Wednesday 13 July 2016

DAP, PKR Bakal Untung Besar Bila PAS Tunduk Kepada Mereka.sebarkan @ share aje

DAP dan PKR menyambut baik tawaran gencatan senjata sesama pembangkang yang diusulkan oleh PAS dan bersatu bagi menggembleng tenaga untuk menumbangkan BN.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya sedia membuat rundingan baru dengan PAS bagi menjernihkan hubungan sesama pembangkang dalam menjatuhkan ‘musuh yang sebenar’.

Katanya HARAPAN sendiri sentiasa terbuka untuk berbincang kerana perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat presiden sebelum ini.

“Kita sentiasa bersedia memulakan siri rundingan baru. Pakatan Harapan terbuka buat rundingan dengan PAS, PSM, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kita semua sentiasa terbuka,” katanya kepada media.

Justeru katanya, pihaknya mengalu-alukan cadangan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man itu.

PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

Setuju dengan saranan Tuan Ibrahim, Saifuddin berkata perjumpaan secara tertutup dengan PAS akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Biasa perkara ini kita tak buat secara terbuka dan Tuan Ibrahim tahu siapa yang pergi untuk berunding.

“Kita dah tahu siapa dan tak perlu umum. Saya sudah tahu siapa yang perlu dihubungi dan kami sama-sama tahu,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menyambut positif kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS.

Menurutnya pihaknya melihat parti Islam itu sedar perpecahan dalam pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada BN.

“Saya belum lagi melihat kenyataan itu secara langsung tapi kita ambil ia secara positif. Mungkin PAS sedar bahawa perpecahan di kalangan pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada Umno.

“Mereka melihat bahawa pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sahaja memberi manfaat kepada Umno,” katanya.

Loke berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkembangan itu dalam HARAPAN itu dan akan melihat tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) pula mencadangkan supaya PAS mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata perkara itu penting supaya PAS akan lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat ‘pusingan U’.

“Kami sentiasa bersatu menentang BN. Tapi PAS sendiri yang sebaliknya.

“Saya mencadangkan PAS mempunyai mesyuarat di kalangan pucuk pimpinan dan membuat keputusan (untuk buat gencatan senjata) supaya selepas ini mereka konsisten dan istiqamah,” katanya.

PAS jenis tidak malu. Terludah muka sendiri pun mereka masih sanggup merangkak ke arah DAP dan PKR. Beruntunglah Mat Sabu.

No comments:

Post a Comment