Sunday 2 August 2015

Calon PKR Masuk DAP

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman menyifatkan tindakan Pakar Undang-Undang yang juga merupakan calon PKR semasa pilihan raya, Dr Abdul Aziz Bari menyertai Dap adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.

Jelas beliau sebagai individu yang diberi ruang oleh PKR untuk bertapak dalam dunia politik, sudah pasti tindakan Aziz ini memberikan mesej yang cukup jelas bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga kepada rakyat untuk berfikir.

Tambahnya lagi, dua maksud tersirat dan tersurat yang boleh dirangkumkan adalah PKR adalah sebuah parti yang lemah dan Dap pula memang sebuah parti yang kejam dan melampau sehingga sanggup menikam belakang rakan sendiri.

“Walaupun Dap bersikap kejam dengan ‘mencuri’ ahli PKR yang berpotensi tinggi namun saya pasti PKR tidak akan berani untuk menempelak Dap.

“Aziz pula mungkin sedar kariernya tidak akan ke mana sekiranya masih terus bersama PKR maka dia mula beralih arah untuk naik ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia politik.

“Disebabkan wujudknya budaya cantas mencatas yang teruk dalam PKR maka Aziz terlebih dahulu angkat kaki,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Rahimi, orang sehebat Tan Sri Khalid Ibrahim juga boleh tumbang dalam permainan politik dalaman PKR, apatahlagi Aziz Bari. Dek kerana inilah, mungkin menyebabkan Aziz menyertai dan mengkhianati PKR.

Dap pula kata beliau memang ternanti-nanti penyertaan daripada orang Melayu demi mendapatkan sokongan Melayu maka Dap sedikitpun tidak kisah sekiranya terpaksa menggigit rakan sendiri untuk kepentingan parti mereka.

“Ini semua adalah untuk mengaburi mata orang Melayu daripada sifat chauvinist Dap. Malah tindakan Aziz ini juga secara langsung membuktikan perjuangan parti itu jauh berbeza walaupun mempunyai matlamat yang sama.

“Apa yang pasti, PKR akan terus menikus walau teruk dipijak Dap kerana mereka bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Pas sekiranya melawan cakap ‘bos’,” katanya lagi.

Oleh itu ujar Rahimi, rakyat harus sedar dan memikirkan kembali adakah parti Dap mahupun PKR layak untuk diberi mandat menerajui negara.

No comments:

Post a Comment