Wednesday 4 November 2015

Pakatan Harapan mengumumkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diumumkan sebagai pengganti Tony.

Setelah 24 jam berteka teki berhubung siapakah yang akan menggantikan Tony Pua dalam debat dengan Arul Kanda Kandasamy berhubung isu 1MDB, akhirnya Pakatan Harapan mengumumkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diumumkan sebagai pengganti Tony.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira penglibatan Tony dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan keengganan Tony melepaskan jawatan beliau didalam PAC. Berita ini diumumkan oleh Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke dimana pihak pembangkang sedia berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung debat secara langsung itu.

Pemilihan Rafizi ini sememangnya telah dijangka ramai pihak berikutan kelantangan Rafizi dalam menghentam kewujudan 1MDB bersama-sama Tony Pua tidak mengira dimana sekalipun mereka berucap.

Dalam satu perkembangan, Rafizi dilaporkan bersedia pada bila-bila masa untuk berhadapan dengan Arul Kanda kerana menurut beliau segala prihal 1MDB amat wajar didedahkan dan beliau yakin dapat membuatkan Pengerusi 1MDB itu kelu dan tidak akan mampu menjawab semua soalan yang akan beliau dedahkan.

Berita Lanjut menyusul…

No comments:

Post a Comment