Sunday 23 August 2015

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan ahli Umno akan turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4.0.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan ahli Umno akan turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4.0 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini.

“Ada dakwaan mengatakan ada penyokong akar umbi Umno akan terlibat dengan perhimpunan ini. Jawapan saya, mana ada, ini semua cerita dakyah BERSIH yang kotor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah program EkspresiSeni @ Kuala Lumpur Lake Garden Festival (KLLGF) 2015 di ibunegara semalam.

Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian bagi mengulas laporan berita portal bahawa ahli Umno akan turut serta dalam perhimpunan itu.

Beliau berharap orang ramai tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah penganjur perhimpunan itu.

No comments:

Post a Comment