Saturday 5 March 2016

UMNO Bukan Musuh Islam PAS – Hadi Awang. Sebarkan..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang gerakan yang bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadi berkata antara sebab parti itu menolak ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani pada Jumaat lalu kerana tidak mahu bermusuhan dengan orang Umno sambil menyifatkan mereka bukan musuh kepada parti Islam itu.

“Kita berbeza dengan Umno dari segi kefahaman tapi dengan orang Umno kita tidak mahu bermusuh.. ia merupakan dua perkara yang berbeza.

“Adakah kita boleh kita menang dengan undi ahli PAS sahaja? Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS semata-mata, kalau boleh kita mahu ada orang Umno yang mengundi kita dan biar orang Islam turut mengundi kita sebab itu pendekatan kita dalam isu ini (ahli dan penyokong) Pas kena ikut (apa kata) pemimpin parti” ujarnya melalui satu klip video yang dimuatnaik semalam.

Menurut Hadi lagi walaupun PAS memilih jalan damai namun itu tidak bermakna parti boleh dikecuali dalam isu politik negara.

“Walaupun ada beberapa pemimpin (PAS) yang menghadir (majlis tanda tangan Deklarasi Rakyat) – tapi ia bukan mewakili parti atau mana-mana pertubuhan sebab itu mereka tandatangan tapi parti ada keputusan sendiri kerana ada resolusi yang boleh kita ikut, ada yang tak boleh ikut malah ada resolusi yang kita fikir perlu ditambah.

“Sebab itu dalam hal ini kita memilih pendekatan secara damai kerana kita tidak mahu wujudkan ‘Arab Spring’ di negara ini (menjauhkan pemerintah,” tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment