Sunday 1 November 2015

Auditorium Dewan Majlis Perbandaran Kemaman bagi program "Road-Show" bersama Tn Hj Omar Bin Adam Pengarah ATRA.

Kira-kira 200 peserta daripada Agensi Tranfomasi  Rakyat (ATRA) Daerah Dungun dan Kemaman,memenuhi Auditorium Dewan Majlis Perbandaran Kemaman bagi program "Road-Show" bersama Tn Hj Omar Bin Adam Pengarah ATRA siri 3/2015.

Dalam taklimat, beliau mengajak  semua Pegawai ATRA yang hadir amnya agar terus menjaga reputasi pesonaliti tugas dan peranan yang baik sebagai
kakitangan ATRA memandangkan Negeri Terengganu satu-satunya mempunyai Agensi seperti ATRA.

Beliau turut memberi motivasi  untuk menjadi seorang Muslim yang baik dalam pelbagai aspek terutama dalam kehidupan seharian.

Program ini merupakan inisiatif Pengarah untuk memberi penerangan dan berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam isu-isu semasa dan kebimbangan berkaitan kepada Negara dan masyarakat Islam secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment