Tuesday 2 February 2016

Reaksi Tun M Terhadap Pengunduran Mukhriz

Kemelut politik Kedah yang membawa kepada perletakkan jawatan Datuk Seri Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah nyata sedikit sebanyak meredakan ketegangan politik di Kedah yang membelenggu sejak dua minggu lalu. Nyata, pengunduran Mukriz ini dijangka merubah terus landskap politik di negeri Kedah dan dijangka bakal memberikan reaksi balas daripada ayahnya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Sebelum ini, Tun M pernah mengatakan menerusi blog beliau, chedet.cc, beliau akan menimbangkan untuk keluar daripada UMNO andai anaknya, Datuk Seri Mukhriz digugurkan dari jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah. Kenyataan ini dibuat beliau minggu lalu disaat ketegangan politik di Kedah sedang hangat diperkatakan.

Dapat difahami, keadaan semasa hari ini pastinya diberi perhatian dengan serius oleh beliau. Bukan lagi rahsia, Tun M mempergunakan siapa sahaja termasuk anaknya sendiri dalam usaha beliau menentang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib. Tidak cukup dengan itu, bekas orang dua negara, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan sahabat Datuk Seri Mohd Najib sendiri, Datuk Seri Shafie Apdal turut digunakan.

Apabila Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie digugurkan, semua mata tertumpu kepada Datuk Seri Mukhriz kerana ramai yang menjangkakan beliau akan mengalami nasib yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie, atas keceluparan beliau di satu majlis di Saloma Bistro, pertengahan Disember lalu.

Nyata, telahan ini berasas dan ianya telah dibuktikan awal pagi tadi dimana Mukhriz akhirnya akur dengan kehendak Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah yang mahu beliau berundur. Dalam sidang akhbar yang dilakukan beliau sebentar tadi, tidak mengejutkan apabila beliau menegaskan akan terus memperjuangkan isu 1MDB dan isu derma RM 2.6 bilion, sama seperti ayahnya.

Justeru itu, sudah dapat dijangka reaksi balas Tun M terhadap penyelesaian isu politik di Kedah. Pastinya, beliau akan mengeluarkan kenyataan yang jauh lebih pedas dan sekali lagi tidak berpijak kepada kenyataan sebenar. Malah, tidak mustahil andai Tun M sendiri melakukan hasutan kepada ahli UMNO untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib secara total.

Namun begitu, Tun M harus tahu seperkara. Sewaktu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung Jumaat lalu, apabila nama dan kedudukan Mukhriz dibawa kepada Majlis Tertinggi untuk digugurkan, sekutu rapat beliau, Tan Sri Muhyiddin Yasin langsung tidak mempertahankan kedudukan Mukhriz. Malah beliau menyerahkan sahaja sebarang keputusan yang mungkin di ambil oleh Majlis Tertinggi berhubung masa depan Mukhriz di Kedah.

Ini sekaligus menampakkan, beliau sendiri enggan terbabit dalam mana-mana kontroversi yang melibatkan Tun M mahupun Mukhriz. Jadi, andai Tun M masih mahu meneruskan serangan beliau berhubung banyak perkara yang sudah terang-terang diselesaikan, Tun M mungkin boleh berfikir semula.

Mainan persepsi dan propaganda yang beliau sentiasa lakukan untuk menarik perhatian pentaksubnya mungkin sedikit demi sedikit akan melemahkan beliau sendiri. Tiada lagi istilah demi negara atau demi UMNO jika perjuangan hanya berlandaskan kepada kehendak individu dem menyelamatkan karier politik individu.

No comments:

Post a Comment