Wednesday 2 March 2016

"Itu bukan masalah saya" Rafizi Ramli. Sebarkan...

Dengan pelbagai propaganda kosong dan penipuan yang ditabur olehnya, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kini semakin hari semakin ditolak oleh penyokong beliau sendiri. Kebanyakan mereka merasakan, Rafizi tidak ubah seperti bercakap kosong tanpa sebarang tindakan proaktif dilakukan olehnya.

Terbaru, tersebar perbualan Rafizi bersama-sama penyokong setia beliau yang berlaku di applikasi Whatsapp yang dikatakan disertai oleh Ahli Parlimen Pandan berkenaan. Pada mula, semuanya nampak seperti teratur sehinggalah Rafizi diajukan persoalan tentang harga semasa minyak di pasaran negara.

Tanpa rasa bersalah, beliau hanya memberikan komen “itu bukan masalah saya” terhadap soalan berkenaan dan kemudiannya, Rafizi bertindak meninggalkan kumpulan Whatsapp berkenaan. Reaksinya pantas mendapat perhatian ahli kumpulan berkenaan sehingga ada yang mengungkapkan perkataan kesat terhadapnya.

Untuk rekod, Rafizi pernah mengeluarkan satu formula kononnya, kenaikan harga barangan pada masa kini adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Namun sejak penghujung tahun lalu, kerajaan telah tiga kali menurunkan harga minyak petrol dan diesel di pasaran Malaysia. Namun harga barangan masih kekal sama dan tiada perubahan.

Malah, ada yang mendakwa, ada sesetengah barangan mulai naik walaupun harga minyak kini di paras terendah sejak 2 tahun lalu. Nyata, “formula” gila Rafizi ini jelas tidak menjadi sehingga ianya memakan diri beliau sendiri.

Tidak hairanlah, kelibat beliau di mana-mana laman internet, menjadi buah mulut dan troll semasa. Jika sudah terlalu banyak penipuan dan andaian yang jelas tidak menjadi dan tidak masuk akal, ianya menyumbang kepada kejatuhan PKR itu sendiri.

Beliau pastinya akan mendapat nama yang teruk dan kini langsung tidak dihormati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya para penyokong beliau sendiri. Mungkin, sedikit demi sedikit, pengaruhnya akan lenyap dalam penipuan yang beliau taburkan sendiri.

No comments:

Post a Comment