Monday 29 February 2016

UMNO Terengganu Teguh Bersama Najib.

Tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar daripada parti Umno adalah hak dan pilihan beliau malah ia bukanlah pertama kali, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata apa yang lebih penting pada masa ini ialah sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita pertahankan institusi kepimpinan negara selaras dengan ajaran agama Islam bahawa kita perlu taat kepada pemimpin dan pemerintah,” katanya ketika mengulas keputusan Dr Mahathir keluar dari parti itu semalam.

“Saya yakin Umno dan BN tetap seperti mana biasa untuk meneruskan agenda bagi kepentingan ahli parti dan rakyat,” katanya, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganua, dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata Terengganu teguh menyokong kepimpinan Najib, yang juga presiden Umno.

No comments:

Post a Comment