Friday 7 August 2015

Haron Din tampil dengan dakwaan bahawa MH370 berada di alam ghaib!!

DAP,PKR dan GHB bersyukur dan berterima kasih kerana pada saat MH370 diketemukan, PAS sudah tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.  Jika tidak, adalah satu malu yang amat besar untuk Pakatan Rakyat kalau PAS masih bersama.

Kenapa, ini sebabnya.

Semua masih ingat, ketika MH370 hilang dari radar dan kekal hilang selama 515 hari (sehingga sebahagian komponennya dijumpai di Pulau Reunion), banyak teori dibangkitkan lanjutan dari kehilangan itu.  Paling banyak sudah tentulah teori konspirasi, CIA dan sebagainya.

Ini semua logik dan masuk akal, barat pun banyak menghasilkan filem-filem seperti itu. Yang tak boleh diterima akal ini ialah bila Haron Din tampil dengan dakwaan bahawa MH370 berada di alam ghaib!!  Kenyataan itu pula dikeluarkan tidak beberapa selepas raja bomoh mengadakan upacara tikar terbangnya di KLIA.

Sehingga menjadi jenaka di seluruh dunia.

Tak pasal-pasal Pakatan Rakyat mendapat malu.  Banyak desakan pada waktu itu agar Haron Din dipecat dari jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS tapi tidak mendapat sambutan sehinggalah PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat oleh DAP dan PKR.

Haji Mohamad Sabu yang bakal menubuhkan New Hope Party (Parti Harapan Baru) sekitar bulan depan, tidak mengulangi karut marut yang memenuhi PAS sebelum ini.  Jika nak ada jawatan Mursyidul Am (untuk disesuaikan dengan taraf sebagai parti Islam progresif), tidak mengapa tapi jangan ambil orang berlatar belakang seperti Haron Din.

No comments:

Post a Comment