Sunday 1 November 2015

Tony Pua dilihat sedaya upaya mencari helah dan alasan untuk menggagalkan program ini kerana beliau melihat kemungkinan beliau akan gagal mengemukakan bukti seerti yang beliau dakwa sebelum ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua dilihat sekali lagi cuba mencari helah bagi mengelak daripada mengadakan debat secara terbuka dengan Pengerusi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Tony dilaporkan berkata, beliau lebih suka jika diadakan forum terbuka dimana mereka lebih bebas untuk berkomunikasi berbanding mengadakan debat seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Beliau juga menegaskan, perdebatan mengenai sesuatu isu bukanlah budaya sebenar DAP dalam memperjuangkan sesuatu isu.

Jelas kenyataan yang dikeluarkan Tony Pua kali ini begitu mengelirukan dan tidak kosisten. Pada satu ketika beliau dilihat begitu lancang mencabar Arul Kanda untuk berdebat dengannya berhubung berberapa perkara mengenai 1MDB. Pada satu situasi yang lain pula, Tony Pua dilihat bersedia untuk mengadakan sesi soal jawab dan ada ketika beliau lebih berminat menjadi moderator dalam program ini.

Sebelum ini, pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishna Naidu dilaporkan mencabar Tony Pua dan Arul Kanda untuk berdebat berhubung isu 1MDB. Beberapa hari kemudian, cabaran berkenaan disambut oleh Tony Pua untuk berdebat dengan Arul dan cabaran berkenaan juga disambut Arul sehari selepas Tony menyahut cabaran berkenaan didedahkan media.

Namun Arul menetapkan syarat supaya Tony meletakkan jawatan beliau didalam PAC kerana adalah tidak wajar Tony membawa jawatannya didalam PAC untuk berdebat dengannya. Namun begitu, Sabtu lalu, Arul Kanda menarik semula syarat berkenaan dan bersedia untuk berdebat dengan Tony dimana-mana sahaja secara terbuka. Dalam masa yang sama, pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dilaporkan sudi menyiarkan secara langsung debat berkenaan.

Seolah-olah tenggelam dalam permainan sendiri, Tony Pua dilihat sedaya upaya mencari helah dan alasan untuk menggagalkan program ini kerana beliau melihat kemungkinan beliau akan gagal mengemukakan bukti seerti yang beliau dakwa sebelum ini.

Berikutan sikap flip flop tony dalam isu ini, ramai yang melihat Tony Pua terlalu takut dan gentar untuk berhadapan dengan Arul Kanda berikutan jangkaan ramai yang mengandaikan segala dakwaan dan fitnah yang dilemparkan Tony terhadap 1MDB dan pentadbiran berkenaan akan terbongkar dan sekaligus menjatuhkan kredibiliti beliau selaku Ahli Parlimen DAP.

No comments:

Post a Comment