Tuesday 8 December 2015

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu para pengikutnya mengenakan baju biru, berlainan dengan tema yang ditetapkan.

Majlis Taklimat Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO malam ini dilaporkan bakal dicemari oleh rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu para pengikutnya mengenakan baju biru, berlainan dengan tema yang ditetapkan, iaitu baju merah.

Rancangan ini sebenarnya dapat dihidu oleh beberapa agensi yang menguruskan Perhimpunan Agung ini namun dikhabarkan, tiada sebarang halangan dilakukan oleh mana-mana pihak terhadap rancangan ini. Cubaan para petugas media yang menanti dihadapan pintu masuk dewan untuk melihat gerombolan baju biru yang dirancang oleh Tan Sri Muhyiddin nyata menghampakan.

Lebih mengharukan, kelibat Tan Sri Muhyiddin juga tidak kelihatan sewaktu ketibaan semua tetamu kehormat yang hadir pada majlis taklimat ini. Namun, sekutu rapat beliau, Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga Naib Presiden UMNO dilihat hadir dalam majlis ini dan beliau mengenakan baju merah, tema yang sama ditetapkan oleh seketeriat UMNO yang bertugas.

Dalam perkembangan yang sama, kerusi yang dikhaskan untuk Tan Sri Muhyiddin pada majlis ini tidak diduduki oleh mana-mana pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Nyata tohmahan yang dilemparkan oleh Tan Sri Muhyiddin yang kononnya UMNO dan semua pemimpin parti tidak menghormati beliau selaku Timbalan Presiden parti adalah tidak tepat sama sekali.

Sekali lagi, semua dakwaan karut dan songsang yang dilemparkan terhadap pemimpin parti oleh beliau dan Tun Dr Mahathir adalah tidak tepat sama sekali.

No comments:

Post a Comment