Monday 2 November 2015

Datuk Seri Abdul Hadi Awang didalam Pakatan Harapan yang merupakan barisan pembangkang bagi menggantikan Pakatan Rakyat terus disisihkan.

Kelibat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didalam Pakatan Harapan yang merupakan barisan pembangkang bagi menggantikan Pakatan Rakyat terus disisihkan. Malah bagi Pakatan Harapan, mereka kini tidak lagi memerlukan PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pakatan baru ini.

Dalam satu perkembangan kelmarin, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamed Sabu telah mengeluarkan kenyataan bersama akan terus menolak belanjawab yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 23 Oktober lalu.

Mereka mengambil kata sepakat ini setelah mengambil kira beberapa pendapat di kalangan ahli parti masing-masing. Pendirian ini tetap diteruskan samada dengan atau tidak penyertaan PAS dan barisan kepimpinannya kerana Pakatan Harapan melihat PAS sudah tidak relevan terhadap perjuangan Pakatan Harapan sejak memilih untuk enggan lagi bekerjasama dengan DAP dalam semua perkara.

Dalam perkembangan itu juga, menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan, alasan utama penolakan ini adalah kerana Datuk Seri Mohd Najib masih dibelenggu dengan skandal demi skandal termasuk isu 1MDB, isu derma RM 2.6 biilion yang dimasukkan kedalam akaun peribadi beliau dan paling utama pentadbiran beliau hari ini lebih kepada membawa kepada kemudaratan negara.

Bagi Pakatan Harapan, isu pokok yang mereka perjuangkan di Dewan Rakyat hari ini adalah isu menolak sepenuhnya belanjawan yang diusulkan dan paling utama kekal meneruskan agenda undi tidak percaya di Parlimen. Bagi mereka, mereka tetap mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib diundurkan dari pentadbiran.

Menyedihkan, disaat Datuk Seri Abdul Hadi dan barisan kepimpinan PAS hari ini dilihat lebih rasional dalam memperjuangkan nasib rakyat sehingga mereka secara terbuka mengumumkan akan memberi nasihat terbaik untuk kebajikan rakyat Malaysia, Pakatan Harapan melihat kerakusan politik lebih utama berbanding nasib rakyat.

Apa rasionalnya alasan penolakan bajet yang akan digunakan untuk seluruh rakyat Malaysia pada tahun hadapan wajar ditolak hanya semata-mata 1MDB dan RM 2.6 bilion? Adakah kerajaan menghentikan projek infrastruktur yang baik untuk rakyat hanya semata-mata akur kepada undi penolakan yang akan dilakukan oleh Pakatan Harapan?

Jika satu ketika dahulu, suara PAS dilihat antara yang paling dominan didalam pakatan pembangkang di Malaysia, namun hari ini PAS dilihat tidak ubah seperti parasit yang amat perlu dimusnahkan oleh Pakatan Harapan terutamanya DAP dan PAN. Survivor PAS dalam perjuangan mereka kini diuji sepenuhnya oleh usaha puak yang mahu menghancurkan PAS samada dari dalam mahupun luar.

No comments:

Post a Comment