Monday 24 August 2015

GHB mengambil alih Kita dan merancang untuk menamakan semula parti itu kepada Parti Islam Demokratik (DIP) atau Amanah.

Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan dakwaan membayar sebanyak RM140,000 untuk mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin berkata dakwaan di laman media sosial yang mengatakan beliau menguruskan pembelian tersebut adalah tidak berasas.

“Saya menafikan sebarang penglibatan. Banyak mesej lucu dan cadangan yang besar menjelang pelancaran parti baharu.

“Namun semua itu tidak akan menggagalkan rancangan kami untuk melancarkannya,” kata Ishak yang mengetuai jawatankuasa GHB kawasan Batu.

Ishak berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa GHB mengambil alih Kita dan merancang untuk menamakan semula parti itu kepada Parti Islam Demokratik (DIP) atau Amanah.

GHB dijangka mengumumkan penubuhannya sebagai sebuah parti baharu pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini manakala majlis pelancarannya pada Hari Malaysia, 16 September depan.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak dapat mengesahkan atau menafikan mengenai penamaan semula GHB.

“Selagi tidak ada kenyataan rasmi, permainan teka-teki ini masih berterusan,” katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Rosliza Mahidi berkata GHB masih belum menghantar permohonan untuk membentuk sebuah parti baharu.

No comments:

Post a Comment