Friday 26 February 2016

Ahli PAN Tidak Anggap Nik Aziz Sebagai Wali... Sebarkan..

Ahli Parti Amanah Malaysia (PAN) tidak menganggap Bekas Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘wali’ yang harus dipuja dan mereka juga bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS.

Arwah Nik Aziz yang dikatakan gagal mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun dan mereka tidak mahu lagi menangisi janji-janji palsu arwah Nik Aziz dalam pilihan raya sebelum ini.

Paling ketara arwah dikatakan gagal untuk membina masjid dan dikatakan hanya mampu menyiapkan suku buah sahaja, Itu pun kerajaan Barisan Nasional yang selesaikan. Begitu juga dengan lebuh raya rakyat yang dicanang setiap kali adanya pilihanraya. Gagal sepenuhnya dan ianya pembohongan yang tidak mampu ditutup oleh PAS Kelantan terutamanya Nik Aziz sendiri. Kemana perginya duit kutipan orang ramai yang jumlahnya dikatakan hampir RM5 juta.

Peluang pekerjaan juga gagal diwujudkan oleh arwah sehingga kedengaran keluh-kesah ibu bapa di Kelantan yang merindukan anak mereka yang mencari rezeki di perantauan kerana kerajaan negeri gagal mewujudkan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat Kelantan.

PAN YAKIN TAWAN KELANTAN

Ahli PAN juga sudah mula tersedar dengan ‘fatwa’ karut dari arwah yang menjadi kontroversi sebelum ini, seperti antaranya yang popular yang pernah dilontarkan oleh arwah, ialah memberi jaminan undi PAS masuk Syurga dan undi UMNO masuk Neraka, daripada berkawan dengan UMNO lebih baik berkawan dengan syaitan dan isytihar Lim Guan Eng seakan Khalifah Umar Abdul Aziz?

Presiden PAN Mat Sabu berkata, kerajaan di negeri Kelantan mempunyai paling ramai golongan ‘harumanis’ di kalangan rakyatnya. Istilah itu diambil sempena sejenis buah mangga, digunakan bagi menggambarkan ahli PAS yang menyokong PAN, yang ditubuhkan selepas puak progresif meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu.

Mangga harumanis hijau di luar tetapi oren di dalam, mencerminkan warna rasmi PAS, hijau, dan PAN oren.

“Saya diberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat, PAS akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan kerana pelbagai sebab.

“Generasi kami dulu antara yang memenangkan PAS di Kelantan. Kami tidak akan izinkan ia jatuh ke tangan BN kembali,” kata Mat Sabu.

No comments:

Post a Comment