Friday 18 December 2015

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menaikan kemarahan DAP.

Seperti sedia maklum, DAP sememangnya mempunyai masalah dengan PAS sebaik sahaja Muktamar PAS sekitar Jun lalu memutuskan untuk memutuskan sebarang kerjasama politik dengan DAP berkuatkuasa serta merta. Sejak dari itu, kedua-dua buah parti ini saling berbalas kenyataan dimana DAP bertindak lebih angkuh dengan memecat semua ahli PAS yang berkhidmat didalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, tindakan DAP yang seolah-olah “menaja” penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai oleh Mat Sabu, menunjukkan DAP enggan lagi menerima PAS dalam pakatan yang ditubuhkan oleh DAP. Malah tindakan PAN yang menarik keluar ahli-ahli DUN dan Parlimen PAS bagi menyertai PAN, lebih mengeruhkan keadaan.

Kini, disaat Datuk Seri Mohd Najib telah mengeluarkan kenyataan terbuka untuk bekerjasama dengan PAS dan ditambah pula dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohd Najib, pastinya ia menaikkan lagi kemarahan DAP terhadap PAS.

Namun begitu, PAS dilihat masih lagi mahu mengekalkan hubungan baik mereka dengan PKR atas alasan tahaluf siyasi. Ini pastinya menambah kemarahan DAP terhadap PKR terutamanya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang sehingga kini masih belum memperakui kewujudan Pakatan Harapan di Selangor.

Menurut sumber, DAP telah memberi kata dua terhadap Azmin samada beliau masih mengharapkan PAS atau sebaliknya. Jika Azmin kekal mehukan PAS turut serata didalam kerajaan Negeri Selangor, maka DAP akan bertindak menarik semula sokongan mereka terhadap Azmin dan sekaligus membuka ruang untuk DAp meletakkan calon boneka mereka di Selangor.

Namun jika Azmin bertindak memutuskan hubungan dengan PAS, DAP akan memberi sokongan penuh kepada Azmin dan sekaligus menandakan pengiktirafan Azmin terhadap Pakatan Harapan. Sehingga kini, baik Azmin mahupun kerajaan negeri Selangor masih membisu tentang hala sokongan mereka.

Bagi pihak PKR pula, arahan terbaru DAP ini pastinya meletakkan PKR dalam dilema. Manakan tidak, PAS dilihat antara sekutu utama PKR dalam usaha mereka mengekalkan kuasa. Apa yang dibimbangi oleh PKR hari ini adalah kemungkinan kehilangan sokongan dikalangan ahli PKR sendiri yang lebih cenderong kearah PAS berbanding DAP.

Jesteru, satu keputusan konkrit perlu diputuskan oleh barisan kepimpinan PKR dalam menentukan hala tuju parti berkenaan. Bagi pihak DAP, mereka sudah jelas menyatakan mereka enggan lagi melihat kelibat PAS didalam kerajaan negeri Selangor. Kini terserah kepada Azmin untuk merungkai permasalahan yang membelenggu pentadbiran beliau hari ini. PAS atau DAP?

No comments:

Post a Comment