Sunday 6 December 2015

Muhyiddin bersedia untuk tangguhkan khidmatnya dalam UMNO atau bersara terus?.

Persidangan Agung Umno (PAU2015) akan berlangsung pada 8 Disember 2015 hingga 12 Disember 2015. Menepati Tradisi Umno, Persidangan ini akan di rasmikan oleh Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Umno.

Namun demikian ada desas desus mengatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan ‘Perhimpunan Agung’ pada 7 Disember 2015, sehari lebih awal dari jadual yang di tetapkan. Kelab Sultan Sulaiman di pilih menjadi lokasi ‘perasmian’ majlis tesebut. Beliau di khabarkan akan menyampaikan ucapan ‘Amanat Timbalan Presiden’ kerana mendakwa di halang dari berucap semasa PAU2015.

Majlis Tertinggi Umno akan memaklumkan pada 9 Disember ini samada beliau di benarkan berucap pada PAU2015. Muhyiddin pula seperti tidak sabar menanti keputusan MT dan mula mengambil langkah songsang dan menetang arus. Apa sebenarnya yang ahli Parlimen Pagoh ini sembunyikan dan menganggap penting untuk beliau berucap dalam PAU2015 hingga sanggup meletakkan UKHWAH sebagai nombor 3 dalam mencari kesepakatan Parti.

Selaku orang nombor 2 dalam parti tindakan beliau ini memberi gambaran bahawa jalan politiknya sudah tamat akibat perbuatan sendiri.

Memilih untuk berucap dan mengkritik secara terbuka tanpa bukti atas setiap dakwaannya di luar dari parti memberi impak buruk terhadap karier serta parti sendiri.

Dalam perasmian Mesyuarat Agung Bahagian Kemaman, Muhyiddin secara jelas mendakwa beliau tidak di beri penerangan berkaitan isu 1MDB serta isu 2.6 billion oleh parti. Bagaimana pun kenyataan itu di sanggah oleh Dato Rahman Dahlan, yang menyatakan setiap Menteri dalam kabinet telah di beri taklimat dan penerangan berkenaan isu terbabit.

Beliau juga pernah meminta Najib agar memecat semua pegawai operasi 1MDB dalam ucapannya di dalam satu rakaman video pada Mei 2015 yang di muatnaik oleh Malaysiakini. Menjadikan The Edge, Wall Street Journal dan Sarawak Report sebagai sumber rujukan tidak membantu Muhyiddin memberi bukti atas setiap dakwaannya semasa mengkritik Najib. Malah bekas PM Mahathir sendiri mengakui beliau menyerang berdasarkan andaian sendiri.

Mengakui sebagai ‘Totok Umno’, segala tindak tanduk Muhyiddin tidak menjurus ke arah mencari penyelesaian tapi lebih kepada menjatuhkan kredibiliti Najib selaku orang nombor 1 dalam parti. Menjadi sekutu mantan PM dalam menyerang kepimpinan mengenai dakwaan tanpa bukti bukanlah sesuatu yang bijak untuk di lakukan oleh seorang Timbalan Presiden dan ini merupakan kesilapan terbesar Muhyiddin dalam mengejar cita cita menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga telah tidak menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru baru ini dengan alasan tiada dalam negara, namun turun untuk memberi sokongan terhadap ketua ketua cawangan yang di hadapkan ke Lembaga Displin Parti. Dalam ucapan semasa di temubual oleh wartawan, Muhyiddin juga telah mendakwa kini beliau hanya ‘Tunggul’ dalam parti kerana tidak di beri peluang berucap di luar dan di dalam parti. Ini jelas menujukkan beliau meletakkan kepentingan parti di tempat yang tidak sepatutnya.

Muhyiddin telah melupakan akujanjinya yang akan Setia kepada Presiden dan mempertahankan Parti dari serangan semasa PAU 2014, dan kini beliau sendiri yang menyerang Umno dari dalam.

Sebagai bekas Menteri Besar Johor dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah berkhidmat dalam kabinet sepatutnya beliau lebih bijak dalam membuat keputusan untuk sebarang perkara yang boleh menjejaskan reputasi Parti dan diri beliau sediri dalam arena politik.

Mungkin Majlis Tertinggi akan memberi ruang untuk Muhyiddin berucap dalam PAU nanti tetapi apakah intipati ucapannya akan teratur atau sekadar menambah kerosakan yang telah beliau lakukan di luar parti. Moga beliau akan sedar kerosakan yang telah di bawanya hanya akan memudaratkan Parti, dan berusaha membetulkannya semula walau agak terlewat.

Muhyiddin bersedia untuk tangguhkan khidmatnya dalam UMNO atau bersara terus?

HIDUP UMNO!

No comments:

Post a Comment