Tuesday 11 August 2015

Lim Guan Eng seakan-akan begitu berani mahu mendedahkan punca dana kewangan yang diterima oleh DAP.

Menerusi kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seakan-akan begitu berani mahu mendedahkan punca dana kewangan yang diterima oleh DAP untuk digunakan dalam urusan politik mereka. Beliau didakwa kononnya akan mendedahkan sumber dana berkenaan dalam minggu ini dan sekaligus mendesak Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO mendedahkan dana yang diterima oleh UMNO sebelum ini.

Terbaru, Setiausaha Kerja DAP, Anthony Loke seperti bermain tarik tali berhubung isu ini. Anthony Loke dilaporkan berkata, DAP hanya akan bersedia mendedahkan sumber dana mereka selepas ianya dibahaskan di Parlimen dan diluluskan oleh Parlimen.

Beliau berkata, tiada undang-undang khusus untuk mendesak mereka mendedahkan sumber kewangan parti kepada umum seperti yang disiarkan didalam beberapa portal berita sebelum ini.

Beliau menegaskan, UMNO harus mendedahkan dana politik mereka terlebih dahulu bagi membuktikan ketelusan dan kebenaran jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Jelas dalam hal ini, DAP menerusi Pakatan Rakyat jelas bertindak pengecut serta berdolak dalik berhubung isu dana berkenaan. Pada satu ketika DAP dilihat seolah-olah berani tetapi apabila keberanian mereka di provok, mereka pantas berdolak dalik berhubung kenyataan mereka.

Adalah amat menghairankan, bagaimana parti ini boleh menjadi dokongan kepada beberapa orang Melayu sedangkan pendirian mereka boleh berubah sekelip mata bergantung kepada keadaan semasa. Dalam isu ini, UMNO dilihat tidak perlu melayan sebarang desakan dari pembangkang kerana mereka sendiri tidak berani mendedahkan maklumat sulit mereka kepada umum.

No comments:

Post a Comment