Tuesday 1 March 2016

Pas Bakal Gugurkan Husam dan Mahfuz. Sebarkan.....

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa secara terbuka menghadiri majlis Parti Amanah Negara (PAN) sedangkan semua orang tahu PAS tidak pernah bersetuju dengan parti yang diasaskan oleh pengkianat parti PAS itu sendiri, iaitu Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Husam mendakwa perbincangan hudud hanya membabitkan tiga individu dan tidak dimaklumkan kepada parti. Malah Husam mengambil kesempatan mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka sewaktu berucap pada majlis PAN itu.

“Dari segi politik ini salah, saya sebagai ahli PAS, adakah tidak boleh tegur? Parti ini boleh dikritik, kalau nabi, tuhan boleh perbetul, banyak kali bukan sekali (terkandung dalam al-Quran).

“Tegur ini tidak salah dalam agama. Jadi kalau PAS tidak membenarkan kritikan terbuka, tunjukkan mana dalilnya?” tegasnya.

“Takiyuddin telah membuat tindakan salah apabila menasihatkan Presiden PAS memfailkan undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 tanpa merujuk terlebih dahulu kepada parti. Saya suruh Datuk Takiyuddin meletak jawatan, sungguh, bukan bergurau,” katanya ketika menyampaikan ceramah berkenaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberitahu, PAS mungkin akan mengambil tindakan ke atas Husam.

“Tindakan diambil kerana didakwa mengkritik secara terbuka isu hudud. Apa yang didakwa oleh Husam adalah tidak benar. PAS tidak menolak kemungkinan akan mengenakan tindakan ke atas Husam,” katanya.

Manakala Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti supaya memanggil ADUN Salor itu dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. Bentuk tindakannya kita serah kepada jawatankuasa disiplin, tetapi tidak lari daripada beri amaran, digantung atau dipecat,” katanya.

Berbeza pula ceritanya apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Dewan Ulama PAS yang menggesa bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk keluar dari PAS.

Menurut Mahfuz, Dewan Ulama PAS yang menggesa Husam untuk segera keluar parti bagi memulihkan dasar parti yang cuba dipecah-belahkan Husam dilihat tidak rasional kerana tindakan yang dilakukan oleh Husam dengan mendedahkan langkah Hadi serta pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan hanya mahu mengetahui status tersebut.

Tambahnya lagi, jika Husam keluar dari parti, ia tidak memberi kesan baik kepada PAS malah memburukkan lagi imej PAS kerana telah menyingkirkan seorang pemimpin atau ahli yang mahukan kepastian mengenai persoalan yang ditimbulkan.

“Saya tak fikir dia akan keluar PAS. Saya lebih melihat, dia nak ketelusan dalam pengurusan negeri khususnya dan parti amnya. Itu apa yang saya dapat baca daripada kenyataan yang dilakukan. Tak lebih dari itu. “Saya tak nampak apa rasionalnya dia nak keluar dari Pas,” kata Mahfuz.

Amat hairan sekali apabila Mahfuz cuba untuk mempertahankan Husam yang lantang mengkritik PAS. Adakah Mahfuz juga berjiwa PAN seperti Husam?

Mahfuz juga kelihatan seperti pengkianat parti PAS yang masih berada dalam PAS berdasarkan sokongan yang diberikan di dalam Dewan Rakyat sering menyebelahi Pakatan Harapan (PH) yang disertai PKR, DAP dan PAN.

Malah sebelum ini pun Mahfuz pernah secara terbuka menyelar pimpinan PAS yang disifatkan tidak berbuat apa-apa bagi membendung kemerosotan undi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan (bagi menarik sokongan bukan Melayu). Malah, saya lihat beberapa tindakan dan kenyataan dibuat kepemimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam dan Melayu itu sendiri.

“Kenyataan PAS yang mengecam Gerakan Harapan Baru dan pimpinan mereka membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap gerakan itu. Ini menyebabkan berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu dalam kalangan pimpinan dan ahli PAS sendiri di pelbagai peringkat,” katanya.

Husam dan Mahfuz lantang mengkritik pimpinan PAS dan jiwa mereka seolah-olah berada dalam PAN dan Pakatan Harapan. Menurut sumber dalam bilik gerakan Pakatan Harapan, Husam dan Mahfuz sudah bersedia untuk menjadi calon PAN. Namun keduanya takut nak keluar dari PAS kerana takut dengan baiah talak tiga.

No comments:

Post a Comment