Monday 24 August 2015

Darul Ehsan Investment Group yang membabitkan penggunaan dana RM 30 billion wang rakyat Negeri Selangor terus diperkatakan ramai pihak.

Kemelut yang melanda Darul Ehsan Investment Group yang membabitkan penggunaan dana RM 30 billion wang rakyat Negeri Selangor terus diperkatakan ramai pihak. Manakan tidak, sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan dengan bermodalkan RM 2 diamanahkan untuk menguruskan dana sebanyak itu kononnya pelaburan jangka panjang oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sehingga hari ini Azmin Ali dilihat gagal menjawab dengan jelas kemana wang itu dibelanjakan. Malah sikap diam mmbisu Azmin terhadap pertikaian yang wujud juga menimbulkan tandatanya tentang kesahihan syarikat berkenaan.

Walaupun beliau pernah memberitahu tujuan utama penubuhan DEIG adalah mengumpulkan seluruh dana daripada 74 anak syarikat milik Menteri Besar Inc dalam satu entiti tunggal, tetapi syarat-syarat yang tidak logik yang diberikan Azmin menimbulkan tandatanya.

Hasil laporan daripada DEIG dan bentuk pelaburan yang tibuat tidak perlu dibentangkan didalam DUN Selangor pastinya akan sentiasa disalah anggap oleh ramai pihak. Satu persatu permasalahan Azmin yang menjadi Menteri Besar Selangor kini jelas mendapat reaksi bercampur baur dikalangan rakan Pakatan itu sendiri.

Seperti biasa,ahli DUN yang mewakili Barisan Nasiona secara kosisten mempertikaikan kesahihan DEIG. Malah jika dilihat DAP sendiri pun tidak berminat untuk mempertahankan Azmin. Hanya tinggal beberapa orang dari Parti Keadilan Rakyat yang masih menyebelahi beliau.

Ini secara tidak langsung kuasa Azmin selaku Menter Besar kian merosot dan semakin dipinggirkan. Satu-satunya jalan bagi Azmin bagi mengekalkan kuasa beliau adalah meraih sokongan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam hal ini, Paduka Sultan pastinya enggan bersekongkol dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Azmin dan ini memungkinkan beliau tidak lagi mempunyai sokongan yang kuat dari dalam DUNnya sendiri. Persoalan paling besar, masih relevankah Azmin kekal selaku Menteri Besar andai semua persoalan tentang DEIG masih kekal gagal dijawab oleh beliau.

No comments:

Post a Comment