Tuesday 3 November 2015

Kemelut politik yang melanda negeri Selangor antara DAP dan PAN.

Kemelut politik yang melanda negeri Selangor sejak akhir-akhir ini terus diperkatakan apabila Pengerusi DAP baru di Selangor, Tony Pua dilaporkan terus menerus mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Selango dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Desakan ini dipercayai dibuat oleh DAP kerana mereka enggan lagi melihat kelibat wakil PAS di dalam petadbiran kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Disamping itu DAP juga dilaporkan enggan lagi bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kerana pada pandangan DAP, Azmin lebih kepada pro PAS dan enggan mengiktiraf kewujudan Pakatan Harapan di Selangor.

Di samping itu, DAP juga dilaporkan mahu mengukuhkan kuasa mereka di Selangor disaat Barisan Nasional dilihat langsung tidak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya negeri diadakan lebih awal dari dijangkakan.

Ini memberikan mereka lebih ruang dalam peluang untuk DAP, PKR dan PAN mengukuhkan kuasa mereka. DAP percaya mereka dapat menyingkirkan PAS sepenuhnya dari pentadbiran negeri Selangor dengan mempertaruhkan PAN selaku pengganti bagi semua kerusi-kerusi yang dimiliki PAS.

DAP juga tidak kisah andai PAS dan Barisan Nasional bergabung untuk menentang Pakatan Harapan yang diterajui mereka kerana yakin, rakyat negeri Selangor pastinya akan memberi sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan dan menolak peluang dan idealogi kuno PAS dan Barisan Nasional untuk kembali merampas Selangor dari tangan Pakatan Harapan..

Kini, terserah kepada kebijaksanaan rakyat negeri Selangor untuk menilai samada mereka mahu hidup didalam kerajaan yang stabil ataupun lebih berminat tinggal didalam kerajaan yang sentiasa beretorik politik tanpa mengira masa dan seterusnya mengabaikan kebajikan rakyat yang mereka wakili.

No comments:

Post a Comment