Tuesday 8 December 2015

Perhimpunan Agung UMNO 2015 Membuka Tirai.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 telah membuka tirainya semalam dengan menghimpunkan lebih 10 ribu perwakilan UMNO dari seluruh negara. Persidangan tahunan ini menghimpunkan kesemua sayap parti samada Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan Pergerakan Wanita UMNO. Berikut merupakan antara beberapa corat coret hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2015.

1. Kesemua gerai jualan yang kebiasaannya menghiasi pada setiap Perhimpunan Agung UMNO secara rasminya telah dibuka kepada semua pengunjung. Pelbagai agensi dan peniaga telah memulakan operasi dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung.

2. Restoran Riverside sentiasa penuh dengan pengunjung sejak dari pagi sehingga perniagaan ditutup. Nyata restoran ini sentiasa dikunjungi dengan ianya sentiasa menjadi tempat pertemuan untuk bertemu rakan lama ataupun untuk meluangkan masa sementara menunggu program-program yang telah diatur.

3. Jualan pertama cenderahati UMNO dilaporkan begitu laris pada kali ini. Dengan kadar harga yang berpatutan, masing-masing berebut-rebut mahu memiliki cenderahati UMNO seperti key chain, pin 1 Malaysia, magnet peti ais dan sebagainya.

4. Ramai yang tidak mengetahui, Majlis Amanat Presiden yang berlangsung malam semalam bertemakan baju merah. Pada masa yang sama, pergerakan menyokong Tan Sri Muhyiddin dilaporkan akan mengenakan baju biru. Untuk mengelakkan sebarang konflik, ada yang sanggup berpatah balik kebilik penginapan masing-masing untuk menukar baju merah, bersesuaian dengan tema yang ditetapkan.

5. Ratusan ahli UMNO nyata kecewa apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak muncul pada Majlis Amanat Presiden walaupun dikhabarkan akan muncul pada majlis berkenaan bersama-sama pengikutnya yang mengenakan baju biru. Sebaliknya, kemunculan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berjaya mencuri tumpuan sehingga mampu mendiamkan seluruh dewan pada kemunculannya.

6. Sebelum Majlis Amanat Presiden, rata-rata perwakilan mengharapkan Presiden parti menghuraikan semua permasalahan yang membelenggu UMNO sejak akhir-akhir ini. Harapan mereka akhirnya berbalas apabila Presiden parti membuat ucapan tanpa teks. Sebaliknya, beliau menyampaikan ucapan secara terus dan terbuka dan ianya nyata berjaya meraih perhatian para perwakilan.

7. Hampir semua pemimpin tertinggi UMNO hadir ke majlis berkenaan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilihat antara VIP yang terawal meninggalkan majlis berkenaan.

No comments:

Post a Comment