Tuesday 4 August 2015

Parti GHb menyifatkannya Pas sebagai Parti ‘kluk-klek’

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Tindakan Pas Kuala Terengganu yang memutuskan kerjasama dengan Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Raja Bahrin selepas beliau dikatakan sebagai pengerusi Gerakan Harapan Baru (GBH) kawasan itu, dilihat sebagai politik yang cukup pelik di abad ini.

Bekas aktivis Pas Ustaz Mohd Riza Kamarudin berkata situasi dalam Pas ketika ini sungguh pun pelik, namun tindakan tersebut sekurang-kurangnya boleh dipuji kerana Pas Kuala Terengganu lebih berani malah lebih agresif berbanding dengan pucuk pimpinan mereka.

Menurut beliau sebenarnya tindakan dan sikap berpeluk tubuh oleh pucuk pimpinan Pas dengan membiarkan kumpulan GHB bermaharajela sedangkan mereka masih ahli parti berkenaan adalah satu tindakan yang kurang bijak.

“Kita nak cakap lebih-lebih pun satu perkara yang tidak sepatutnya kerana itu melibatkan soal dalaman. Namun dalam soal ini sepertimana yang dikatakan tadi tindakan Pas Kuala Terengganu itu satu perkara yang ajaib kerana statusnya Ahli Parlimen terbabit masih lagi ahli Pas.

“Bukankah sepatutnya Pas Kuala Terengganu boleh mengusulkan kepada pucuk pimpinan untuk mengambil tindakan displin dan sebagainya.

“Putus di peringkat bahagian tetapi pucuk pimpinan Pas masih tidak ada apa-apa jawapan. Jadi apa statusnya Raja Bahrin?,” katanya kepada hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Pas kawasan Kuala Terengganu secara rasmi memutuskan sebarang kerjasama dengan ahli Parlimen kawasan itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad selepas beliau mengisytiharkan diri sebagai pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri.

Setiausaha Pas kawasan itu Mohd Soud Mat Ali berkata, mereka membuat keputusan itu susulan pengisytiharan Kamarul Bahrin di Jerteh Jumaat lalu

Sambil menyifatkannya Pas sebagai ‘kluk-klek’ berhubung isu terbabit, Ustaz Riza seterusnya mencadangkan agar pucuk pimpinan parti itu untuk mengambil contoh keberanian yang ditunjukkan oleh Pas Kuala Terengganu.

Kata beliau lagi sekiranya Pas Pusat ada maruah mereka sepatutnya menjadikan Pas Kuala Terengganu sebagai contoh teladan dalam berdepan dengan mereka yang menyertai GHB.

“Begitu juga dengan Pas kawasan lain. Jadikanlah contoh apa yang dilakukan oleh Pas Kuala Terengganu. Mereka cukup berani untuk berdepan dengan mereka yang dikatakan bersama dengan GHB.

No comments:

Post a Comment