Tuesday 15 March 2016

PKR dan DAP Amal Politik Gila Kuasa – PAS. Sebarkan



Ahmad Amzad Hashim

“Saya pun teringin sangat nak tengok setakat mana prestasi parti Rafizi Ramli dan parti Lim Kit Siang tanpa PAS”.

Itu sindiran pemimpin PAS Terengganu, Ahmad Amzad Hashim ke atas pemimpin Pakatan Harapan kerana sering memperlekehkan partinya.

Kata Ahmad Amzah, sebenarnya Rafizi (Parti Keadilan Rakyat) dan Guan Eng (DAP) sedang kelam kabut kerana mengamalkan politik gila mahu berkuasa.

“Orang-orang mereka ni galak sangat duk mengata konon PAS sudah lemahlah, akan tewas besarlah.

“Selama ini DAP perlekehkan PAS, tiba tiba pula kata blok ke tiga yang dipimpin PAS akan melemahkan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Amzah berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang banyak kali menegaskan bukan tujuan PAS memerintah sebagai satu parti sahaja.

Katanya, negara ini bukan milik parti politik sebaliknya ada banyak badan bukan kerajaan (NGO) mewakili pelbagai aspirasi rakyat.

“PAS tidak pernah menolak mentah mentah NGO dalam mana mana rundingan pembentukan usaha politik.

“Persepakatan politik boleh sebelum pilihan’raya. Selepas pilihan raya pun banyak ruang yang ada,” katanya.

PAS baru-baru ini mengumumkan akan membentuk satu blok politik baharu.

Pengumuman itu meresahkan sebilangan besar pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang khuatir akan memberi kesan kepada gabungan beberapa parti pembangkang tersebut.

No comments:

Post a Comment