Thursday 20 August 2015

DAP dan PKR sedang menikmati kejayaan menjahanamkan PAS.

Ramai sedia maklum, PAS kini berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup serius di Selangor. Pengunduran beramai-ramai ahli PAS dari pelbagai bahagian di Selangor seolah-olah menunjukkan PAS kini semakin lama semakin tiba kepenghujung perjuangan mereka.

Pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan permasalahan ini dan antara paling utama, pengaruuh GHB yang semakin kuat didalam arus politik semasa. Golongan serpihan yang kecewa didalam PAS kini dilihat sedang sedaya upaya mahu melihat PAS hancur dan sekaligus bakal menemui jalan penamat mereka.

Jika dilihat, faktor sokongan kuat DAP terhadap pengasas GHB, Mohamed Sabu antara sebab kenapa mereka beralih arah. Jika sebelum ini ramai ahli PAS yang dilihat begitu setia terhadap parti, tetapi setelah Majlis Syura PAS mengambil ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, belang mereka semakin terserlah.

Persoalannya disini, apakah reaksi PAS berhubung permasalahan ini? Adakah mereka kekal dengan sikap membisu dan hanya sekadar berani mengugut tanpa ada langkah konkrit dalam menghalang masalah ini semakin melarat?

Propaganda DAP dan PKR juga antara penyumbang kepada masalah ini. Kedua-dua parti ini dilihat menyebarkan dakyah yang kononnya PAS sedang dalam pertimbangan untuk bersatu dengan UMNO dan sekaligus menyaksikan penggabungan semula setelah hampir 37 tahun terpisah.

Faktor Anwarinas juga memainkan peranan. Seperti sedia maklum, didalam PAS sendiri terpecah kepada 2 kumpulan dimana satu kumpulan dilihat pro ulamak dan satu lagi dilihat pro profesional dan liberal. Pertembungan 2 idealogi ini jelas memecahkan PAS dari dalam dan ini dibuktikan semasa Muktamar PAS pada bulan Jun yang lalu.

Jika PAS kekal dengan sikap tunggu dan lihat tanpa ada sebarang tindakan tegas terhadap ahli yang meninggalkan parti, tidak mustahil parti PAS bakal tinggal sejarah.

Terdapat desas desus mengatakan sikap PAS hari ini sebenarnya adalah untuk membersihkan parti itu sendiri dari golongan yang bukan pro ulama. Ianya seolah-olah pembersihan dalaman tanpa sebarang pemecatan mahupun penyingkiran. Sehingga kini, tiada siapa yang tahu apa yang sedang bermain di fikiran para pemimpin PAS berhubung isu ini.

Dari satu segi, tindakan ahli “penderhaka” PAS ini dilihat dapat mengukuhkan semula parti dengan hanya tinggal mereka yang setia terhadap ulama sahaja kekal menerajui parti. Tetapi dari satu segi, PAS bakal kehilangan intergriti pada mata rakyat hari ini. Jesteru ianya bakal melemahkan PAS sedikit demi sedikit.

Biar apapun, hanya kepimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura sahaja yang mampu menjawab dan menentukan hala tuju parti disaat mereka diserang dari tiga penjuru iaitu serangan dari DAP, serangan dari PKR dan juga serangan dari GHB.

Setidak-tidaknya, DAP dan PKR sedang menikmati kejayaan menjahanamkan PAS dari dalam. Islam dokongan parti ini nyata telah dilacurkan oleh mereka-mereka yang jelas mahu melihat PAS berpecah dan seterusnya berkubur.

No comments:

Post a Comment