Tuesday 8 December 2015

Beliau hadir ke majlis berkenaan dengan langsung tidak mengenakan lis putih pada songkok.

Majlis bersama Timbalan Presiden UMNO yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman semalam menampakkan sesuatu yang amat janggal dan sikap kurang peduli seorang anak Johor yang menjadi Ahli Parlimen Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Masakan tidak, Almarhum Tengku Abdul Jalil Iskandar baru sahaja mangkat dan tempoh berkabung yang diumumkan oleh pihak Istana Johor selama tiga hari masih berlangsung, Tan Sri Muhyiddin menampakkan sikap kurang peduli tentang pengisytiharan berkabung berkenaan.

Beliau hadir ke majlis berkenaan dengan langsung tidak mengenakan lis putih pada songkok yang dikenakan beliau. Ini berlainan sekali dengan para hadirin yang berasal dari Johor dimana semua daripada mereka mengenakan lis putih berkenaan tanda berkabung.

Adakah ini sikap dan contoh yang ingin ditonjolkan Tan Sri Muhyiddin yang melambangkan beliau sebagai suara UMNO negeri Johor? Hari ini, kesemua perwakilan yang berasal dari negeri Johor, masih mengenakan lis putih berkenaan tanda berkabung. Adakah beliau terlalu istimewa sehingga berani melanggar pengisytiharan berkabung berkenaan?

Beliau seharusnya sedar, walaupun beliau berdiri diatas paksi politik dan bertindak menyerang barisan kepimpinan yang ada pada hari ini, ini tidak menjadikan beliau sebagai bebas melakukan apa sahaja sehingga menyerlahkan ketidak prihatinan beliau diatas kemangkatan Tengku Abdul Jalil.

Dalam pada masa yang sama, kebanyakan hadirin yang ditemui pada majlis berkenaan tertanya-tanya, kenapa beliau langsung tidak mengenakan lilitan putih di songkok beliau sebagai tanda berkabung. Masing-masing membuat andaian yang mengatakan kemungkinan Tan Sri Muhyiddin masih menyimpan perasaan kurang senang terhadap Almarhum Sultan Iskandar dimana beliau pernah berhadapan dengan kontroversi dengan Almarhum baginda Sultan.

Jesteru, sebagai menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, beliau sewajarnya mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Johor diatas ketidak prihatinan beliau pada majlis berkenaan. Ini penting supaya apa yang dilakukan oleh beliau sebelum ini tidak mendapat kemurkaan pihak Istana Johor terhadap beliau, lebih-lebih lagi UMNO.

No comments:

Post a Comment