Saturday 22 October 2016

Dungun Bantahan Perhimpunan Bersih5.


Dungun - UMNO Bahagian Dungun dan Pemuda UMNO Dungun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun hari ini, terhadap penganjur yang merancang mengadakan perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

Ketuanya, Dato Aziz Bin Ismail berkata, perhimpunan itu boleh menggugat keamanan dan keharmonian di negara ini selain membawa kesan negatif.

“Kami suarakan bantahan ini kerana berpendapat perhimpunan ini akan menyebabkan kerugian dari segi harta benda awam, mengganggu ketenteraman selain menyebabkan aktiviti ekonomi sekitar kawasan perhimpunan akan terjejas.

“Pihak berkuasa perlu ambil iktibar siri perhimpunan Bersih terdahulu yang banyak memberi mudarat terhadap kehidupan rakyat,” katanya kepada DungunTimes.

Menurutnya, perhimpunan itu juga akan menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia, semata-mata untuk mencapai objektif politik peribadi sesetengah individu selain tidak menghormati sistem demokrasi di negara ini.

Katanya, proses demokrasi seharusnya dijalankan dengan cara betul iaitu melalui proses PRU dan bukannya mensabotaj ekonomi serta nama baik negara melalui perhimpunan jalanan seperti ini.

“Kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin agar budaya demonstrasi seperti ini tidak lagi berterusan dan menjadi budaya politik di Malaysia,” katanya.




No comments:

Post a Comment