan mereka.

Kontroversi kedua dua parti didedahkan oleh bekas ahli mereka sendiri dengan pelbagai dakwaan yang mengejutkan rakyat. DAP sendiri terpalit dengan dakwaan rasuah menerusi projek yang dijalankan Guan Eng di P.Pinang, manakala PKR menerima tamparan hebat apabila aktivis SAMM mendedahkan pelbagai pembaziran wang rakyat oleh Azmin Ali.

Antara dakwaan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali yang hingga kini masih tidak dijawap pimpinan DAP

DAP ditawarkan dana PRU13 sebanyak USD300juta (RM1.2billion) oleh pihak Israel. Razali mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP menerima latihan daripada pakar risikan Israel dan beliau merupakan salah seorang yang terlibat.

Razali turut mendakwa Guan Eng pernah ke Singapura dan bertemu wakil dari Israel  untuk urusan pembinaan sebuah pengkalan tentera Israel di Port Dickson jika DAP berjaya menawan Putrajaya pada Pru13

Apa yang didedahkan Razali sebenarnya merupakan sebahagian rancangan DAP dalam usaha mereka menjahanamkan umat Islam dan Melayu di Malaysia. Sehingga kini DAP masih tidak menjawap dakwaan tersebut dan tidak menafikan pendedahan Razali.

Kisah Pulau Pinang yang ditadbir DAP tidak kurang menarik untuk diselidiki. Isu pengambilan tanah rakyat oleh DAP serta pembaziran yang dilakukan sangat menarik perhatian netizen.

Projek mengecat laluan basikal berharga RM30 juta sangat meragukan rakyat mengenai syarikat yang memenangi tender tersebut. Kualiti cat yang rendah serta laluan tidak munasabah menimbulkan keraguan rakyat adakah projek berkenaan bernilai jutaan ringgit.

Siapa pemilik syarikat yang mendapat tender tersebutdan apakah kaitannya dengan DAP P.Pinang hingga kerajaan DAP boleh membenarkan laluan basikal di cat dengan bahan yang tidak berkualiti.

Jika diteliti dengan betul, belum sampai setahun cat telah mula tanggal dan ini akan pasti membebankan jika projek berkenaan di tender semula.

Bayangkan kos laluan basikal bernilai RM30juta dengan kos mengecat keseluruhan stadium Kelantan oleh Dato Vida yang hanya memerlukan RM100 ribu sahaja. Malah kualiti cat stadium Kelantan jauh lebih baik dari laluan basikal di P.Pinang.

Terowong dasar laut P.Pinang juga menimbulkan polemik dalam politik DAP apabila sebanyak RM305 juta wang rakyat dibazirkan semata-mata untuk kertas kerja projek berkenaan.

Kos keseluruhan projek terowong dasar laut itu mencecah RM6.3 billion dan bermula pada 2016 hanyalah satu projek yang tidak mendatangkan faedah jangka panjang kepada rakyat. Kerosakan ekosistem laut serta muka bumi pasti akan berlaku apabila alam semulajadi diusik tangan rakus demi keuntungan kantung DAP.

Manakala di Selangor keadaan tidak banyak berbeza buat PKR Selangor yang turut membazirkan wang rakyat demi kepentingan politik parti tersebut. Azmin yang membisu bila di soal mengenai individu yang di dakwa sebagai penderma untuk projek Gerbang Selangor menimbulkan keraguan pada rakyat adakah benar wujud individu tersebut.

Malah Adun Taman Medan, Haniza Talha turut melindungi identiti ‘penderma’ yang membiayai kos Gerbang Selangor yang bernilai RM9.8juta. Bagaimana kerajaan Selangor begitu yakin penderma akan membayar semula keseluruhan kos Gerbang Selangor jika identiti penderma tidak didedahkan? Wang rakyat bukan untuk dibazirkan namun Azmin tetap berdegil dengan projek ‘sewel’nya.

Apabila aktivis SAMM, Chegu Bard mendedahkan mengenai pembaziran wang rakyat sebanyak RM34.2 juta yang dilakukan Azmin dalam projek kubah masjid Selangor tiada siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa. Begitu juga dengan dakwaan Bard mengenai skandal balak Selangor yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Gobind Deo tidak memandang semua perkara yang melibatkan partinya kerana tidak mahu menjejaskan perancangan DAP yang mahu menguasai Selangor setelah menjatuhkan PKR dalam Pru14 dengan bantuan Parti Amanah Negara (PAN). Sikap ‘double standard’ Gobind sebenarnya menunjukkan kelemahan DAP dalam menangani pembaziran wang rakyat yang dilakukan sewenangnya oleh pembangkang.

Gobind sepatutnya mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja menyiasat semua salah laku yang dilakukan DAP dan PKR untuk membuktikan pembangkang bersih dari skandal salah guna wang rakyat. Gobind juga wajar menjemput SPRM menyiasat semua dakwaan yang telah dilemparkan terhadap DAP dan PKR oleh bekas ahli parti itu.

Beranikah Gobind Deo melakukannya untuk membuktikan beliau memperjuangkan rakyat serta menjanjikan ketelusan kepada rakyat? SPRM tidak perlu berat sebelah dalam menyiasat perkara membabitkan pembangkang sebagaimana mereka menyiasat kerajaan Persekutuan.