Monday 27 June 2016

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim.

PAKA : Hampir 200 anak yatim dan Pelajar Tahfiz Ulul Ulum Paye Beril menerima sumbangan duit raya termasuk penyerahan kunci rumah mampu milik kepada penerima yang layak dan disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato Hj Din Bin Adam dan juga Penyelaras UMNO Dun Paka, Ym Tn Hj Tengku Hamzah Bin Tengku Deraman di padang awam lama paka.

Dalam majlis itu, Penyelaras UMNO Dun Paka, Ym Tn Hj Tengku Hamzah berkata, kepincangan institusi masyarakat boleh dielak jika semua pihak tidak kira individu, organisasi atau persatuan mempunyai kesedaran dan kesanggupan untuk memberi sokongan moral kepada golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata, perkara itu perlu difahami dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Walau semaju manapun sesebuah negara itu, amalan kemasyarakatan seperti tolong menolong dalam melakukan sesuatu perlu terus dipupuk demi mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera,” katanya.

Menurut beliau , pelaksanaan kerja-kerja sosial bukan merupakan satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Sehubungan itu, beliau lebih ramai tampil membantu menjayakan tanggungjawab sosial itu.

Jelasnya, mereka, khasnya yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik dan warga emas, anak yatim memerlukan bimbingan, panduan dan peluang untuk meneruskan hidup mereka di masa depan.

Menurutnya, dengan pemberian duit raya dan makanan berkenaan serba sedikit dapat membantu anak yatim dan fakir miskin membeli keperluan untuk berbuka dalam bulan Ramadan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa Ramadhan sempena bulan Ramadhan anjuran Penyelaras UMNO Dun Paka.

No comments:

Post a Comment