Saturday 27 February 2016

Pemuda Penyelaras Umno Dun Paka beramah mesra dengan penduduk.

Paka - Pengerusi Penyelaras Pemuda Umno Dun Paka Sdr Jasmin Bin Jaffar bersama jawatankuasa hari ini turun padang menerusi program ziarah mesra Pemuda menyampaikan sedikit sumbangan kepada lebih 5 keluarga miskin di kawasan sura tengah dan sura hujung.

Sdr Jasmin berkata program ini antara lain bertujuan membantu meringankan beban dan memberi keceriaan kepada keluarga miskin.

"Cakna Pemuda merupakan sebuah program kebajikan yang memberi bantuan kepada enam golongan iaitu ibu tunggal, warga emas, anak yatim, pesakit, orang kurang upaya dan golongan miskin di Dun Paka.

Setiap keluarga yang kita lawati akan menerima barangan asas makanan seperti beras, tepung, minyak masak dan gula serta sedikit wang tunai selain memberi peluang kepada kepimpinan Pemuda Penyelaras Umno Dun Paka beramah mesra dengan penduduk kampung berhampiran," katanya kepada DungunTimes hari ini. 

Program itu sebahagian daripada aktiviti khidmat sosial Pemuda Penyelaras UMNO Dun Paka dalam usaha mendekati golongan termiskin dan keluarga yang kurang bernasib baik agar mereka tidak berasa terpinggir khususnya dari Pemuda Umno itu sendiri.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Pengerusi J3K Sura Tengah Sdr Aswadi Bin Abdullah serta jawatankuasa J3K Sura Tengah.

No comments:

Post a Comment