Monday 17 August 2015

27 Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menjatuhkan Perdana Menteri

Pendedahan mengejutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung cubaan 27 Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini sedang hangat diperkatakan.

Pada masa yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dilaporkan mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri untuk mendedahkan senarai nama mereka yang terlibat berhubung skandal terbesar dalam sejarah Malaysia.

Ujar beliau, beliau tidak mahu perkara ini menjadi polemik berterusan dan identiti mereka yang terlibt harus didedahkan agar rakyat tahu kedudukan perkara yang sebenar.

Sebenarnya, pendedahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengenai komplot untuk menggulingkan kerajaan bukanlah sesuatu perkara yang baru. Mengikut sumber yang boleh dipercayai usaha terancang sudah bermula semasa Tan Sri Muhyiddin Yasin masih lagi menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi.

Siri pertemuan di belakang tabir bersama Tun M serta pemimpin pembangkang telah berlaku sebelum ini yang turut melibatkan Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal.

Dengan isu-isu semasa IMDB, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin telah berusaha menyerang secara terbuka terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mempertikaikan banyak perkara, diluar dari lingkup tugas beliau selaku Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Perkara ini semakin jelas sebelum pengumuman rombakan kabinet pada 28 Julai 2015 yang lalu. Terdapat desas desus yang mengatakan telah ada usaha gerakan ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri melalui Dewan Rakyat pada bulan Oktober 2015.

Selain daripada itu, terdapat satu cara lagi iaitu dengan mengumpulkan tandangan Ahli Parlimen yang terlibat untuk akuan bersumpah lalu dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agung.

Menurut sumber ini lagi, melalui seorang Pengerusi Parti Keadilan Rakyat di sebuah negeri, pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal menunjukkan perkembangan positif hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan.

Menurut sumber terdapat 20 orang Ahli Parlimen yang dikenal pasti menyertai komplot ini termasuk Datuk Nurjazlan Mohamed yang sebelum ini adalah Pengerusi PAC sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri.

Antara 20 nama yang disebut oleh sumber berkenaan dan telah dikenal pasti ialah ;
1) Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
2) Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna)
3) Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong)
4) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim)
5) Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan)
6) Khairy Jamaluddin (Rembau)
7) Hasbullah Osman (Temenggor)
8) Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highland)
9) Datuk Razali Ibrahim (Muar)
10) Hajjah Normala Abd Samad (Pasir Gudang)
11) Datuk Othman Aziz (Jerlun)
12) Datuk Haji Abdul Rahim Bakri (Kudat)
13) Datuk Jumat Idris (Sepanggar)
14) Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau)
15) Datuk Dr Marcus Mojigoh (Putatan)
16) Datuk Dr Ewon Ebin (Ranau)
17) Datuk Raime Unggi (Tenom)
18) Datuk Nurjazlan Mohamed (Bekas ketua PAC)
19) Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
20) Datuk Wira Othman Abdul (Pendang)

Menurut sumber ini lagi, sehingga maklumat ini diterima, senarai 20 nama ini memang diakui telah ada dihubungi oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan komplot berkenaan. Walau bagaimanapun, nama 7 lagi Ahli Parlimen masih belum didedahkan dan ianya mungkin akan didedahkan sedikit masa lagi.

Dalam hal ini, andai berita ini tidak benar dan tidak tepat, nama-nama yang disebutkan oleh sumber berkenaan atau yang terbabit dan mengenali Ahli-Ahli Parlimen ini diminta untuk tampil membuat penafian dan memberi penjelasan terhadap dakwaaan bahawa mereka terlibat sama dalam komplot ini.

Tiada hukuman dijatuhkan buat sementara waktu ini dan mereka-mereka yang berkenaan masih ada waktu untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar bagi menyangkal dakwaan sumber berkenaa. Andai tiada penafian dilakukan, pastinya ianya akan merosakkan kredibiliti mereka selaku Ahli Parlimen yang telah diberi kepercayaan oleh parti dan juga rakyat yang mereka wakili.

No comments:

Post a Comment